0

pandangan tiba-tiba kabur?

OMG!!!! wahai ALLAH, apa dah jd dgn mata aku nih??

mungkin ada di antara kita yang mengalami masalah yang sedemikan kan??

i cuma nak berkongsi 1 kes, ade sorang kakak ni, dulu die pakai spek, tapi dah tak pakai spek dah skrang ni bcoz die dah wat LASIK dua-dua mata. and she is so happy without glass. free without glasses sapa tak mau kan. i pon gembira dgn keadaan die.

ape yang bagus kat kakak ni die mesti akan datang jumpa i paling kurang pon once a year for regular check up. kene contohi sikap kakak ni tau..

unfortunately what happen, die mai dgn mengadu penglihatan die tibe2 kabur.. i pon shock jgk la die takut LASIK surgery yang die bwat, rosak….


i pon check la, check punye check, i found her cornea cloudy, 1 side je, the other side remain. the best part is the cloudy cornea cume within part yang die bwat LASIK je. 

secondly, i check die punye eye pressure, YA ALLAH, pressure die overshoot to45mmHg and other side just 15 mmHg. straight i habaq (keluaq loghat kedah dia dah) kat die, akak kene p jumpe oftal secepat mungkin… acute glaucoma ni kak…

C/D 0.6

die pon accept my recommendation, and p jumpe oftal, few days later, oftal reply my letter and confirmly she has acute glaucoma and under treatment.

Alhamdulillah cepat. kalao tak it may cause blind and vision die akan rosak teruk.

nasihat kepada pembaca, if anything goes wrong to ur any part of your body, do not late, for our own good jgk.

slamat membaca


185

penglihatan rabun silau

salam sejahtera kepada semua,

daripada kajian search engine yang telah saya buat, saya mendapati masih ramai yang masih keliru tentang rabun silau. masih konfius,

begitu juga yang berlaku dalam klinik.. setelah pemeriksaan rapi yang dilakukan, sebagai contoh, pesakit mempunyai rabun silau pon masih jugak bertanya perlu ke saya pakai kacamata sekiranya cuma ada rabun silau sahaja..

untuk pengetahuan umum, rabun silau adalah aslah satu jenis rabun yang mana sekurang-kurangnya terdapat 2 titik fokus di dalam mata, 1 mungkin jatuh di atas retina, satu lagi tidak fokus di atas retina.

astigmatism

tidak dinafikan individu yang mengalami masalah rabun silau masih boleh nampak, tetapi tidak jelas yang boleh mendatangkan masalah-masalah seperti berikut :-

1. pening kepala

2. sakit kepala

3. mata berair

4. pandangan berlapis

5. alahan dengan cahaya

6. penglihatan upside down

7. kabur pandangan jauh dan dekat

8. mata letih

terdapat banyak simptom2 sesorang itu mengalami masalah rabun silau dan sebaiknya harus diperbetulkan dengan kacamata. ia adalah cara yang terbaik untuk membetulkan ralat rabun silau.

diharapkan dengan pos kali ini, pembaca akan lebih memahami apa itu rabun silau. sebarang komen atau pertanyaan boleh diajukan.

selamat membaca

0

pandangan rabun silau

salam sejahtera semua.

mesti masih ramai lagi yang masih keliru dengan rabun silau ni kan????

sebab saya tengok di search engine, masih ramai yang mencari2 apa itu rabun silau.

utk pos kali ini, suka untuk saya berkongsikan sedikit sebanyak pandangan atau penglihatan seseorang yang mengalami masalah rabun silau itu

 

 

adakah anda dapat mengenalpasti pandangan yang mana satu yang anda perolehi?? kesemuanya masih nampak tetapi agak blurr kan?? bukan saja masalah dengan silau sahaja tetapi juga pandangan menjadi kabur dan distorted…

pos berikut kite akan mengkaji simptom2 masalah rabun silau pulak.

selamat membaca

0

manja si kucing

salam semua,

sapa yang suka kucing angkat tangan?? (hehe mane nak nampak pon kalo angkat tangan ye tak??)

kepada penggemar kucing mesti suke nak belai2 die, geram kalo tgk kucing yang comel, main dgn die, kalo die bermanje dgn kite, ya allah hai,, habis semua die gosok badan die.. kan3…

alkisah nak jadi cerita, seorang remaja yang turut menggemar kucing, akan melayan mane2 kucing yang dijumpai tak kira la kat mana, kat rumah ka, sekolah ka, tepi jalan ka,, semua die suka..

tiba-tiba leka mengusik (kot) anak kucing liar di sekolah, ZZZAAAPPP anak kucing itu telah mencakar MATA remaja tersebut.. kelang kabut kwn2 die bawak p klinik..

(bukan kucing sebenar)

nampak manje, tapi jgn nak try lebih2.. huhu

akibatnye

subconjuctival haemorage

conjunctival tear and edema

he is very lucky sbb cakaran kucing hanya terkena pada bahagian yang paling luar di mata putih.. sedikit pon tak sentuh bahagian kornea atau mata hitam dan vision die pon ok lg even without glass. GOD bless u bro..

just mild dry eye

so moral of the story, nak sakat kucing pon berpada2, BEWARE OF CAT too.. huhu

salam…

0

selaput mata

salam sejahtera semua,

hari ini saya ada 1 cerita menarik utk dikongsi bersama

makcik : makcik nak cek mata dan nak buat cermin mata

optom : makcik biasa pakai cermin mata ka?

makcik : biasa pakai, tapi cermin tu dah takde power dah.. tgk jauh kelabu, tgk dekat pon lagi kelabu. kalo boleh makcik nak buat yang terang sikit, bagi nampak nak mengaji pon ok la

optom : ok makcik, insyaallah saya periksa dulu mata makcik ye..

semasa menjalani pemeriksaan, komputer tidak dapat mengenalpasti nilai rabun yang makcik ada. (dalam pemikiran, mesti dah ada selaput) 

pemeriksaan secara manual mendapati makcik mempunyai masalah rabun seperti berikut :-

R : -0.50/-0.75×95 6/45  BEST CORRECTION

L : +0.75/-1.00×100 6/18 BEST CORRECTION

ADD +350

ujian lampu celah biomikroskopi :-

mata kanan

mata kiri

optom: makcik, mata makcik dah ada selaput la makcik, saya cadangkan makcik bileh buang selaput dulu kalo makcik nak nampak jelas balik.

makcik :  doktor, makcik ni takut sangat nak buang selaput. buat je la spek kat makcik. 2 minggu lepas makcik dah p cek dah, depa tak boleh buat sbb depa kata mata makcik ada selaput. makcik takut sangat nak operate.

optom : baiklah, kalo macam tu kita buat spek dulu dan kemudian sy bg makcik try alat bantuan penglihatan supaya dekat nampak lebih jelas lagi

makcik : kenapa macam pelik je bunyi tu doktor? tak mau la, makcik nak buat spek je la.

akibat terlalu takut dgn operation, kesian makcik yang mahu menghabiskan sisa hidupnya dgn ingin membaca al-quran berusaha untuk mendapatkan kembali penglihatannya. SAYANGI MATA KITA

*optom punye target, nasihatkan makcik utk buang selaput atau menggunakan alat bantuan penglihatan (low vision aids)

0

rabun silau part-3

salam sejahtera,

terima kasih kepada pengunjung2 yang berminat kepada post rabun silau kami.

nampaknya mmg ramai yang mengalami masalah silau samada secara technically atau functionally.

di sini, saya ingin berkongsi masalah yang dihadapi oleh seorang pesakit yang mengalami masalah silau yang keterlaluan,

daripada hasil pemeriksaan mendapati :-

corneal degeration

didapati korneanya telah rosak, corneal degeneration ataupun corneal scar disebabkan oleh infection.

glare

pesakit ini kemudiannya direfer ke OFTALMOLOGIST untuk rawatan lanjut.

1

Glaukoma / Glaucoma

Glaukoma adalah penyebab kebutaan kedua terbesar di dunia selepas katarak. Dianggarkan 66 juta penduduk dunia sehingga tahun 2010 menderita gangguan penglihatan kerana glaukoma. Masih belum ada penyelesaian untuk penyakit glaukoma, tetapi kebanyakan kes glaukoma masih dapat dikawal jika dikenalpasti dari awal.

Sumber: Klinik Mata Nusantara

0

Punca Rabun Warna

1- Faktor Genetik

 

2- Kerengsaan menyebabkan sebelah mata membuat penafsiran warna yang berbeza dengan mata sebelah lagi. Malah, pandangan kabur akibat masalah katarak akan menyukarkan anda melihat warna.

    3- sampingan ubat seperti tamozifen; yang diambil untuk mengelakkan barah payu dara.

    sumber: http://www.srikasih.co.cc/2008/08/punca-rabun-warna.html

      0

      Rabun Warna

      Cahaya memasuki mata melalui kanta dan menerobos masuk ke bahan lut sinar seperti jeli (yang mengisi ruang di belakang kanta mata) dipanggil jasad untuk sampai ke sel yang sensitif terhadap warna (kon) di retina.


      Bahan kimia dalam sel kon ini akan membezakan warna dan menyalurkan maklumat ini melalui saraf optik untuk dihantar ke otak. Jika mata anda normal, anda akan dapat membezakan beratus-ratus nada warna.

      Jika sel kon ada kekurangan bahan kimia yang sensitif terhadap cahaya, anda hanya boleh melihat dua warna utama dan biasanya individu rabun warna ada masalah melihat warna merah dan hijau.

      Sebaliknya, jika diberikan spektrum warna, individu ini akan melihat warna merah atau hijau sebagai kelabu. Bagaimanapun, tidak semestinya mereka tidak boleh melihat warna merah atau hijau.

      Masalah rabun warna boleh dibahagikan kepada tiga; ringan, sederhana dan serius; bergantung kepada jumlah kehilangan bahan kimia yang sensitif kepada cahaya dalam sel kon.

      Kekurangan sensitiviti pada warna merah biasanya memberi kesan sama kepada warna hijau. Jadi, lebih ramai individu yang mengalami masalah rabun warna lebih sukar melihat warna hijau.

      Malangnya, ramai yang mengalami masalah ini tidak menyedari mereka rabun warna. Mereka tahu hijau untuk daun dan bunga mawar pula warna merah, tetapi mereka mungkin melihat warna yang tidak sama dengan orang lain.

      Pada mereka, hijau adalah warna yang kita lihat kuning, tetapi disebabkan sudah diajar dari kecil daun warnanya hijau, mereka menerima ‘kuning’ sebagai hijau.

      Sumber: http://www.srikasih.co.cc/2008/08/punca-rabun-warna.html; http://www.uniteforsight.org/course/colorblindness.php