Selaput Luar/Pterygium

Pterygium adalah sejenis pertumbuhan tisu di lapisan luar (conjunctiva) mata putih. Pterygium merupakan selaput luar, untuk selaput dalam dipangil katarak.

Simptom-simptom Pterygium:

  1. Kerengsaan / rasa tidak selesa pada mata dan berair.
  2. Kering dan berpasir.
  3. Menyebabkan radang. (kemerahan pada mata)
  4. Apabila selaput membesar dan merebak  akan sebabkan astigmatisma.
  5. Apabila pterygium meliputi bahagian  tengah  kornea , penglihatan akan kabur kerana terganggu.

untuk masalah ini, hanya ada satu sahaja jalan penyelesaiannya; PEMBEDAHAN

About these ads
Categories: Uncategorized | 66 Comments

Post navigation

66 thoughts on “Selaput Luar/Pterygium

  1. MOHD. HATTA BIN HJ.IDRIS

    Bolehkah pembedahan dibuat untuk menghapuskan lapisan ketumbuhan tesebut secara total untuk mengelakkan ketumbuhan tersebut berulang?

  2. may

    HAI.. NAK TANYA.. KOS UNTUK PEMBEDAHAN NI BERAPA YE?..

  3. li

    ada risiko jika buat pembedahan? ada cara lain utk merawat selaput luar selain pembedahan

    • risiko sangat mild utk operation. sekiranya selaput dah tebal, cara yang tebaik adalah operation.
      tetapi sekiranya masih nipis, en. boleh pakai kanta yg ada uv protection

      terima kasih

  4. ejal

    mata saya dah rasa cam berpasir akibat Pterygium..dah sampai tahap dibedah x? berapa kos nak operate kedua belah mata kalo private?

    • salam ejal. terima kasih kerana bertanya.
      pterygium operation kebiasaannya tak lebih daripada rm1000. ianya bergantung kepada teknik pembedahan yang dilakukan. efeknya kemungkinan power rabun silau akan berkurangan, cuma mata akan merah akibat daripada pembedahan tersebut utk beberapa ketika.

      sekian terima kasih

  5. ejal

    ape effect sampingan pas operate?

  6. ejal

    ow..sya dah tanya kos untuk pembedahan di satu ospital private di sibu,sarawak la..die kata dalam RM2000..berapa lama tempoh masa untuk sembuh lepas operation?

    • ok, kemungkinan teknik yang dilakukan adalah lebih baik agar selaput kedua tidak tumbuh lagi.. kesan sampingan lepas operate akan ambil masa lebih kurang 2 minggu untuk bekas2 darah tu hilang

  7. rizal

    Hi,
    Saya nak tanya mengenai kesan selepas pembedahan.
    1.Benarkah selepas pembedahan mata putih itu akan terus kemerahan secara kekal?
    2.Adakah akan rasa sakit selepas pembedahan?
    3.Berapa lamakah anggaran masa untuk pulih sepenuhnya?

    sekian.

    • hi rizal.
      terima kasih kerana bertanya
      1. merah kekal – ianya bergantung kepada teknik yang digunakan doktor mata.
      2. rasa sakit selepas pembedahan – efek pembedahan akan terasa sehingga dua minggu dan rasa sakit akan berkurangan kepada tidak selesa dan akhirnya ok
      3. kebiasaanya ia akan mengambil masa selama 2 minggu

      terima kasih

      • rizal

        Salam,
        1. Adakah teknik penampalan skelera tu melibatkan jahitan?
        2. Adakah ubat utk kesakitan selepas pembedahan tu?
        3. Adakah pembedahan tu akan membuang semua selaput yg ada?… sbb sya dpt informasi mengatakan doctor akan buang sikit je iaitu selaput yg memasuki mata hitam dan sedikit je dibahagian mata putih?.
        4. Biasanya MC berapa lama jika buat pembedahan?
        sekian.. terima kasih

  8. ayid

    berapa kos kalau nak check di Melaka,Muar,atau batu pahat???berapa lama ia nak sembuh??apa kesan side effect lepas pembedahan???kalau ia tumbuh semula adakah perlu membayar semula kos rawatan???

    ada tak teknik pemakanan atau teknik lain yang dapat menyembuhkan atau mengurangkan pertumbuhan selaput kat mata ni?

    • terima kasih kerana bertanya ayid.
      untuk pemeeriksaan sahaja di MUAR, MELAKA DAN BATU PAHAT, maaf saya tidak pasti. untuk pembedahan di klinik atau hospital swasta, dalam lingkungan 1+++ ke 2+++ bergantung kepada teknik dan rawatan yang dilakukan. sekiranya ia tumbuh lagi YA kos rawatan tetap dikenakan.

      dan untuk menjaganya, ayid cume memerlukan kanta perlindungan UV dan perlu memakainya sentiasa terutamanya apabila terdedah dengan pancaran sang mentari.

      terima kasih

  9. ejal

    bagaimana dengan teknik yang digunakan? laser?

  10. ayid

    salam,boleh tak bagi saya contact number,atau facebook,atau email pakar terbaik yang awak kenal??
    saya nak pergi check tapi ngeri bila tengok ramai pakcik saya yang buat bedah mata terus buta..ye terus buta bukal rabun tapi gelap….ngeri sangat…

  11. aliza

    Bulan Jun lepas saya buat pembedahan di hospital kerajaan. Tapi hingga sekarang kesan merah belum hilang..dan selaput tu masih ada. Adakah doktor tidak buang semuanya? Appoinment saya pulak Februari tahun depan. Rasa tak memuaskan je hasil pembedahan tu…

    • salam aliza..
      selaput luar mmg akan memmeri kesan merah seperti yang aliza nyatakan disini, tetapi utk beberapa ketika selepas pembedahan dilakukan, ia juga bergantung juga kepada teknik pembedahan itu dilakukan sendiri.. sekiranya ianya hanya membuang selaput saja, maka selaput itu akan tumbuh kembali, dan mata akan sentiasa merah, tetapi sekiranya pembedahan dilakukan menggunakan kaedah penampalan sklera, mata selaput itu susah nak tumbuh balik, dan mata akan nampak lebih sihat(kesan merah akan berkurang)

      sekian terima kasih

    • rizal

      Salam Aliza,
      Mintak Aliza share sikit pengalaman melalui pembedahan tersebut yer…

      sekian terima kasih

  12. ejal

    saya dah wat pembedahan gak kat private..die tampal blek tempat yang die buang selaput..masa pembedahan xda rasa ape pon..die ejektion bius p kite sedar la..p lepas bius ilang pas pembedahn ada rasa sakit la untuk sehari 2..pastu hari ketiga bleh buka dengan baik dah..cuma merah lom ilang sepenuhnya..jahitan dah dibukak balik..

    • rizal

      Salam ejal,
      Alhamdulillah awak dh selamat menjalani pembedahan. Nak tanya bilenya dia bukak jahitan tu?… kene bius gak ke?… tak dpt nk bygkan kan ada jahitan dlm mata kita… mesti tak selesa kan? bulu mata masuk lam mata pun pedih inikan benang jahitan… huhu seriyau dgr.

  13. ejal

    ow..jahitan die bukak sebulan selepas operate..tp saye die bukak 2 minggu dah.coz dah ok..jahitan tu xla menggangu sgt..besa la,rasa cam ada something dalam mata je..die bius la.injek dalam mata..p merah pas bedah tu ada lagi la..lambat sikit nak ilang merah.

  14. laila

    ejal..awak buat di hospitak mana?

  15. laila

    boleh x cadangkan nak buat dkat mana..kerajaan ok ker? or swasta more prefer?

  16. along

    salam..
    saya nak tanya…betul ke kalu da buang pterygium ni memang akan tumbuh balik..

  17. ejal

    doktor kata die tampal balik tempat yang die buang..wat kat Rejang Specialist kat sibu..
    wat je kat private..senang cerita kan..pesakit adalah pendapatan bg dowang jd dowang akan wat terbaik.

  18. alya

    brp lama kah kesan merah selepas pembedahan mata hilang??sy sekarang dah 2 minggu slps pembedahan tp kesan merah masih ade lg..

  19. alya

    slm..saya nak tanya lg..saya dah sebulan selepas pembedahan ptergium..keadaan mata saya agak ok dah cuma masih ade sikit lg kesan merah..seperti yg tlh dimaklumkan untuk pulih sepenuhnya mengambil masa 2 bulan kan??spjg tempoh sebulan ni sy mmg konsisten menggunakan ubat titis mata spersadex comp yg telah disarankan doktor selepas pembedahan tetapi selepas sebulan ni sy tidak menggunakannya lagi wpun mata saya belum sembuh sepenuhnya kerana saya bimbang ubat tersebut akan memberi kesan kepada kandungan saya yg berusia 2 minggu ni..persoalannya..adakah mata saya boleh sembuh macam tu je tanpa menggunakan ubat tu lagi??saya betul2 musykil sekarang ni..

    • rizal

      Salam Alya.

      Maaf saya kurang arif sgt pasal ni… cuma nk bg cadangan je.. Alya kene pergi jumpa balik doctor yg operate mata Alya tu… penjelasan/pendapat dr doktor tu sendiri lebih penting terutama bila ia melibatkan keadaan mengandung ni rasanya byk pantang larangnye… kene hati2.

    • salam kak salam tahun baru..
      terima kasih kerana bertanya. spersedex lebih kepada antibiotik.. ia hanya dipakai utk tempoh yang singkat utk menghalang sebarang radangan yang mungkin berlaku selepas pembedahan dilakukan.. akak boleh stop memakainya cuma sekiranya mata tiba2 berasa tidak selesa.. dapatkan rawatan dgn segera..

      terima kasih

  20. hani mustaffa

    selain kaedah pembedahan, ader tak cara lain mungkin penggunaan ubat titis tertentu yg boleh mengurangkan ketidakselesaan dan kemerahan mata untuk sementara?

    • selaput terjadi akibat drpd kerosakan mata putih yang disebabkan oleh kehadiran cahaya ultraungu. ia akan lebih cepat menjadi merah apabila selaput yang dah terjadi itu, terkena dgn cahaya ultraungu..
      selain itu selaput ini juga akan menyebabkan mata menjadi kering dan mengakibatkan mata menjadi merah..
      yang terbaik adalah hani memerlukan kacamata yang menghalang cahaya ultraungu (UV) drpd terkena selaput dan juga air mata palsu(artificial tears) sekiranya perlu.

      sekian terima kasih

  21. saya baru je buat pembedahan mata semalam? nak tanya sikit.. berapa lama saya tak boleh berjogging, main badminton? sebab nurse kata mata tak boleh kena air dan peluh.

    • biasanya ia mengambil masa selama 2 bulan utk pulih sepenuhnya.. ia juga bergantung kepada jenis pembedahan yang dilakukan dan bahagian mana dilakukan.
      sekiranya pembedahan katarak, maka sebaiknya tidak boleh melakukan kerja berat, takut2 boleh tergelincir kanta yang telah diimplankan ke dalam mata.
      kalau pterygium pula takpe, dan eharusnya perlu memakai kacamata yang menghalang UV daripada masuk terus kedalam mata.

  22. along

    doktor..apa kaedah pembedahan pterygium yg terbaik yer…

  23. allys

    klu mata putih ada mcm 1 garisan yg tertonjol d mata putih apa penyebabnya ya??

  24. zurkarnain bin saayon

    saya membuat pembedahan ptergium bolehkah melakukan kerja2 berat

    • salam. selepas melakukan pembedahan pterygium takde masalah utk melakukan kerja berat. cuma perlu pastikan yang mata telah benar2 sembuh dr pembedahan.

  25. azman

    assalamualaikum admin,..,..saya nak tanya,.. dari 4 tahun yang lalu saya pikir saya ni kena penyakit katarak,rupanya hari ini saya baru tahu,.. kalau nak bedah kat hospital kerajaan berapa kosnya,.. sebab saya bukan warganegara malayasia./wssalam,..

  26. sqlam akma. terima kasih kerana bertanya. keadaan itu tak normal dan perlu berjumpa dgn doktor mata utk dptkan rawatan. elakkan makanan yg boleh menyebabkan gatal dan byk mkn sayuran dan buah. insya allah

  27. ieda

    KALU SELAPUT YG BARU NK JADI CUBA TISTISKAN AIR ZAM-ZAM CAMPUR MADU(PASTIKAN MADU ASLI) .AMALKAN SEBELUM TIDUR

  28. ismail hadadak

    Askum, saya baru buat pembedahan pterygium Kat timberland Mata sebelah kanan. Mata saya silau Dan imej yang dilihat menjadi berganda. Baru seminggu selepas pembedahan. Saga risau Mata sebelah kanan saya jadi kabur. Adakah akan pulih penglihatan saya nanti dr?

    • Waalaikum salam ismail. Terima kasih kerana bertanya..
      Alhamdulillah ismail telah melakukan pembedahan.. cumanya prosea pemulihan akan ambil masa beberapa ketika bergantung kpd tahap pterygium yg ismail alami.. ianya akibat daripada parut yg terjadi selepas pembedahan pada kornea mata. Sekiranya masih lagi silau dan nampak berganda sila jalani pemeriksaan semula
      Terima kasih

  29. waalaikum salam akma. terima kasih kerana bertanya.
    bertahi mata adalah tanda2 jangkitan kumqn. kak perlu segera berjumpa dgn dr mata utk rawatan lanjutan.
    makanan utk tempoh pembedahan elakkan memakan makanan yg gatal. sekian terima kasih

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Blog at WordPress.com. The Adventure Journal Theme.

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 31 other followers

%d bloggers like this: