Kristal Optometrist

Kristal Optometrist

Kristal Optometrist ditubuhkan pada 2 Mac 2001 yang diasaskan oleh En. Mohd. Azizi Bin Abu dan Puan Jaslina Bt Jamal.

Cawangan Utama Kristal Optometrist, di Kulim, Kedah.

LOKASI KRISTAL OPTOMETRIST:

Lokasi Kristal Optometrist di Kulim.

Empat objektif utama penubuhan Kristal iaitu:

  • Menjadi barisan hadapan dalam penilaian kesihatan mata.
  • Memberikan perkhidmatan optometri terbaik kepada masyarakat.
  • Memartabatkan perkhidmatan optometri.
  • Nilai tambah dalam bidang berkaitan kesihatan mata.

Sedia memberi khidmat kepada pelanggan.

Kristal Optometrist turut menyediakan pakej Diagnosis Penglihatan, yang bertujuan untuk menilai fungsi dan status mata pesakit secara klinikal. Diagnosis ini akan dilakukan oleh optometrist bagi mengenalpasti sebarang masalah ataupun abnormality.

Pemeriksaan ralat refraksi(rabun) dan pemeriksaan akomodasi.

Kesalahan refraksi/ralat refaksi (rabun) samaada rabun jauh (myopia), rabun dekat (hyperopia), rabun silau (astigmatism) dan rabun tua (presbiopia). Ianya ditentukan dengan ujian akuiti visual bagi mengenalpasti kausa mata.

Ujian akuiti visual dilakukan bagi mengenal pasti sebarang keabnormalan (masalah) berkaitan dengan fungsi saraf penglihatan yang menghantar imej objek yang dilihat ke otak.

Akomodasi ialah keupayaan kanta mata memfokus mengikut jarak tertentu. Mata akan menjadi cepat letih dan kadang-kadang bole menyebabkan juling sekiranya akomodasi kanta mata tidak normal.

Penglihatan binocular ialah keupayaan menggunakan kedua-dua mata untuk melihat sesuatu objek.

Ujian ekstraokular bertujuan mengenal pasti otot mata yang mengalami masalah yang boleh menyebabkan juling dan objek kelihatan berganda.

Individu yang mengalami rabun warna gagal membezakan tona warna yang hampir sama.

Saringan rabun warna selalunya dilakukan ke atas kanak-kanak lelaki kerana mereka mempunyayi pengaruh genetic yang tinggi untuk mewarisi masalah ini.

Pemeriksaan depan mata (gambar atas). Abnormality bahagian depan mata (gambar bawah).

Pemeriksaan depan mata (gambar atas). Abnormality depan mata (gambar bawah).

Bahagian hadapan mata (anterior) meliputi kelopak mata, air mata, konjunctiva, sclera (mata putih), kornea, iris, pupil, bulu mata dan kanta mata. Lampu celah (slit lamp) biomikroskopi digunakan bagi tujuan ini.

Pemeriksaan dalam mata.

Bahagian dalaman (posterior) mata meliputi vitreous dan retina. Non-mydriatic fundus camera digunakan bagi tujuan ini.

Abnormality bahagian Dalaman Mata Aged-related macular degeneration (AMD).

Pemeriksaan tekanan bendalir dalam mata.

Tekanan cecair dalam mata yang normal adalah diantara 10mmHg sehingga 20mmHg. Sekiranya tekanan dalam mata melebihi had ataupun kurang daripada had normal ataupun terdapat simptom-simptom yang dikenalpasti pemeriksaan lanjutan dibahagian posterior mata perlu dilakukan. Pesakit akan berdepan dengan masalah seperti di rajah bawah.

Extream Glaucoma(Atas Kiri); Advance Glaucoma(Atas kanan); Early Glaucoma(Bawah kiri); Normal Galaucoma(Bawah kanan).

Kanta sentuh.

Perkhidmatan kanta sentuh merangkumi kanta sentuh jenis keras (RGP), kanta sentuh jenis lembut (softlens) dan juga kosmetik. sebelum pemasangan kanta sentuh dilakukan, kesihatan mata terutama kornea, sclera, bahagian belakang kelopak mata dan kualiti air  mata diperiksa bagi memastikan samada individu tersebut sesuai atau tidak untuk memakainya.

Selain itu mereka juga akan diberi penerangan terperinci berkaitandengan pemakaian kanta sentuh dan pemerksaan lanjutan sangat ditekankan bagi memastikan kesihatan mata berada dalam keadaan baik.

Optometrist bergerak.

Perkhidmatan disediakan bagi orang yang uzur, kurang upaya dari segi pergerakan dan memerlukan pemeriksaan mata biasanya dilakukan dirumah pesakit.

Sebarang persoalan mahupun pertanyaan boleh diusulkan melalui surat menyurat, telefon, ataupun anda boleh email kepada kami, di alamat yang tertera di seblah kanan.

Categories: Kristal Optometrist, Perkhidmatan | Tags: , , , | Leave a comment

Post navigation

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Create a free website or blog at WordPress.com.

%d bloggers like this: