Kanak-kanak dan kaca mata=nerd??

Post kali ini khas ditujukan kepada para ibu bapa diluar sana.

Semalam permis kami di kunjungi oleh pasangan suami isteri bersama-sama anak lelaki mereka. Si ibu mengadu kata “anak saya nieh kalau kata tengok tV ke..selalo kecikkan mata sampai mcm nieh” (sambil mengecikkan mata beliau)

sales consultant kami mula menerangkan itu adalah simptom-simptom/tanda-tanda seorang kanak-kanak itu rabun.

anak beliau kemudian diperiksa lebih lanjut oleh optometrist kami dan disahkan bahawa kanak-kanak terbabit rabun, dan diminta membuat kaca mata. Tetapi si bapa berat hati untuk membuat kaca mata untuk anak nya atas alasan budak itu masih kecil lagi.

Rabun bukan lah satu kecacatan yang patut dimalukan oleh ibu bapa, bila dapat tahu anak mereka rabun, tetapi rabun lebih kepada ralat pada mata itu sendiri. Jika tindakan awal tidak dilakukan (pemakaian kaca mata) ini boleh mengakibatkan masalah yang lebih teruk seperti Amblyopia, Anisometropia atau lazy eye (mata malas).

Macam mana mata malas boleh terjadi?? bila mata kita rabun dan tidak diberi perhatian dengan memakai kaca mata dengan kuasa kanta yang mencukupi untuk membantu mata bekerja, maka mata tersebut akan berhenti bekerja, bile dier mula tidak bekerja, mata tersebut dipangil mata malas.

Post akan datang saya akan cerita ape itu rabun?? boleh ker rabun nieh baik?? saya rabun adakah saya cacat??

Sebarang pertanyaan atau pun persoalan boleh diajukan disini, ataupun hubungi kami dialamat, dan no tel seperti yang tertera di kanan page. Komen dari anda kami dahulukan dengan ucapan terima kasih.

Categories: Penemuan, Penyakit | Tags: , , , , , | 6 Comments

Post navigation

6 thoughts on “Kanak-kanak dan kaca mata=nerd??

  1. haisya

    tu lah kanak2 skarang kecik2 dh rabun………

    • banyak faktor sebenarnya=D salah satu nya tabiat permainan kanak-kanak sekarang, banyak depan komputer dari bermain diluar..berbeza dengan zaman kita dulu=D

  2. deeja

    anak sulung saya berumur 6 thn,seslalu mengelip-ngelikan mata semasa menonton tv atau melihat lapto….tgk tv mesti dekat2…adakah itu tanda2 rabun…

    • hye deeja.
      daripada kenyataan yang dinyatakan disini, kemungkinan besar anak sulung deeja mengalami masalah penglihatan dan perlu mendapatkan pemeriksaan segera kerana dikhuatiri ia akan membawa kepada maslah MATA MALAS.

      SEKIAN TERIMA KASIH

  3. Aidah

    Anak saya berumur 6 tahun dan disahkah mengalami sintom lazy eye. Atas nasihat pakar, dia sudah mula memakai cermin mata. Tahap rabunnye kiri – 830, kanan – 780. Kami di nasihatkan untuk membuat lawatan ke pakar setiap 6 bulan sekali. Soalan saya, adakan anak saya masih ada harapan untuk pulih memandangkan tahap rabunnye yang tinggi.

    • salam kak. tima kasih kerana bertanya.
      mata malas terjadi kerana mata tidak mendapat rangsangan yg secukupnya semasa proses perkembangan saraf2 penglihatan dan ianya bermula pada awal usia. pada peringkat ini saraf penglihatan sgt kritikal.. sebarang gangguan kepada penglihatan akan mengakibatkan lazy eye terjadi. sebagai contoh rabun jauh yang tinggi..
      ia akan pulih. maksud disini tahap penglihatan akan bertambah baik dan menghampiri tahap penglihatan normal. power kemungkinan besar xkan turun kepada x perlu pakai kacamata ( mungkin org akan paham x payah pakai kacamata dah).
      dgn syarat utk yang mata malas perlu memakai kacamata sentiasa beserta terapi penglihatan yg diperlukan.
      sekian terima kasih

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Create a free website or blog at WordPress.com.

%d bloggers like this: