Astigmatism atau Rabun Silau-Part2

Bagi menjawab balik soalan semalam, apa perbezaan antara 2 gambar yang ditunjuk, dan JAWAPANNYA=bentuk kornea di sebelah kiri lebih menonjol ke hadapan berbanding bentuk kornea di kanan.

Kalau anda boleh berimaginasi, bentuk cornea kanan sama seperti bentuk separuh bola sepak, tetapi kornea di sebelah kiri berbentuk separuh bola ragbi. Kesan bentuk cornea (seperti bola ragbi) inilah yang akan memberi kesan kepada biasan cahaya yang masuk ke dalam mata anda. seperti rajah di bawah:

Ini akan menyebabkan image yang anda lihat kelihatan kelabu.

Bagi kornea yang normal, biasan cahaya akan menumpu pada satu titik, seperti gambar diatas.

Sebarang persoalan atau ketidak faham anda boleh tinggalkan komen anda, atau hubungi kami di alamat atau no tel di kanan page.

Categories: Kristal Optometrist, Penemuan, Penyakit, Perkhidmatan | Tags: , , , | 747 Comments

Post navigation

747 thoughts on “Astigmatism atau Rabun Silau-Part2

  1. farhana

    org yg mengalami rabun silau mmg wajib pkai spek ke? maaf kalau soalan mcm tak masuk akal tapi saya baru je mengalaminya..jd x de pengatahuan yg banyak ttgnya..boleh berkongsi maklumat…

    • Farhana tahu farhana ada rabun silau melalui pemeriksaan mata ke? kalau ya, bergantung kepada berapa power silau farhana. jika rabun itu mengganggu farhana melakukan tugasan harian, dicadangkan supaya farhana buat spek, kalau sebaliknya tak buat pon tak pe=D kalau farhana belum buat pemeriksaan mata, dicadangkan supaya pergi buat pemeriksaan terlebih dahulu, bagi mengetahuinya. Terima Kasih Farhana!! kerana sudi komen=D

      • ilani

        sy pon baru jer check mata..
        then,org tu kate sy pnye rabun silau da nk cecah 100…
        then,should i wear specs?

        kdg2 jer rase skit pale,tp x gnggu aktiviti harian sy..

      • dear cik ilani,
        sekiranya rabun silau yang cik alami sekarang ini hanya menyebabkan sakit kepala yang kadang2, mungkin cik memerlukan kacamata tetapi cume pakai bile perlu sahaja contoh dengan komputer, memandu, waktu lain tak perlu pakai.
        sekiranya ia tidak mengganggu tugasan harian cik, mungkin cik boleh hold dulu sementara menuggu simptom2 kesan akibat rabun silau semakin ketara.

      • shaza

        Good evening there , nama saya Shaza dan saya salah seorang penuntut di institusi pengajian tinggi awam . Saya inginkan pendapat saudari/saudara tentang masal rabun saya . Beberapa hari yang lepas saya ada buat pemeriksaan mata dan keputusannya adalah seperti berikut .

        SPH CYL A
        Right -100 -0.75 158
        Left -0.50 -1.25 82
        PD = 61

        Setelah melakukan pemeriksaan saya diberitahu bahawa saya mempunyai rabun silau dah rabun jauh . Saya ingin tahu apakah maksud SPH , CYL , A , PD dan apakah hubungan terma tersebut dengan jumlah degree yang dinyatakan ? Adakah saya memerluka cermin mata kerana saya selalu pening dan mata saya cepat sakit . Penglihatan saya dari jarak jauh juga kabur . Apa pendapat saudara/saudari ?

        Terima kasih .

      • KHAI 85

        AKUM SY NK TNYE SY MNGALAMI RABUN SILAU KIRI DN KNAN SBYK 0.75,MNAKALA RABUN JAUH HNYA O.25 JIKA SYA X BUAT KACA MATA ADAKAH POWERNYE AKN NAIK,??

      • salam khai.
        terima kasih kerana bertanya.
        kemungkinan powernya boleh naik kerana kita memaksa mata kita untuk memfokus. selain itu simptom2 seperti sakit kepala, pening silau mungkin akan lebihrasa lagi.

        terima kasih

      • KHAI 85

        slmt mlm cik sy nk tnye bru2 ni sy ad gi cek mata sy dioptik bacaanya(R) SPH 0.50,CYL 0.50,manakala sblah kiri(L) SPH1.50,CYL0.50,Sy nk tanye jika sy buat kaca mata brpa bln powernye perlu ditukar?,btul ke rabun silau dan rabun jauh ad link?perlu ke sy buat kaca mata tambh sungglas? sekian teima kasih?

      • slamat pagi khai.
        terima kasih kerana bertanya, kebiasaanya power akan berubah dalam tempoh 1 ke 2 tahun. tetapi ada juga power yang kekal tidak naik2 kerana telah mencapai tahap optimum dan stabil. sebaiknya khai boleh jalani pemeriksaan setahun sekali utk melihat melihat perkembangan dan tahap kesihatan mata khai.

        terima kasih

      • saya tidak boleh melihat cahaya mata hari, jika saya lihat cahaya mata hari mata saya akan berair saya dpt lihat ini menyebabkan mata saya bengkak. adakah itu silau?

      • cara yang paling mudah, jgn lihat cahaya matahari 🙂 hehe
        mata ainna mmg silau dgn cahaya matahari. sebaiknya jalankan pemeriksaan mata yang lengkap, takut2 ada selaput mata jugak

      • Fauzee

        Assalam cik
        Cly=0.50
        Axis=180
        adakah rabun sy ini diketogorikan rabun yg agak teruk

      • Wasalam… Tidak…
        Rabun ini biasanya memberi simptom pening, sakit kepala dan silau…

      • Maisarah Binti Mi

        Assalamualaikum..Adakah saya perlu pakai cermin mata?Silau belah kiri 100 dan rabun belah kanan 100.Saya memerlukan sugestion.

      • Waalaikum salam. Terima kasih kerana bertanya.
        Ya maisarah memerlukan kacamata utk membetulkan kekaburan penglihatan yg dialami. Ianya juga dpt mengurangkan silau, mata penat, sakit kepala.
        Sekian terima kasih

      • Maisarah Binti Mi

        terima kasih di atas suggestion yang diberi.cermin mata yang mana sesuai utk silau mata saya?

      • Utk bingkai mestila yg cantik dgn maisarah😆
        Cumenye utk kanta maisarah boleh memilih kanta yg sekurang kurangnya mempunyai lapisan anti silau. Itupon dah memadai. Ataupun boleh ambil kanta transition yg boleh menjaga mata maisarah dan mengurabgkan silau dgn matahari

      • Maisarah Binti Mi

        terima kasih di atas suggestion yang diberikan .saya sngt mghargai prtolongan yang anda berikan.

      • Sama2 maisarah:)

    • azida

      salam .. sy nak brtny .. kenapa kdg2 , mata sy tiba2 jd silau . semua bnda yg sy tgk semua mcm ade silau yg menganggu .. lps tu , sy akan pening kepala dan akan muntah2 selagi sy tak tidur .. bila sy dh tdo , baru mcm okay sikit dan tak muntah dah .. setiap kali mata sy mula silau , sy akn tidur cpt2 .. sbb sy tahu lps tu sy mesti akan pening dan muntah2 .. bahaya ke keadaan sy ni ? ape perlu sy buat .. ? sy memakai spec ketika ingin bljr dan jika perlu shj .. silau sy tinggi dan mcm tu jugak dgn rabun jauh sy .. adakah sbb sy tak cukup tidur ? atau ade sbb lain ?

      • salam azida,
        masalah azida ini lebih kepada masalah mata letih, (eye fatigue). ianya biasanya terjadi akibat daripada kelemahan otot kanta mata untuk mefokus dan mengubah jarak fokus.
        azida memerlukan pemeriksaan lanjutan seperti pemeriksaan kekuatan kanta mata utk memfokus, kekuatan otot mata utk memfokus.
        sebaiknya kanta jenis ANTIFATIGUE LENS adalah yang terbaik..

        sekian terima kasih

      • KHAI 85

        slamt malam cik nk tnye boleh x syorkkan kanta yg baik untuk sy kalo boleh nak tau jenis serta jenama dn harga ,pasal sy buat bebrap bln lalu ,tp ape yg tdk memuaskna hati sy cermin mata yg sy pkai ketika memandu ,kena jeaicnd keta bkuap,skian

  2. atie

    rabun silau ni boleh berlaku kat sebelah mata je ke or dua-dua belah? ada tak contact lens wat orang yang rabun silau?

    • bergantung kepada individu, ada yang mempunyai rabun silau pada kedua-dua belah mata, ada yang hanya pada sebelah mata sahaja. Bagi mereka yang power silau tinggi kita akan cadangkan menggunakan C/L toric.

    • bergantung kepada simptom2 yang dihadapi pesakit dan punca kejadian silau itu. terdapat beberapa kategori silau.
      1. mata terlalu sensitif terhadap cahaya yang mungkin berpunca daripada kelengkungan kornea yang tak sekata. bagi kes ini, kebiasaannya pesakit memerlukan cermin mata dengan power rabun silau itu. sekiranya penglihatan masih boleh mencapai penglihatan normal, jadi pesakit hanya memerlukannya untuk masa tertentu sahaja seperti komputer, memandu kereta, menonton wayang, dalam dewan kuliah, menonton televisyen.
      2. silau juga boleh disebabkan oleh rabun yang dikenali sebagai hyperopia atau rabun +ve power. ini disebabkan oleh kanta mata tidak dapat berakomodasi dengan baik untuk memfokuskan cahaya, justeru menyebabkan cahaya terfokus melebihi daripada retina. untuk kes ini, pesakit juga memerlukan cermin mata berpower dan mekainya bila perlu sahaja.
      3. silau juga boleh disebabkan oleh infeksi atau jangkitan bakteria pada bahagian kornea. untuk kes ini pesakit perlu segera berjumpa dengan doktor mata agar jangkitan tidak menyebabkan parut pada kornea yang akhirnya menjadi silau kekal.
      4. untuk perkara 1 dan 2, sekiranya pesakit turut mengalami sakit kepala, pening, mata letih, berair, pesakit perlu memakai cermin mata sentiasa agar simptom2 tadi hilang.
      5. silau turut disebabkan oleh anak mata yang kembang atau besar. bagi kes ini, berkemungkinan pesakit memerlukan kacamata yg diwarnakan atau pun kanta sentuh.
      sekian terima kasih.

  3. atie

    sori sbb nk tanye nie,C/L toric tu ape ek?mane nk dpat?lagi satu,rabun silau nie kalau da teruk gile bleh sbbkn buta x?bkn buta yang x nmpak ape tp buta yang cuma nmpak chaya dan mngkin cuma kelibat org or objek je bleh nmpak selain chaye..ada ke penyakit mata cenggitu?

    • 1. c/l toric adalah kanta sentuh yang beserta dengan rabun silau. kebiasaannya optometrist akan mengesyorkan kanta tersebut sekiranya kita mempunyai rabun silau(astigmatism) yang lebih daripada -0.75DC. kite boleh dapatinye di kebanyakan praktis yang mempunyai optometrist. dapatkan nasihat optometrist sebelum membelinya dan dapatkan pemeriksaan bahagian hadapan mata sebelum memakainya. ini bagi mengurangkan masalah semasa pemakaian kanta sentuh.

      2. rabun silau menyebabkan buta..?
      ini terdapat 2 maksud,
      yang pertama sekiranya kite memiliki rabun silau yang tinggi, dan tidak memakai kacamata, YA, ia adalah hampir sama dengan buta, cume nampak cahaya dan kelibat orang. jadi anda perlu memakai kacamata.
      yang kedua, mmg terdapat individu yang memiliki rabun silau yang terlalu tinggi dan tidak boleh diperbetulkan dengan kacamata kerana mereka menghadapi masalah KERATOKONUS tau kornea menjadi seperti kon. untuk kes ini, pengidap penyakit ini sangat memerlukan kanta sentuh khas bagi membolehkannya melihat dengan baik. kanta sentuh ini bertujuan untuk merencatkan perkembangan penyakit KERATOKONUS ini. ini kerana KERATOKONUS boleh berkembang dan menyebabkan lapisan kornea menjadi semakin nipis dan akhirnya sekiranya tidak mendapat rawatan, ia boleh menyebabkan BUTA

      3. kesimpulan…
      rabun silau itu sendiri tidak menyebabkan buta, sekiranya kita tidak menghadapi masalah KERATOKONUS, sudah pasti kita akan dapat melihat dengan baik dengan bantuan kacamata. sekiranya kita mengidap penyakit KERATOKONUS, tindakan awal dan drastik perlu dilakukan!

      • Nabilla Hanna

        adoh …..saya dalam kategori rabun silau…..tengok kelibat org je…..hitam…..dah cek tadi…..doktor syorkan saya pakai kacamata…..mata pening…

      • sebaiknya nabila boleh memakainya sentiasa ya. kacamata juga adalah sebahagian daripada fesyen. lengkapkan diri anda dengan fesyen kacama yang terkini.. hehe

      • Noor

        Kalau keratokonus tu mcmana nak sembuhkan ek? Kene pakai hard lense je ke? Mahal x hard lense.. Pastu lama ke nk buat? Klo dah makin teruk apa solution?..thanx!

      • salam noor. terima kasih kerana bertanya.. yg terbaik adalah kanta sentuh jenis keras utk merencat perkembangannya drpd menjadi semakin teruk. harga utkbsepasang biasanya rm1+++ dan boleh bertahan selama 24 bulan. selain drpd tu adalah pembedahan. ttp x ramai doktor mata yg mengambil risiko pembedahan itu

  4. daia1412

    saye ade buat check mata..mate kanan saya rabun silau 200. kalau tak pakai spec boleh jadi makin tinggi power silau tu x?..baper ek kalu maksimum rabun silau ni?

    • hmm, then mmg u kene pakai la ye. hmm, usually rabun silau tak naik unless u ade other corneal problem such keratokonus, allergy, mata amatlah sepetnye.
      dan kalo tak pakai, u akan nampak blurry, eyepain, exessive tearing, glaring, headache.
      so pakaila utk penglihatan yang selesa disamping menikmati keindahan alam semulajadi yang TUHAN ciptakan. 🙂

  5. aida

    Kali terakhir saya cek mata, rabun silau saya hampir 300..saya selalu mengalami pening yang sangat teruk..hampir setiap hari..adakah disebabkan silau..dan saya tidak memakai cermin mata..

    • cik/puan aida,
      ramai yang tidak memahami maksud rabun silau itu. rabun silau adalah akibat daripada 2 atau lebih cahaya yang tidak terfokus tepat pada retina. apabila keadaan ini berlaku ia pasti akan menyebabkan individu itu mengalami masalah rabun penglihatan. mengikut kelaziman, rabun silau 300 yang dialami aida adalah agak tinggi yang menyebabkan eyestrain kepada mata yang mengakibatkan aida sentiasa menghadapi masalah pening yang berlanjutan.
      bagi masalah ini aida dinasihatkan untuk memakai cermin mata sepanjang masa untuk mengurangkan masalah eyestrain ini dan insyaallah dapat mengurangkan masalah pening yang dihadapi aida. sekiranya aida masih lagi pening dan kekerapan masih sama seperti sebelum memakai cermin mata, aida dinasihatkan untuk mendapatkan rawatan lanjutan.

  6. dila

    Saya nak tanya, baru2 ni saya mengalami sakit kepala di sebelah kiri yang amat teruk. Saya cuba check mata dan saya dapati rabun silau di sebelah kiri 150 dan kanan cuma 50 sahaja. Soalan saya, patut kah saya membuat cermin mata? Jika ya, benarkah saya perlu memakai sepanjang masa? menurut kata kawan saya x perlu…saya nak kepastian. Benarkah cermin mata yang ada pelindung UV (Cermin bertukar gelap di waktu panas) boleh mencecah hingga RM500 keatas…ada juga yang murah. Apakah bezanya dan apakah yang terbaik untuk saya? Terima kasih.

    • cik dila, terima kasih kerana bertanya

      daripada simptom yang cik dila nyatakan, dan dengan kadar rabun yang cik dila miliki, menunjukkan cik dila memerlukan bantuan kacamata sepenuhnya(bermakna cik dila perlu memakai kacamata sentiasa).
      ini adalah kerana rabun silau(astigmatism) adalah fenomena yang terjadi akibat terdapat 2 titik fokus yang tak terfokus pada retina. keadaan ini boleh menyebabkan penglihatan menjadi kabur dan menyebabkan masalah yg dikenali sebagai optical migrain. migrain yang disebabkan oleh kabur penglihatan.
      kebiasaanya sakit kepala akan hilang setelah anda memakai kacamata. dan sekiranya sakit kepala anda masih lagi belum hilang, pemeriksaan lanjutan perlu dilakukan.

      kanta fotokromik adalah trend masa kini. terdapat pelbagai jenis kanta fotokromik dan dengan harga yang pelbagai bermula dari 1++ sehingga 1+++ bergantung kepada kualiti fotocromik itu sendiri, material kanta dan lapisan antisilau kanta tersebut. pada dasarnya semua kanta fotokromik mempunyai 1 tujuan iaitu ia akan bertukar warna apabila terkena pancaran matahari. cume yang terbaik di pasaran masakini adalah TRANSITION6 yang mana ia hanya memerlukan masa 15 saat untuk menjadi gelap maksimum brgantung kepada dedahan uv dan hanya akan mengambil masa 5 minit untuk menjadi jernih semula tanpa kita sedari. selain itu, transition6 juga akan meningkatkan kadar kontrast penglihatan semasa ia berada dalam keadaan yang aktif(gelap). walaupun gelap, penglihatan anda masih jelas tidak seperti kanta fotokromik yang lain yang mana penglihatan akan menjadi malap dan tidak jelas.

      sekian terima kasih

  7. dila_kazuha

    salam~

    sy ade rabun jauh + silau yg bleh diktkn agk tinggi juge..dlm 200 gitu. power rabun sy pn around 300 mcm tu.. sy mmg pki spek sejak dri form 4 secara tetap tp sy da taw sy rabun sejak drjh 6 lg. persoalan sy skrg, ade x contact lens yg sesuai utk power sy mcm tu? dan ape jenama dan hargenye? sy juge sering mngalami saket kepala trutamanya di bhgn blkg kepala sy…

    • Ada contact lens yang sesuai utk power rabun yang macam tu. kebiasaannya anda boleh mekakai kanta sentuh toric, kanta sentuh yang sekali dgn rabun silau. contohnye SOFTLENS TORIC dari bauch and lomb. harga dipasaran RM150 utk sekotak (6 keping). selain itu anda juga boleh mencuba kanta sentuh jenis keras (RGP) yang juga sesuai bagi mereka yang mempunyai rabun silau yang tinggi. Ia dapat mengurangkan rabun silau tersebut. sekiranya anda mengalamisakit kepala yang sedimikian, jalanilah pemeriksaan penglihatan dgn segera utk memastikan tahap rabun anda sekarang. Ia kebiasaannya terjadi kepada mereka yang mempunyai rabun silau yang tinggi. balancing spek mata anda turut memainkan peranan yang sangat penting.

  8. nazrin

    hai…saya mengalami pening dan sakit di bahagian belakang kepala dan membawa kepada mata saya…apabila pergi berjumpa optometris dan menjalani pemeriksaan mata, katanya saya mempunyai silau sebanyak 50 kedua2 mata saya…dan die menyarankan saya memakai cermin mata untuk menghilangkan masalah sakit kepala saya.adakah ianya benar.kerana pada pendapat saya sekadar power 50 tu, biasa2 saje.

    • en. nazrin,
      terima kasih sudi bertanya. rabun silau sebanyak 50 boleh dikatakan sedikit (mild astigmatism). ia boleh menyebabkan gangguan terhadap penerimaan rangsangan (visual input) terhadap visual korteks. sesetengah daripada kita yang memiliki rabun silau yang sebanyak itu tidak menghadapi sebarang masalah seperti sakit belakang kepala, dan senak mata. tetapi sesetengah daripada kita yang memiliki rabun silau yang sebegitu menghadapi masalah sakit kepala dan senak mata. walaupun penglihatan kita masih boleh mencapai tahap 6/6 tetapi dengan memakai kacamata, penglihatan kita akan menjadi lebih baik dan ini dapat mengurangkan gangguan resepsi visual di visual korteks yang mengakibatkan sakit kepala yang dikenali sebagai optical migrain. anda dinasihatkan untuk memakai kacamata untuk mengurangkan masalah tersebut. sekiranya masalah sakit kepala anda masih lagi berlanjutan, pemeriksaan lanjutan perlu dilakukan seperti ujian saraf penglihatan, akomodasi kanta mata dan kekuatan mata utk memfokus.
      sekian, terima kasih.

  9. azila

    hai sy nak tanya…sy selalu silau bila memandu terutamanya malam…kadang2 sampai berair mata.. so dh check mata silau sebelah kanan 50 n kiri 0.. yg paling xsangka check rabun pun ada sedangkan selama ni sy rasa penglihatan ok jer… kanan 125 kiri 100..tgh berfikir lagi nak pakai cermin mata ke x… takut bila pakai power akan bertambah..

    • Terima Kasih Azila kerana bertanya..rabun silau atau astigmatism 0.50D selalunya tidak memberi apa-apa kesan pada penglihatan. Namun, ianya sangat subjektif dan bergantung kepada pesakit itu sendiri. Sesetengah pesakit tidak mempunyai apa-apa masalah pada penglihatan, namun sesetangah memerlukan kanta pembetulan untuk memperbaiki masalah penglihatan. Silau memandu pada waktu malam itu adalah biasa, disebabkan oleh permukaan kornea (kawasan transparen pada mata) yang bersifat melengkung dan bukan rata, apabila cahaya melalui kawasan melengkung, pantulan cahaya adalah berselerak dan menyebabkan masalah silau. perlu diiingat pada waktu malam,bukaan anak mata (pupil) mengembang (dilate) kerana persekitaran gelap, bukaan yang besar ini menyebabkan masalah silau bertambah teruk. Berkenaan mata berair mungkin juga disebabkan oleh penggunaan air-cond kenderaan yang boleh menyebabkan mata kering dan berair. Berdasarkan kuasa rabun yang diberi, mata kanan 1.25D dan kiri 1.00D menunjukkan tanda-tanda rabun jauh. Namun ini tidak dapat dipastikan samada pemeriksaan mata itu dilakukan menggunakan mesin (auto-refraction) sahaja atau pemeriksaan itu adalah menyeluruh di dalam bilik pemeriksaan mata oleh optometrist. Ini kerana kuasa mata yang ditentukan oleh mesin auto-refraction adalah tidak tepat dan perlu dipastikan oleh optometrist. Namun sekiranya ianya benar dan ditentukan oleh optometrist, pemakaian kanta pembetulan adalah digalakkan. rabun jauh juga boleh menyebabkan silau kerana cahaya tidak terfokus pada retina. Ini dapat menambah baik kualiti penglihatan pesakit. Kuasa mata sepatunya tidak akan bertambah dengan pemakaian kanta pembetulan, namun pertambahan +/- 0.25D setiap 6bln -sethn adalah normal. pun begitu sekiranya pertambahan kuasa mata meningkat secara drastik, pesakit perlu dirujuk oleh optometrist semula untuk pemeriksaan belakang mata (fundus). Mungkin terdapat sebarang abnormaliti atau penyakit mata yang berlaku.

      Harap jawapan ini mampu menjawab persoalan azila. Kalau masih ada persoalan lain jangan segan tanya(^___^)

  10. nora

    saya sekadar mahu bertanya..sy ade tgk di facebook mengenai jualan lens untuk besarkan anak mata…tp untuk power silau takde..silau sy kanan 100 kiri 50..dan power rabun jauh kiri 50 kanan 0…kalau saya beli juga tp power rabun jauh je..ade effect tak?atau pon,ade tak lens yg besarkan anak mata,untuk power silau…tq..

    • mia raihana,
      terima kasih kerana bertanya.
      kanta sentuh berwarna mmg tidak mempunyai rabun silau seperti kanta sentuh jenis jernih.. ianya lebih untuk tujuan kosmetik. tiada dalam pasaran kanta sentuh utk besarkan mata beserta rabun silau. dgn sekiranya mia raihana ingin membeli kanta sentuh berwarna, rabun silau cik akan di’convert’kan kepada rabun jauh. kemungkinan penglihatan mia akan akan rase sedikit kabur terutamanya pada mata sebelah kanan. Cik mia dinasihatkan utk memakai bila perlu sahaja sekiranya cik mia turut mengalami sakit kepala semasa memakainya. pembetulan terbaik utk mata kanan cik mia adalah -0.50DS dan mata kiri mia adalah -0.75DS.
      sekian, terima kasih

  11. Fieyza

    hye…fieyza nak tnye…baru2 neh…fieyza ade check mata…mata sebelh kiri terok..n mata sebelah kanan ok je….tapi fieyza salu pening kepala…n mata sebelah kiri salu sakit…n teramat silau…lagi2 kalau fieyza ade wat presentation yg menggunakan LCD ataupun membuat keja berpandukan lptop…bile fieyza hangout ngn kwn2…terutama pd waktu siang…mata sebelah kiri fieyza terasa pedih…so..fieyza nak tnye…patut ke fieyza pakai spek…??

    • fieyza, terima kasih kerana bertanya. daripada masalah yang fieyza maklumkan menunjukkan fieyza memerlukan kacamata untuk membetulkan msalah rabun yang fieyza alami. ia dapat mengurangkan masalah sakit kepala, mata terasa pedih, dan dapat mengelakkan masalah selalu pening.

      mata terase pedih di waktu siang, menunjukkan samada fieyza turut mengalami masalah mata kering, dan mata fieyza mmg sentitif terhadap cahaya. bagi masalah mata kering fieyza memerlukan artificial tears untuk mengurangkan masalah tersebut. dan fieyza memerlukan kanta fotokromik (transition) yang boleh menjadi gelap untuk megurangkan kadar kemasukan cahaya ke dalam mata. kesimpulannya fieyza memang memerlukan kacamata.

      sekian terima kasih

  12. kirru

    hai?? nk tya.. kwn sy ckp die ade masalah sblah mata rabun & sblah mata lg silau.. so.. ade x jalan pnyelesaian utk msalah mcm ni.. time kasih 🙂

    • daripada masalah yang en. maklumkan, terdapat 2 langkah yang bersesuaian untuk menyelesaikan masalah itu. yang pertama, en. memerlukan kacamata bagi membetulkan masalah rabun yang en. hadapi, dan yang kedua encik boleh memakai kanta sentuh untuk membetulkan rabun itu sekiranya keadaan mata encik sesuai untuk kanta sentuh. nasihat saya kacamata adalah yang terbaik 🙂

  13. Assalamualaikum optometris…
    sya da hmpir 1thun pakai cermin mata .
    dan 2 kali saya tukar cermin mata.
    sekarang ni sy pakai yg transition.
    degree silau & rbun sy da lupa.
    tp mmg tinggi.
    rsenye rbun kanan 225, kiri 100. silau sy x igt.
    sy juga da setahun sakit kepla.
    sakit seluruh bhgian kepala.
    terutama bhgian atas kening & sudut both depan kepla.
    akibat da terlalu lama, sy da pun lali dgn sakit kepala.
    since sy pakai spec continously, xde perubahan sakit kepala ni.
    pagi2 sakit, bila malam, saya akn rasa kebas kepala. bila kebas je sy rasa sikit ok., tp x berkurangan.
    sy ni sakit kepala setiap hari. doktor pon pelik, cikgu biologi lg pelik. erm,..
    result sy pon da semakin teruk. sbject senang pon xleh score sbb bila sakit kepala, memory semakin lupa…
    sy sedih sangat.
    thun lepas sy msuk SBP. tahun ni, sy terpaksa end up SPM kt sekolah lama(harian biasa) sebab sakit kepala, sy da xsggup lg nk face cbran kt sbp. ada 1 hari skit kepala sy hilang bila sy bgun tidur, then kluar bilik(pukul8pg) sy terus diserang sakit kepala lagi…
    sy da jumpa ramai doktor, doktor pakar allergic, doktor saraf, doktor biasa… tapi bg ubat lgsung xde effect…
    kalau nk kata gguan halus, ustaz kata xde….
    mmg sah saraf mata……
    kadang2 sy hilang pedoman…
    sy nk hadapi SPM lagi thun ni….. 9A+ mcm da hilang dri harapan sy…..
    sy nk try pki TORIC CL tu, tp tkut xde effect..harga lak rm150,
    sy harap saudara/saudari optometrist dpt bntu sy….
    saya nk SPM thun ni! nk jdi Doktor!!! x(
    tolong la sy!!!

    • adik, daripada masalah yang adik telah maklumkan, keadaan sakit kepala adik amat kritikal. sekiranya tiada masalah dari mata, seleepas adik memakai cermin mata, seharusnya sakit kepala itu hilang.. tetapi tidak bagi kes adik. sekiranya tiada diagnosis pakar yang membuat pemeriksaan terhadap sakit kepala adik, kemungkinan saraf mata adik juga tiada masalah. ia mungkin kembali kepada mata adik. diagnosis awal saye adik kemungkinan mengalami masalah LEMAH AKOMODASI DAN LEMAH KONVERGEN. kebiasaannya sekiranya adik bersetuju, adik boleh datang ke klinik saya dan saya akan membuat pemeriksaan menyeluruh mata adik. adik boleh hubungi klinik saya untuk membuat janjitemu. 04-4917370

      • fendi

        salam..saya menghadapi masalah rabun..power spek saya 550..tapi masalahnya apabila saya pakai spek,kepala saya akan pening..saya sudah tukar spek lebih kurang 8 kali..tetapi pening masih brulang..apabila tidak pkai spek,kepala saya tidak pening..saya sudah jumpa dgan paka mata..mreka syor utk buat lasik..apabila dtnya saamda akan hilang pening,mreka tdak pasti..tlg la sya

      • salam fendi, selamat hari raya
        hmm, terdapat banyak kemungkinan yg menyebabkan pening berlaku apabila memakai kacamata.
        1. power yg diberi tidak tepat maka mnybabkan gangguan penghantaran signal dari mata ke otak dan mengakibatkan pening.
        2. kanta mata tidak rilex, pon boleh mengakibatkan pening
        3. optical quality kanta cermin mata yang standard, mungkin mengakibatkan distortion (herotan) juga boleh mengakibatkan pening.

        pengurusan

        1. jalani pemeriksaan penglihatan yang terperinci dgn optometrist yang bertauliah
        2. perlukan binocular balancing,
        3. perlu periksa kekuatan kanta mata untuk memfokus
        4. memilih kanta cermin mata asferikal (less distortion)
        5. pemilihan bingkai yan sesuai, lebih ringan
        6. vision therapy
        7. mencuba kanta sentuh – kurang distortion, imej lebih stabil sekiranya rabun silau rendah

        juga boleh buat janji temu dgn kami di talian 04-4917370

        sekian terima kasih

  14. thanks for ur feedback.
    sy dari johor.
    nak ke kulim kedah, rasanya jauh..

    ade branch area malacca or Kl?

    atau pun, boleh syorkan optometrist yg berdekatan?

    sy takut kena charge yg mahal, tak mampu nk bayar….

    ‘(

  15. warz

    salam sejahtera.. sya dr swak..sya nk tanya ckit..sya mgalami rabun jauh sejak sya di sekolah menengah lg, tapi tk pernah menemui pakar.skrg sya sudah menjangkau usia 30an, dan tahun lepas sya pergi ke kedai kacamata dan apabila diperiksa sya mdpt tahu bahawa sya ada silau yang tinggi ..selama ini pun bila sya memandu ketika cuaca panas, sya selalu mgerutkan dahi dan ini myebabkan sya sakit kepala d bhgn atas kepala sebelah kiri.sakitnya terasa mcucuk2 dan selalunya sakit 2 akan hilang jika sya tidur.ketika sya mbuat medical checkup, bila disruh menutup mata seblh kanan, sya gagal mbaca carta baris 20/20 &20/25.sya nampak blur sj carta..adakah sya perlu memakai kacamata sepanjang masa @ untuk jangkawaktu yg tertentu sj sperti ketika memandu @ menonton tv? sebab sya hanya rasa silau ketika memandu waktu mlm @ cuaca panas. terima kasih….

    • salam sejahtera kembali. penglihatan 20/20 adalah tahap penglihatan yang baik ataupun normal. sekiranya kita gagal untuk mencapai penglihatan tersebut, penglihatan kita adalah bermasalah. majoritinya memerlukan bantuan cermin mata untuk mencapai penglihatan 20/20.sekiranya masih jugak gagal untuk mencapai penglihatan 20/20 selepas memakai bantuan cermin mata, kemungkinan besar mata kita bermasalah. pemeriksaan lanjutan perlu dilakukan.
      dalam kes yang warz nyatakan di sini tanpa bantuan cermin mata, warz mmg menghadapi masalah penglihatan. keadaan ini kebiasaannya kekal dan penglihatan warz akan tetap kabur sekiranya warz tidak memakai cermin mata,. seharusnya warz memakai cermin mata dan mengikut keselesaan warz. sekiranya warz selesa dengan penglihatan warz dengan cermin mata, warz boleh terus memakai cermin mata. atau sekiranya warz berasa tidak selesa dengan cermin mata, warz boleh memakainya mengikut keperluan warz samada semasa memandu, menonton televisyen, komputer. dalam erti kata lain keadaan yang memerlukan daya tumpuan. ini juga dapat mengurangkan masalah sakit kepala yang warz hadapi dan juga silau malam@siang. tetapi sekiranya sakit kepala warz masih belum reda, warz dikehendaki untuk memakai cermin mata sentiasa bagi membantu siasatan punca sakit kepala warz.

  16. Mohd Shafie Md Ali

    Saya nak tanya, hmpir 2 bulan saya mngalami sakit kepala yg berlanjutan, saya pun dapati bahaa penglihatan saya agak kabur dalam tmpoh itu, baru2 ni baru g cek mata, sebelah kiri ada rabun silau sbyk 1.00D dan sbelah kanan ada rabun jauh 0.75D, mereka sarankan saya pakai spec..
    Tapi perlu ke saya pakai spec? Bahaya ke kalo saya xguna spec?

  17. Mohd Shafie Md Ali

    Saya nak tanya, hmpir 2 bulan saya mngalami sakit kepala yg berlanjutan, saya pun dapati bahaa penglihatan saya agak kabur dalam tmpoh itu, baru2 ni baru g cek mata, sebelah kiri ada rabun silau sbyk 1.00D dan sbelah kanan ada rabun jauh 0.75D, mereka sarankan saya pakai spec..
    Tapi perlu ke saya pakai spec? Bahaya ke kalo saya xguna spec?..

    • salam en. shafie,
      terima kasih kerana bertanya. keadaan yang en. shafie kita kenali sebagai OPTICAL MIGRAIN yang bermaksud rabun yang menyebabkan sakit kepala. en. shafie dinasihatkan untuk memakai cermin mata sentiasa bagi mengurangkan masalah sakit kepala yang en.shafie hadapi dan masalah kabur penglihatan yang en. shafie alami. tetapi sekiranya masih juga sakit kepala en. shafie tidak reda, pemeriksaan lanjutan perlu dilakukan untuk mengenal pasti punca sebenar sakit kepala en.
      terima kasih

      • Mohd Shafie Md Ali

        trima kasih atas jawapan itu, saya skrg baru saja memakai spec, ini sudah masuk hari ke-3, tapi saya rasa mata saya sgt tegang memkai spec ni, mmg penglihatan sudah jelas, tp kenapa mata saya agak tegang dan rasa kurang selesa? adakah ini mmg kesan bagi org yg pertama kali pakai spec?

      • Mohd Shafie Md Ali

        trima kasih atas jawapan itu, saya skrg baru saja memakai spec, ini sudah masuk hari ke-3, tapi saya rasa mata saya sgt tegang memkai spec ni, mmg penglihatan sudah jelas, tp kenapa mata saya agak tegang dan rasa kurang selesa? adakah ini mmg kesan bagi org yg pertama kali pakai spec? ..

      • ini mungkin biasa berlaku kepada pemakai cermin mata yang baru. ia dikenali sebagai tempoh penyesuaian. tetapi sekiranya perkara ini berlanjutan setelah seminggu saudara memakainya, sila melakukan pemeriksaan semula kemungkinan kuasa kanta yang diberikan tidak tepat. pastikan saudara mendapatkan pemeriksaan dengan optometrist yang bertauliah.
        terima kasih

  18. mia

    emm..nk ty la…klu pki lens yg utk besa kan mate tp xde power then pki spek..ade ape2 x?klu pki dua2 skali gus..ade effect?

    sy xfhm la mata kiri sy -0.50DS dan mata kiri adalah -0.75DS. tu mcm mn ye

    • mia, takde masalah sama sekali utk memakai kedua2nya sekali gus. pakai lens yg takde power then pakai spek yg ada power. mungkin trend terkini remaja masa kini cuma pastikan lens tu dalam keadaan yang bersih, tidak expired dan mata dalam keadaan baik juga tidak memakai lebih masa ye.

      -0.50ds merujuk kepada rabun jauh yang mia alami begitu juga dengan -0.75ds. atau dgn kata lain rabun jauh mia utk mata kanan 50 dan rabun mia utk mata kiri 75.

  19. mariana

    Assalamualaikum..

    Saya nak tanye skit. Saya rase sy br mengalami rabun silau..Memandangkan beberapa faktor iaitu kehidupan sy yang sering memandang komputer dr pagi hingga ptg di pejabat setiap hari. Selain itu saya sering sakit kepala apabila memandang cahaya terik tengahari dan lampu2 pada waktu malam. Sakit kepala makin kerap sejak seminggu ni dan suami saya menasihatkan saya agar membuat pemeriksaan. Untuk pengetahuan saya tidak membuat sebarang pemeriksaaan lagi dan Saya cuma nak kepastian samada migrain ade kaitan dengan rabun silau. Satu lagi benarkah kalau pakai cermin mata, rabun silau akan hilang.

    • puan, terima kasih kerana bertanya.
      terdapat beberapa faktor yang menyebabkan puan sakit kepala dan silau. untuk pengetahuan puan, puan mungkin mempunyai masalah rabun yang menyebabkan silau. ia menyebabkan cahaya tidak dapat fokus dengan baik di retina justeru menyebabkan silau samada dengan komputer ataupun cahaya matahari. kebiasaannya rabun sebegini tidak tinggi tetapi atas faktor kerja dekat yang terlalu lama, ia menyebabkan masalah SINDROM PENGLIHATAN KOMPUTER (COMPUTER VISION SYNDROME) yang biasa dialami oleh segolongan besar mereka yang terlalu lama bekerja pd jarak yang dekat terutama mereka yang menggunakan komputer. utk kes seperti ini kebiasaannya mereka dinasihati utk memakai kacamata walaupun sekiranya setelah diperiksa, kuasa kanta yang diperlukan adalah sedikit. ini bagi meringankan beban mata utk memfokus. sekiranya berkesempatan, puan juga dinasihati utk memeriksa kebolehan kanta mata utk memfokus ( amplitude of accommodation and convergence). sekiranya puan tidak mengalami masalah dekat, kanta TRANSITION adalah kanta yang paling sesuai untuk mengurangkan masalah silau puan dengan matahari dan dalam masa yang sama, penglihatan komputer puan akan bertambah baik. sekiranya puan sudah pon megalami masalah dekat, kanta progressive transition adalah paling sesuai ataupun anti-fatigue lens.
      majority daripada pesakit yang mengadu migrain mempunyai masalah penglihatan ataupun rabun. dan kebanyakan daripada mereka setelah memakai kacamata dengan kuasa kanta yang betul, migrain mereka hilang sama sekali atau pun hanya akan menyerang sekali sekala sahaja. ini lebih dikenali sebagai optical migrain. tetapi segelintir daripada mereka yang migrain masih mengalami masalah itu walaupun kuasa kanta yang tepat telah diprespsikan. untuk kes ini ujian saraf perlu dilakukan bagi mengenalpasti punca migrain itu.
      puan, silau kemungkinan akan hilang sama sekali setelah anda memakai kacamata dengan kuasa kanta yang tepat hanya dengan memakai kacamata. dan akan silau kembali sekiranya puan tidak memakainya. ia tidak akan hilang terus kerana struktur mata telah berubah. tetapi sekiranya puan sudah pon mengalami selaput mata, kacamata hanya boleh mengurangkan masalah silau itu.
      puan boleh bertanya lagi sekiranya masih terdapat kemusykilan jawapan.
      terima kasih

  20. ifthiqhair

    sy nk tnye..
    pengalaman sy sy penah pki spek utk silau mata, sebelah kanan 80 & kiri 100..
    tp sjk setahun yg lalu sy jarag memakai spek sbb nmpk skema ( kate kwn2 sy) melainkan jika hndk drive..

    sjk akhir2 ni, sy slalu silau mata bila drive wktu mlm.. & sy perasan smakin truk bler silau & skit kpala skali… mgadap komputer/laptop lame2 mata jd berair..
    kdg2 mata sy penah blank bler drive & bersetentag dgn lampu lori atau bas.. ini menyebabkan sy takut tuk drive wktu mlm 0r hujan..

    soalan 1 :
    adakah sy perlu mmakai spek smula even power spek sy tidak seberape kuat? & ape yg membezakan spek untuk rabun dekat/jauh & rabun silau??..

    soalan 2 :
    adakah perlu sy pakai spek jnis transition??

    • salam ifthiqhair,
      daripada masalah yang encik nyatakan disini, encik mmg memerlukan kacamata untuk membetulkan rabun silau ini. rabun silau adalah fenomena yang berlaku apabila 2 atau lebih titik cahaya yang tidak terfokus tepat pada retina ataupun urat mata lalu mengakibatkan rabun. keadaan ini yang menyebabkan silau. ia kebiasaannya akan menyebabkan mata berair bila berhadapan dengan komputer, silau memandu pada waktu malam dan sakit kepala. walaupun rabun silau encik masih rendah, tetapi mata memerlukannya supaya cahaya terfokus cantik atau baik pada retina.

      spek utk rabun jauh kebiasaannya menggunakan kanta cekung(concave lens)
      rabun dekat kebiasaannya menggunakan kanta cembung (convex lens)
      rabun silau menggunakan kanta silinder sahaja ataupun gabungan kanta cembung + silinder / cekung + silinder.
      *kanta silinder hanya membetulkan rabun pada 1 sudut sahaja.

      sekiranya encik turut menghadapi masalah silau dengan cahaya matahari., ya encik memerlukan kanta transition bagi mengurangkan masalah silau dengan cahaya matahari.

      sekian, encik boleh bertanya lagi sekiranya terdapat sebarang kemusykilan pada jawapan.

      terima kasih

  21. nad

    Salam…hye Kristal..
    Saya ingin bertanya ttg astigmatisme ni.. tunang sy mempunyai masalah astigmatisme yg bole dikatakan teruk jgk..lebih kurang 5 tahun dia menghidap astigmatisme ni… ttp hanya sebelah mata dia shj yg ada astigmatisme iaitu mata kanan…dia disyorkan utk memakai hard lense…manakala mata kiri nya pula menunjukkan bacaan infinity…apakah sebenarnya masalah mata yg dihidapi leh tunang sy ni? selain hard lense,bolekah dia memakai kaca mata? Apakah langkah yg sepatut nye diambil utk mengatasi masalah ini dr berterusan lebih teruk pd masa akan dtg?

    • salam mirumi88.
      terima kasih kerana bertanya. daripada kenyataan yang saudari terangkan, tunang saudari mungkin mengalami masalah astigmatism yang disebabkan oleh kelengkungan korneanya yang abnormal bermakna korneanya samada terlalu melengkung atau terlalu curam. bagi kes seperti ini, kanta sentuh jenis keras mungkin diperlukan bagi merencatkan perkembangan kornea yang abnormal itu. kacamata mungkin juga boleh dipakai berselang seli dengan kanta sentuh jenis keras tetapi ia tidak dapat merencatkan perkembangan kornea itu. dikhuatiri tunang cik mengalami masalah keratokonus.
      langkah yang perlu diambil adalah, cik perlu menjalani pemeriksaan penuh dan mendapatkan khidmat penerangan yang sebaiknya agar cik memahami keadaan masalah mata tunang cik, dan tindakan segera perlu dilakukan sekiranya tunang cik positive keratokonus.
      bagi mata kirinya infiniti mungkin terdapat gangguan pada permukaan korneanya yang menyebabkan pencapaian tahap rabun tidak dapat diambil.
      kesimpulannya tunang cik perlu menjalani pemeriksaan penuh mata daripada optometrist yang mempunyai peralatan yang mencukupi dan oftalmologist.
      cik boleh update disini setelah pemeriksaan dilakukan.
      hopefully can keep in touch.
      salam

  22. dee

    salam..hi saya dee. Sy tdk mengalami masalah rabun,tetapi silau yang agak teruk sehingga sering sakit kepala. Saya ada membuat pemeriksaan mata baru2 ini dan mengikut optometrist trsebut,sy ada silau sedikt. Oleh krn sy sering terlibat dlm research y memerlukan sy sentiasa berada dlm lab y terang, sy sentiasa pening dan beliau menawarkan hrga cuma rm100 shj krn diberi ‘student price’. Masalahnya sekarang,saya tdk mpunyai pengalaman dlm memilih kaca mata dan takut ditipu. Adakah saya patut menerima tawaran tersebut? Saya memerlukan pndangan anda dgn segera

    • hi dee, rabun silau yang sedikit, sering memberikan masalah yang besar kepada kita terutama sakit kepala dan pening, seperti yang dee katakan tadi, optometrist tersebut telah memberikan pandangan yang baik terhadap keadaan dee sekarang ini. pastikan pemilihan kanta yang tepat seperti kanta tersebut mempunyai sekurang-kurangnye lapisan anti silau. RM 100 utuk sepasang kanta anti silau yang biasa amat berpatutan. seharusnya dee boleh menerima tawaran tersebut.

  23. shifa

    salam..
    saya ada masalah rabun silau tapi dah lama tak pakai dan tak suka pakai cermin mata sebab tak selesa,mungkinkah sebab power silau tu sendiri yang tak sesuai? dan sejak akhir2 ni..kerap pula mata ni berbalam2..lagi2 bila tengok laptop..habis kembang tulisan..ada 2 lapis..tak dapat focus..sakit kepala tu memang ada la selalu..saya perasan keadaan ni mula meningkat lepas saya kena sakit mata 6 bln yg lalu..effect dia ke?..

    • hi shifa,
      terima kasih kerana bertanya. pemakaian kacamata dengan power adalah sangat sensitif. pemberian kuasa kanta yang tidak tepat juga menyebabkan kita rase tidak selesa untuk memakainya sepanjang masa.
      daripada simptom yang dinyakatan shifa di sini, penglihatan tidak selesa selepas mengalami sakit mata adalah mungkin disebabkan jangkitan yang dialami shifa telah merosakkan sedikit bahagian hadapan mata iaitu kornea yang transparen. ia akan menyebabkan individu itu mengalami masalah penglihatan yang dinkenali sebagai shadow atau bayang. shifa perlu menjalani pemeriksaan mata dan penglihatan untuk mendapatkan kuasa kanta yang sesuai untuk mengurangkan masalah yang dihadapi shifa sekarang ini.
      terima kasih

  24. Anuar

    Salam..Anak lelaki saya mula memakai cermin mata disebabkan masalah rabun silau pada usia 14thn, bacaan pada ketika itu 600kanan 550kiri..kini beliau berumur 16thn dan tiada peningkatan pada bacaan rabun silau tersebut..

    Pertanyaan saya:

    1. Dgn bacaan yg tinggi tersebut apakah kesan jangka panjang yg beliau akan alami.

    2. Adakah kaedah penggunaan RGP atau rawatan yang lain dapat menurunkan kadar bacaan silau yang beliau miliki sekarang, dan berapakah anggaran harga RM RGP.

    3. Adakah rabun silau yang tinggi tetapi stabil/tetap bacaan silau,boleh menyebabkan buta.

    Terima Kasih..

    • salam en anuar.
      untuk bacaan silau 600 dan 550 mmg tinggi jika dibandingkan dengan normal. tetapi rabun silau yang normal selalunya kekal dan jarang yang berubah. en anuar cume perlu memantau perubahan power rabun silau anak encik secara berkala setahun sekali, untuk memastikan tiada peningkatan power secara memdadak.. untuk kesan jangka panjang sekiranya mata anak encik tiada masalah lain seperti alergy, tiada yang perlu dirisaukan. melainkan jika anak encik mengalami masalah alergy yang teruk kerana ia akan mengakibatkan kelengkungan kornea semakin melengkung, justeru meningkatkan rabun silau anak encik. cuba elakkan daripada anak encik menggosok matanya.
      YA, kanta sentuh jenis keras @ RGP dapat mengurangkan rabun silau. ini kerana RGP adalah keras dan dapat mengubah kelengkungan kornea agar menjadi lebih rata. ianya perlu dipakai berterusan untuk mendapatkan efek itu. dipasaran, RGP terdapat banyak harga bermula daripada 4++ sehingga ke 6++ bergantung kepada material yang digunakan.
      TIDAK, rabun silau yang stabil tidak akan menyebabkan buta, insyaallah.

  25. mase3

    saya baru sahaja cek mata saya…dua2 belah 100..tp sebelah kiri semakin hari semakin sakit…kadang2 sampai kabur..bila tgh komputer dan cahaya mata saya sakit sampai berair…boleh bgth ape masalah mata saya ke..dan perlu ke saya menggunakan spek..

    • terima kasih kerana bertanya.
      daripada persoalan yang en. nyatakan tadi, en mengalami masalah rabun yang mungkin late onset. rabun ini terjadi kerana en mungkin melakukan kerja dekat yang terlalu lama yang mengakibatkan bola mata en memanjang dan mengakibatkan kabur penglihatan. rabun sebegini biasanya akan menyebabkan si pengidap mengalami masalah sakit mata, mata berair kerana kita memaksa mata kita untuk memfokus sesuatu yang kabur.
      ya, en memerlukan sepasang kacamata untuk membantu en melihat dengan lebih baik dan menambah nilaikan kehidupan encik.
      sekian terima kasih.

  26. mirain

    salam,,,
    rabun silau anak sy ialah 0.25…perlukah diam memakai cermin mata….
    dia mengalami masalah pening…dan penglihatan kabur..

    • untuk kes2 yang macam n, kite kenali sebagai masaah astenopia atau pon mata letih.. kebanyakan orang mengalami masalah rabun yang sebegini dan hanya segelintir sahaja yang memerlukan pembetulan sekiranya mengalami simptom2 astenopia seperti mata berkejip2, kabur penglihatan, sering sakit kepala, sering pening kepala, masalah silau. kesimpulannya anak puan memerlukan kacamata untuk mengurangkan masalah yang dialami, sekiranya masih juga pening kepala berlarutan tanpa reda, ujian seraf perlu dilakukan.
      sekmian terima kasih

  27. lina

    salam..
    saya nak tanya..saya baru 1st time nak buat eye test coz sejak kebelakangan ni saya sering sakit kepala,mata sakit dan berair apabila melihat skrin komputer,ataupun LCD terutama sekali jika ada pembentangan/kursus.Perkara ini amat merumitkan saya sehingga saya terpaksa ‘mengecilkan’ mata utk dapat membaca tulisan yg ada di skrin LCD.adakah saya rabun silau/rabun jauh..?dan berapa anggaran kos pemeriksaan mata di optometrist swasta.d swasta service lebih cepat berbanding di hospital kerajaan.saya harap kristal optometrist dapat menjawab soalan saya.Terima kasih…

    • salam, terima kasih kerana bertanya,
      daripada masalah yang en. nyatakan disini, en. mungkin mengalami masalah rabun jauh dan juga rabun silau. pemakaian kacamata mungkin dapat mengurangkan masalah penglihatan yang en. alami justeru dapat mengurangkan simptom2 yang dihadapi en sekarang ini.
      kos pemeriksaan mungkin tidak sama di setiap praktis swasta, ade yang berbayar dan ada yang percuma. pun begitu, pemeriksaan penglihatan dengan optometrist swasta amatlah berpatutan sekiranya berbayar. carilah optometrist yang bertauliah untuk mendapatkan rawatan yang terperinci dan penerangan yang lebih baik.
      selamat menjalani pemeriksaan 🙂

  28. sheila joanna

    ni saya da gi check at kedai………………..n dier ckp rabun silau kedua-dua mata saya adalah -0.50…………..then hri2 saya skt kepala…….wat should i do??……..

    • dear shiela, terima kasih kerana bertanya. power rabun sebanyak -0.50 mmg la sedikit dan anda mesti ragu2 untuk memakainya. tetapi setelah pemeriksaan yang terperinci dilakukan dan mendapati anda mengalami masalah rabun silau ini adalah lebih baik anda memakainya. ini kerana ia dapat menyeimbangkan dua titik fokus didalam mata dan membenarkan 2 titik fokus ini fokus hanya pada 1 titik sahaja. justeru sekaligus akan mengurangkan maslah sakit kepala yng shiela alami. sekiranya maslah sakit kepala shiela masih lagi berlanjutan, shiela perlu menjalani pemeriksaan yang leih terperinci berkaitan dengan balancing otot mata shiela dan juga daya memfokus mata shiela.
      sekian teriam kasih

  29. Nasrul

    salam. saya nasrul.. saya ada masalah berkaitan mata.. saya rabun silau mata kanan melebihi 400 dari limit mesin check mata sehingga kedai kaca mata biasa tidak dapat menemui power yang sesuai dengan rabun yang saya hadapi,.. sebelum ni saya pakai kaca mata jika perlu sahaja disebabkan mata kiri saya membntu power kiri kalau rabun jauh dalam 150 dan silau 150 tp sebelah kanan rabun jauh boleh dikatakan tiada tetapi silau melebihi dari peralatan yg mereka miliki,, (saya berkerja dan beroperasi dengan komputer seharian ) saya juga pakai spek jika perlu.. iaitu ketika beropersi dgn komputer, tv dan memndu.. apakah cara terbaik untuk memperbaiki atau pun mengurangkan sehingga saya tidak perlu berkaca mata.. adakah saya perlu untuk melakukan rawatan leser… atau ada cadangan lain…

    • salam nasrul.
      terima kasih kerana bertanya. daripada pengalaman yang saya miliki tiada sebarang power rabun yang kami sebagai optometrist tidak boleh ukur. kami tidak hanya bergantung kepada mesin komputer itu sahaja. walaupun kemungkinan besar mesin itu tidak dapat mengukur rabun nasrul, tetapi dengan menggunakan cara manual, kami masih juga dapat mengukur rabun silau yang cik alami. daripada masalah yang en nyatakan disini, en perlu mendapatkan rawatan dan pemeriksaan daripada optometrist berkaitan dengan kemungkinan untuk mengidap keratokunus iaitu keadaan yang mana kornea menjadi kon.
      cara terbaik untuk mengawal masalah rabun silau adalah menggunakan kanta sentuh jenis keras. ia boleh RESHAPE balik kornea dan mungkin dapat mengurangkan nilai rabun silau yang en alami.
      rawatan laser juga baik kerana sekarang sudah terdapat perkhidmatan rawatan laser bagi mereka yang mempunyai rabun silau yang tinggi tetapi en perlu bebas daripada sebarang penyakit yang melibatkan kornea seperti keratokonus, corneal thinning.
      cadangan saya en perlu berjumpa dengan optometrist untuk mengetahui masalah sebenar mata en.
      sekian terima kasih

  30. amie

    salam..
    saya ingin bertanya..dengan rabun jauh sebanyak 25 kiri dan 25 kanan serta rabun silau 160 kiri dan 180 kanan…
    perlukah saya memakai kacamata sepanjang masa ataupun dalam masa tertentu sahaja..
    juga,sejak 2 menjak ni saya ada migrain yang kalau dibawah cahaya matahari yg akan mengakibatkan sakit kepala dan loya..
    perlukah kanta mata transition ataupun cukup dengan lens fotokromik dlm 30% sahaja?..

    berdasarkan pengalaman..3 tahun lepas rabun silau saya hanya 50 di kedua2 belah mata tanpa rabun jauh..setahun kemudiannya dalam lingkungan itu juga..dan semakin meningkat dari tahun ke tahun..adakah rabun silau ni akan semakin meningkat jika kita tak memakai kacamata?..sebelum ni saya hanya memakai kacamata di masa2 tertentu je..
    apakah faktor yang mampu meningkatkan rabun silau ni?..

    di mana nak dapatkan perkhidmatan optometrist ni ye..adakah di hospital atau ada sebahagian kedai cermin mata memiliki optometrist?..dan kalau utk kedai kacamata..bagaimana nak tahu kedai itu mempunyai optometrist?

    • salam. terima kasih kerana bertanya.
      cik, daripada masalah yang cik nyatakan, cik memerlukan kacamata dan alangkah baiknya sekiranya cik boleh memakainya sentiasa. ini kerana mata cik memerlukan penglihatan yang baik dan jelas. justeru menyebabkan cik berasa loya dan migrain. silau dengan matahari disebabkan oleh cahaya yang masuk ke mata tidak dapat difokus dengan baik dan menyebabkan silau. transition sangat sesuai dengan cik kerana ia dapat mengurangkan silau cik terutama dengan matahari. fotokromik biasa dengan transition mmg mempunyai perbezaan yang mana transition tecnology menyebabkan penglihatan menjadi redup dan selesa disambping menambah baik kontras penglihatan kita. dengan kata lain penglihatan kita semakin baik dalam keadaan cermin menjadi gelap. manakala fottokromik akan menyebabkan penglihatan kita menjadi redup tetapi penglihatan kita menjadi malap dan kontras berkurang yang menyebabkan penglihatan berkurang.
      kadar rabun boleh meningkat disebabkan kerana faktor mekanikal seperti kerlipan mata, mengecilkan mata untuk melihat juga boleh menyebabkan rabun silau meningkat selain daripada masalah alergy yang teruk. adalah sangat dinasihatkan agar cik dapat membiasakan diri dengan kacamata untuk kesihatan cik sendiri.
      perkhidmatan optometrist boleh didapati dimana2 praktis yang mempraktikkan PERKHIDMATAN OPTOMETRI, bukan sekadar check power mata, tetapi juga menilai kesihatan mata dengan menggunakan alatan tertentu. hospital sudah semestinya mempunyai optometri.
      mudah untuk mengetahui samada terdapat optometrist di praktis itu adalah dengan nama OPTOMETRIST terdapat di kedai. tetapi perlu juga bertanya sekiranya terdapat optomtrist di situ kerana terdapat juga optician yang bekerja di praktis optometrist.
      sekian terima kasih

  31. salam… saya baru umur 14 tahun tp saya sudah mempunyai rabun silau 300++… saya ttak mau pkai spek atau contact lens…. ap yg ptut sy lakukan?

    • salam idlan.
      terima kasih kerana bertanya. untuk mengatasi masalah yan idlan hadapi sekarang, langkah yang terbaik adalah dengan memakai kacamata.
      ini membolehkan idlan dapat melihat dengan jelas dan mengurangkan masalah penglihatan yang idlan hadapi sekarang ini. selain itu ia juga dapat mengawal kebarangkalian untuk rabun silau itu naik dan juga boleh menyebabkan saraf penglihatan idlan menjadi lemah yang boleh menyebabkan masalah yang lebih rumit lagi.
      sekiranya idlan tetap juga tidak mahu memakai kacamata, idlan boleh mencari rawatan laser yang menawarkan khidmat membetulkan rabun silau. tetapi kebanyakan prosedur ini hanya boleh dilakukan setelah idlan mencapai usia 18 tahun ran dabun silau idlan perlu stabil untuk membuat rawatan tersebut.
      saya nasihatkan untuk maca sekarang idlan boleh memakai kacamata dahulu dan fesyen spek mata sekarang ini sangat menarik dan sangat berketerampilan.
      selamat maju jaya

  32. deejay

    hello…
    saya ada rabun jauh both eyes 500 tp saya tak ingat brapa saya punya silau… but i know its higher for sure.. i’m using uv protection spec.. everytime i tried to used contact lens i got headache.. is it because i have both myopic and astigmatism. what its called? is there any contact lens that be used for my eyes?

    • hello..
      terima kasih kerana bertanya.
      some of the contact lens usually spherical type,usually can not support ur astigmatism. there are some contact lens in market that u can have to correct ur myopic and astigmatism.
      1. toric lens ( astigmatism can be corrected until -2.75DC)
      2. Rx toric GMA soft contact lens from IGEL (custom order according to ur eye specification)
      3. RGP (hard lens type) spherical and toric.

      thanks again.

  33. Nasrulah

    salam, saya Nasrul, saya ada masalah rabun silau yg agak tinggi,, di pendekn cerita doktor mencadangkn kn saya membuat RGP (hard lens type) spherical and toric, tapi sy kurng jelas tentang nya.. boleh terngkan secara terperinci tentang lens2 berikut

    1. toric lens ( astigmatism can be corrected until -2.75DC)
    2. Rx toric GMA soft contact lens from IGEL (custom order according to ur eye specification)
    3. RGP (hard lens type) spherical and toric.

  34. edha

    Salam, saya Edha,saya ada masalah rabun silau kiri 50 dan kanan 60. Saya nak tanya klu kanta lekap yang mana sesuai ngan saya?boleh bg jenamanya dan kalau boleh harganya sekali ya…
    Terima Kasih

    • salam edha,
      terima kasih kerana bertanya
      kanta lekap beserta dengan rabun silau selalunya bermula dgn power 75.
      daripada yang anda nyatakan, rabun silau anda tidak mencukupi syarat minimum kanta lekap yang beserta dabun silau, tetapi mungkin anda boleh mencubanya dahulu dgn power rabun silau 75 ataupun anda boleh mencuba kanta sentuh tanpa rabun silau yang powernya 50.
      pastikan mana yang lebih selesa (kurang sakit kepala dan kurang gangguan visual).
      untuk kanta lekap ber rabun silau harga untuk sekotak adalah rm150, dan kanta lekap tanpa rabun silau terdapat banyak harga, dari rm 25 ke++

      sekian terima kasih

  35. sy mengalami rabun silau. before ni ada pakai contact lenses tapi tak alert pasal silau since jarang-jarang pakai contact lenses. cume lately sy terfikir nak pakai contact lenses secara kerap. so ada tak lenses untuk rabun silau?sebab kakalu beli lenses yang biasa takut silau makin tinggi. kalau takde, ada suggestion tak untuk pakai lenses jenis ape untuk kes rabun silau cm sy? sy x sure power berapa. tapi cek ary tu tinggi la dlm 100++ untuk silau. cmne er? sy nk pkai lenses ni. help me plz…:)

    • salam wani.
      terima kasih kerana bertanya.
      ya, mmg ada lens utk rabun jauh beserta rabun silau sekali. ia boleh memberikan kita penglihatan yang lebih baik dan lebih tajam dan akan mengurangkan silau sekiranya kite ada rabun silau yang melebihi daripada -0.75DC. namanya TORIC lens. wani perlu berjumpa dengan optometrist untuk mendapatkan khidmat nasihat yang sebaiknya.
      sekian, terima kasih

  36. nazli

    ibu saya ade penyakit kencing manis dan darah tinggi..sekarang nie die asyik kate bahawa mata nampak tapi x brape clear..adakah ni ada kaitan dengan penyakit tadi? orang asyik bercakap mata letih..apakah maksud mate letih? adakah satu penyakit? syukur selepas menjalani rawata dan berpantang dalam makanan, kesihatan ibu saya makin baik cuma mata masih lagi x clear? boleh bantu saya?

    • en nazli,
      terima kasih kerana bertanya,
      penglihatan yang kelabu yang sedang dihadapi oleh mak en. mungkin disebabkan oleh penyakit kencing manis yang sedang dihadapi mak en. sekiranya gula dalam darah meningkat dengan mendadak, ia boleh menyebabkan mata mak en bengkak dan power mata akan over shoot. biasanya akan jadi lebih plus. dan dgn berpantang, dan mengamalkan ubat yang dirsarankan doktor, mata mak en akan surut bengkaknya dan ia mengambil masa sehingga 8 minggu maksimum untuk kembali seperti sedia kala. sekiranya penglihatan mak en. masih juga kabur, pemeriksaan penglihatan dan mata perlu dilakukan untuk menilai kadar rabun (power) yang dialami, menilai kesihatan retina(urat dalam mata) kerana kencing manis capat menjejaskan kesihatan urat mata yang boleh menyebabkan kabur penglihatan kekal, dan juga pemeriksaan kanta mata mak en kerana kencing manis boleh mnenyebabkan katarak (selaput mata dalam) 5 kali ganda lebih cepat. pemilihan kanta yang bersesuaian juga yang mana boleh menghalang mata mak en daripada terkena pancaran cahaya matahari yang boleh menyebabkan kerosakan kepada saraf mata mak en dan juga selaput mata. sila jalani pemeriksaan di praktis optometrist yang menawarkan khidmat pemeriksaan tersebut.
      terima kasih

  37. Nor Hidayah

    Salam…saye nk tanye…kalo kite check mate kan….die akan bg 2 result…S n C kan????S utk ape n C utk ape????

    • salam kembali,
      terima kasih kerana bertanya.
      ye, mmg result yang ditunjukkan akan ada 2 bacaan,S dan C.
      S adalah sphere power yang mana kuasa kanta yang diperlukan untuk membetulkan rabun.
      C adalah cylinder yang merujuk kepada rabun silau atau astigmatism yang terdapat dalam rabun jauh itu.
      terima kasih

  38. lisa

    saya kurang pasti adakah saya menghidapi rabun silau. tapi saya selalu mengalami sakit kepala apabila melihat sesuatu dengan lama. saya akan berasa pening apabila tetap cuba untuk focus melihat sesuatu benda..atau adakah ia cuma perkara biasa?

    • salam lisa,
      terima kasih kerana bertanya,
      daripada masalah yang lisa hadapi sekarang ini, terdapat banyak faktor kemungkinan yang menyebabkan mata ‘tidak senang’ untuk melihat.
      1. lisa mungkin mengalami masalah rabun jauh @ dekat
      2. rabun dekat yang dialami disebabkan oleh faktor usia
      3. otot mata lisa kurang berfungsi dengan baik justeru menyebabkan otot tidak dapat mengekalkan kedudukan pada 1 titik yang difokus menyebabkan imej kabur dan pening jika terus memfokus
      4. rabun silau yang agak tinggi yang mengakibatkan imej yang dilihat agak ‘bergetar’
      sila dapatkan pemeriksaan yang menyeluruh di premis otometrist yang menyediakan perkhidmatan pemeriksaan penglihatan secara menyeluruh atau pun ke klinik optometri UKM di KL atau boleh datang ke KRISTAL OPTOMETRIST
      terima kasih

  39. kyra

    salam..adik saya mengalami mslh mata yang amat teruk..kalau waktu siang mata dia lnsung xbleh nk bkk..sbb dia xleh kne silau lnsng….pe yg ptt sy buat? adkh dia ptut pkai spek ?

    • salam. pemeriksaan mata perlu dilakukan dengan segera, berkumingkinan mukus terlalu banyak pada mata, kesan daripada tindak balas alergy, atau berkemungkinan juga adik kirah menghadapi masalah rabun yang agak teruk. kirah perlu membawa adik kirah untuk pemeriksaan mata dengan komprehensif supaya ia tidak menjejaskan penglihatan adik kirah pada masa akan datang.

  40. lee

    hi…saya nak tanya sikit, hari tu saya gi check mata..pas tu result keluar R:-1.00, L: – 0.50 x 170..saya disarankan optometrist untuk memakai spec..lepas memakai spec rasa pening kepala…adakah cermin mata itu tidak sesuai atau cam na?

    • hi lee, terima kasih kerana bertanya.
      berkemungkinan ianya adalah proses penyesuaian. sekiranya masih jugak pening lebih dari 2 minggu, pemeriksaan semula perlu dilakukan, kemungkinan terdapat perubahan kepada rabun atau kuasa kanta tidak tepat.

  41. mark

    hi ,saya nak tanya kenapakan mata saya macam boleh nampak daripada benda yang berkaca ke benda yang lain.saya ada astig dan rabun jauh yang telah mencecah 300mata kiri.

  42. Fadhilah

    Hai, saya fadhilah. Baru-baru ni saya buat pemeriksaan mata, hasilnya Right- SPH(+0.50), CYL(-0.50), AX(162). Left- SPH(+0.50), CYL(0.00). Optometrist ckp saya kena pkai spec. Tp apa pendapat saudara berkenaan bacaan di atas? Ini kerana, saya mengalami sakit kepala yg berpanjangan apabila berada dihadapan komputer dan apabila terkena biasan cahaya.

  43. sahellmie

    hai,saya nak tnya hari tu saya ada gi cek mata rabun jauh saya 25 dan silau 50 bagi kedua-dua mata saya.. patut kah saya pakai spec? dan tahap rabun tu boleh tinggi x?

    • hi sahelmi, selamat hari raya maaf zahir batin.
      terima kasih kerana bertanya, sekiranya power yang dialami oleh sahelmi tidak mendatang kan mudarat kepada saahelmi, seperti sakit kepala, pernlihatan kabur, pening dan silau, sahelmi tidak memerlukan kacamata kerana kebanyakan daripada kita mengalami masalah rabun yang sebegitu. tetapi sekiranya sahelmi mengalami massalah tersebut sahelmi memerlukan kacamata dan hanya perlu memakainya bila perlu sahaja.
      kebiasaannyarabun sebegitu tidak naik melainkan sahelmi masih remaja, ya mungkin rabun itu boleh naik

  44. Salam kristaloptometrist. pada permulaan saya mendapat rabun silau, power rabun silau saya terus mencecah -3.00+ pada kedua2 belah mata. kemudian, bila cermin mata saya dah tak jelas, saya buat cermin mata baru dengan power rabun silau saya mencecah -4.50 utk kedua2 belah mata saya. Dan dua hari lepas sekali lagi saya membuat pemeriksaan, power silau saya naik ke -5.50. amat mendadak dan amat tinggi kan? keadaan ini memaksa saya memakai cermin mata 24 jam sehari. Saya mencari contact lens utk saya pakai dimajlis perkahwinan saya. Saya paham yg saya memang tak boleh memakai lens tetapi lens saya saya nak pakai tu utk di majlis itu sahaja. tetapi dah lebih 5 kedai saya pergi suma tidak membenarkan saya membeli lens toric tu. Disitu saya merasa amat sedih kenapa mereka tak paham situasi saya.
    Persoalan saya adalah:
    – apa yang perlu saya buat untuk memulihkan rabun silau saya? saya tak diminta untuk dijadikan begini…
    – benarkah memang tak ada lens yg sesuai untuk rabun silau setinggi itu? kalau ada, apa nama lens tu, dan berapa harganya? takkan saya nak bercermin mata dimajlis tersebut?
    – perlukah saya berjumpa dengan doktor pakar mata untuk mengetahui punca mata saya ini atau kamu ada jawapan utk itu?
    tlg la saya yang dalam kemurungan ini… mata adalah penting utl saya…

  45. Fadhilah

    Hai saya fadhilah…berdasarkan pertanyaan saya di atas, bacaan di atas adalah bacaan melalui mesin auto refraction. 1 minggu selepas itu, saya ke kdai utk buat spec dan sekali lagi check mata, tapi di dalam bilik pemeriksaan mata. Dari situ baru saya dpt tahu, tahap kerabunan saya yg sebenar ialah Kanan-100 dan kiri-75. Saya terus buat spec pd hari tu jugak, kerana apabila menonton tv dan melihat komputer, semua imej pecah2. Saya nak tanya, berapa tahap minimum rabun yg memerlukan pemakaian spec? Berdasarkan tahap kerabunan yg dinyatakan td, adakah saya perlu memakai spec setiap masa atau bila perlu sahaja? TQ…

    • salam fadilah, selamat hari ray a maaf zahir batin.
      baik, daripada kenyataan yang fadilah nyatakan, paling minimum yang memerlukan kacamata adalah power 25. bawah dari 25 adalah kosong, bermakna tak perlu memakai kacamata. pemakaian utk power yang serendah itu hanyalah diperlukan sekiranya terdapat simptom2 yang dikenali sebagai optical migrain. seperti sakit kepala, pening, mata berair, mata selalu merah silau, daripada rabin yang dihadapi fadilah, fadilah mengalami rabun jauh mungkin late onset. berk=makna kehadiran rabun itu lewat sekiranya fadlah berusia lebih 20 tahun. dan sebaiknya fadilah memakainya setiap masa. sekiranya fadilah hanya mahu memakai kacamata fadilah bila perlu sahaja pastikan fadilah tidak mengaalami sakit kepala, pening, ataupun simptom2 optical migrain. sekiranya keadaan itu tidak berlaku, fadilah boleh memakainya bila perlu sahaja, tetapi seikranya fadilah mengalami simptom2 itu, fadilah perlu memakainya setiap masa kerana mata fadilah memerlukannya utk melihat dengan jelas, dan bermakna kortek visual di otak, memerlukan imej yang jelas.
      terima kasih

  46. Nurazlina Jamaludin

    Salam…

    Sebelum ni saya pengguna tegar lens dr Korea… Walaupun mempunyai spek, saya jarang menggunakannya…

    Power rabun saya sblm ni (pada 2009), R (300) & L (200) serta silau, 100. Namun disebabkan jangkitan, mata pedih dan sakit kepala baru2 ini… Kini saya sudah jarang menggunakan lens.

    Namun apabila saya membuat spek baru, saya terkejut apabila power silau menjadi 400, manakala power rabun juga meningkat iaitu R (350) & L (325).

    Menurut optometrist di kedai tersebut, jika saya tidak menggunakan spek, kemungkinan saya terdedah kpd glaucoma. Betul ke? Apakah cara efektif untuk mengurangkan rabun silau selain membuat rawatan lazer?

    Terima kasih,

    • salam nurazlina. terima kasih kerana bertanya, selamat hari raya maaf zahir battin.
      daripada masalah penglihatan yang nurazlina nyatakan disini, rabun silau nurazlina menungkat mendadak adalah lebih disebabkan oleh faktor jangkitan yang berlaku semasa memakai kanta sentuh. ini kerana jangkitan tersebut telah menyebabkan kelengkungan kornea nurazlina berubah dan mengakibatkan permukaan kornea menjadi tidak rata dan mengakibatkan rabun silau nurazlina meningkat dengan mendadak.
      rawatan laser hanya boleh dilakukan sekiranya kornea mata kita sihat dan tidak terjejas daripada sebarang defek ataupun parut.
      manakala glaukoma pula, ya kemungkinan nurazlina terdedah dengannya tetapi glaukoma itu sendiri tidak akan menyebabkan rabun silau nurazlina terus meningkat, ataupun glaukoma itu sendiri tidak akan terus meningkat sekiranya nurazlina tidak memakai kacamata.
      nurazlina boleh merujuk pos saya berkaitan glaukoma. ia terjadi secara semula jadi disebabkan rembesan cecair dalam mata terlebih daripada pengeluaran balik (drainage) cecair tersebut. glaukoma dapat dikekang daripada terus menigkat melalui pemeriksaan dalaman mata dan pemeriksaan tekanan mata secara berkala.
      untuk menurunkan rabun silau nurazlina, buat sementara, nurazlina diminta untuk meninggalkan kanta sentuh selama 6 bulan ke setahun.
      kemudian nurazlina boleh memakai kanta sentuh jenis keras kerana ia dapat membentuk semula permukaan kornea nurazlina menjadi lebih rata, justeru dapat mungurangkan rabun slau nurazlina.
      sekian terima kasih.

  47. zila LD

    salam…

    Sy telah memakai cermin mata sejak tahun lepas sebab sy ada maslah rabun jauh yg bole diktakn tinggi juge around 225 mcm tu..rabun silau, sy lupe…tetapi sy dapati mata sy merasa pedih bila memandang cahaya matahari@ pn berada di kwsan ada cahaya @ cuaca panas walaupun sy memakai cermin mata masa tu…sy juga sering mengalami sakit kepala…sy nak tahu apakah yang terbaik buat sy? apakah perlu sy memakai kanta jenis transition6??..terima kasih

    • salam zila, selamat, hari traya maaf zahir batin..
      perkara yang berlaku kepada zila adalah silau terhadap cahaya. ia berlaku disebabkan beberapa faktor.
      1. kemungkinan terdapat rabun jauh ataupun rabun silau yang tidak dibetulkan.
      2. samada rabun jauh zila ataupun rabun silau zila terlebih (overcorrected) yang menyebabkan mata zila seriau (bahasa kampung)
      3. kemungkinan mata zila mengalami masalah mata kering, bahagian kelopak mata tidak bersih, dan berkelumumur
      4. mata zila sensitif terhadap cahaya (alah matahari)

      kanta jenis transition6 adalah baik untuk zila, kerana ia dapat meredupkan pandangan kita semasa panas terik mentari, juga dapat menjaga mata kita daripada menghidapi penyakit mata seperti selaput mata (katarak & pterygium), menjaga urat dalam mata daripada rosak ( Macula degeneration). perlu diingat, kuasa rabun zila perlu dibetulkan dengan tepat bagi mengurangkan lagi masalah penglihatan zila dan juga sakit kepala.

      sekian, terima kasih

  48. zila LD

    slm..
    sy ada masalah rabun jauh yg boleh dikatakan agak tinggi juge around 225…rabun silau, sy x ingat…tapi mata sy merasa pedih berada terkena cahaya matahari, berada di tempat panas walaupun sy memakai cermin mata..apakah yang terbaik buat sy?..perlukah sy memakai kanta transition??..terima kasih…

  49. fakhri

    saya ade rabun jauh dan silau dlm power 200 lbeyh..
    perlukah saya memakai cermin mata sepenuhnye…
    haram mklum..
    tq

    • Salm sejahtera.
      daripada kadar rabun yg en nyatakan, sebaiknya en dapat memakai kacamata sepenuhnya. ini kerana dengan kadar rabun yg sebegitu penglihatan tanpa kacamata amatlah kabur dan boleh membahayakan keadaan encik. selain itu encik juga boleh menyebabkan saraf mata menjadi malas ataupun lemah di kemudian hari.
      ini boleh menyebakan byk masalah lain yg timbul. pemakaian cermin mata tidak bermakna mata kita rosak, sebaliknya ia sekadar membetulkan ralat penglihatn encik.
      sekian terima kasih

  50. salmah md aleb

    salam…saya nak minta pendapat…..dalam 2 minggu nie saya menghadapi masalah sakit kepala yang berterusan…kadang-kadang rasa diseluruh kepala sehingga membuatkan mata saya tidak selesa. saya pergi ke hospital….dr suspect saya ada hypertention….sebab tekanan darah saya tinggi katanya….saya diarah buat pemeriksaan tekanan darah selang 2 hari.. dan dalam tempoh tue,,,tekanan darah saya normal….tetapi saya masih pening sampai mata tak selesa..pagi tadi semasa memandu dan melihat lampu….pening saya bertambah,,,,berdenyut2…rasanya mata saya yang bermasalah…adakah saya mempunyai masalah mata?…bila bual-bual dengan rakan-rakan…rakan mengatakan kemungkinan saya rabun silau…..betul ker?…dan kalau yer…perlukah saya memakai kaca mata.

    • salam kak salmah. terima kasih kerana bertanya.
      daripada kenyataan yang kak nyatakan disini, pening boleh berlaku disebabkan banyak faktor. antaranya adalah tekanan darah tingi naik, terdapat sedikit rabun yang tidak dibetulkan, masalah kepada cecair dalam telinga, gangguan sistem otak seperti tumor, ketumbuhan, masalah psikologi dan sebagainya. kebiasaannya kita akan mengenalpasti punca masalah pening ini daripada 2 faktor utama, tekanan darah dan juga rabun. kak salmah mmg dinasihatkan utk melakukan pemeriksaan mata dan sekiranya terdapat rabun walaupun sedikit, kak salmah perlu memakainya sentiasa kerana ia adalah titik tolak kemungkinan berlaku sebarang abnormaliti di dalam otak. sekiranya pening kepala hilang apabila kak memakai kacamata, maka pening kak salmah mmg disebabkan oleh rabun yang kak salmah miliki, tetapi sebaliknya sekiranya masih pening kepala, kak salmah perlu melakukan pemeriksaan selanjutnya utk mengenal pasti punca masalah pening kepala yang kak salmah hadapi seperti brain scan, ujian medan penglihatan dan sebagainya….
      sekian terima kasih

  51. sahellmie

    hi saya nak tanya apa maksud harga kanta 250? adakah ia kuasa kanta atau sebaliknya?? TQ..

  52. hanis

    saya nak tanya kalau saya cek dekat kedai spek dia kata power saya 150. boleh saya tau dalam SPH kira berapa? sebab saya nak beli online contact lens. terima kasih.

    • biasanya power yg dinyatakan adalah dalam SPH. melainkan CYL baru kene convert ke SPH.
      DINASIHATKAN SUPAYA KITA MEMBELI CONTACT LENS SECARA ONLINE KERANA DIKHUATIRI KUALITINYA YANG BOLEH MENYEBABKAN JANGKITAN.
      terima kasih

  53. hani

    hi..saya nak tanya baru2 ni saya ada cek mata disebabkan mata saya selalu pedih , berair dan sedikit kabur ..then bila saya cek, mata kanan -0.50 + axis 175 . mata kiri 0.50 + axis 180 ..perlu kh saya menggunakan cermin mata sepanjang masa @ bila perlu sahaja ??

    • salam hani. terima kasih kerana bertanya.
      daripada simptom yang hani nyatakan sebentar tadi, sebaiknya hani memakai cermin mata sentiasa, kerana mata hani agak sensitif sehinggakan selalu berair dan pedih.. walaupun power rabun hani agak rendah tetapi mata hani memerlukannya sentiasa agar mengelakkan mata menjadi pedih lagi juseru dapat mengurngkan mata hani daripada sentiasa berair..
      terima kasih

  54. adzrin

    Salam. Sy baru je check mata n buat spec utk silau. mata kiri 75 and kanan 50. Sy pakai spec masa belajar juz utk mata kiri sy yg kabur sedikit. Bila x pakai spec mata sy cepat letih. kawan sy advice sy pakai spec for all time. Nk tanya, adakah power silau sy perlu pakai spec for all time? power 75 rendah or tinggi? Thanks.

    • salam adzrin,
      terima kasih kerana bertanya.
      rabun silau yang sedikit mmg kebiasaannya org yang mengalami masalah tersebut masih dapat melihat tetapi penglihatan sedikit kabur.
      apabila keadaan ini berlaku, mata akan mula memfokus dengan lebih hebat lagi dan menyebabkannya menjadi letih.. keadaan ini lebih dikenali sebagai astenopia. adalah sebaiknya adzrin memakainya sentiasa dan insyaallah masalh mata letih tidak akan timbul lagi..
      terima ksih

  55. R : SPH +0.50 ; CYL : -0.25 ; AX : 78
    L : SPH +0.75 ; CYL : -0.75 ; AX : 104

    salam..ini bacaan masa sy check mata baru2 ni. sy check mata sbb dh 2 minggu sy pening kepala. especially masa lps membaca di pc, drive atau bgn tido terus baca dkt skrin phone. perlu ke saya pakai spec?

    • salam efendi.
      terima kasih kerana bertanya.
      daripada power yang dinyatakan, ya, memang efendi memerlukan kacamata kerana fendi mengalami masalah mata yang dikenali sebagai hiperopia ataupun rabun jauh jenis +ve power. keadaan ini memerlukan efendi memfokus pada semua keadaan, semasa melihat jauh dan terpaksa memfokus dengan lebih kuat lagi semasa melihat dekat dan membuat kerja jarak dekat menggunakan pc, sms. keadaan ini mungkin jarang dirasai 2-3 tahun lepas kerana kanta mata masih kuat untuk memfokus. tetapi apabila usia meningkat, kanta mata semakin lemah dan gagal untuk memfokus lalu menyebabkan mata terasa pedih, pening dan sakit kepala.
      dinasihatkan en efendy menjalani pemeriksaan secara manual dan bukan secara berkomputer kerana rabun jauh jenis +ve agak ensitif dan kebiasaannya power manual lebih rendah daripada power yang didapati dengan komputer.
      terima kasih

  56. iffah

    salam,sy nk tanya,kalau cermin yg multicoated 15%,banyak ke cikit?biasa nya sesuai untuk power rabun silau yg mane ye?

    • salam ifah,
      hmm, saye agak kurang pasti dengan soalan yang ditujukan tu.. hehe sebenarnya tiada istilah 15% pada multicoated. multicoated hanya berbeza pada teknologi pembuatannya sahaja samada normal multicoat, EMI multicoated, UV 400 multicoated, crizal multicoated, lotutec multicoated, hoya multicoated dan sebagainya.
      mungkin 15% yang dimaksudkan oleh ifah adalah tinted atau pewarnaan kanta. ia amatlah sedikit untuk mengurangkan silau sekiranya berhadapan dengan matahari. untuk berhadapan dgn PC sepatutnya OK. sekiranya mahu gelap lagi, ifah boleh menambah peratusan tinted ke 25% maksimum sepaya kanta itu boleh dipakai siang dan malam.
      terima kasih

      • iffah

        sebenarnya mata saya lagi silau bila matahari terik,tapi optometrist dikedai yg saya pergi suggest 15% tinted..untuk pakai tinted yg lagi gelap saya malu la..hehe..cermin mata yg mana sesuai untuk situasi saya.:)

      • salam iffah,
        hmm, betul la jangkaan saya tinted. heheheh basically transition adalah paling sesuai dgn iffah kerana ia akan berubah warna mengikut kadar keterikkan sang mentari. lagi terik matahari, lagi gelap kanta itu sekaligus akan mengurangkan lagi silau iffah dgn matahati.
        tetapi apabila kita berada di dalam rumah atau di dalam office atau apabila malam, ia akan menjadi cerah seperti clear lens.
        tiada apa yang perlu dimalukan iffah kerana ianya untuk kebaikkan kite..
        kalo tinted kanta itu akan terus kekal warnanya even dalam ofis pon,, yang ni lagi segan kot…

      • iffah

        maaf bertanya lagi :)…boleh saya tahu berapa range harga ntuk cermin transition tu?adakah mahal? dan harga cermin transition bergantung kepada tahap tinted atau macam mane ye? 🙂

      • salam ifah.
        hmm, range harga transition bergantung kepada jenis kanta yang digunakan dan juga bergantung kepada rabun seseorang itu.
        bermula dgn 4++ ke 2+++.
        kesemua transition adalah sama sekiranya ia dinamakan dgn TRANSITION kerana hanya 1 company sahaja yang buat TRANSITION di dunia ini, transition company. bermakna, kadar kegelapan adalah hampir sama, kecepatan menjadi gelap dan kecepatan menjadi cerah juga sama.
        satu lagi magic sun juga adalah slah satu kanta fotocromic tetapi ia tidak menggunakan unsur yang sama dgn transition dan ianya lebih murah tetapi kadar kegelapannya tidak secepat transition dan kadar menjadi cerah juga tidak secepat transition.
        terima kasih

  57. belle

    helo, sy nk tnya skit..kenapa sejak kebelakangan ni, mata sy selalu berasa penat or letih bila pakai spek mata sy tu..??? sy dah pakai lebih kurang setahun…betul ke power rabun sy meningkat klau mata sy asyik letih je klau pakai spek mata lama sy tu??

    • hello belle,
      terima kasih kerana bertanya.
      hmm daripada soalan yang diajukan, sememangnya mata akan berasa letih sekiranya power rabun kita meningkat. terutama rabun silau yang naik. ataupun otot mata belle yang semakin lemah. ia akan lebih terasa sekiranya belle melakukan kerja yang memerlukan daya fokus yang tinggi, study, chating, homework etc.
      sila dapatkan rawatan lanjut di praktis optometrist yang melakukan pemeriksaan penuh seperti menilai akomodasi kanta mata, menilai daya konvergen dekat, manually refraction.
      terima ksih

  58. salam,
    saye pemaen hoki..sy rabun jauh (tp tak kuat sngt la)n pakai cemin mate..so ari tu ujan n sy tak pakai la cemin mate tu..nk dijadikan cte..pihak lawan pukul bola n kena tepat kat mata sy..xde luka n tak de bengkak..
    esk pagi lps kejadian..biji mata sy sakit n sy sering nmpak flash kat mata kiri yg kena bola tu..
    mata selalu berair n silau sngt2 sampai pening..emm blh tlg jelaskan kenape? ape yg perlu sy buat..adekah titik fokus sudah lari retina..huhu..

    • salam rajer anwar,
      hmm sudah berapa lama ia berlaku? kes ini diklasifikasikan sebagai traumatic effect. flashes adalah tanda2 kelekangan retina dan rajer perlu bertindak segera dgn terus berjumpa doktor mata seberapa cepat yang mungkin.
      sekiranya tiada lekangan retina, kemungkinan besar kanta rajer telah melekat dgn bahagian belakang anak mata yang menyebabkan tekanan mata menjadi semakin tinggi.
      terima kasih

      • dah seminggu..emm baru2 ni sy ade pegi klinik oftalmologi HUSM kubang kerian..dokter pn tak pasti ape masalah sakit saye ni..dia ade titis ubat kat dua2 mata..ubt tu utk besarkn anak mata..so selama 3 jam saya jadi tak nampak..haha pengalaman yg best sngt2..emm so dokter suh dtg lagi 2 bulan dia nk tngk ade perubahan ape2 tak..dia dh cek sume2 kat mate saye..dia kate ok je..siap pakai kanta ape ntah..melekat kat mate saya..emm saya risau kalau flash ni tak hilang..

      • alhamdulillah la kalo macam tu rajer.. sebab bola yang dah terkena kat mata rajer tu dah menyebabkan vitrous body cecair yang kat dalam mata rajer tu bergerak dan tak statik. bila cecair itu bergesel dgn bahagian retina rajer, ia akan menghasilkan flashes. sesetengah flashes adalah benign atau tidak teruk. tetapi flashes juga adalah tanda2 lekangan retina. so rajer perlu terus mengikuti temu janji yang doktor tetapkan.
        terima kasih

  59. terima kasih kristaloptometrist atas jawapan dan nasihat..=)

  60. Salam Encik,

    Saya rabun silau kalau tak silap 12/12. Kalau pakai CL yg berwarna tu tapi takde power ok tak?Bukan untuk penggunaan harian cuma sekali sekali je.Rabun silau & rabun jauh power sama tak? Lam sebulan dua nie rasa cam rabun jauh lam jarak 5 meter, tulisan nmpak kembang skit tapi still boleh baca. Tapi bila pakai spek untuk rabunsilau tu, nampak jelas la tulisan tu. Masa check dulu dokter tak pulak cakap saya ada rabun jauh.

    • salam kak,
      hmm daripada rekod kami rabun jauh kak -0.25DS dan rabun silau kak -0.25DC. utk dua-dua mata sama.
      even kita ada rabun silau tak bermakna perlihatan kita jelas, rabun silau juga boleh menyebabkan penglihatan kita kabur.
      bukan takde terus rabun jauh, tetapi ada dan sedikit. rabun silau juga sedikit
      terima kasih

  61. Ooo… faham. Terima kasih banyak2.

  62. idatul

    Salam Encik,

    Saya ada sedikit kemusykilan ttg astigmtism ni. Saya dah pakai spek sejak 15 tahun lepas. Tapi sejak 5 tahun kebelakangan ni saya sering sakit-sakit di bahagian bawah leher.mula-mula saya beranggapan sakit itu disebabkan kemalangan yang pernah saya alami. tapi sy perasan saya akan sakit2 di situ apabila memakai spek atau contact lens.kalau ditanggalkan saya tidak sakit2 lagi.soalannya,boleh jadi ke kaitan sakit ni dengan mata?saya lupa power spek tp power lens saya 5.00 dan 5.50 dan silau 100 (mengikut optimetrist). tp sy x pakai lens silau.boleh jadi sakit tengkuk itu berpunca kerana saya tidak pakai lens toric?

    terima kasih banyak2.

    • salam idatul.
      kebiasaannya sakit di bawah leher boleh dikaitkan dengan darah tinggi, ataupun masalah rabun dekat. sekiranya masalah dengan rabun silau yang tidak dibetulkan, kebiasaannya ia melibatkan sakit di bahagian tepi kepala ( temporal headache) mata pedih dan pening. itu mmg idatul perlukan pembetulan sepenuhnya rabun silau idatul samada dengan kacamata ataupun kanta sentuh toric. tetapi sekiranya idatul punye sakit dibawah leher hilang apabila idatul membuka kacamata atau kanta sentuh, ia menunjukkan bahawa otot2 mata idatul tidak dapat memfokus dengan dengan baik dengan kacamata atau kanta sentuh. ia memerlukan kanta tambahan rabun dekat untuk memulihkan keadaan itu. atau idatul perlu membuka kacamata untuk membaca. ini kerana apabila kita membuka kacamata, idatul mempunyai buffer sebanyak -500 untuk dekat, jadi kanta mata tidak perlu untuk memfokus. sebaliknya pula sekiranya idatul memakai kacamata, reserve yang tinggal untuk dekat adalah kosong. otot mata perlu memfokus dengan lebih kuat lagi terutamanya untuk memfokus dekat. sila dapatkan pemeriksaan yang terperinci untuk meneliti masalah dekat idatul seperti kekuatan akomodasi kanta mata idatul, dan juga kekuatan otot mata untuk menumpu.

      terima kasih

  63. Aslmkom..
    saya faz, saya pun ada masalah rabun silau.
    saya sudah pun memakai cermin mata.
    Namun cermin mata itu seakan2 mampu mengatasi masalah rabun silau saya pada waktu siang dan untuk membaca buku serta di hadapan laptop. Tapi bila saya memandu, cahaya lampu dari kereta hadapan sangat silau bagi saya dan ada kala buat saya tak nampak.
    Adakah saya perlu cermin mata yang berbeza pada waktu malam??

    • salam fazadly,
      terima kasih kerana bertanya. adalah jarang berlaku bagi kes fazadly.
      1. fazadly kene pastikan power yang dimiliki fazadly adalah sama dengan kacamata.
      2. fazadly perlu memilih kanta cermin mata yang sesuai beserta anti silau.
      3. fazadly perlu juga memeriksa urat dlam mata fazadly kerana urat mata yang rosak juga boleh menyebabkan silau pada malam hari.
      4. amalkan pemakanan yang seimbang.
      5. sekiranya semuanya OK, cermin mata fazadly perlu ditintedkan utk mengurangkan masalah silau malam hari.

      terima kasih

  64. nadia

    assalamualaikum.
    sy mmpunyai 1 kemusykilan.sy dah pkai contact lens lbh kurng 2 dthn,tp lately mate sy jd sensitif terhadap silau.tambah lagi student,lecturer slalu gne projector dan kdg2 terpakse dduk di barisan hdpn,menyebabkn sy terpakse kecikkan mate bg mnhn silau,kdg2 mate sy jd merah.bile cuace pns terik pown cm2 jugak.adkh silau sy dah terlampau tinggi?adkh sy tidak boleh menggunakn contact lense lagi?terima kaseh 🙂

    • salam nadia.
      teriam kasih kerana bertanya.
      hmm, daripada kenyataan yang nadia nyatakan, kemungkinan besar bahagian hadapan mata nadia(kornea) bercalar yang menyebabkan simptom simptom yang nadia nyatakan. ia menyebabkan penlihatan menjadi kabur, silau dengan cahaya, mata cepat nak merah. saya syorkan nadia berenti dahulu daripada memakai contact lens, dapatkan pemeriksaan dan rawatan. ini kerana mata kering yang teruk boleh menyebabkan infection. berenti sementara lebih baik daripada berenti selamanya daripada memakai kanta sentuh.
      terima kasih

  65. dayah

    saya nak tanya dan tak faham kenapa bila pergi check power mata kawan saya lagi tinggi berbanding saya…tapi bila tengok sesuatu objek mata saya lagi tak nampak dan tak jelas berbanding kawan saya??boleh jawab soalan nie???

    • salam dayah.
      terima kasih kerana bertanya.
      sekiranya dayah hanya melakukan pemeriksaan berkomputer, sila jangan percaya result yang dikeluarkan dari komputer itu. kebiasaannya ia tidak betul.. pasai tu la kawan dayah nampak terang lagi dari dayah.. hehe

      • dayah

        saya nak tanya baru-baru ini saya check mata..nie result dia…R > S -0.50, C -O.75 , A 123… S -1.00, C -0.50 A 22 …VD=12.00… saya nak tahu dengan lebih lanjut mengenai pwer yg dnyatakan adakah saya mmerlukan kaca mata.. klu xslah saya mata sblah kiri -150…dan apakah jenis kerabunan?? dan mata saya selalu berair ..

      • dayah

        saya nak tanya baru-baru ini saya check mata..nie result dia…R > S -0.50, C -O.75 , A 123… L> S -1.00, C -0.50 A 22 …VD=12.00… saya nak tahu dengan lebih lanjut mengenai pwer yg dnyatakan adakah saya mmerlukan kaca mata.. klu xslah saya mata sblah kiri -150…dan apakah jenis kerabunan?? dan mata saya selalu berair ..

      • salam dayah.
        hmm daripada power yang dinyatakan disini, ia nya adalah sangat kompleks, (hehehe ni power dari komputer nih)
        kebiasaannya tak berapa nak boleh percaya power komputer nih cik dayah.. terus terang saya kata.. check la kat pakar optometrist yang bertauliah yang paham pasal mata. kalo benar mata berair, mungkin lebih kpada rabun jauh ataupun astigmatism yang menyebabkan penglihatan kita turut kabur..
        sekian terima kasih

    • dayah

      saya nak tanya baru-baru ini saya check mata..nie result dia…R > S -0.50, C -O.75 , A 123… S -1.00, C -0.50 A 22 …VD=12.00… saya nak tahu dengan lebih lanjut mengenai pwer yg dnyatakan adakah saya mmerlukan kaca mata.. klu xslah saya mata sblah kiri -150…dan apakah jenis kerabunan , apakah power juga akan meningkat??

  66. Abdul Fadzil

    sya nak tanya jika rabun silau mencecah sehingga 170 perlu kah sya memakai cermin mata sepanjang masa..??? saya juga pernah mengalami sakit kepala bhagian kiri saya, apabila terlalu melihat cahaya yang amat terang..

  67. Abdul Fadzil

    salam, saya nak tanya jika rabun silau mencecah hingga 170 ke atas wajib kah pakai kaca mata..?? saya selalu mengalami sakit kepala bahagian kiri jika terlalu melihat cahaya yang terang, mata saya juga selalu berair jika menghadap cahaya laptop sebab saya selalu menghabis kan masa buat tugasan di hadapan laptop.. kadang2 saya merasa sakit menekan2 di bahagian mata saya. apa perlu saya lakukan..???

  68. edrin

    Salam, mata saya akan berair sedikit ketika berada diluar bangunan. terutama sekali kalau matahari terag benderang. adakah itu normal? sama ada berjalan kaki ataupun dalam kereta, saya dgn separa sedar akan mengenyitkan mata.

    bila memandu waktu malam, cahaya headlight kereta bertentangan membuatkan mata saya berair, itupun kalau kereta bertali arus.

    soalan saya, adakah itu sympton astig?

    terima kasih.

    • salam edrin.
      teriam kasih kerana bertanya.
      YA ia adalah salah satu simptom astigmatism. kacamata transition ( kanta yg menjadi gelap bila kena terkena cahaya matahari) adalah yang terbaik untuk anda. adalah sebaiknya edrin boleh memakainya sentiasa.
      terima kasih

  69. Abdul Fadzil

    salam…
    saya nak tanya.. jikalau rabun silau melebihi 170 keatas kena kah pakai cermin sepanjang masa..?? saya selalu mengalami sakit kepala bahgian kiri, mata saya juga selalu berair, serta mata saya juga amat sakit apabila melihat cahaya yang amat terang terutama sekali di bawah sinar cahaya matahari. amat sakit hingga menekan2 bahgian atas mata saya dan menyebab kan saya merasa pening.. apa perlu saya lakukan..??? bantu saya… =)

    • salam fadzil.
      terima kasih kerana bertanya.
      daripada kenyataan yang fadzil nyatakan disini, memang jelas lah bahawa fadzil perlu memakai kacamata sentiasa. ini kerana masalah yang fadzil alami kita klasifikasikan sebagai optical migrain. ataupon sakit kepala mai kalo kite tak pakai cermin mata. nescaya masalah yang fadzil alami akan berkurangan. bukan bermakna mata fadzil rosak, tetapi ada ralat penglihatan yang perlu diperbetulkan dengan kacamata.
      terima kasih

  70. Nabilla Hanna

    slm…..

    sy lama dah kena penyakit ni….tapi buat tak kisah je…..asal kena panas mesti sakit kat mata…..sampai sehari suntuk….baru hari ni saya ada jumpa doktor….doktor bagi la “astigmatism” ni suruh saya cari kat internet apa maksudnya….setelah baca, semua tu saya alami…

    sebelum ni saya cakap dgn kawan…mata pening..diaorang ketawa..mana lah mata pandai pening…..tapi tu la yang saya alami….

    dalam kes saya ni….ada tak kacamata yang tak tukar warna untuk yang rabun silau ni….

    • salam nabila hanna,
      hmm, nampaknya nabila hanna mmg mengalami masalah astigmatism. sebaiknya nabila hanna menggunakan kanta yang boleh bertukar color atau transition untuk mengurangkan masalah tersebut. dan sebaiknya pakaila selalu ye..
      terima kasih

  71. leeyana

    salam..na tye ckit..mte sy salu berair ble kne chye mthari n chye laptop..adakah sy mngalami silau atau rabun??ape yg harus sy lakukan??

  72. leeyana

    salam.mta sy salu berair n pedih bila kne chye mthari n chye laptop..adakah sy mngalami mslh silau dan ape yg ptot sy lakukan?

  73. leeyana

    salam..mte sy salu berair bila trkna chya mtahari h chya laptop..pedih..adkah sy mngalami silau atau rabun??a[e yg ptot sy lkukan??

    • salam leeyana.
      terima kasih kerana bertanya
      daripada masalah yang leeyana nyatakan tadi, kemungkinan leeyana mengalami masalah rabun silau ataupun rabun dekat atau kedua2nya sekali. kemungkinan juga yana mengalami masalah mata cepat kering. dapatkan pemeriksaan rapi dan juga sekiranya yana dikendaki memakai kacamata, dinasihatkan yana memakainya. sebelum simptom2 menjadi melarat.
      teriman kasih

      • leeyana

        oh..tpi sy rase pnglihatan sy oke2 sje..mta cpat kering??pnykit??

      • kalo hanya sekadar RASA,, maknanya tak sure. elok yana pi check mata. biasanya rabun mungkin tak tinggi, thats why u masih nampak lagi. usually below 100. tapi kalo yana dah alami silau pedih mata, thats surely abnormal for normal people. mata kering tu other diagnosis. bila ngadap laptop, mata kita aka less blink than normal. kalo kualiti air mata tak baik, air mata akan cepat tersejat dan menyebabkan permukaan kornea terdedah, lantas otak akan suruh mata tu keluarkan air lagi. sebab tu la berair..

  74. fanNing

    salam encik..

    sy baru2x ni ade saje2x check mata mase wind0w shopPing 2 mgGu lepas..n result die..

    right ~ SPH +0.25 CYL -1.25 AX 80
    left ~ SPH +0.25 CYL -1.00 AX 98

    n diorang ckp sy kena wat cermin mata..n sy xamik port sgt..bab diorang de wat sale aritu..tapi arini sy teringin nk mintak pendapat encik bout dis la..patut atau tidak sy buat cermin mata??atau sy perlu tgGu smpai die ok sndiri???

    • salam fanning.
      terima kasih kerana bertanya.
      emm, sekiranya cik hanya melakukan pemeriksaan menggunakan komputer sahaja, kemungkinan besar power yang dinyatakan adalah tidak tepat. cik perlu melakukan pemeriksaan secara manual dgn optometrist untuk menentu sahkan rabun yang cik alami. kalo cik takde maalah pening kepala, sakit kepala, mata berair, alah dgn cahaya, cik tak perlu amek pot pon.. tapi kalo dah ada simptom2 yang saya nyatakan tadi, tu baru cik kene amek pot.
      terima kasih

      • fanNing

        o0o..camtu lak.cam sy ni kije kat kaunter n cermin kaunter ngadap ke arah luar..so..time pagi smpai ptg kalu ari panas terik..pening2x la..mata lak cam silau jer..n mula la dok genyeh2x mate..lagi pon cermin kaunter tu xditinted..dat mean mMg kena amik p0rt la noh..en ade pape treatment yG bagus x selain pakai spec??

  75. fajariah

    Salam,
    Nak tanya, masa bulan Julai lepas saya kerap kena migrain. Selalunya kalau migrain yang teruk akan menyebabkan saya muntah dah kadang kala akan menyebabkan penglihatan saya seperti di suluh cahaya. Biasanya akan hilang lepas makan postan sahaja.

    Bulan puasa pula saya di sahkan ada darah tinggi, sehinggi kini saya terpaksa makan ubat darah tinggi. Sejak kena darah tinggi, kadang kala penglihatan saya terganggu bila lihat sesuatu objek yang jauh saya akan nampak ianya seperti berbayang/berlapis2. Bukan selalu jadi macam ni tetapi waktu ketara bila saya main psp atau menggunakan laptop. penglihatan seakan akan menjadi sedikit kabur dan akan merasa sedikit pening.

    Baru2 ni saya ada buat pemeriksaan, rabun silau saya 75 pada mata sebelah kiri dan dia kata tak perlu buat kaca mata. bila kena macam ni rasa macam tak puas melihat sebab tak dapat lihat objek dengan jelas dan seperti sedia kala..

    • salam kak.
      terima kasih kerana bertanya.
      biasanya ia menyebabkan ocular hypertension maknanya mata akan bengkak dan menyebabkan terjadinya rabun. ia akan berlanjutan paling lama selama 8 minggu.
      dalam keadaan ini kak ada 2 kaedah
      1. kak perlu lakukan pemeriksaan penglihatan dan memerlukan kacamata. cuma kacamata itu mungkin untuk sementara sahaja untuk mengurangkan msalah penglhatan yang akak alami.
      2. kak perlu berehat serehat rehatnya tanpa melakukan sebarang perbuatan yang memerlukan mata akak memfokus. termasuklah main komputer, psp, memandu, menonton tv, tengok wayang, baca buku dll yang seangkatan dengannya.

      saya harap akak boleh faham.
      terima kasih

  76. salam sejahtra…..
    saya perlukan pendapat dr puan/tuan…tiga minggu yang lepas saya mendapat sakit mata hampir 3 minggu,pd minggu kedua saya tak dapat buka mata disebabkan terlampau sakit dan silau.dari klinik kerajaan ke klinik pakar kemudian ke hospital bahagian kecemasan kerana terlalu sakit. doktor telah membuang selaput lendir di mata hitam di kedua dua mata.banyak lendir y saya lihat.seminggu kemudian mata saya bertambah sembuh.3 minggu telah berlalu..walaupun masih memakai cermin mata sewaktu memandu, plat kereta hadapan saya langsung tak nampak,terlalu kabur .kini mata saya mengalami silau yang tingginya 400 berbanding yang sebelum sakit mata hanya 100 shj..saya belum mengambil keputusan untuk membuat pemeriksaan pakar….boleh bagi pandangan? terima kasih

    • slam ibu adib,
      terima kasih kerana bertanya, maaf sya baru saja berkesempatan membuka blog saya.
      daripada kenyataan yang kak nyatakan di sini, kemungkinan besar bahagian kornea akak turut terjejas daripada sakit mata yang akak alami tempoh hari. ia mungkin meninggalkan parut yang agak dalam yang menyebabkan permukaan kornea akak terjejas. adalah sebaiknya akak berjumpa dgn kakar mata dan pakar optometrist untuk melakukan pemeriksaan lanjutan. ini kerana sesetengah daripada parut mungkin sangat susah untuk hilang dan mungkin juga ianya berkekalan. ada daripadanya juga boleh sembuh tetapi ia akan mengambil masa. mungkin cermin mata baru diperlukan untuk sementara waktu untuk membantu penglihtan akak dan mungkin jga akak perlu menukar cermin mata akak beberapa kali sebelum power yang optimum dicapai

      sekian terima kasih

  77. alya

    salam ..saya selalu pening kepala semasa berumur 7 tahun tapi apabila saya pergi check saya disyorkan pakai kaca mata tapi sekarang saya sudah berumur 14 tahun dan dah pakai kaca mata tetapi power rabun saya semakin naik ..ada tak cara untuk mengurangkan power rabun saya ??sebab saya dah rimas pakai kaca mata kerana saya bergangtung sepenuhnya pada kaca mata ini membataskan saya untuk bermain sukan dan melakukan aktiviti lain ..

    • salam alya,
      maaf dari saya agak lambat membalas komen alya. daripada persoalaan yang alya nyatakan disini, hanya LASIK saja yang dapat mungurangkan rabun yang alya alami, iaitu pembedahan. cuma pembedahan ini hanya boleh dilakukan sekurang-kurangnya umur alya mencapai 18 tahun dan juga rabun yang alya alami tidak meningkat sekurang-kurangnya 12 bulan. selain itu alya juga boleh memakai kanta sentuh jenis ORTHO-K (kanta sentuh yang dipakai semasa tidur) yang akan menghilangkan rabun yang alya alami selama 24 jam atau 2 hari.
      untuk menstabilkan rabun yang alya alami buat masa sekarang, suka saya nasihatkan agar alya tidak melakukan kerja dekat terlalu lama. ataupun setiap 45 minit alya rest utk 5 minit. ini dapat membantu mengurangkan kenaikan rabun. dan juga alya harus meluangkan masa sekurang-kurangnya 1 jam berada di luar rumah, bersiar-siar ke, main ka..

      sekian terima kasih

  78. suhadasam

    assalamualaikum….

    saya sering manghadap komputer selama beberapa jam sejak kebelakagan ni. sekarang saya sering pening sekiranya terkena cahaya yang terang. bila saya melihat lampu pada waktu malam ianya menyebabkan penglihatan menjadi gelap mengikut bentuk lampu tersebut. adakah ini rabun silau?

    • waalaikum salam.
      pertama sekali maaf dipinta agak lewat membalas komen su.
      daripada kenyataan yang su nyatakan disini, kemungkinan su mengalami maslaah rabun dekat atau pon su mengalami masalah malnutrisi (kurang vitamin) kerana sel -sel penglihatan akan megalami discharge apabila terkena dengan cahaya dan akan di-charge semula. sekiranya proses ini lambat berlaku, ia akan mengakibatkan fenomena after image yang mana su akan dapat melihat bentuk cahaya tersebut.
      jalani pemeriksaan penglihatan dengan pakar optometrist dan sekiranya perlu memakai kacamata saya menasihatkan su memakainya.
      p/s sayur jangan lupa makan.. hheee

  79. shahirah

    Assalammualaikum…ada beberapa pertanyaan mengenai rabun silau

    1) saya dah dua kali buat cermin mata untuk rabun silau dalam tempoh dua tahun. kali pertama silau saya sebelah kanan 100 dan sebelah kiri 150. lama kelamaan saya rasa kurang selesa dan buat cermin mata kedua. pd masa tu silau saya kanan 100 dan kiri 75 je. tapi baru2 ni saya seringkali mudah rasa keletihan dan pening teramat sangat apabila menggunakan cermin mata kedua untuk tempoh yang lama (lebih kurang 1 jam atau 1 jam 1 jam 30 minit je). so..keadaan saya..kalau pakai cermin pun sakit dan kalau tak pakai cermin pun sakit juga. jadi..baru sebentar tadi sy cek semula mata saya, then silau berubah lagi..menjadi..kanan 175 dan kiri 200 (sedangkan dalam tempoh 2 minggu saya tak pakai cermin mata dah).

    sebelum tu..kadang2 saya seringkali bersilih ganti menggunakan kedua2 cermin mata itu. maknanya..tak tetap…adakah ini menjadi punca power silau saya meningkat?

    soalan kedua,

    adakah power silau ini boleh berubah dengan cepat? contoh..sekiranya saya cek mata dalam keadaan saya rasa penat, sakit kepala..power silau blh tinggi…dan ketika saya cukup tidur dan tidak penat…power silau saya berkurangan..saya sedikit konfius kalau nak buat cermin mata baru lagi..takut power silau sentiasa berubah2..so..takut rugi tak dapat pakai cermin mata untuk tempoh yang lama.

    saya juga sekarang mudah migrain..lebih lagi2 ketika waktu tengahri, berada dbawah cahaya lampu…atau ketika melalukan aktiviti luar. tapi..kadang2 tanpa sebab..saya diserang migrain (walaupun pada masa itu cukup tidur, tidak letih dan tidak berada dibawah cahaya). selain itu saya juga sering rasa loya. emm..untuk hilangkan sakit kepala, saya terpaksa tidur untuk tempoh yang lama. ..bahagian kepala yang sakit juga tidak menentu…kadang2 keseluruhan kepala dan kdg2 sebahagian sahaja. mohon jasa baik pihak encik memberi perjelasan. terima kasih//

    • waalaikum salam.
      syahirah, daripada yang syahirah nyatakan disini kemungkinan:
      1. mata syahirah tidak stabil semasa melakukan pemeriksaan penglihatan. jarang sekali power mata terutama rabun silau boleh turun naik ikut suka-suka hati..(hehe)
      2. mungkin syahirah tidak berjumpa dgn pakar optometrist ataupun sekadar hanya menggunakan mesin check mata automatik (autorefractometer). ini kerana mesin itu juga tidak stabil yang boleh memberikan kuasa rabun bergantung kepada mata kita pada ketika itu. (kalau mata relax biasanya power akan lebih rendah dan kalu mata tak relax, power akan lebih tinggi)
      3. mungkin juga bukan maslah rabun silau, tetapi masalah akomodasi yang menyebabkan mata menjadi letih, sakit kepala dan pening mai menyerang (akomodasi adalah kekuatan kanta mata untuk memfokus dan mengubah kelengkungan kanta mata berdasarkan jarak objek yang difokus. )
      4. sila dapatkan pemeriksaan penglihatan sepenuhnya untuk memastikan masalah sebenar yang syahirah hadapi.
      sebaiknya syahirah boleh membuat janji temu dgn saya di KRISTAL OPTOMETRIST untuk mendapatkan pemeriksaan mata menyeluruh.

      sekian terima kasih

  80. salam mumtaz,
    teima kasih kerana bertanya,
    biasanya tanda tanda itu bermakna penglihatan mumtaz semakin kabur ataupun rabun sudah mula ada, cuma tidak dipastikan samada ianya adalah rabun silau ataupun tidak. sila jalani pemeriksaan penglihatan lengkap utk pengesahan

  81. salam zul,
    terima kasih kerana bertanya. rabun ataupon silau terjadi apabila cahaya yang masuk ke mata kita tidak dapat difokus dengan baik ke dalam mata. sesetengah org mmg memerlukan bantuan penglihatan utk mengatasi maslah silau tersebut. mungkin en zul salah seorang daripada mereka yang memerlukan bantuan penglihatan hanya untuk mengurangkan silau. cuma yang pasti, en zul perlu melakukan pemeriksaan bahagian luar mata terutama bahagian kornea dan bebas dari sebarang masalah mata. cromac rayban bertujuan untuk meningkatkan tahap penglihatan malam, dan sekiranya mereka yang mempunyai rabun, kemungkinan akan mendapat sakit kepala. yang terbaik addalah kanta yang ber’multicoated’ untuk mengurangkan masalah silau en zul

  82. assalamualaikum,
    saya ingin mengajukan beberapa soalan.
    baru2 ni saya mengalami mata letih, pening kepala dan kawasan di sekitar kening saya seperti ditarik-tarik menyebabkan saya hanya mengecilkan mata bagi mengurangkankan kesakitan.selain itu, mata saya juga sensitif pada cahaya yang sangat terang.saya juga hanya dapat melihat kelibat orang sahaja pada jarak yang antara 2 meter sahaja dan saya juga cepat mengalami mata letih ketika berhadapan dengan komputer atau membaca buku.saya merupakan seorang pelajar dan keadaan ini sangat mengganggu saya.saya pernah membuat pemeriksaan mata tetapi mereka manyatakan tahap silau saya hanya hampir 70 sahaja. soalan saya ialah apakah simptom2 memerlukan saya untuk memakai cermin mata dan apakah masalah mata yang saya alami??

    • WAALAIKUM SALAM..
      umil, terima kasih kerana bertanya. daripada keraguan penglihatan yang umil nyatakan kepada saya, mmg umil perlu memakai kacamata. ianya kerana hampir semua simptom2 yang umil nyatakan disini menunjukkan penglihatan umil bermasalah, atau terdapat masalah mata lain yang mungkin berkaitan.
      dapatkan pemeriksaan dgn OPTOMETRIST yang bertauliah dan juga pemeriksaan bahagian hadapan mata

      terima kasih

  83. tia

    salam, mksud SPH n CYL tu ap? Mata saya serng sakit bila mgadp skrin kmpter dan hndphone… Adkh ini rabun silau juga? Bila sya mgalihkn pndgn ke tmpt lain, barulh lega dan x rasa tegangan d mata…

  84. maryam

    salam,, saya pernah pergi cek mata pada bulan 6..dan keputusan menunjukkan rabun jauh kanan-50 dan kiri-75..lepas tu saya minta cek untuk rabun silau pula kanan&kiri-50..

    soalan saya:
    -macam mana ujian untuk rabun silau..sebab kawan saya cara dia periksa rabun silau dia lain dengan saya
    -bila saya pakai spek macam takde perubahan.mungkin ada sikit,,tapi macam tak menunjukkan perubahan ketara.adakah itu disebabkan rabun saya tak tinggi?
    -bila saya melihat cahaya dari lampu atau matahari,saya terpaksa menutup sebahagian besar dari mata saya untuk melihat.adakah itu disebabkan powernye menaik disebabkan saya jarang memakai spek?

    itu sahaja..terima kasih…

    • sph maksudnya power sfera, cyl maksudnya power silinder bermakna terdapat 2 paksi rabun yang perlu dibetulkan.
      sekiranya puan berasa lega untuk melihat jauh dan berasa tegang semasa melihat dekat (komputer/handphone) bermakna puan mempunyai rabun dekat. jalani pemeriksaan penglihatan di praktis yang mempunyai pakar optometrist
      sekian terima kasih

  85. izarina

    Hari ni sy ada check mata..rabun 50 dan silau 75..sy x menghadapi sbrg masalah penglihatan..cuma bila lama mengadap tv/laptop mata rasa pedih..perlu ke sy pakai cermin mata?kalau tak pakai, ada kemungkinanan tak rabun jauh n silau bertambah teruk?thank u!

  86. salam,,saya nak tahu..berapakah power silau yang boleh menyebabkan kita terpaksa pakai spek setiap masa?? lagi satu saya nak tanya bagaimanakah ujian untuk rabun silau yang dilakukan sebagai proses untuk buat spek?? mohon dijelaskan.. terima kasih..

  87. siti nor fadhila

    salam…nak nak bertanya….saya selalu sakit kepala setiap kali belajar n menghadap laptop…adakah masalah ni ada kaitan dengan mata? maksud saya, ada kaitan dengan masalah rabun x? kalau ada, perlu ke saya pakai cermin mata untuk elak sakit kepala ni?

    • salam siti. terima kasih kerana bertanya.
      daripada maslah yang siti nyatakan disini , YA penglihatan siti bermasalah samada ianya disebakan oleh rabun yang siti alami, ataupun otot mata siti lemah untuk memfokus dekat.
      dapatkan pemeriksaan daripada pakar optometrist dgn segera.
      sekian terima kasih..

  88. Ijah

    salam’alaik…sy mahu bertanya..ptg td sy cek mata sy dan dapati rabun jauh kanan hnye 75, kiri 50 dan silau kiri hanya 25..sy rase rabun sy ni sket je tp ia amat2 la menganggu kehidupan sy..sy seringkali perlu kecikkan mata untuk fokus, rase pening bila tgok laptop..adakah sy memerlukan spek mata?sbbnya power rabun dan silau sgt2 la sikit..mcm tak berbaloi nk beli..takut kene tipu jugak sbnrnya

    • SALAM ijah.
      terima kasih kerana bertanya. maaf agak lambat membalas komen ijah. keadaan tak mengizinkan.
      daripada masalah yg ijah alami, ia dikenali sebagai astenopia, iaitu mata menjadi letih akibat daripada terlebih fokus atau memaksa mata untuk fokus. saya sarankan ijah memakai kacamata, sekiranya takut ditipu jalani pemeriksaan mata penuh di praktis atau kedai yang mempunyai optometrist. juga boleh buat janji temu di KRISTAL OPTOMETRIST 🙂

  89. ^__^

    saya nak tanya baru-baru ini saya check mata..nie result dia…R > S -0.50, C -O.75 , A 123… S -1.00, C -0.50 A 22 …VD=12.00… saya nak tahu dengan lebih lanjut mengenai pwer yg dnyatakan adakah saya mmerlukan kaca mata.. klu xslah saya mata sblah kiri -150…dan apakah jenis kerabunan??

  90. Sya bila kena dngn chaya yg terang sekeliling mata sya akan sakit dan berair dan ia mnyebabkn migrain sya dtang.Adaka ia jg termasuk dlam rabun silau?

    • hye nana. terima kasih kerana bertanya.
      terdapat beberapa faktor yng menyebabkan kita merasa silau.
      sesetengah daripadanya hanya silau tetapi tidak mendatangkan sakit kepala. sekiranya ia berlaku kemungkinan besar nana mempunyai sedikit rabun yang menyebabkan mata nana sensitif terhadap cahaya.
      sebaiknya nana menjalani pemeriksaan penglihatan secara menyeluruh di praktis yang mempunyai pakar optometrist

      sekian terima kasih

  91. aliya

    salam..saya p check mate..sy punye rabun rendah tapi silau sy mncecah 450 perlu ke sy pakai spek mate…sy selalu mngalami sakit kepala n sakit mata

    • salam. ye aliya, aliya perlu memakai kacamata kerana rabun silau yang tinggi tu yang sebenarnya menyebabkan aliya rabun jauh, sakit kepala dan sakit mata.

      sekian terima kasih

  92. shaza

    Good evening there , nama saya Shaza dan saya salah seorang penuntut di institusi pengajian tinggi awam . Saya inginkan pendapat saudari/saudara tentang masal rabun saya . Beberapa hari yang lepas saya ada buat pemeriksaan mata dan keputusannya adalah seperti berikut .

    SPH CYL A
    Right -100 -0.75 158
    Left -050 -1.25 82

    PD = 61

    Setelah melakukan pemeriksaan saya diberitahu bahawa saya mempunyai rabun silau dah rabun jauh . Saya ingin tahu apakah maksud SPH , CYL , A , PD dan apakah hubungan terma tersebut dengan jumlah degree yang dinyatakan ? Adakah saya memerluka cermin mata kerana saya selalu pening dan mata saya cepat sakit . Penglihatan saya dari jarak jauh juga kabur . Apa pendapat saudara/saudari ?

    • hello syaza…
      ok i’ll explain as easy as i can.
      sph is rabun jauh (kuasa kanta jenis sfera)
      cyl is rabun silau (lebihan rabun jauh yang tidak dapat dibetulkan oleh kuasa kanta jenis sfera)
      A is kedudukan tepat kuasa rabun silau diletakkan dalam 0-180 darjah
      PD is pupillary distance atau jarak anak mata

      dinyatakan disini syaza mengalami masalah rabun jauh dan rabun silau justeru syaza memerlukan kacamata untuk membetulkan maslah rabun yang syaza alami. dapatkan pemeriksaan penuh penglihatan dan harap syaza tidak percaya sebulatnya dengan mesin check mata itu kerana terdapat ralat yang kadang kala nya melampau.
      terima kasih

  93. lizakurraizah

    salam sya liza nk tanya lah sy rbun dri umur sy 5thn msa sy kecik3 dlu jrang pkai crmin mata cma skrg bru 2 thn sy pkai blik cermin mata sy….bru2 ni sy check mata sy…sy x der msalah rbun jauh msalah sy skrang rbun silau sebelah kanan angaran dlm 500+ sbl kiri 400+….apa yang sy alami sekrang di kelopak mata sy rsa sakit dn bengkak dan mata sy sentiasa pedih dan berair kenapa apa yang perlu sy buat…kadang2 bila dekat rumah sy jrang pkai cermin mata…bila sy keluar rumah baru sy pakai…..dan bila sy pakai kadang2 kepala sy rsa sakit…..apa yg perlu sy lakukan….tolong ea sy perlukan jawapan sekiranya keadaan mata sy agak teruk….sy brcadang mahu buat rawatan…trima kasih…

    • SALAM NIZA,
      TERIMA KASIH KERANA BERTANYA. DARIPADA kenyataan yang liza nyatakan. kemungkinan besar liza mengalami masalah alergy yang agak kronik sehingga menyebabkan kelopak mata sebelah dalam liza bengkak. ia lebih dikenali sebagai GPC (giant papilary conjucntivitis). diharapkan tindakan liza utk berjumpa pakar adalah tepat, jika tidak kemungkinan bear rabun silau yang liza alami sekarang ini akan bertambah lagi.

      sekian

  94. nina

    saya nk tanya..

    org yg rabun nie mmg akan mgalami rabun silau ke??sbb bila saya pegi check mata xpernah pn mereka sebut pasal silau nie..

    mcm mana nk elakkan mata kita dpt rabun silau nie

    macam mana nk jaga mata supaya power xbertambah lagi

    • hi nina,
      terima kasih kerana bertanya, daripada kenyataan yang nina nyatakan tadi, rabun silau ataupun astigmatism adalah apabila cahaya masuk, ia difokuskan pada 2 titik. satu titik utk rabun jauh dan satu lagi adalah lebihan rabun jauh yang tak dapat dibetulkan dgn kuasa kanta rabun jauh. ia dikenali dgn rabun silau.

      dan juga sekiranya kita ada rabun, kebiasaannya kita mempunyai silau sekiranya tidak memakai kacamata. ini kerana cahaya yang masuk tidak dapat difokus tepat pada retina.

      sesetengah rabun silau adalah smulajadi. cuma jangan gosok mata kerana ia akan menyebabkan rabun silau bertambah.

      utk menjaga rabun dari naik, elakkan kerja dekat yang terlalu lama, ataupun tidak lebih daripada 45 minit utk satu2 masa.

      sekian terima kasih

  95. Nina

    hai semua,… 🙂
    saya NIna, saya pun mengalami silau, fisrt saya chek disahkan mata sebelah kiri saya 270 dan kanan 50. rabun silau dan sedikit rabun jauh around 65… bila saya nak buat cmn mata pula, kdai 2 x dpt dtect rabun silau saya pula… persoalannya, adakah saya perlu mmbt cmn mta atau, x. dan cek mta semula?? sbb mta sblh kiri saya lnsg x dpt mnerima panahan chaya yg kuat.. saya akan merasa skit dan mt sblh kiri 2, lngsg x dpt buka da klo chya kuat sgt… help me..

    • hi disana,,
      terima kasih kerana bertanya.
      frankly, please dont go to that shop anymore.. pemeriksaan mata kepada yang bukan ahli optometrist akan merugikan anda. carilah praktis yang mempunyai pakar optometrist dan faham dgn keadaan mata, sistem penglihatan. hampir kesemua punca masalah penglihatan dapat dikenal pasti melalui pemeriksaan penglihatan. sekiranya tidak dapat power pon pakar optometrist mesti tau apa puncanya dan akan mengambil tindakan selanjutnya untuk menyelamatkan penglihatan anda daripada menjadi buta

      sekian

    • Nina

      hai… saya nak bertanya lagi… harap dapat respon daripda pihak anda… 🙂
      1. adakah normal jika mata kita payah untuk melihat cahaya yang kuat, misalnya tengah hari @ flash camera hp? (sehingga mata hampir2 terpejam dan kening berkerut2)
      2.adakah rabun silau bisa sembuh dalam masa yang tertentu??
      3. bagaimana dengan rabun jauh dan rabun dekat??
      tq kerana mmbtu… 🙂

      • hi nina,
        jawapan 1
        ia adalah normal sekiranya kita tiada rabun silau ataupun rabun yang menyebabkan silau mata sukar utk dibuka apabila berhadapan dgn cahaya yang terang. ia adalah proses normal mata utk menghalang kemasukan cahaya yan sangat baynak pada sesuatu masa.
        tetapi ia tidak normal sekiranya kita ada rabun silau ataupun rabun yang menyebabkan silau. justeru pemakaian kacamata utk membetulkan ralat refraksi (rabun) adalah perlu utk mengurangkan maslah tersebut.

        jawapan 2
        rabun silau hanya akan sembuh sekiranya silau itu disebabkan oleh penyakit mata yan kita alami. sekiranya selepas pemeriksaan penglihatan dan mata dilakukan, mata kita normal (tiada penyakit), tetapi terdapat rabun silau, ia tidak akan sembuh kerana ia disebabkan oleh keadaan bentuk mata kita yang terdapat ralat yang menyebabkan rabun silau itu terjadi.

        jawapan 3

        rabun jauh disebabkan bola mata lebih panjang daripada normal atau terlalu pendek jika dibandingkan dgn normal menyebabkan cahaya tidak dapat difokus pada retina.

        diharap soalan nina dapat saya jawab dgn baik. sekiranya masih lagi ada sebarang kemusykilan jgn segan nak tanya lagi tau.. saya sudi membantu

      • Nina

        hai… tq atas respon anda yg bnyk mmbntu..
        saya nak bertanya lagi… adakah normal sekiranya, mata silau melihat cahaya lepas tu terasa pening2 bahagian depan kepala??

  96. ziraa

    salam, saya pernah check mata saya, keputusannya, mata kanan saya silau,power 100..kiri 50, saya xrabun jauh atau rabun dekat.. tp sebenarnya kedua2 belah mata saya sejak kecil lagi ada seakan2 corak transparent yg sy akn nmpk apabila saya melihat pmndgn yang byk berunsurkan warna putih spt melihat langit atau kain putih. ia xprnah berubah. selain itu, sy juga mghdpi mslh mata apbila mmbaca atau mgulangkaji pljrn mlebihi 2 jam.. mata sy mula berair dan sy melihat tulisan2 di buku seakan2 brlapis2 dan berganda.. selain itu, mata sy juga alah terhadap chya terang..chaya matahari,laptop, n lcd..ia menyebabkan mata sy keletihan. sy x mglami skt kpala atau pening yg teruk. cuma skt cket2 je..klw drive, sy xleh fokus lame2..menyebabkan sy ingin tahu apakah sebenarnya mslh yg sy hadapi ini. adakah ia disebabkan silau?

    • salam ziraa,
      ziraa buat pemeriksaan rapi penglihatan ziraa, dan pakai cermin mata. kerana ia adalah yang sebaiknya untuk mengurangkan masalah penglihatan ziraa sekarang ini. cermin mata adalah untuk membantu penglihatan yang kabur disebabkan oleh ralat refraksi yng dihadapi.

      ye ia adalah simptom2 yang terdapat kepada mereka yang mempunyai masalah rabun silau

      sekian terima kasih

      • ziraa

        salam..tentang masalah corak2 transparent yg slalu mgganggu pndgn sy tu, klau pkai crmin mata silau, bleh hlang ke? punca sbnar corak2 transparent tu pn sbb silau jgk ek?bkn sbb lain?

      • corak2 transparen sometimes can be called as floaters. floaters appear because of mild detachment of ur retinal layer or retinal haemorage(bleeding) and can cause blind if it getting more and more.
        hmm, ur corak yang transparent tu kebanyakan org ada, terutama yang ada rabun jauh. kalo maintain je mcm tu takpe la tak signifikan sgt, tapi kalo tetibe je byk, cepat2 jumpa doktor mata ye

  97. syafiqah

    sy mengalami masalah untuk melihat dengan jelas ketika dalam kelas apabila saya belajar menggunakan komputer dan slide…saya tak tau sama ada saya rabun atau silau…sebab penglihatan saya kadang-kadang jelas kdang2 kabur…dan sensitif dengan cahaya..apabila mata saya terkena cahaya ,mata saya cepat sakit n berair…saya nak taw samada saya mengalami rabun silau atau tidak…perlu ke saya memakai cermin mata??

    • SALAM SYAFIQAH.
      Terima kasih kerana bertanya. daripada kenyataan yang syafiqah nyatakan sebentar tadi syafiqah mungkin mempunyai masalah utk memfokus dekat (komputer) dan juga mengalami masalah untuk kanta mata relax utk tgk jauh (slide). kemungkinan syafiqah ada masalah rabun jauh dan dekat sekali yang turut menyebabkan masalah silau berlaku. keadaan ini gak kompleks, diharapkan syafiqah dapat menjalani pemeriksaan seperti berikut :
      1. rabun jauh dan rabun dekat
      2. kekuatan kanta mata utk memfokus dekat
      3. kekuatan otot mata utk memfokus
      4. NRA dan PRA

      tanya dulu depa ada ke tak check semua yang saya nyatakan disini utk mengetahui dgn jelas sistem penglihatan syafiqah. carilah pakar optometrist ataupun syafiqah boleh buat janji temu dgn kami di KRISTAL OPTOMETRIST.

      sekian terima kasih

      • syafiqah

        salam, terima kasih atas respon yang diberi…
        sy nak tanya lagi kalau saya biarkan ada kmungkinan mata saya akan teruk tak??
        boleh kew saya check mata di kedai cermin mata??

      • salam,
        mata mungkin tak teruk tetapi simptom2 yang syafikah dapat sekarang ini akan bertambah hebat, dan penglihatan syafikah akan lebih terganggu

        terima kasih

  98. sakinah

    :)..sy nak tnya ni..hjung tahun lalu sy sakit kepala yang teruk smpai kna masuk wad.bberapa bulan sbelum tu sy kerap pengsan dan kepala sy prnah terhempas msa jatuh pengsan.bila sy dah msuk wad,bru sy sedar yg mata kiri sy agak besar sdikit dan menonjol kedepan berbnding mata kiri sy.msa tuh sy tak boleh tnduk sbab rsa mata mcm nk jatuh je.dktor dh x-ray kpla sy tpi ok ja.smpai skrg sy masi sakit kpla dan mata sy tak tahan bila kna cahaya matahari atau gna laptop lama2.mata sy akan berair smpai sy kna tutup mata lama2 barulah sy rasa mata sy ok.mata pn sakit bla nmpak cahaya yg terang.ini dlm kategori rabun silau jgakah??perlukah sy pakai cermin mata utk tahan silau?

    • salam syakinah.
      trima kasih kerana bertanya.
      drpd kenyataan yg syakinah nyatakan, mata tertonjol keluar adalah tanda2 tyroid eye disease. kebiasaannya ia akan mengganggu sistem vergen (mata utk menumpu dan mencapah) yg akan mengganggu sistem imbangan tubuh lalu menyebabkan berlakunya pening, sakit kepala dan silau (seriau).
      sekiranya tyroid negative, bermakna mata kiri syakinah mmg tertonjol keluar secara semulajadi yg turut mengganggu sistem ini.
      saya sarankan syakinah menjalani pemeriksaan penglihatan secara menyeluruh utk mengetahui masalah sebenar penglihatan syakinah.
      kalo bleh kak boleh buat janjitemu di Kristal Optometrist utk maklumat lanjut.
      terima kasih

      • sakinah

        salam kak..thanks jwb pertanyaan sy..:)..oh,mcm tu ya..risau jg sbab bla kepala dh sakit sgt,makin silau mata ni..oh,kristal optometrist akak tu kat mna?sy tggal kt sabah..huhu..insyaAllah, buln dpn sy g smenanjung,klo dh konfem,sy akn wt tmujanji ngn akak nnti..

      • salam sakinah.
        klinik kami berada di kulim kedah. kalau sakinah nak mai, sakinah boleh buat appointment ye..
        04-491-7370

  99. fatien

    salam…sy ad rsdung dan migrain….mggu lpas sy pergi cek mata tp hnya rabun silau shj yg dpt dkesan…samada sy rbun jauh atau dekat xdpat dikenalpasti….mslah sy skrg,rabun sy xdpat dikesan kerana sy mengalami skit kepala yg berterusan shingga menganggu plajaran…bntulah sy samada sy perlu berjumpa d0ktor atau membuat spek…
    …terima kasih….

    • salam fatin. terima kasih kerana bertanya.
      drpd masalah yg fatin nyatakan tadi sakit kepala yg berpanjangan, ia mungkin juga dsebabkan rabun yg fatin hidapi. kalo power rabun jauh atau dekat depa tak leh nak dpt, fatin segeralah berjumpa dgn dr mata utk pemeriksaan kesihatan mata fatin dan juga pakar optometrist utk pemeriksaan penglihatan secara menyeluruh. jarang la sebenarnya tak boleh dpt power atau takde conclusion pasal power tak jumpa ka. atau fatin boleh mai ke Kristal Optometrist dan buat janjitemu. boleh call 044917370

  100. cik atul

    salam..maaf ye..banyak soalan sy nak tanye ni..sy pasti encik/puan lebih arif dalam bidang masalah mata ni..sy belum pernah buat pemeriksaan mata untuk check rabun silau saya..cumanya, sy memang sensitif dengan cahaya yg terang terutamanya cahaya matahari yang terpantul semula apabila cahaya tersebut kena pada cermin, zink dan juga dinding rumah..mula-mula ingatkn semua orang mcm sy, tapi bila tanya kat mak dan kakak sy,rupanya sy seorang je yg rasa mcm tu..kalau cuaca panas sgt kat luar,memang sy tutup pintu spy xnampak cahaya yg silau tu..sy jugak selalu sakit kepala kalau memandu dalam cuaca yang sangat panas..waktu malam pulak,saya boleh memandu..tapi kalau sy tidak memandu,duduk di sebelah pemandu dan tengok lampu-lampu dari kereta laen,selalunya sy sakit kepala..pernah juga sy sakit kepala yg teruk akibat terlalu lama mengadap laptop…adakah sy sebenarnya mengalami masalah silau yang teruk?jika ya,apa yg perlu sy buat ye? terima kasih banyak2 ye…

    • salam cik atul
      terima ksih kerana bertanya
      daripada kenyataan yang cik atul nyatakan, kemungkinan besar cik atul mengalami masalah rabun samada rabun dekat (rabun jauh jenis plus)
      jalanilah pemeriksaan di praktis yang ada pakar optometrist yang menjalani pemeriksaan penuh penglihatan

      sekian terima ksih

      • cik atul

        okay..insyaallah saya akan pergi..terima kasih banyak2 ye..

  101. izara

    as salam ..sejak form3 sy slalu mngalami sakit kpala tp sy tidak anggap serius .. sakit kpala sy b’terusan tp dkter ckp sy tak rabun or migrain .. skg sy b’umur 18 ..sejak akhir2 ne sy baru prasan yg sy agak snsitif terhadap cahaya ..trutama time bangun tidur ..sy juga lg selesa b’gelap dgn menutup langsir pd siang hari ..kalau tgk tv ,sy tidak slesa untuk tgk dri jarak yg jauh ..sehingga mama sy tegur sbb sy tgk tv da hmpir sgt dgn tv .. mata sy juga kdg2 kabur sbb mcm ada selaput yg mnutup .. apa yg patut sy lakukan ? ada kmungkinan bhawa sy mnghidap rabun silau ???

    • waalaikum salam.
      terima kasih kerana bertanya.
      daripada kenyataan yang adik nyatakan, kemungkinan terdapat 2 faktor
      1. mungkin adik mempunyai rabun yang sedikit tetapi mata adik memerlukannya kerana mata adik agak sensitif.
      2. belakang kelopak mata adik mungkin terdapat biji2 yang menyebabkan rembesan cecair pekat kerana alergi reaction.
      3. tekanan dalam kepala yang tidak normal. adik boleh baca pos yang saya telah tulis di blog ini

      saya nasihatkan adik utk menjalani pemeriksaan menyeluruh mata adik dan sekiranya adiik ada rabun walaupun sedikit, saya nasihatkan adik utk memakainya. kerana ia adalah titik mula utk mengetahui sebarang maslah yang lebih serius lagi.

      • izara

        adakah sy boleh mendapatkan pemeriksaan tersebut di semua kedai kacamata atau di hospital ?

      • sebaiknya di praktis optometrist yang menjalani semua ujian penglihatan ataupun, boleh ke hospital dan buat request utk pemeriksaan lengkap beserta consultation skali

  102. ika

    salam, saya mengalami silau 450 belah kiri dan 100 rabun sebelah kiri.manakala sebelah mata kanan saya tidak rabun dan silau sebanyak 150. adakah mata kiri saya mengalami masalah. dan saya tidak boleh drive pada waktu malam, dbb lepas drive kepala saya akan pening. dan boleh tak bgtau berapa harga sepatutnya untuk cermin mata yang perlu saya buat supaya tidak ditipu oleh kedai cermin mata.

    • salam atiqah.
      terima kasih kerana bertanya.
      hmm, kalau diikutkan kepada nilai rabun yang atiqah nyatakan disini, memang terdapat perbezaan yang tak normal disitu. tetapi sekiranya penglihatan kedua2 mata atiqah normal (boleh baca 6/6) maknanya penglihatan atiqah normal cuma power je tak normal. dan tidak mempunyai juling.
      berkaitan dgn harga, terdapat byk harga utk power mata atiqah, ianya bergantung dgn teknologi pembuatan kanta tersebut. tetapi harga kanta atiqah akan berbeza utk mata kanan dgn mata kiri kerana power mata kiri adalah special, manakala mata kanan normal. utk mata kiri ianya bermula dgn harga 1++ sehingga boleh mencecah ke 1+++ bergantung kepada teknologi pembuatan kanta tersebut seperti yang dinyatakan samada sferikal, asferikal, single side asferikal, atau double side asferikal, clear lens atau transition lens. (ianya utk mata kiri sahaja)

      sekian terima kasih

  103. mariammarsa

    assalam….
    sy ada masalah berair pada mata terutama apabila melihat skrin komputer dan di dalam bilik yang berhawa dingin…mata saya mudah rasa pedih n berair…saya x rasa pening pun…sy dah chek ,mereka kata mata saya silau dalam 120,,,saya try pakai spek tp tak berkesan…macam mana yer???

    • waalaikum salam.
      terima kasih keran bertanya,
      daripada kenyataan yang dinyatakan, ia mungkin 2 faktor lain yang mengurangkan keberkesanannya
      1. mungkin mata kering
      2. mungkin nilai akomodasi kanta mata dan nilai konvergen lemah.

      kak boleh periksa semula kekuatan mata akak utk memfokus dekat dan pemeriksaan kualiti air mata kak

      terima kasih

      • mariammarsa

        terima kasih di atas respon di atas…..maksudnye sy tak sesuai pakai cermin mata ker? sebenarnye dah dua kali sy buat cermin mata tapi tak sesuai dengan mata sebab ia bertambah pedih dan berair……biase nye kat mana kt nak dapatkan pemeriksaan semula mata utk memfokus dekat dan pemeriksaan kualiti air mata nie?kat tmpt kakak ada tak perkhidmatn begini?…susahnye sy kene berdpn dgn byk esgment,rasa pedih sgt bila mengadap laptop lama2 nie …bole bg tip2 pentig tak?

  104. rierose90

    salam…. sy nk tanya…
    baru2 ini sy perasan mata sy sebelah kiri agak kabur…
    selepas buat pemerikaan sy dapati silay sy amat tinggi iaitu 450 keatas…
    keputusan tu buat sy btol2 ptah semangat utk trus belajar…
    soalan sy ialah ade x kemungkinan mata sy akn juling air seperti dikatakn oleh tuan kedai tu? then, ape cre yg pling alternatif yg perl sy lakukn?? sy btol2 buntu sekarang….:(

    • salam disana.
      terima ksih kerana bertanya..
      hmm daripada kenyataan yang rierose nyatakna tadi, saya ada kemusykilan.
      yang pertama, adakah rierose baru saja perasan yang mata kiri rierose baru saja kabur? ataupun dah lama??
      ini kerana kalo baru saja jarang tetibe rabun silau tu naik sampai macam tu tinggi.
      kebiasaannya utk kita mengetahui samada rabun tu lame dah jadi atau baru jadi kalo baru jadi maka rierose boleh membaca saiz tulisan 6/6 (suspect ralat pada mesin cek mata atau rierose cume buat pemeriksaan komputer saja yang kebiasaannya tak tepat!!!). kalo rierose tak boleh baca, maka maknanya rabun tu dah lama cume rierose baru saja perasan.
      kalo ianya benar, maka rierose perlukan kacamata dan harus memakainya berterusan supaya sel penglihatan mendapat rangsangan yang sebaiknya agar mata tidak menjadi malas dan akhirnya akan menjadi juling.

      dapatkan pemeriksaan lepngakp di praktis yang mempunyai optometrist adalah yang paling afdal seafdalnya..

  105. arisa

    Salam..
    Saya ada rabun silau yg tinggi pd kedua2 belah mata. Sbelah 600 dan lg sbelah 5++. Kali terakhir sy check mata adalah pd 5 thun yg lalu (15thn). Dan itu juga adalah kali yg pertama sy memakai cermin mata utk rabun silau. Tetapi, pada waktu itu, kedai cermin mata yg saya pergi tu hanya ada cermin utk silau 400 paling tinggi, so sy pun just pakai yg 400 utk kedua2 mata sampai sekarang. Tapi, sy just pakai spek tu pd waktu2 tertentu aje terutamanya bila membaca tulisan, Sy tak pakai setiap masa. Sekarang sy tak ada rasa pening2 atau sakit kepala, cuma pd waktu mula2 pakai spek (5thn lalu) aje rasa sakit kepala kdg2.
    Soalan saya, adakah apa2 kesan yg akan berlaku pd mata sy kalau sy teruskn pakai power silau yg lebih rendah drpd power sebenar?
    Terima kasih.

    • salam arisa.
      terima kasih kerana bertanya.
      memakai power yang rendah atau kurang dari power sebenar adalah tiada masalahnya sekiranya arisa boleh bertoleransi dgn power itu.
      maksudnya disini, arisa selesa dgn penglihatan sekarang, tiada sakit kepala, tiada pening kepala dan tiada silau yang keterlaluan. pendek kata u happy with ur current vision. kalo simptom2 yang saya cakap tadi mai, arisa have to change the power.

      terima kasih

  106. mummy_aniq

    salam,
    nak tanye …last week sy pg check mata anak sy (umur 8thn), sbb die selalu ckp mata die tak nmpak. bila check die tak rabun tp silau shj. kanan 100 dan kiri 250. sy nak tahu memng perlu tak sy buat kan cermin mata utk anak sy atau ada cara lain.
    tq in advance

    • salam mummy..
      terima kasih kerana bertanya. hmmm sebenarnya rabun silau adalah apabila cahaya masuk ke mata, ia terfokus pada 2 titik. 1 fokus pada urat mata dan satu lagi tidak terfokus pada urat mata. lalu menyebabkan penglihatan pada titik cahaya yang tak terfokus itu kabur. ini menyebabkan penglihatan jauh dan dekat terganggu. dan ia akan memberi kesan sampingan kepada anak mummy seperti malas, tak suke buat kerja dekat seperti homework, gagal fokus sepenuhnya di dalam kelas dan akhirnya akan mengganggu pembelajaran anak mumy.

      saya nasihatkan disini agar mummy boleh memakaikan cermin mata kepada anak mummy utk masa depan yang lebih cemerlang..

      terima kasih

      • mummy_aniq

        memng betul lah…die memng nmpk semakin malas nak buat homework lahh….kalau suruh die mest merungut atau marah… lepas kalau mummy ajar die utk ulangkaji die mesti main2 je..asyik berckp je…tp kj xjln…kesian nye die…
        mummy kene usaha kan secepat mungkin utk buat kan cermin utk die…
        tq byk2 yew..

      • same2 mummy.. 🙂

  107. sya

    salam
    saya risau sangat dengan mata kanan saya. wlpn saya pakai spec still tak nampak? baik jauh atau pon dkt.yang saya nampak kabur sahaja.
    ada x cara nak atasi mslh ni.?.skrg sy bergantung kat mata kiri je.. sy buat spec dlu dy kata otot mata saya x boleh kembang n kecut..so mmg dr kecik mata sy cmtu. tolong sy???

    • salam sya.
      hmm daripada kenyataan yang dinyatakan, menunjukkan kemungkinan besar u have lazy eye means that ur vision nerve doesnt work properly. hmm, if possible sya can arrange appointment at kristal optometrist. dan kami boleh periksa masalah sebenar yang sya hadapi sekarang ini. its quite complicated.

      sekian terima kasih

      sya boleh call 044917370 for appointment

  108. arifah

    assalam . drpd pemeriksaan mata baru2 ini..saya ada rabun jauh sebelah kiri 5o n sebelah kanan silau 100.
    adakah saya perlu mmkai spek dan apakah ianya akan semakin teruk jika saya tidak pakai?

    • salam.
      terima kasih kerana bertanya arifah..
      hmm adakah arifah mengalami masalah penglihatan seperti penglihatan jauh atau dekat tak berapa jelas, atau mengalami maslah sakit kepala atau pening, atau mata selalu berair?

      sekiranya ada yg saya nyatakan tadi arifah berkata ya, sebaiknya arifah membuat kacamata utk keselesaan penglihatan arifah.

      sekian terima kasih

  109. anis

    salam,
    baru2 ni saya p check mata anak perempuan sy umur 4 tahun,mata kanan rabun 100 silau 50, kiri hanya silau 70 . kemudian sy dinasihatkan agar dtg semula 3 bln atau 6 bln kemudian untuk bacaan semula. kenapa?

    dia suka tgk tv dekat2 dan youtube.adakah ini puncanya? suami sy juga rabun jauh.

    tq

    • salam. terima kasih kerana bertanya.
      kemungkinan besar semasa pemeriksaan mata yang dilakukan pemeriksa tidak pasti samada feedback anak perempuan akak betul ke salah. ataupun mungkin ada kesan daripada akomodasi kanta mata yang tidak stabil justeru menyebabkan power rabun sat turun, sat naik semasa pemeriksaan dilakukan.
      akak tidak perlu tungggu 3 bulan atau 6 bulan, akak boleh buat appointment di klinik mata hospital kerajaan untuk melakukan SICLOPLEGIC REFRACTION. ini memudahkan kita mengetahui rabun sebenar yng dialami anak akak.

      drpd simptom yang akak nyatakan, “dia suka tgk tv dekat2 dan youtube” youtube adalah perangsang utama yang menyebabkan rabun jauh terjadi dan menyebabkan dia terpaksa pergi dekat dgn tv utk tgk tv kerana rabun jauh dah terjadi.

      saya nasihatkan jalani pemeriksaan segera dan sekiranya perlu teruskan dgn cermin mata dan kalo boleh akak boleh pilih “myopia control lens” agar kanta tersebut boleh mengawal kadar kenaikan rabun mata anak akak supaya rabun jauh yang dialami tidak naik dgn mendadak.

      terima kasih

  110. salam…sy nk tanye..sebelum ni sy ada pakai spek mase skolah menengah..lpastu lama sgt sy x pakai sampai la skrng sy dah 21 tahun, tp still lg nampak cuma ada kabur2 sikit, sy anggap tu normal..bila sy check SPH kiri sy 1.25, SPH kanan 3.75
    CYL belah kanan 2.25, CYL belah kiri 3.25
    PD= 63

    huhu sy ingatkan boleh pakai lens psl nk exam lg 2 minggu,, skrng mmg dah rase kabur sesangat dah ni..org kedai tu pun suruh sy jumpa specialist psl power belah kiri dan kanan sgt jauh beza jaraknya..

    Jadi sy nk minx suggestion ddari saudara/ri ttg apa yg sy kena lakukan?

    • salam farah. terima kasih kerana bertanya.
      daripada kenyataan yang farah nyatakan disini, farah boleh berjumpa dgn pakar optometrist yang berada di merata tempat optometrist praktis. farah boleh dpatkan pemeriksaan lengkap daripada mereka, power sebenar mata farah. dan kalo rabun yang macam tu ia tak sama dgn komplen farah yang ‘still lg nampak cuma ada kabur2 sikit’.
      dgn power yg mcm tu penglihatan mmg kabur dah. mcm yang farah cakap “skrng mmg dah rase kabur sesangat dah ni”.

      mungkin sepanjang tidak pemakaian cermin mata power rabun farah naik.
      sebaiknya farah boleh buat cermin mata dahulu sebelum farah memakai kanta sesentuh

      terima kasih.

  111. fauzan

    assalamualaikum saudara… minggu lepas sy g test mata… optometris kata sy ada rabun jauh… kanan 175 kiri 100… silau pula 250 dua2mata… sy trkjut bila tau yg power silau sy tinggi… jadi bila spek tu dah siap, saya kena pakai sepanjang masa ke?

    • salam fauzan.
      terima kasih kerana bertanya. daripada kenyataan power yang fauzan hadapi, ia dapat merujuk kepada anggaran ketajaman penglihatan mata fauzan. anggaran ketajaman penglihatan mata fauzan mungkin sekitar 6/30. ataupun penglihatan tanpa kacamata adalah 5 kali kurang dari normal. sebaiknya fauzan harus memakainya berterusan utk penglihatan yang baik dan jelas sentiasa. ataupun ianya keputusan dari fauzan sendiri, sekiranya fauzan happy dgn penglihatan kabur, maka fauzan boleh memakainya bila perlu sahaja. tetapi kalo fauzan tidak happy dgn penglihatan kabur yang menyebabkan fauzan terpaksa utk mengecilkan mata, dan datangnya sakit kepala, silau, adalah sebaiknya fauzan memakainya sedia.
      terima kasih

  112. nabila

    saya baru cek mata sebentar tadi di kedai cermin mata
    soalan pertama..adakah kedai2 ini boleh melakukan penipuan untuk keuntungan n die cakap saya ada power sampai 100 disebelah kanan dan silau..adakah bolh dipercayai..tapi saya memang mengalami bila memandu apabila..saya sush membaca ape2 yg tulisan di hadapan dlm jarak dlm keadaan malam..dan saya juga mpunyai migrain..adakah ini turut menunjukkan yg saya ada rabun..?

    • salam nabila.
      hmm kebanyakan org menghadapi masalah samada pemeriksaan yg dilakukan tepat atau sekadar buat sale sahaja. sy syorkan nabila buat pemeriksaan di praktis yg mempunyai optometrist yg melakukan pemeriksaan lengkap optometrist. kalo sekadar cek guna mesin berkomputer saja, susah nak percaya komputer tu byk sgt ralat.
      drpd simptom yg dihadapi nabila pula, kemungkinan besar nabila mempunyai rabun. dan sekiranya perlu untuk memakai kacamata, nabila perlu memakainya supaya penglihatan nabila lebih baik dan masalah yg dihadapi beransur pulih

      sekian terima kasih

  113. fayyad

    saya dah pakai spek dari umur 12 tahun, sekarangd ah 22 tahun. saya jenis yang pakai spek bila perlu sahaja. amsalahnya, bila saya check mata, silau mata saya tinggi. 300 sebelh kanan, 100++ sebelah kiri. kali terakhir saya buat spek adalah 3 tahun yang lalu. adakah saya perlu tukar kepada spek yang baru? mata saya juga selalu berair dan saya kadang-kadang pening kepala. adakah disebabkan silau? adakah ia dapat dirawat? tq

    • SALAM FAYYAD
      terima kasih kerana bertanya.
      daripada kenyataan yang fayyad nyatakan disini, terdapat beberapa kemusykilan,
      1. adakah fayyad berasa pening kepala dan mata berair semasa memakai spek sekarang? sekiranya ya, fayyad perlu melakukan pemeriksaan mata semula untuk memastikan rabun yang dialami fayyad terkini yang mungkin telah berubah.
      2. adakah fayyad berasa pening kepala dan mata berair semasa tidak memakai spek mata? sekiranya ya maka fayyad perlu memakainya sentiasa untuk mengurangkan masalah tersebut.
      3. pemeriksaan penglihatan sebaiknya dilakukan setahun sekali untuk memantau sebarang perubahan terhadap power rabun dan juga kesihatan mata, tetapi tidak semestinya spek mata perlu ditukar setiap kali pemeriksaan mata dilakukan. hanya sekiranya perlu sahaja.
      4. silau yang dialami fayyad adalah disebabkan rabun yang dialami fayyad, ataupun kornea fayyad yang rosak atau calar. maka pakailah spek mata untuk mengurangkan masalah tersebut.
      5. adakah ianya dapat dirawat?
      sekiranya silau yang dialami fayyad disebabkan oleh rabun, maka ia hanyalah ralat refraksi (kelengkungan kornea dan mata tak sama macam normal) dan memerlukan kacamata DAN
      SEKIRANYA IA DISEBABKAN OLEH PERMUKAAN KORNEA YANG CALAR BALAR, CILIR BILIR (ayat johan raja lawak), ianya boleh dirawat dan perlu dirawat segera sebelum ianya menjadi parut kekal.

      jalanilah pemeriksaan penglihatan di praktis optometrist yang mempunyai peralatan yang mencukupi dan melakukan pemeriksaan penglihatan penuh
      sekian terima kasih

  114. Zambri

    saya start pakai cermin mata dari darjah 1 sampai sekarang dgn power lebih dari 1000. Sekarang umur dah 41thn dan power spec saya sekarang :-
    Right -13.50 (S) -1.00 (C) 85 (A)
    Left -15.75 (S) -0.50 (C) 91 (A)
    Saya dok kt Gurun dan bercadang nak buat spec
    baru la…..rasa2 nak try kt Kristal Optometrist
    pulak. Nak tanya budget dlm brapa?

    • salam
      terima kasih kerana bertanya,
      hmm agak tinggi jugak power tu ye. tapi takpe as long as mata sihat.
      daripada kenyataan yang dinyatakan disini, en mempunyai pilihan samada untuk memakai kanta jenis kaca atau kanta jenis plastik. kanta jenis kaca ianya berat dan boleh pecah, manakala kanta jenis kaca adalah lebih ringan.
      manakala dari segi teknologinya kanta kaca menggunakan teknik bi-concave iaitu kedua-dua belah permukaan melengkung distortion akan lebih terasa. manakala kanta jenis plastik menggunakan teknologi jenis aspherikal ataupun doublesided aspherikal dan juga point to point measurement. permukaan hadapan lebih flat, dan distortion area lebih kurang.
      dari segi harganya ianya bermula dgn rm6++ ke 2+++.
      kami mengalu-alukan kedatangan en yang mana mata encik akan di scan dari hadapan sehingga ke belakang mata jika terdapat sebarang masalah pada struktur dan kesihatan mata encik.. tekanan dalam mata juga akan diperiksa utk saringan glaukoma.
      untuk janji temu encik bolehlah membuatnya dengan menelefon kami di talian 04-4917370.

      sekian terima kasih

  115. Zambri

    Terima kasih Kristal Opt. kerana reply. Bila ada kelapangan saya akan ke sana atau pun bila saya ada urusan sebelah Kulim saya akan singgah. Sekian wassalam…….

  116. FARA

    SALAM sejahtera… sy ingin bertanye..adakah sy yg mempunyai silau yg terlalu tgi kiri 650 dan kanan 600 masih ade spec yg seswai utk dipakai atau pembedahan laser yg lebih seswai? cz last year sy cek power silau baru 450..so pkai spek la but power spek only hnye 400….
    then last week cek.. da up jd 650 sumthg.. pd pendapat pihak encik/cik. adakah sy patot buat spek baru or buat pembedahan laser cam lasik or lasek.. kurg knowlegde sebenarnye.. tp hari2 risau.. hari2 sakit kpale , pening2. mengantok n mata letih.. n tgk tv pon n ngadap laptop muka herot berot cz x jelas… hrp encik dpt membantu beri penjelasan.tq

    • salam fara, terima kasih kerana bertanya
      daripada kenyataan yang fara nyatakan disini, pemeriksaan rabun sahaja tidak mencukupi. fara haruslah melakukan pemeriksaan bahagian kornea mata fara, kerana peningkatan power rabun silau yang drastik amatlah tidak sihat kerana ia adalah prediagnosis untuk mereka yang mengalami KERATOKONUS. kebiasaannya rabun silau akan kekal setidaknya pon meningkat dgn perbezaan yang sedikit.

      untuk keadaan ini kanta sentuh jenis keras yang dapat mengawal kadar kenaikan rabun silau fara dan dalam masa yang sama dapat mengurangkan rabun silau yang fara alami.

      dgn demikian penglihatan fara akan lebih stabil dan kelengkungan kornea mata fara akan bertambah baik.

      saya sarankan fara berjumpa dgn pakar optometrist yang melakukan pemeriksaan mata secara terperinci atau fara boleh membuat janji temu di KRISTAL OPTOMETRIST di talian 04-4917370

      sekian, terima kasih

  117. Iqin

    Saya ingin bertanya…saya kerap sakit kepala dibahagian blkg dan mata saya terlalu kering…Bila saya buat pemeriksaan hasilnya saya didapati rabun silau hanya kiri 50 dan kanan 25, terlalu sedikit pada saya. Adakah saya memerlukan pemakaian cermin mata? dan adakah pemakaian saya itu sepajang masa atau bila perlu sahaja? kadang2 sakit kepala ini seperti migrain.

    • salam iqin. terima kasih kerana bertanya.
      drpd.kenyataan yg iqin nyatakan mungkin iqin boleh buat sedikit kajian keatas diri iqin. punca sakit kepala tu mai dr mana. adakah semasa kita melihat sesuatu seperti komputer dlm masa yg lama, atau memandu, menonton tv dgn lama, harus mengecilkan mata utk lebih jelas penglihatan. sekiranya ada salah satu yg menyebabkan sakit kepala, iqin haruslah memakai kacamata. adalah lebih baik utk memakainya sentiasa. ia adalah prediagnosis sebarang masalah yg berlaku di dalam otak. sekiranya selepas memakai kacamata sakit kepala hilang, alhamdulillah otak ok. sekiranya masih lagi sakit kepala maka ujian saraf perlu dilakukan dikhuatiri otak bermasalah.
      jgn lupa juga untuk memeriksa nilai akomodasi kanta mata dan daya tumpuan mata. (konvergen)
      cari kedai atau praktis yg melakukan pemeriksaan tersebut even kalo ke hospital minta mereka utk check skali akomodasi kanta mata dan konvergen.
      iqin juga boleh membuat janjitemu di kristal optometrist di talian 044917370
      sekian terima kasih

      • Iqin

        Terima kasih diatas jawapan yang diberikan. Saya rasa sakit kepala saya ini berpunca daripada saya menahan silau apabila saya melihat komputer dan menonoton tv juga memandu, saya juga akan mengecilkan mata untuk mendapatkan gambaran yang jelas. Satu soalan saya lagi, adakah jika saya menggunakan pemakaian sentiasa cermin mata, power utk rabun silau saya ini akan berkurangan?

      • sama sama iqin.
        ok terima kasih iqin sudi jawab soalan sy td. jika keadaan yg begitu iqin seharusnya memakai kacamata. pemakaian cermin mata yg berterusan adalah perlu kerana mata iqin memerlukan penglihatan yang jelas dan penflihatan yg kabur akan menyebabkan gangguan penghantaran isyarat drpd mata ke otak. rabun silau ianya terjd drpd kelengkungan kornea mata yg tak sama antara 2 paksi menyebabkan projection cahaya pada 2 titik yg berbeza.
        ramai yg tanya boleh kurang ke power rabun silau? jawapannya amatlah sukarnya. cuma boleh distabilkan dgn kacamata.

  118. Iqin

    As-Salam, sekali lagi saya ingin bertanya,
    anak saya berumo 10 tahun, dia sering mengatakan yang matanya kurang nampak bila di tmmpt yang bercahaya. Bila saya bwk dia buat pemeriksaan mata, utk rabun silau kiri dia 300 lbh dan kanan 200 lebih, manakala rabun jauh dia kiri 150 dan kanan 0. Patutkan dia memerlukan cermin mata? kerana umonya terlalu muda utk pemakaian cermin mata, dan adakah cara lain untuk menurunkan ketinggian rabun silau yang dia hadapi? Terima kasih.

    • salam en.
      terima kasih kerana bertanya.
      daripada kenyataan yg en nyatakan disini, tindakan yg bijak adalah membenarkan anak en memakai kacamata supaya rangsangan terhadap sistem penglihatannya berada dalam keadaan baik. ini adalah masalah yg kritikal yang boleh menyebabkan saraf penglihatan anak en. menjadi malas. maknanya walaupun dgn pembetulan power yg optimum penglihatan masih lagi tak normal ataupon terhad.
      sekian terima kasih

      • Iqin

        Terima kasih, kerana sudi menjawab soalan saya. Saya akan segera memakaikannya kaca mata supaya penglihatan anak saya nampak jelas..

      • sama sama iqin. dan supaya fungsi penglihatannya kembali normal dan perkembangan saraf tidak terganggu.

        terima kasih kembali

  119. saya baru sj pakai cermin mata, lebih kurang 6 bln , lately sy asyik sakit kepala tp bahagian kiri sj , sy punyer power kanan 100 kiri 125, sometimes saya rasa soket mata pun sakit , kalau sy buka cermin mata sakit ni ilang , tp kalau tk pakai rabun la plak . apa puncanya? adakah rabun sy makin teruk

    • salam ana.
      terima kasih kerana bertanya
      daripada kenyataan yang ana nyatakan disini terdapat beberapa faktor
      1. kemungkinan rabun ana dah ter’over corrected’ maknaya power yang diberi terlebih. ya, mmg kalo bukak cermin mata penglihatan kabur, tetapi mungkin tidak setinggi itu
      2. mungkin juga ana mengalami masalah akomodasi kanta mata atau kekuatan kanta mata semakin berkurang yang menyebabkan mata terpaksa memfokus lebih dan ini menyebabkan mata berasa letih
      3. kemungkinan juga rabun ana semakin naik seperti yang ana sangkakan.

      sila jalani pemeriksaan penglihatan yang terperinci di praktis yang ada optometrist yang melaksanakan pemeriksaan seperti berikut:-
      1. pemeriksaan power secara manual
      2. memeriksa akomodasi kanta mata
      3. penstabilan binokular (binocular balancing)

      sekian terima kasih

  120. Iqin

    Salam…Hai iqin lagi…setelah mendapat khidmat nasihat dari kristaloptometrist, saya kini telah menggunakan kaca mata sepenuhnya, tapi kenapa sehingga kehari ini saya memakainya penglihatan saya masih kabur dan mata saya terasa pedih? adakah sebab mata yg terlalu letih, penat dan kering yg menyebabkan mata saya jadi bergini walaupun setelah menggunakan kaca mata?

    • salam iqin.
      hmm, mata yang pedih, penglihatan masih kabur, setelah memakai kacamata; kemungkinan besar kornea ataupun bahagian hadapan mata iqin tidak sihat, mungkin calar, dan bengkak yang disebabkan mata iqin yang kering dan mungkin juga kesan daripada iqin menggosok mata. sila dapatkan rawatan pakar mata dgn segera.
      sekiranya mata iqin sihat, bermakna power yang dipreskripsakan tidak tepat ataupun tidak menyelesaikan sebahagian besar masalah penglihatan iqin.

      sila dapatkan pemeriksaan seperti berikut:-
      1. bahagian hadapan kornea
      2. akomodasi kanta mata
      3. konvergen titik dekat
      4. NRV DAN PRV
      5. NRA DAN PRA

      sekiranya mereka optometrist, mereka pasti akan tahu apa yang saya maksudkan. sekiranya tidak mereka bukan optometrist

      sekian terima kasih

  121. sheafai

    Salam,
    saya baru buat pemeriksaan mata, saya dapati rabun silau sebelah kanan saya 0.50D dan sebelah kanan 0.00D, manakala rabun jauh saya sebelah kanan 0.50D manakala sebelah kiri saya 0.25D. Saya ingin bertanya perlukah dgn power sbyk itu saya memakai kaca mata? Mata saya sehingga sekarang ini merasa perit, kering dan ada sedikit kabur, kepala saya juga kadang2 akan merasa pening yg teramat sgt. Terima kasih.

    • salam sheafai,
      terima kasih kerana bertanya.
      daripada kenyataan yang sheafai nyatakan disini, ia lebih merujuk kepada masalah yang dikenali sebagai astenopia, atau eye fatigue (mata letih).ianya disebabkan oleh masalah rabun yang dialami amatlah sedikit, maka imej yang terhasil mengalami gangguan (optical migrain). justeru dinasihatkan agar encik dapat memakai kacamata untuk mengurangkan masalah yang encik alami sekarang

      sekian terima kasih

      • sheafai

        Terima kasih. Dengan khidmat nasihat dari pihak en., saya akan cuba menggunakan kaca mata utk mengurangkan gangguan penglihatan yg saya alami skrg ini. Cumanya saya berasa malu utk menggunakan kaca mata, kerana mungkin akan ada yg mengatakan bahawa power sedikit tp sudah berkaca mata.

  122. sheafai

    Salam,
    Saya rasa sakit kepala, mata saya perit dan penglihatan saya kabur sedikit. Saya pergi kedai utk buat pemeriksaan mata, saya dapati rabun silau saya sebelah kiri 0.00D dan sebelah kanan 0.50D, untuk rabun jauh pula sebelah kanan 0.50D dan sebelah kiri 0.25D. Soalan saya, perlukan saya menggunakan kaca mata dgn power sebanyak itu?

  123. fad

    saya mempunyai masalh rabun silau yg teruk di mata sebelah kiri sy.. power da melebihi dri 600.. dan sy memerlukan pembedahan tukar kanta mata plastic.. jd sya ingin tahu dimanakah sy boleh membeli kanta palsu tersebut..sebb pihak hospital menyuruh untuk mmbeli sendiri kanta tersebut… harga kanta dalm rm500-rm600. adakah kanta mata pada harga ini ok.. atau ade yg lebih mahal lagi dan lebih baik..dan dimana sy harus membeli kanta ini?

    • salam fad_latif. terima kasih kerana bertanya.
      hmm agak pelik jugak masalah yg dihadapi oleh en/cik ni. yg rabun tu tak pelik la sangat, tapi yg lebih pelik hospital suruh cari kanta sendiri???!! itu yg pelik bin ajaib tu. yg mudah utk mendapatkan kanta itu melalui doktor mata swasta. mereka inilah golongan yg akan berurusan dgn dealer yg ada kanta mata palsu itu.. sebenarnya hospital pon ada jgk.. tapi tak sangka la diorng suruh cari sendiri.. kanta mata palsu ada byk jenis. yg lebih baik adalah jenis aspherikal, berbanding dgn sferikal. kurang silau, penglihatan lebih jelas. dr yg sungguh pelik tu ada tak bagi parameter kanta itu?

  124. Sheafai

    Hai sheafai lg d sini….
    Salam, dgn khidmat nasihat dari pihak kristal Optometrist saya telah menggunakan kaca mata. Walaupun rabun kanan saya 0.50D dan rabun kiri 0.25D dgn menggunakan kaca mata, kini kepala saya tidak lg mengalami pening dan pemandangan amat selesa. Saya ingin bertanya adakah dgn umo saya 33 thn sekarang ini rabun yg saya alami akan meningkat naik?

    • salam sheafai.
      alhamdulillah gembira saya mendengarnya.
      rabun naik? ia adalah dilema biasa yang dialami oleh pemakai kacamata. takut akan power rabun yang naik.
      terdapat 2 faktor yang menyebabkan rabun juah naik sheafai.
      1. sekiranya rabun yang kita hadapi late onset ( dapat rabun jauh pada lewat usia). kemungkinan ia akan naik sejajar dengan berapa lama masa kita habiskan utk melakukan aktiviti dekat, samada membaca, menulis, menaip, komputer dll) saya nasihatkan sheafai boleh menghadkan aktiviti dekat selama 40-45 minit dan rehat selama 2-3 minit dengan memandang sejauh yang mungkin. dan kemudian boleh sambung kembali kerja dekat anda.
      2. rabun yang disebabkan astenopia, atau mata letih. kebiasaannya rabun ini tidak naik, tepai amalan seperti di atas boleh diamalkan juga.

      sekian terima kasih

  125. Hannan

    Salam saya Hannan..
    Perlukah saya memakai kaca mata
    sebelum ni saya sering sakit kepala..
    Dan saya dah pergi check.. dia kata power mata saya kiri 75 kanan pon 75… bila malam cahaya tu saya nampak macam pecah2..
    Jadi patutkah saya memakai kaca mata dngn umur remaja saya ini???
    TQ

    • salam hannan,
      terima kasih kerana bertanya,
      daripada kenyataan yang hannan nyatakan disini, YA, hannan memerlukan kacamata kerana simptom2 yang hannan hadapi sekarng ini, mmg merujuk kepada mata yang rabun.
      semasa memakai kacamata, insyaallah sakit kepala dan pandangan malam yang pecah2 tu akan hilang.

      sekian terima kasih

      • Hannan

        Adakah spek mata tu saya perlu sentiasa pakai berterusan?

      • salam hannan.
        sebaiknya hannan boleh pakai sentiasa kerana hannan selalu mengalami sakit kepala. ia adalah untuk memastikan sakit kepala itu berpunca daripada penglihatan yang kabur. sekiranya semasa memakai kacamata sakit kepala maih lagi menyerang, ujian saraf perlu dilakukan untuk menganalisa sebarang abnormaliti di dalam kepala.
        terima kasih

  126. sheafai

    Salam….
    sekali lagi saya ingin bertanya, apabila saya check mata, org kedai cermin mata tu ada menunjukkan slip pemeriksaan, dari situ saya ada ternmpk perkataan
    AXIS 185, apakah maksudnya itu?

    • axis 185 itu merujuk kepada kedudukan paksi utk meletakkan rabun silau.

      sheafai cuma check berkomputer sahaja ka?

      • sheafai

        Tidak, selepas itu saya ada masuk kedalam utk pemeriksaan yang lebih teliti.

  127. maznita

    as salam….ank sy brumur11 thn.dia slalu pening2 n loya…adakah itu petanda ank sy rabun? sy pernh buat pemeriksaan..diorg kata ank sy rabun silau 90..tp diorg ckp kalu nk buat cermin mata,kena jumpa doktor mata dl sbb ank sy bdk lg…betul ke?

    • salam maznita,
      terima kasih kerana bertanya,
      ada bebrapa faktor yang mungkin menyebabkan anak maznita pening dan rasa loya.
      daripada pengalaman saya mengendalikan kes2 budak yang mengalami masalah yang sama, loya dan pening datang daripada masalah2 seperti berikut:-
      1. akomodasi kanta mata lemah (kelemahan kanta mata utk mengubah daya fokus semasa melihat jauh dan dekat atau sebarang ‘point in the universe’
      2. otot mata yang lemah untuk melakukan konvergen dan divergen
      3. rabun jauh atau dekat yang sedikit
      4. selaput pada kanta mata

      pemeriksaan penglihatan terperinci perlu dilakukan, bukan sekadar check power sahaja.

      sekian terima kasih

      • maznita

        terima kasih krna mnjawab prsoalan sy…dimanakah blh sy buat pemeriksaan lanjut..ada kah dikedai cermin mata biasa atau perlu jumpa doktor mata?

      • sama-sama maznita.
        hmm, boleh saya tahu dimana maznita tinggal? then saya boleh syorkan tempat pemeriksaan mata dan penglihatan mata yang terbaik utk maznita.

        antara pemeriksaan penglihatan yang diperlukan dan wajib dilakukan adalah seperti berikut:-
        1. penglihatan jauh dan dekat tanpa kaca mata
        2. pemeriksaan amplitud akomodasi kanta mata
        3. pemeriksaan titik dekat konvergen (otot mata)
        4. pemeriksaan power rabun secara manual dan binocular balancing
        5. pemeriksaan bahagian hadapan mata menggunakan
        slit lamp biomicroscopi
        6. pemeriksaan bahagian retina (urat dalam mata)
        7. tekanan dalam mata

        ini adalah antara pemeriksaan yang terperinci perlu dilakukan terhadap anak maznita. salin perkara2 di atas dan tunjuk kepada optometrist tersebut.

        sekian terima kasih

      • maznita

        saya tinggal di pasir gudang johor..semalam sy ada buat pemeriksaan secara manual,diorg ckp ank sy tak rabun…diorang syorkan ank sy brjumpa gn optometrist…betul ke kalau tak sihat tak blh buat pemerikaan mata? trma ksh…

      • salam maznita. ok,
        saya telah pun berhubung dgn optometrist di HOSPITAL SULTAN ISMAIL, maznita diminta utk mendapatkan REFER LETTER di klinik kesihatan, dan minta diorang buatkan surat rujukan ke OPTOMETRIST KLINIK MATA HOSPITAL SULTAN ISMAIL. kemudian surat perlu dibawa ke klinik mata hospital sultan ismail utk mendapatkan tarikh janjitemu
        saya dah maklumkan masalah anak maznita kepada puan afifah, dan perkara2 yg perlu diperiksa.

        sekian terima kasih

      • maznita

        teima kasih

      • sama-sama. sy dimaklumkan 22 mei ada slot kosong. kalo maznita boleh cepat utk dptkn surat rujukan itu

  128. assalam.. sy ingin bertanya mengenai power sy..
    Power sy sgt tinggi, sebelum ni 800+ tp baru-baru ini sy check dh meningkat 900+.. makin lama makin takut sy nk cek mata sebab power makin meningkat.. power silau jugak sgt tinggi..
    sy hnya memakai spek sejak darjah 6 dan tidak pernah memakai lens.. teringin nk pakai lens tp x berani.

    Keputusan semalam check seperti di bawah:

    R = -9.50(S) -1.25 (C) 29 (A)
    S.E -10.25

    L = -9.25 (S) -1.25 (C) 1 (A)
    -9.00 (S) -1.50 (C) 2 (A)

    S.E = -9.75

    PD = 68mm

    Boleh terangkan maksud keputusan di atas?? Patutkah sy melakukan pembedahan? Atau bolehkah sy hanya memakai lens.. apakah jenis lens yg sesuai utk sy??

    • salam neerza.
      terima kasih kerana bertanya.
      keadaan yang neerza alami ialah high myopia with astigmatism (rabun jauh tinggi dgn rabun silau sederhana).
      takde yang perlu dirisaukan sekiranya penglihatan neerza masih boleh mencapai 6/6 untuk kedua2 mata.
      neerza juga boleh melakukan pembedahan LASIK untuk mengurangkan rabun neerza sekiranya kornea (bahagian hadapan mata) sihat dan mempunyai ciri2 yang cukup untukmelakukan pembedahan.
      kanta sentuh juga boleh pakai sekiranya kesihatan bahagian hadapan mata (kornea) neerza sihat. paling baik saya syorkan kanta sentuh jenis torik. ia adalah kanta sentuh jenis lembut beseta dgn rabun silau untuk penglihatan yang jelas dan stabil. selain itu neerza juga boleh menggunakan kanta sentuh separa keras. kanta sentuh ini adalah salah satu kanta sentuh yang terbaik di dunia untuk mengawal kadar kenaikan rabun dan dalam masa yang sama dapat mengurangkan rabun silau neerza. antara teknologi kanta sentuh yang lain ialah kanta sentuh orthokeratologi. ia digunakan semasa tidur untuk menyahkan rabun iaitu meratakan permukaan kornea dan apabila bangun dari tidur, buang kanta sentuh itu, dan neerza dapat melihat dgn jelas tanpa kanta sentuh dan tanpa kacamata untuk lebih 24jam!!

      sekian terima kasih

    • salam neerza.
      terima kasih kerana bertanya.
      keadaan yang neerza alami ialah high myopia with astigmatism (rabun jauh tinggi dgn rabun silau sederhana).
      takde yang perlu dirisaukan sekiranya penglihatan neerza masih boleh mencapai 6/6 untuk kedua2 mata.
      neerza juga boleh melakukan pembedahan LASIK untuk mengurangkan rabun neerza sekiranya kornea (bahagian hadapan mata) sihat dan mempunyai iri2 yang cukup untukmelakukan pembedahan.
      kanta sentuh juga boleh pakai sekiranya kesihatan bahagian hadapan mata (kornea) neerza sihat. paling baik saya syorkan kanta sentuh jenis torik. ia adalah kanta sentuh jenis lembut beseta dgn rabun silau untuk penglihatan yang jelas dan stabil. selain itu neerza juga boleh menggunakan kanta sentuh separa keras. kanta sentuh ini adalah salah satu kanta sentuh yang terbaik di dunia untuk mengawal kadar kenaikan rabun dan dalam masa yang sama dapat mengurangkan rabun silau neerza. antara teknologi kanta sentuh yang lain ialah kanta sentuh orthokeratologi. ia digunakan semasa tidur untuk menyahkan rabun iaitu meratakan permukaan kornea dan apabila bangun dari tidur, buang kanta sentuh itu, dan neerza dapat melihat dgn jelas tanpa kanta sentuh dan tanpa kacamata untuk lebih 24jam!!

      sekian terima kasih

    • salam neerza.
      terima kasih kerana bertanya.
      keadaan yang neerza alami ialah high myopia with astigmatism (rabun jauh tinggi dgn rabun silau sederhana).
      takde yang perlu dirisaukan sekiranya penglihatan neerza masih boleh mencapai 6/6 untuk kedua2 mata.
      neerza juga boleh melakukan pembedahan LASIK untuk mengurangkan rabun neerza sekiranya kornea (bahagian hadapan mata) sihat dan mempunyai ciri2 yang cukup untuk melakukan pembedahan.
      kanta sentuh juga boleh pakai sekiranya kesihatan bahagian hadapan mata (kornea) neerza sihat. paling baik saya syorkan kanta sentuh jenis torik. ia adalah kanta sentuh jenis lembut beseta dgn rabun silau untuk penglihatan yang jelas dan stabil. selain itu neerza juga boleh menggunakan kanta sentuh separa keras. kanta sentuh ini adalah salah satu kanta sentuh yang terbaik di dunia untuk mengawal kadar kenaikan rabun dan dalam masa yang sama dapat mengurangkan rabun silau neerza. antara teknologi kanta sentuh yang lain ialah kanta sentuh orthokeratologi. ia digunakan semasa tidur untuk menyahkan rabun iaitu meratakan permukaan kornea dan apabila bangun dari tidur, buang kanta sentuh itu, dan neerza dapat melihat dgn jelas tanpa kanta sentuh dan tanpa kacamata untuk lebih 24jam!!

      sekian terima kasih

  129. sumaiyah

    err, nk tanya,,sya tak sure sama ada sya ada rbun silau ataupun tak, tapi mata sya rasa pedih bila kena cahaya, mata rasa letih n ada rasa mcm bengkak, tpi x bengkak pun, just rasa.. yg tu pun kira rabun silau??

    • angah

      Sye pkai spek dri drjh 5, masa prgi wat checkup mata ada optometris yg kta sye blh pkai lens, ada yg kta xbleh..blh bgtau x sma ada sye bleh pkai lens ke x? Power mata sye mcm ni:-

      R: -8.00/-5.00×5
      L: -7.75/-5.00×180

      Tlg terangkan, thanks….

      • salam angah,

        yes, angah boleh pakai kanta sentuh. paling baik adalah kenta sentuh separa keras,. ini kerana rabun silau angah agak tinggi saya harap penglihatan angah baik. ini adalah kerana kana sentuh separa keras ini dapat mengurngkan kadar dabun silau yang angah hadapi.

        ramai pesakit saya yang mengalami maslah rabun silau yang tinggi saya bagi pakai kanta sentuh separa keras ini. dan hasilnya kebanyakan mereka power silaunya berkurang dan power maintain.

        kalau jenis kanta sentuh lembut ni, poewr mmg tak cukup, tapi kalu angah boleh tolerate dgn penglihatan yang agak kabur dan mungkin boleh menyebabkan sakit kepala.

        sekian terima kasih

    • salam sumaiyah,
      terima kasih kerana bertanya.
      daripada kenyataan yang dialami sumaiyah, sumaiyah mengalami masalah astenopia atau mata letih. ianya berpunca daripada beberapa faktor utama seperti :-
      1. rabun silau atau rabun jauh yang sedikit –> kacamata
      2. kualiti air mata yang tidak baik –>eyedrops dry eye therapy
      3. masalah memfokus kanta mata yang lemah –> kacamata dan vision therapy
      4. rabun dekat –> kacamata

      sekian terima kasih

  130. Zulkifely Hasim

    Salam

    Hasil pemeriksaan mata baru2 ni, didapati tahap bacaan silau saya menurun. Tapi bacaan power cermin meningkat. Adakah ini tanda baik ?

    • salam zulhashim,
      daripada kenyataan yg en. nyatakan disini, ianya adalah normal yang berlaku pada kebanyakan yang mempunyai rabun jauh dan silau yang datang daripada masalah kornea yang tiak rata. ianya terjadi akibat daripada perubahan kelengkungan kornea yang menyebabkan perubahan rabun jauh dan silau turun naik.

      sekian terima kasih

  131. azilazaman

    salam.. saya nak tnye,, rabun mata kiri dan kanan just 25, tp, silau 75 kedua2 belah kiri dan kanan.. perlu ke pkai spectacle.. tp, mata saya ade mslh ssh nak adapt dgn cahaya yg terang (waktu tgh hri/lmpu2 terang pd waktu mlm) dan if malam, sya xnmpak sgt.. kene tggu dlm mse 5-10min utk adpat dgn persekitaran, lpas tu brulah mata bleh adapt.. boleh terangkan???.. dan perlu ke pkai spec?? terima kasih=)

    • salam azilazaman
      terima kasih kerana bertanya,
      daripada kenyataan yang azila nyatakan, azila memerlukan bantuan kacamata jenis transition/fotogrey yang mengawal kadar kecerahan cahaya terutamanya pada waktu siang hari.
      dan masalah dark adaptation ianya adalah kerana kekurangan vitamin A yang mengawal dark adaptation. selain itu ianya juga adalah masalah genetik, tetapi harus melakukan pemeriksaan retina untuk memastikannya.

      sekian, terima kasih

  132. Sya

    salam. sy umur 16 dan ada mslah rabun jauh + silau. sy mmg pkai spec dri ting2. taon nie sy ad check mata dan lps check, uncle tuu ckp power silau sy tinggi. sy igt rabun silau biasa jea, rupa2nya agk susah bila nak buat lenses. bila pakai spec sy rasa pening, ad hajat nak pkai lense tp mahal sgt RM280. harga yg uncle tuu kasi reasonable tak??

    R- SPH(-425), CYL(-200)
    L- SPH(-450), CYL(-200)

    kalau pakai lenses biasa bhya tk effect dia? =.=

    • salam sya,

      pakai spek rasa pening adakah ianya spek lama atau dgn power baru? sekiranya power baru, maka powe spek itu tidak sesuai dgn sya. rm280 utk 2 kotak tu ok la. mmg kanta sentuh sekali dgn rabun silau agak mahal.

      kalau pakai lens ayng takde rabun silau,kemungkinan sya akan lag pening.. 🙂

      sekian terima kasih

  133. nazihah

    as salam……baru2 ini sy try buat pemeriksaan mata……..dan didapati sy ada rabun silau 70 je ….rabun jauh 50 ….perlu ke sy pakai cermin mata dari sekarang untuk elak silau itu bertambah tinggi dan meningkat….?

    • salam nazihah.
      terima kasih kerana bertanya.
      ebiasaannya rabun jauh dan silau tidak meningkat sekiranya kita tidak memakai katamata. ianya meningkat kerana beberapa faktor seperti terlalu banyak menghabiskan masa untuk kerja jarak dekat, myopia degeneration (peningkatan rabun jauh yang tidak stop, dan masalah mata yang lain seperti gatal mata yang tidak kebah.
      pemakaian kacamata utk power yang macm tu akan membolehkan nazihah dapat melihat dgn baik, penglihatan jelas, kurangkan sakit kepala, pening dan silau.

      sekian terima kasih

  134. assalamualaikum..nak tanye skit…sblum ni mata saye takde masalah ape2..last time pegi cek mata..no problem..o.oo..takde pape mslah..but then, yesterday, accidentally lalu dkat kedai cermin mata, so..cek la..ehm..saye x pham sngat la ape yg org tu ckp..tpi dye ckp saye ade rabun jauh skit n rabun silau..bcaan dye mcm ni..

    SPH CYL AX SPH CYL AX PD = 59
    0.00 -0.75 9 0.00 -0.50 178
    -0.25 -0.50 13 +0.25 -0.75 173
    -0.25 -0.50 9 +0.25 0.75 175

    -0.25 -0.50 13 + 0.25 -0.75 173
    ape mksd dye ek??saye kene pki spec ke?? tpi mmg ade rase skit kpale n mata sometimes skit gak..

    • waalaikum salam. terima kasih kerana bertanya.
      drp kenyataan yg cik bgtau kat sini, ianya lebih kepada reading komputer. araupun pemeriksaan berkomputer secara automatik. sph tu merujuk kepada rabun jauh yang mungkin kita alami. dan cyl tu rabun silau yg kita alami. ax tu adalah kedudukan rabun silau pada 180 darjah.
      berdasarkan bacaan ini kemungkinan cik mengalami masalah rabun jauh yg sedikit dan juga rabun silau yg sedikit. kebiasaannya ianya adalah ralat komputer itu. tp sekiranya cik ada simptom2 rabun silau seperti pengluhatan kdg2 kabur, pening kepala, sakit kepala, sakit mata, rasa seriau mata; pemeriksaan penuh yg lebih terperinci perlu dilakukan utk menentusahkan samada cik ada rabun ke tak.. sekiranya ada, cik dinasihati utk memakainya utk mengurangkan simptom2 tersebut.

  135. Mzul

    Salam Tuan,

    Saya ada masalah rabun jauh+silau. Saya ada soalan yang memerlukan ‘review’ daripada pakar seperti tuan.
    1. Apa pandangan tuan mengenai pin ‘hole glasses’ yang dikatakan mampu untuk mengurangkan kesan rabun jauh, rabun dekat dan boleh memperbaiki penglihatan? adakah ianya berkesan dan mempunyai bukti scientific dari segi optometrist?
    2. Apa pandangan tuan mengenai ‘”The Bates Method” yang pernah dihasilkan Dr William Bates?

    Mohon tuan sudi berkongsi pendapat tuan dalam bidang ini. Terima kasih 🙂

    • salam mzul.
      terima kasih kerana bertanya.
      pada pandangan saya terhadap 2 perkara yang mzul nyatakan disini
      1. pin hole glasses
      ianya adalah cermin mata hitam legap yang terdapat banyak lubang2 kecil. ianya merujuk kepada teknik untuk mengurangkan kabur penglihatan seperti org kecilkan mata, atau orang membuat lubang kecil dengan tangan seperti teropong untuk melihat jauh dgn jelas. tak salah untuk menggunakannya sekiranya anda sesuai dgn cermin mata itu. saya pernah mencubanya di farmasi. cumanya imej yang dihasilkan agak bergetar apabila mata melihat daripada 1 lubang ke lubang yang lain. yang jelasnya ianya bukanklah teknik untuk mengurangkan rabun yang sedia ada tetapi membantu penglihatan yang kabur supaya dapat melihat dgn lebih baik.

      2. bates method
      ianya dicipta oleh william bates lama dulu. lebih kepada neuropsikologi dan melatih mata agar dapat mencapai tahap central perception. (best vision with 6/6) ianya lebih kepada bagaimana kita mengawal mata kita utk melihat dan best vision with correction masih dijadikan sandaran penglihatan terbaik. terdapat beberapa langkah dan teknik yang perlu dikuasai semasa terapi dijalankan dan ianya mengambil masa yang agak lama bergantung kepada pencapaian individu itu. terdapat guru yang mengajarkan teknik bates method ini (cuma saya tak pasti dimana). bagi pandangan saya tak salah untuk mencubanya cumanya result yang kita akan dapat bergantung kepada pencapaian kita menggunakan teknik itu. 🙂

  136. pencatatkata

    salam…..saya ada beberapa soalan untuk dikemukakan:
    1. saya mengidap astigmatism dan sepanjang masa pakai spec disebabkan sy still belajar. ada ke cara untuk merawat astigmatism? sebb saya da penat pakai spec.
    2. tak ada ke contact lens yg berwarna bg yg rabun silau ni?
    3.jika saya stop memakai spec selepas ini, adakah power silau saya akan naik?

    • Salam pencatat kata.
      terima kasih kerana bertanya.
      daripada kenyataan yang cik nyatakan disini, ramai yang mahukan rabun silaunya baik dan begitu juga dgn rabun jauh. cume untuk mengurangkan rabun silau ini,
      1. cik oleh memakai kanta jenis separa keras. ia dapat mengurangkan rabun silau cik sekiranya tinggi.
      2. kanta ortho-k- ia juga jenis separa keras dan dipakai semasa tidur, ia dapat memulihkan pandangan cik hampir 100% dalam masa 24 jam sehingga 36 jam.
      3. cik juga boleh jalani pembedahan LASIK utk terus menghilangkan rabun jauh dan silau cik.

      contact lens berwarna sekali dgn rabun silau mmg tiada dalam pasaran buat masa sekarang.

      utk stop pakai cermin mata sekarang ni, cik boleh melakukannya sekiranya tiada kesan seperti sakit kepala,pening, mata berair, silau dan sebagainya. tetapi kalau simptom2 seperti itu terjadi cik harus memakai kacamata kerana mata berasa sangat letih dan otak memerlukannya. kebiasaannya rabun silau tidak akan naik mendadak, dan selalunya maintain. melainkan ada faktor luaran yang menyebabkan ia naik terutamanya mata yang gatal dan sekiranya cik suka menggosok mata atau menggaru mata, ia pasti akan naik.

      sekian terima kasih

  137. nisakhaidir

    Salam Tuan,
    Mohon nasihat dan pandangan. Saya ada masalah astigmatism yang agak tinggi dan sedikit rabun jauh. saya mengalami astig bagi kedua belah mata kiri dan kanan lebih kurang 300 dan rabun jauh lebih kurang 100. Saya bercadang untuk memakai contact lense. Mohon pandangan dan nasihat tuan,
    1. brand apa yang bagus untuk saya pakai?
    2. berapakah range harga? saya perlu pakaui yang permanent atau pakai buang punya?
    2. jenis yang mana saya perlu pakai? samada softlense atau hardlense?
    3. adakah akan menimbul sebarang risiko sekiranya saya memakai kontek lense? untuk pengetahuan tuan, saya baru kali pertama ingin menggunakan kontek lense.
    4. apakah kelebihan bagi pesakit astigmatism menggunakan kontek lense? adakah lebih baik hanya menggunakan spec atau kontek lense?

    mohon sangat-sangat pandangan dari tuan. Saya dalam dilemma samada untuk meneruskan niat menggunakan kontek lense atau sebaliknya. kerana saya tahu kesannya kepada mata jika tidak dijaga dengan rapi cara penggunaannya. Untuk makluman lanjut, saya bekerja di pejabat dan menghadap komputer dari jam 8 pagi hingga 5.30 petang…

    Nisakhaidir

    • salam nisa terima kasih kerana bertanya dan berminat dgn kanta sentuh.

      pertamanya nisa perlu menjalani pemeriksaan mata dan penglihatan terlebih dahulu. yang terbaik untuk kanta sentuh adala kanta sentuh jenis separa keras. ia adalah kanta sentuh jenis permenent dan mengikut parameter mata kita dan boleh tahan sehingga 18 bulan. untuk pertama kali memakai kanta sentuh, mungkin sedikit kurang selesa, tetapi ianya beransur baik selepas proses adaptasi mata dgn kanta. selain itu kanta sentuh separa keras ini dapat mengurangkan power rabun silau yg dimiliki nisa. dan juga kurang berisiko untuk jangkitan kuman. harganya antara 4++ sehigga 6++, ada yang lebih mahal, kerana material yang digunakan.
      menicon z antara yang terbaik selain daripada boston XO.

      sekian terima kasih, nisa boleh bertanya lagi sekiranya terdapat sebarang kemusykilan.

      • nisakhaidir

        Terima kasih diatas maklumbalas tuan, ia sangat2 membantu :)) boleh saya tau kedai optometris tuan dimana? Saya bermnat nak buat check up dan meneruskan hajat untuk memakai kontek lense..

        Maaf, sy ingin bertanya lagi, normally how long it will takes untuk kita serasi dengan pemakaian kontek lense tu ya?

        tq! 🙂

      • ye, saya di kulim kedah.. kalo mai sini boleh jalan2.. hehe
        selain itu, nisa boleh pergi ke praktis kawan saya di PRISMA OPTOMETRIST SETIAWANGSA.
        nisa boleh hubungi 0342569679 utk janjitemu.

        selamat maju jaya:)

      • nisakhaidir

        baru saya perasan, based nya di kedah ya? boleh tak tuan cadangkan mana2 optometris yang boleh sy pergi di sekitar lembah klang (KL area) ?

  138. azamhusain

    selamat sejahtera.saya azam pernah terkena sakit mata yang berlarutan selama 2 minggu.keadaan sakit mata adalah berair dan tidak bertahi.dan sensitif kepada cahaya dan haba.walaupun saya rasa telah pulih sehingga sekarang apabila terdedah kepada cahaya atau haba yang agak kuat sedikit dari biasa mata kiri akan berair.selalu juga apabila kelip mata saya rasakan sesuatu yang berpasir.adakah ini sakit mata yang biasa atau berlainan.buat pengetahuan sakit mata ini tidak berjangkit dengan sesiapa pun kerana saya tinggal serumah dengan rakan yang lain.

    • salam azam.
      ia kemungkinan kesan jangkitan kuman yan dialami azam. ape yang perlu azam buat skarang ni utk berjumpa dgn ophthalmologist (dr mata) utk mendapatkan khidmat nasihat beliau samada jangkitan itu masih aktif ataupun sudah reda ttp meninggalkan kesan kepada mata azam.
      sekiranya perlu memakai kacamata, azam dinasihatkan memakainya beserta dgn transition lens tech utk mengurangkan masalah ersebut.

      terima kasih

  139. aziyana

    Salam kristal,ad tak rawatan bagi lazy eye?

    • salam aziyana,
      terima kasih kerana bertanya. di kristal optometrist kami ada menyediakan perkhidmatan utk merawat lazy eye dan juling. aziyana boleh call kami di talian 044917370 utk janji temu.

      terima kasih

  140. etty

    salam..sy nk tanya kalau sakit kepala berterusan n senak 2-2 blah mta ada kaitan dgn msalah mta ke?ke ad mslah lain?nk check takut..hehe..

    • salam etty,
      terima kasih kerana bertanya. daripada kenyataan yang etty nyatakan, masih ada kemusykilan, bila senak2 mata tu datang? adakah tiba2, atau disebabkan faktor lain seperti semasa membaca, melayari internet, memandu atau apa2 saja aktiviti yang memerlukan mata memfokus. sekiranya disebabkan mata memfokus, pemakaian kacamata sangat perlu, dan harus menjalani pemeriksaan kekuatan otot mata, dan kekuatan kanta mata utk memfokus dekat. skiranya tiba2, mungkin tekanan mata tiba2 mendadak naik. jumpa dgn dr mata utk mendapatkan pemeriksaan yang sepenuhnya (thoroughly eye checkup).

      sekian terima kasih

  141. etty

    sy dh pegi check..mta oke jer,klau ad masalah pon sbelah kanan..2 pon takat 75 jer..xsmpai 100 pon, kna pkai spek jugak ker? senak mata 2 mmg xprnah stop pon, sama dgn sakit kepala,tp bila fokus lg la sakit, tiap2 hari mcm ni..kalau tunduk kepala rendah dari badan rasa mcm nk kluar biji mata ni..dh dkat sebulan kot,dlu x la skit smpai thap ni..klau malam plak mata mcm bengkak atau sembab tpi xberair..hari slasa ni dh nk jmpe pkar..rsa mcm da kronik ni,,nk try telan arcoxia pon rsa mcm boleh tahan lg..huhu..by de way thanz 4 information.:).

    • salam etty.
      terima kasih kerana dah pergi cek power dan bagitau kat sini.. walaupun power rendah tetapi sangat significant untuk memakai kacamata. ia dapat mengurangkan masalah sakit kepala yang dihadapi.. satu lagi, daripada problem yangetty nyatakan disini, kalo nak tunduk pun macam nak tekeluar biji mata, saya suspect tekanan dalam kepala etty mungkin meningkat. etty juga perlu memeriksa urat dalam mata untuk mengesan masalah itu.. percaya etty, sakit kepala bukanlah perkara biasa yang remeh kerana ia boleh mengakibatkan sesuatu yang buruk berlaku.. etty boleh tengk dan baca artikel sakit kepala yang saya karang.

      terima kasih

  142. Nahrisha

    Erm , nak tanye . Saye biasenye kalo bace okay je . tapi kalau tengok bulan tu ade 2 . ape maksud tu . saye tak cek mate lagi sebab rasenye tak serius sangat .

    • hi narisha.
      terima kasih kerana bertanya.
      ianya lebih merujuk kepada balancing otot mata untuk melihat objek yang sangat jauh.
      kemungkinan besar juga terdapat juling pendam yang disebabkan oleh kelemahan otot mata.

      dapatkan pemeriksaan juling adalah lebih baik. terima kasih

  143. nieq

    salam wbt….
    sya nak tnya klau bcaan mcm di bwh ney,,,perlu ka sya pkai spek mata?sya tidak mengalami mslh skt kpala..cuma bila saya kurg tidur penglihatan saya agak kabur dan espcially time sya berada d bwh sinar mthri yg terik.tpi so far suma aktiviti melibatkan penglihatan spt berada depan komputer xda mslah..sya check heri 2 mang kena suggest pkar spek..tpi perlu ka sya pkai?sya risau sebab nak promote je mereka suggest mcm tu..

    R = -0.25,-0.75
    L = -0.50,-0.50
    PD =67mm

    • salam nieq.
      terima ksih kerana bertanya.
      pemeriksaan mata berkomputer mmg mempunyai ralat.
      maka nieq perlu menjalani pemeriksaan mata penuh bagi menentusahkan kadar rabun yang nieq miliki.

      sekian terima kasih

  144. yat

    saya mengalami silau dan rabun jauh..sebanyak 75 degree di sebelah kanan sahaja.
    so, apa yg perlu saya lakukan dengan keadaan seperti ini.

    • salam yat.
      terima kasih kerana bertanya. daripada yang yat nyatakan disini, yat memerlukan kacamata agar rabun yang dimiliki yat tidak bertambah dan menyebabkan jurang power yang agak ketara untuk mata kanan dan kiri yang akhirnya akan menyebabkan berlakunya juling.

      terima kasih

  145. humaira

    Salam..sbloam nie sy xpnah pkai spek,, wlaupun kdg2 bila blajar dlam clas ada jg kabur2…tp xpernah bt pmeriksaan mata.bile try bt mdical check-up utk smbung blajar,, buat pmeriksaan mata pd carta snellen tuu sy tgk nurse tulis 6/9 klau xsilap…nk tau jg mata nie mmg perlu pkai spek atau tak..sbb try bt pmeriksaan kt kdai optometrist,, silau 100 & 50…rbun 75 & 50..
    maf klau belit2 sy punya statemnt.hrap dpat bg pnjelasan.tq.

    • salam humaira..
      terima kasih kerana bertanya..
      penglihatan 6/9 adalah merujuk kepada tahap penglihatan humaira berbanding dgn org normal. seperti org normal boleh.nampak objek dgn jelas pada jarak 9 meter tetapi humaira hanya nampak.jelas pada jarak 6 meter.
      justeru kalau humaira telah mengalami pandangan kabur kadang2, silau dan sakit kepala, humaira memerlukan kacamata supaya mata tidak menjadi sgt letih dan membantu humaira untuk melihT dgn lebih baik dan juga mengurangkan simptom2 yg humaira hadapi.

      terima kasih

  146. humaira

    **kurang mngerti dgn jwpn yg dberi…
    penglihatan 6/9 adlh mrujuk kpd thap penglihatan humaira berbanding dgn org normal..
    penglihatan sy mcm mane maksudnya..?
    maf ye,, sbb sy pn nk tau jg mslh mata nie btul2 rabun ke,,mmg perlu pkai spek ke mcm mane.tq jg sbb sudi jawab.

    • maknanya penglihatan humaira kurang sikit daripada normal.. sebagai contoh kalau objek yang sejauh 9 meter, org normal boleh nampak dengan jelas, tetapi humaira hanya dapat melihat dengan jelas pada jarak 6 meter sahaja. kurang 3 meter daripada normal.

      • humaira

        okey3.trima kasih ye atas jwpn yg dberi.thats mean sy mmg kne pkai laa spek erh.sbloam niepn mmg ada je sakit2 kepala,bile dlam clas pn kdg2 penglihatan nie sdikit kabur.bila mngadap laptop/computer lame2 mate berair + sakit kepala.anyway thanks a lot..! 🙂

  147. NURUL

    saya nak tanye…

    sy xfhm mata kiri sy -1.00 dan mata KANAN adalah -0.75. tu mcm mn ye..
    perlu ke saya pakai spek??

    • salam nurul.
      terima kasih kerana bertanya.
      yg tu merujuk kpd kadar rabun yg nurul alami. lebih kpd rabun jauh. mata kiri nurul mempunyai rabun jauh sebanyak 100 manakala mata kanan mempunyai rabun jauh sebanyak 75.
      pastikan nurul menjalani pemeriksaan penglihatan yg terperinci sebelum membuat kacamata. kerana kalo cek mata pakai komputer je selalunya tak tepat..
      sekian terima kasih

  148. sy cume ad silau sebanyak 0.25 knan n rbun 100.. sy ada betanya kat org kdai tu, perlu ke sy memakai spek? dia ckap rbun sy tak lah truk, jd tak diwajib kan tuk memakai.. tp sy slalu megalami skit kpale yg amat2 serious smpai ase cam nak glerr… jd apa yg hrus sy buat tuk megelak dri skit kpale nie?? ad kah hrus memakai spek?

    • hi zira.
      terima kasih kerana bertanya.
      daripada kenyataan yg zira nyatakan zira memerlukan kacamata utk mengurangkan masalah sakit kepala yg zira hadapi

  149. Lyssa

    Hi , Saya nak tanye harge toric lens . Saya nak beli toric lens but xtau mane satu yg sesuai utk saye .
    Ni power mate saya dan power silau .
    300 CYL(-) 300
    235 CYL(-) 350
    Agak-2 lens ape yang sesuai utk mate saye ?

    • hi lyssa. terima kasih kerana bertanya.
      yg mana sesuai, pemeriksaan bahagian hadapan kornea perlu diperiksa terlebih dahulu sebelum boleh menentukan kanta sentuh yg sesuai. kebiasaannya harga kanta sentuh jenis torik adalah rm150 sekotak. purevision toric ada 3 keping didalamnya dan softlens toric ada 6 keping didalamnya. dgn harga yg sama. sudah semestinya purevision lebih baik mampu membekalkan oksigen kepada kornea dgn lebih baik dan juga mengurangkan masalah mata kering.
      selain itu lyssa juga boleh memakai kanta sentuh separa keras RGP. ianya sekaligus dapat mengurangkan rabun silau yg lyssa hadapi. lebih baikkan..

      sekian terima kasih

  150. efa

    salam..sy efa, sy ada p check mata,diorang bg tau sy ada rabun silau,ni result nye

    R> S C A
    -1.75 -0.50 13

    L> -1.50 -1.25 162

    PD:58

    mta sy slalu berair dn pedih kalo mghadap benda bercahaya,kdg2 kalo sy tgk tulisan ia akan nmpak mcm ad byang2(nampk double),so sy nk tau perlu ke sy sentiasa pakai spek atau hnya jka perlu,..dulu sy sering skit kepala dn senak pd mata tp skarang dah kurang,dn jarang2 jd cam tu..

    • dear effa,
      terima kasih kerana bertanya. daripada kenyataan effa, effa memerlukan kacamata dan perlu memakainya sentiasa. cume perlu menjalani pemeriksaan lengkap dgn optometrist.
      sekian terima kasih

  151. adibah

    Salam, saya nak tanya betul ke kalau rabun silau degree 100 tu sama dengan rabun jauh 200 degree? Sebab kalau tak payah cermin mata memang nampak bayang saja. TQ

    • salam adibah, terima kasih kerana bertanya..

      yang sebenarnya rabun silau sama sekali tidak sama dengan rabun jauh secara fiziknya lagi. kalau hanya ada rabun silau sahaja, diagram fiziknya terdapat 1 alur cahaya yang tidak difokuskan di retina. dan 1 lagi difokus pada retina. manakala, rabun jauh sahaja, kesemua alur cahaya tidak difokus di retina. cuma ada conversion utk power tolerate untuk kanta sentuh.. kesan pandangan pon berbeza

      sekian terima kasih

  152. nyan-meow

    assalam. sy pernah pegi check mata awal tahun ni. optometrist ckp sy xde rabun, cuma mata kurang selesa. sy paling sensitif kat chaya matahari n flashlight, klu ada chaya terang terus masuk ke mata, sy terus terpejam n toleh ke tempat lain. mmg xboleh nk fokus waktu drive siang2. bila dlm kuliah, surau atau mne2 tempat yg terang, kpla sy jd sakit n urat2 merah mula timbul kt mata. sy ade masalah silau ke? perlu x buat spek?

    • assalam.. terima kasih kerana bertanya.. silau secara umumnya agak subjektif. ada beberqpa faktor yg menyebabkan silau terjadi( kite mengalami silau).
      1. rabun silau ( tp dah check dgn optometrist takde rabun)
      2. saiz anak mata yg besar
      3. kornea yg bengkak
      4. juling yg sedikit
      5. masalah dekat dan fokus dekat dlm masa yg lama..

      ianya adalah kemungkinan2 punca nya. saya harap cik dapat membuat janjitemu dgn kami untuk menganalisa punca utama masalah cik.
      boleh hubungi en.aiman di talian 044917370.

      sekian terima kasih danxselamat hari raya maaf zahir batin

  153. Ricky

    salam, saya baru check mata,didapati sebelah kiri kata tukang check mata tuh cakap 50 dan kanan 25 ,silau nye,adakah tahap sebegini digalakkan pakai cermin mata.

    • salam ricky.. terima kasih kerana bertanya.. ianya bergantung kepada simptom2 yg ricky hadapi. sekiranya ricky tiada mengalami masalah seperti mata berair, sakit kepala, selalu pening, pandangan jauh kadang2 jelas kadang2 kabur, silau pada malam hari, ricky tidak memerlukan kacamata. sebaliknya sekiranya ricky mengalami simptom2 yg dinyatakan tadi, maka ricky memerlukan kacamata.

      sekian terima kasih dan selqmat hari raya

  154. Salam.. saya pernah mengalami corneal abrasion mata kiri sebab gosok kuat dengan tangan masa kena conjunctivitis akhir 2009 so doktor x boleh tutup dengan eyepad sebab kene treat conjunctivitis dan abrasion skali…. sebelum tu memang x pakai spek sebab mata kiri x rabun, tapi mata kanan rabun tinggi tapi my brain dah adapt untuk ignore blurry vision my right eye..so sy hanya gunakan mata kiri saja untuk fokus. sejak dari tahun 2003 start rabun smpai 2009 xde masalah..tapi selepas mata kiri saya sembuh dari abrasion, saya mula ternampak ghosting vision yg sangat jelas pada mata kiri.. sejak tu sy buat spek tapi ghostig vision ni still tak hilang.. my right eye yg rabun mula2 nampak jelas tapi bila da 1 tahun mula ikut probs seperti mata kiri..skunk dua2 dah nampak ghosting vision..kalau tengok tv lagi la teruk, subtitle boleh nampak sampai berdouble2..kalau buka spek lagi la bertriple2 jadinya.. spek tidak membantu untuk sy hilangkan ghosting or double vision ni.kalau drive malam lagila, kete depan punya taillight nampak sampai ke tayar,. adakah penggunaan RGP lens membantu untuk sy buang ghosting vision ni? tq..:)

    • salam..
      terima ksih kerana bertanya.. keadaan en menunjukkan encik mengalami masalah corneal scar kemungkinan besar di bahagian tengah kornea yang menyebabkan gangguan penglihatan yang agak extreme. ia akan menyebabkan mata menjadi rabun dan mengakibatkan sinar cahaya yang masuk ke dalam mata pecah (scattered). pemakaian kanta sentuh rgp adalah salah satu daripada alternatif lain untuk mengurangkan masalah silau yang en. dihadapi. selain daripada itu en boleh menjalani pembedahan transplan kornea (memerlukan penderma kornea).

      sekian terima kasih

  155. ezhar

    salam saya rabun jauh 125 , silau 100.. perlukah pakai cermin mata?

  156. amira

    salam…saya nak tanya sikit.. saya ader rabun jauh dan silau yang agak tinggi, rabun jauh saya alhamdullilah for 5 tahun ni xda peningkatan yang ketara , untuk kanan 450 kiri 525 tapi silau saya semakin meningkat tahun lepas silau mata kanan saya 200 dan mata kiri 250.. tapi 2 hari lepas saya buat pemeriksaan mata, power silau saya naik untuk dua2 belah belah kiri 275 dan kanan 300, saya amat risau… macam mana caranya saya nak kurangkan silau ni ya… pastu saya takda masalah sngat nak memandu di waktu malam seperti yang selalu diadukan oleh orang2 yang ada silau tinggi… saya rasa ok untuk duduk bawah lampu pun.. tapi power silau still meningkat, saya juga menggunakan contact lens kadang-kadang. tapi saya biasanya guna c.lens yang biasa jer jenama biomedic.. cuma saya rasa kurang selesa pakai lens tu di waktu malam sebab pandangan dia agak blurr, tapi waktu siang ok jer… xpa ker untuk saya yang silau tinggi pakai c.lens biasa??? and kalu saya nak tukar lens sepereti yang crystal selalu rekomenkan untuk orang yang slaulu tinggi tue.. lens apa yang patut saya beli? and berapa harganya… kalu niat saya nak turunkan power silau tue perlukah saya paki spek sahaja atau saya seeloknya paki lens?… mohon crystal bantu saya dalam masalah ini… thank you..

    • salam amira, terima ksih kerana bertanya.
      ianya adalah dilema biasa yang sering diadukan, even pesakit saya disini pun ada yang mengalamai masalah sebegitu.. walaupun begitu, rabun silau tidak perlu ditambah, sekiranya kita tiada simptom2 yang menyebabkan rabun silau itu perlu ditambah. ini kerana melalui pemeriksaan yan dijalankan, kebiasaannya akan ada ralat subjektif yang menyebabkan power itu seakan-akan perlu ditambah, tetapi sekiranya amira masih selesa dengan power yang lama (tidak datangkan masalah seperti sakit kepala, silau lampu, pening2, kabur penglihatan) maka amira masih boleh teruskan pemakaian power lama dan tak perlu tukar power.
      untuk mengurangkan power rabun silau, biasanya saya suka untuk recommend kanta sentuh separa keras. ini kerana, kanta sentuh itu dapat meng-reshape-kan balik permukaan kornea amira,lalu dapat mengurangkan rabun silau yang amira hadapi. amira perlu memakainya hari2.
      untuk harganya bergantung kepada jenis brand dan tahap keselesaan material kanta sentuh itu, daripada 7++ sehingga 9++.
      sekian, terima kasih

  157. hafizi h

    salam..silau saya cuma 125..tp sy akan rasa pening bila cuaca terlalu panas dan memandu pada waktu malam.Perlukah saya memakai cermin mata dan kanta jenis apa yang sesuai?boleh ke kalau saya cuma memakai cermin mata bila memandu sahaja….terima kasih.

    • salam.
      terima skaih kerana bertanya.
      paling baik sekiranya hafizi dapat memakainya secara berterusan,. dan lebih baik sekiranya hafizi boleh memakai kanta transition (fotokromik lens) yang akan menjadi gelap apabila terkena dengan cahaya matahari. ia akan mengurangkan terus silau dan pening yang dialami hafizi.
      untuk memakai waktu memandu sahaja, pon ok, tetapi sekiranya pening tu terjadi waktu tidak pakai kacamata, maka adalah lebih baik hafizi memakainya sedia 🙂

  158. aretol

    salam..
    err sye nk tnye…mata kiri dan knan sye rbun 0.25 shaje..mnakala mata kiri silau 0.75 dan kanan 0.50
    adakah sye ptut pkai cermin mata? ttpi jika sye tidak memakai cermin mata kepala sye brase sgt skit..
    hrap maklum

    • salam kembali,
      terima kasih kerana betanya aretol..
      YA aretol memerlukan kacamata untuk mengurangkan sakit kepala yang dialami. ia dikenali sebagai optical migrain, sakit kepala yang disebabkan masalah rabun yang dihadapi. dan kebiasaannya org yang ada masalh sakit kepala seperti ini, mempunyai rabun yang sedikit dan sanagt memerlukan kacamata..
      sekian terima kasih

  159. ainmayo

    kalau rabun jauh kiri -175 silau 50, kanan -125, 25…perlu ke gne spek?

    • bergantung dgn jenis pemeriksaan yang dilakukan. sekiranya menggunakan komputer semata-mata, JANGAN PERCAYA. kerana komputer byk ralatnya.
      sekiranya ainmayo mengalami maslah kabur penglihatan jauh, lakukan pemeriksaan mata dgn optometrist yang bertauliah utk menentukan tahap kerabunan ainmayo dan buatlah cermin mata. sekian terima kasih

  160. aminur

    Salam..sy ingin bertanya, tadi sy baru shj cek mata, dan hasilya, mata jnan sy tiada rabun cuma silau -0.25..mnakala mata bhagian kiri sy rabun 0.25 minus..silau pun -0.25..sy jg selalu mgalami masalah skt kepala terutama apabila menghadap objek terang sperti skrin lptop dan jg skrin projektor semasa kuliah…adakah sy perlu membuat cermin mata? Harap membantu…:-) tq..

  161. Asharinawati

    Salam,
    Kalau hasil result CPH Kiri/Kanan is -050 and P.D is 64 apa yang patut saya lakukan?

    • salam ashrina. terima kasih kerana bertanya.. sekiranya asharina tiada apa2 masalah penglihatan, dan simptom mata kabur seperti kabur pandangan, sakit kepala, pening2 muntah2, maka xperlu pakai kacamata. ttp sekiranya ada masalah sebegitu asharina memerlukan kacamata..
      sekian terima kasih

  162. Aisyah

    salam . sejak kebelakangan nie , sy brs pedih2 mte , pning kple n rse spt trlalu terang dkt mte . Bbrp bln yg lps , sy check mte , rsultny , sblh knn rbun 25 n kri rbn 50 . silau sy rse , 50 kdue2 . ptot k sy prg check skali lg ? ptot k sy pkai spec kla0 p0wer kdue2 mte sprt yg diatas ? sy bdak sklh mngh form 2 . trimas . hrp bley bntu sy .

    • salam aisyah,
      terima kasih kerana bertanya..
      daripada kenyataan yang aisyah nyatakan disini, ya aisyah memerlukan kacamata dan perlu memakainya sentiasa.. ianya kerana walaupun power yang sedikit, mata aisyah sangat sensitif lalu mengakibatkan pedih2 mata dan pening2 seperti yang biasa aisyah alami..

      sekian terima kasih

  163. Sarah

    Hello, nama saya Sarah. Sejak dulu lagi mata saya mengalami silau 100 ke 125. Adakah ini menyebabkan saya tidak pakai spek di luar rumah?

    • hello sarah..
      terima kasih kerana bertanya..
      biasanya rabun silau tidak bertambah, dan ia akan kekal ataupun mungkin berubah sedikit sekiranya tiada faktor2 lain yang menyebabkan ia bertambah terutamanya sekirnya kita kuat MENGGOSOK mata.
      dan ianya tidak berkaitan dgn rabun silau yang disebabkan tidak memakai kacamata. ianya disebabkan kelengkungan kornea sarah yang tidak seimbang antara paksi x dan juga paksi y

      sekian terima kasih

  164. anis

    asalamualaikum,saya mengalami masalah silau yang tinggi berbanding rabun jauh saya..sekarang saya dapati silau saya semakin tinggi dan menyebabkan mata saya tidak boleh fokus pada objek dan memberi tekanan pada mata saya..adakah ini photophobia atau astigmatism?adakah jenis ubat titisan yang dapat mengurangkan tekanan pada mata?-tq

    • salam anis. terima kasih kerana bertanya..
      fotofobia yg anis hadapi dan juga mata terasa tertekan adalah kesan daripada astigmatism yg tidak dibetulkan. anis memerlukan kacamata dan perlu memakainya sentiasa.. insyaallah mata anis akan hilang tekanan. tidak memerlukan ubat anis:-)

  165. aini

    asslkm…saya nak tanya, kenapa setiap kali saya melihat laptop, saya akan pening-pening kepala….
    sakit sangat kepala…….dulu saya pernah pakai cermin mata tapi time 2 power sy hanya 100 lebih..jd abg saya cakap, jangan pakai cermin mata kalau power 100 lebih je…
    sekarang saya mengalami simptom yang sama…bile menghadap laptop, kepala saya cepat pening… adakah saya mengalami masalah rabun silau??

    • salam aini..
      simptom-simtom yang aini nyatakan disini, aini mengalami masalah samada, astigmatism, lemah akomodasi kanta utk fokus dekat, rabun jauh, ataupun rabun dekat.
      jalani pemeriksaan di praktis yang mempunyai optometrist yang bertauliah, dan pakailah cermin mata..
      sekian terima kasih

  166. nor

    salam…saya ingin bertanya,mata saya dah sebulan mengalami nampak cahaya2 putih halus di tepi mata(kadang2)….dan dua 3 hari ni ada bayang2 hitam macam sarang labah2 halus saja..terapung lepas tu hilang…saya dah search kat internet,penyakit saya ni digelar floaters (kalau saya tak silap)…adakah ia berbahaya dan apakah cara2 rawatan…terima kasih

    • salam nor. terima kasih kerana bertanya.. drpd kenyataan ini floaters tidak merbahaya sekiranya ia cuma kecil dan ‘counting’nye adalah maintain. spt contoh kalau harini cuma 1, sebulan lqgipun masihx1. ianya normal. tetapi kalau ianya bertambah, pemeriksaan segera perlu dilakukan kerana ianya mungkin keradangan mata yg boleh menyebabkan gangguan penglihatan yang teruk.
      sekian terima kasih

  167. husna

    salam… saya nak bertanya, dua tahun lepas saya buat cermin mata kerana doc. syorkan saya membuat cermin mata kerana mslh silau saya.. cermin mata saya jenis transitions.. saya pakai, tp tak ada pape effect..kira kalau mlm, sy still tak boleh memandu… dan kalau waktu panas, saya still tak selesa… baru2 ini.. saya ke kedai cermin mata.. dia kata saya tertipu kerana buat cermin yg transitions.. x membantu saya…dia suggest kn pada saya supaya buat cermin mata yg bukan transitions.. tetapi mmg jenis gelap.. kiranya, kanta cermin mata sy sekarang berwarna grey blue.. kiranya.. adakah betul apa yg dikatakan bahawa, cermin mata transitions tak sesuai utk astigmatism?

    • salam husna..
      agak menarik jugak kes husna ni bila saya baca..
      1. transition kalau tak sesuai, maka malam insyaallah boleh pakai atau kurangkan silau.
      2. kalau tinted lens mcm yg kedai cakap, malam possible utk tak boleh pakai tinggi.
      3. saya nak tanya, ape power husna?? rabun jauh berapa, rabun silau berapa?
      4. kacamata transition pon masih ada kelemahannya kerana ia hanya akan bertukar warna apabila kanta itu terdedah dgn cahaya ultra ungu..
      5. husna harus periksa juga kesihaan kornea mata husna juga, takut ada parut yang menyebabkan silau terjadi..

      sekian terima kasih

  168. Salam,

    Saya nak tanya, sy ada cek mata dgn fakulti perubatan dlm satu program universiti, dan didapati mata kanan saya ada rabun dekat dan rabun jauh sekali..saya boleh nampak cuma tak boleh baca objek yg dekat atau pun yang jauh, penglihatan saya seperti tidak jelas, tidak dapat fokus..selain itu doktor itu juga kata saya juga ada masalah juling dekat tp saya tak ingat berapa..mata kanan saya pula ok, tiada masalah.. jadi apa pendapat encik mengenai masalah mata saya?adakah ianya normal?

    Keduanya, saya mmg penah pakai spek mata lama sebelum ni, doktor di kedai cermin mata tu syorkan sy pakai spek utk melatih mata kanan saya utk melihat sbb penglihatan saya selama ni lebih menggunakan mata kiri berbanding mata kanan..saya jarang2 pakai spek sbb rasa mcm penglihatan sy ok dan boleh nampak dan baca dr jarak jauh dan dekat dan ianya memang lebih menggunakan mata kiri..selain itu saya juga sering rasa sakit kepala apabila terdedah dengan pancaran terang, kadang2 ok dan kadang2 boleh buat sakit kepala dan biasanya sakit di sebelah kanan kepala, saya terpikir adakah ianya kerana silau saya tinggi?

    Baru2 ni saya ada buat pemeriksaan komputer di kedai spek, dan keputusannya

    (R) sph cyl ax
    +1.25 -0.75 82
    (L) +0.25 -0.50 101 PD=64

    Jadi berdasarkan keputusan kasar di atas dan masalah saya di atas, apa pendapat doktor?maaf kalau soalan saya banyak, harap doktor boleh bantu sekurang2nya dgn memberi pendapat..terima kasih byk 🙂

    • salam sayyid,
      terima kasih kerana bertanya.. agak menarik jgk masalah sayyid.
      yang jelas disini, mata kanan masih boleh berfungsi kerana ia memberi simptom2 sepeti silau dan sakit kepala.. cumenye sayyid memerlukan kacamata utk membantu balik mata kanan supaya dapat melihat dgn baik, mungkin macam tak rasa apa2 perubahan, tetapi ia sangat membantu untuk mata kanan. dan sebaiknya pakainya sentiasa..

      terima kasih

  169. salam, saya ada sedikit pertanyaan

  170. maza

    salam… saya nak tanya. Anak ke 2 saya berumur 8 tahun mengalami masalah rabun silau. Power cermin matanya adalah 550 dan 450. Beliau juga mengalami lazy eye. Baru-baru ni saya memeriksa matanya di optometris kerana hendak menggantikan cermin matanya yang pecah. Didapati power telah meningkat dari 450 kepada 475. Adiknya yang berumur 7 tahun juga telah pakai cermin mata (rabun jauh). Powernya >100 dan < 250. Kerisauan saya :

    1) Adakah rabun silau ini akan bertambah memandangkan beliau masih kanak-kanak. Apakah cara terbaik untuk mengurangkan rabun silau.

    2) Saya difahamkan power tertinggi untuk buat cermin mata silau adalah 600 – 750 sahaja. Jika power melebihi nilai tersebut apakah penyelesaian untuk mereka.

    3) Apakah kesan jangka panjang lazy eye. Selain dari senaman mata ada tak cara lain untuk merawatnya (makanan, suplement tambahan).

    4) Adakah masalah berkaitan mata ini berpunca daripada keturunan. Kerana saya dan suami berkaca mata (rabun jauh + silau sikit dalam 100 ~ 200). Bagaimana cara terbaik nak mencegah masalah rabun.

    Sekian, terima kasih.

    • salam kak maza.. terima kasih kerana bertanya..
      hmm.. cara yg terbaik utk merawat mata malas adalah dgn melakukan terapi penglihatan..tiada ubat dan pembedahan utk membaik pulih mata malas..
      ya utk kurangkan rabun silau yg baik adalah menggunakan kanta sentuh jenis keras.. ia harus dipakai secara berterusan dan keputusannya biasanya akan menunjukkn pengurangan selepas 6 bulan..
      rabun silau yg normal, biasanya ia tidak meningkat manakala sekiranya ia meningkat (sbb skarang ni dah tinggi dah) memang memerlukan kanta sentuh jenis keras utk mengawal
      kenaikan rabun silau itu..
      sekiranya power silau itu melebihi drpd kemampuan yg lab kanta boleh buat, maka kanta sentuh peelu dipakai utk cover sebahagian rabun anak..
      sekian terima kasih

  171. ziz

    Assalam. saya berumur dalam linkungan 30an, sudah memakai kanta lekap lebih dari 10thn dgn power utk kedua2 belah mata ialah -4.00. Kebelakangan ni saya mendapati penglihatan disebelah kanan agak kabur dan setelah beberapa tahun tidak mbuat any eye checking, saya bjumpa dgn optometris dan mereka mdapati power utk mata

    KANAN= -2.50 (bukan -4.00) CYL -1.25 AXIS 180.
    KIRI = -4.00 BC86 DIA14 2. (SAMA SPT YG LAMA).

    Tetapi setelah memakainya selama 2 hari, saya mendapati mata kanan saya tidak dpt fokus sepenuhnya spt mana semasa saya memakai power lama (tidak mempunyai anti silau), lebih2 lagi kalau saya membuat test fokus dgn menutup sebelah mata secara bgilir dan fokus pada tempat yg bcahaya (cthnya TV dalam gelap). Saya pergi sekali lagi ke kedai optometris tersebut, mereka mengatakan bahawa ini adalah normal dan saya dinasihatkan utk tidah membuat test fokus tu sebab ia akan mbuatkan saya btambah tidak selesa. Ptanyaan saya, adakah ini sesuatu yg normal??? Sbb skrg saya ada merasakan sesuatu yg tak lengkap di bhg mata kanan saya+ada sedikit rasa kekurangan power+mungkin sedikit pening. Apa pendapat anda. Trima kasih

    • salam en ziz.
      terima ksih kerana bertanya..
      hmm, agak complicated jgk masalah en.ziz ni 🙂
      saya cadangkan begini,
      1. perlu lakukan pemeriksaan power semula, ii kerana mungkin power yang OPTOMETRIST tu check betul dan all balance secara monokular, tetapi perubahan power dr 400 kepada 250 agak ketara, mungkin juga power en ziz kurang as clinically, but i think they shouldnt reduce the power too much since u already adapt with that 400 power for 10 years.. what we need is just to refine the 400 power to give u best visual acuity..
      2. power yg turun itu mungkin daripada kesan pemakaian kanta sentuh secara berterusan, kerana sudden peningkatan power silau ke 125 adalah slightly abnormal yang datangnya drpd kornea yang bengkak ( air masuk kedalam kornea yang menyebabkan rabun silau terjadi). so just stop wearing contact lens for awhile.. maybe 1 or 2 month.. and keep follow up the power esp ur right eye. if positive corneal edema(kornea bengkak), ur rabun silau akan berkurang.. and ur vision will become MUCH BETTER!!
      3. utk dptkan pendapat kedua daripada OPTOMETRIST YANG BERTAULIAH( yg ada equipment lengkap utk check mata dan MENGGUNAKANNYA)
      4. EN ZIZ boleh buat janji temu dgn saya di KRISTAL OPTOMETRIST utk memeriksa semula mata encik.

      sekian terima kasih

  172. maria

    salam….sy cuma nak tanya, bila saya drive waktu malam@ awal2 pagi, mata saya akan bersilau..kadang2 saya terpaksa toleh muka saya ke kiri bagi mengelak silau lampu/ cahaya dari ikenderaan lain..begitu jg kalau saya mengadap komputer..kadang2 sampai berair mata..

    • salam maria,
      terima kasih kerana mengadu disini,
      ini menunjukkan kemungkinan besar maria mengalami masalah rabun yang mild (kurang).
      sila buat pemeriksaan penglihatan di praktis optometrist bertauliah dan buat kacamata walaupun powernya rendah. ia insyaallah akan membantu maria menangani maslah maria.
      sekian terima kasih

  173. ziz

    Assalam. saya berumur dalam linkungan 30an, sudah memakai kanta lekap lebih dari 10thn dgn power utk kedua2 belah mata ialah -4.00. Kebelakangan ni saya mendapati penglihatan disebelah kanan agak kabur dan setelah beberapa tahun tidak mbuat any eye checking, saya bjumpa dgn optometris dan mereka mdapati power utk mata

    KANAN= -2.50 (bukan -4.00) CYL -1.25 AXIS 180.
    KIRI = -4.00 BC86 DIA14 2. (SAMA SPT YG LAMA).

    Tetapi setelah memakainya selama 2 hari, saya mendapati mata kanan saya tidak dpt fokus sepenuhnya spt mana semasa saya memakai power lama (tidak mempunyai anti silau), lebih2 lagi kalau saya membuat test fokus dgn menutup sebelah mata secara bgilir dan fokus pada tempat yg bcahaya (cthnya TV dalam gelap). Saya pergi sekali lagi ke kedai optometris tersebut, mereka mengatakan bahawa ini adalah normal dan saya dinasihatkan utk tidah membuat test fokus tu sebab ia akan mbuatkan saya btambah tidak selesa. Ptanyaan saya, adakah ini sesuatu yg normal??? Sbb skrg saya ada merasakan sesuatu yg tak lengkap di bhg mata kanan saya+ada sedikit rasa kekurangan power+mungkin sedikit pening. Apa pendapat anda. Trima kasih

    • salam en ziz.
      terima ksih kerana bertanya..
      hmm, agak complicated jgk masalah en.ziz ni 🙂
      saya cadangkan begini,
      1. perlu lakukan pemeriksaan power semula, ii kerana mungkin power yang OPTOMETRIST tu check betul dan all balance secara monokular, tetapi perubahan power dr 400 kepada 250 agak ketara, mungkin juga power en ziz kurang as clinically, but i think they shouldnt reduce the power too much since u already adapt with that 400 power for 10 years.. what we need is just to refine the 400 power to give u best visual acuity..
      2. power yg turun itu mungkin daripada kesan pemakaian kanta sentuh secara berterusan, kerana sudden peningkatan power silau ke 125 adalah slightly abnormal yang datangnya drpd kornea yang bengkak ( air masuk kedalam kornea yang menyebabkan rabun silau terjadi). so just stop wearing contact lens for awhile.. maybe 1 or 2 month.. and keep follow up the power esp ur right eye. if positive corneal edema(kornea bengkak), ur rabun silau akan berkurang.. and ur vision will become MUCH BETTER!!
      3. utk dptkan pendapat kedua daripada OPTOMETRIST YANG BERTAULIAH( yg ada equipment lengkap utk check mata dan MENGGUNAKANNYA)
      4. EN ZIZ boleh buat janji temu dgn saya di KRISTAL OPTOMETRIST utk memeriksa semula mata encik.

      sekian terima kasih

  174. Nurwanee

    asalamualaikum saya baru-baru ni ada pergi buat pemeriksaan mata saya hanya ada power silau kiri 100 dan kanan 75. so dia nasihatkan saya untuk buat spek . adakah power silau saya akan bertambah kalau dibiarkan saja

    • salam wanee.. terima kasih kerana bertanya.
      rabun silau mungkin tidak naik secara mendadak, tetapi ia akan menyebabkan simptom2 rabun silau yang lebih tteruk spt sakit kepala, pening, mata berair, pedih mata..
      kalau penglihatan wanee tidak selesa, elok la buat sepasang kacamata..

      terima kasih

  175. assalamualaikum.,saya nak tahu berapakah biasanya annggaran kos untuk trasplant kornea.

  176. assalamualaikum…saya berumur 24 tahun…haritu saya baru pergi check mata kat kedai optical.. mereka mendapati saya mengalami rabun silau tinggi..berikut keputusan yang saya dapat
    vd=12
    SPH + 0.25 CYL -1.25
    SPH + 0.25 CYL -1.50
    PD = 61
    Saya juga selalu mengalami pening kepala terutama semasa dan selepas naik kereta..mata saya juga cepat kabur apabila menonton televisyen/melayari internet.. adakah saya perlu membuat cermin mata dan jenis yang macam mana sesuai untuk saya.. terima kasih

    • wa alaikum salam fitya.
      terima kasih kerana bertanya..
      ya, fitya memerlukan kacamata. yang paling asas utk kacamata, adalah fitya memerlukan kanta yang mempunyai lapisan anti silau (multicoated) utk penglihatan yang jelas dan kurang gangguan. dapatkan pemeriksaan daripada optometrist yang bertauliah utk keputusan yang tepat.

      sekian, terima kasih

  177. Nabihah

    Assalamualaikum.. Saya nak tanya. Adakah selalu melihat komputer/laptop/tv merupakan penyebab rabun silau?

    • waalaikum salam nabihah.
      terima kasih kerana betanya..
      rabun silau terjadi akibat daripada kelengkungan kornea yang tak sekata. melihat komputer, laptop, tv dalam jangkamasa yang lama adalah penyebab utama terjadinya rabun jauh justeru ia mengaruh juga keadaan silau dan rabun silau.
      sekian terima kasih

  178. Nazif Nasir

    Salam,

    saya nak bertanya,

    saya ada memeriksa mata saya sebanyak dua kali dlm tempoh seminggu dan mendapat keputusan yang berbeza.

    pada 22 hb 12, 2012 yg lalu saya memeriksa di sebuah kedai cermin mata dan keputusannya seperti di bawah;

    R SPH 0.00, CYL 0.00, AX –
    L SPH +0.25, CYL -0.25, AX 21
    PD = 66mm

    manakala 5 hari selepas itu, iaitu hari ni, saya memeriksa sekali lagi dan keputusannya seperti berikut;

    R SPH +0.50, CYL -0.50, AX 176
    L SPH +0.25, CYL -0.50, AX 173
    PD = 66mm

    Boleh Tuan komen dengan keputusan tersebut? adakah mesin di kedai2 mata tidak accurate atau bagaimana?

    jika benar, adakah saya perlu utk memakai cermin mata? saya rasa ada mengalami sakit2 kepala, tapi masih tak pasti adakah disebabkan rabun/silau mata. tapi saya cepat merasa letih mata dan sejak kebelakangan ni agak rasa silau dan sakit jika terkena cahaya kereta lain semasa memandu terutama pada waktu malam.

    • wa alaikum salam nazif nasir.
      terima kasih kerana bertanya.
      🙂 mesin check mata pasti akan ada ralat, samada bezanya besar ataupun kecil..
      saya nasihatkan nazif supaya JANGAN percaya pada mesin check mata.
      nazif perlu menjalani pemeriksaan mata dgn optometrist yang bertauliah kerana mereka adalah pakar terhadap kejadian rabun, tahap rabun yang sebenarnya yang dialami nazif.

      sekian terima kasih

  179. Salam,

    Nak tanya, kalau saya dekatkan mata dgn bende yang difokuskan seperti 1 titik fokus ke, kemudian saya rehatkan mata, mata sebelah akan beralih ke tepi,adakah normal?hanya berlaku sebelah mata, sebelah mata lagi ok, masih memandang titik tersebut, dan imej juga kelihatan seperti ada 2.

    • wa alaikum salam
      terima kasih kerana bertanya. ianya merujuk kepada ketidakseimbangan otot mata. julat yang normal adalah antara 5cm ke 8 cm drpd mata.. sekiranya lebih drpd itu maka hasyimi memerlukan terapi penglihatan ataupun excercise mata agar otot mata lebih stabil.
      sekian terima kasih

  180. amnah

    Salam, saya p check mata hari ni.Dia kata saya rabun silau 60 kiri dan 60 kanan.Dia mengsyorkan saya utk memakai spec tapi masalahnya , apa bila saya pakai spec 2 untuk membaca pada skrin komputer atau tv tulisanya masih kelihatan kelabu dan pecah. dan sakit kepala utk terus beri fokus pada tulisan itu.Persoalannya apakah lagi masalah pada spec itu?

    • salam amnah.. masalah pada spek itu adalah powernya tidak tepat dgn masalah penglihatan yg dihadapi amnah. sila berjumpa dgn pakar optometri di praktis optometri yg mempunyai opometri yg bertauliah.
      ataupun amnah boleh mai ke kristal optometrist utk menjalani pemeriksaan mata penuh dan komprehensif.
      terima kasih

  181. khairul

    terima kasih, banyak yg saya belajar daripada pembacaan di sini. teruskan usaha kalian. =)

  182. vina

    hello…bila jumpa website ni rasa nak minta pandangan pula..saya mempunyai masalah mata di mana sejak saya sekolah menengah saya terpaksa mengecilkan mata untuk melihat apa yang di tulis di papan tulis walhal dekat je..jadi saya anggap biasalah…tapi sekarang kalau cahaya terlalu terang contoh waktu tengah hari saya terpaksa mengecilkan mata untuk melihat apa di depan..sungguh tak selesa.keadaaan ini mengganggu saya sehinggakan samapi saya taidak dapat melakukan apa-apa kerna sakit kepala disebabkan mata saya sakit kalu terdedah dengan cahaya yang terang..ia juga memberi kesan dengan kepala saya..saya ada wat pemeriksaan mata awal tahun lepas…tapi tahap silau mata saya di paras normal..apa yang perlu saya lakukan untuk mengatasi masalah ini..lagipun saya seorng student..terima kasih

    • hi vina. terima kasih kerana bertanya.. masalah ini lebih kpd masalah mata vina yg dah kekal silau terhadap cahaya.. apa yg vina perlu lakukan adalah memakai kacamata walaupun powernya rwndah dan kanta itu perlu ditintedkan agak gelap utk mengurangkan lagi silau itu dan supaya mata vina merasa lebih selesa dan.perlu memakainya sentiasa

  183. idayu

    maaf nak tanya.. saya mengalami rabun jauh. tapi tak banyak power dia. saya ada buat spek. sy jarang pakai sebab org tu cakap just pkai time tengok tv or laptop. so sy ikut je. tp kan sekarang mata saya rasa makin kabur bile tengok televisyen atau tulisan apa-apa yang tidak sejauh mana, adakah mata saya sudah semakin bertambah dia punya power?? satu lagi, bahaya tak kalau saya nak pakai kanta lekap? sebab sy rasa rimas pakai spek.

    • salam idayu..
      terima kasih kerana bertanya.
      hmm, ianya seperti mata idayu memerlukan kacamata lebih drpd yg sebelumnya.. saya nasihatkan idayu agar dapat memakainya sentiasa.
      kanta lekap adalah selamat sekiranya idayu memakainya mengikut kod nasihat yg diberikan oleh optometrist. dapatkan nasihat pakar optonetrist sebelum memakainya.

      sekian. terima kasih

  184. hana

    assalamualaikum wr wb…akak nak tanye….apa effect kita reduce power mata kite?…contoh rabun kite 400….akak reduce jadi 250…..dan satu lagi macamna kita nak tahu axis {macamana nak menentukan darjah axis)…terima kasih….

    • waalaikum salam kak.
      terima kasih kerana bertanya kak.. hmm. kalau kakak punye power exactly 400, penglihatan akak akan kabur dgn power 250.. vision akan drop byk.
      cume kalau akak ade masalah dgn pseudomyopia(rabun jauh yg disebabkan kanta mata spasm) mungkin mule2 die akan x selesa. tp akan become much better..
      dptkan pemeriksaan drp optometrist yg bertauliah.

      sekian. terima kasih

  185. mai

    maiSalam….. Saya nak tanya, saya sejak kebelakangan ni rasa mata mcm sakit sangat bile pandang pd cahaye y terang, contoh mcm ambil gmbr menghadap cahaya matahari, mata saya nampak sepet dlm gambr tu, n smase ambil gambr tu, mte saya berair menahan pedih terik matahari tu,
    Di dalam lecture pule,jika lampu bdekatan slide terbuke, saye akn nmpak slide itu kabur sdikit, x jelas,silau, apbila memndang sumber cahaya sperti lampu, atau kereta dr arah hadapn pd waktu mlm,saye tdak bole berthan lama n terpksa tutup mata atau pndang ke tmpt y lbih gelap,
    Saya ade mmbuat bpmriksaan mnggun komputer d kdai, akak di kdai tu brtnye, adkah saya semengnye mmki crmin mte, sye mnjwb tidak,
    Kputusn pmriksaan tersebut ialah kanana, rabun 50, silau 25
    Kiri rabun 75, silau 0
    Saya tau result kmpter kdang punyai ralat,
    Untk mlihat objek y jauh,juga kdang kadang saya agak kabur,
    Saya nk tnya, adkah keadaan saya ini perlu pki crmin mata,atau biarkn saja, krane nmpak mcm tidk tlalu serius,

    • salam mai terima kasih kerana bertanya.
      masalah mai adalah serius dan mai memerlukan kacamata dan memerlukannya secara berterusan. selain itu mai juga perlu periksa kornea mata mai takut kalau ada sebarang jangkitan yg menyebabkan masalah tersebut trjadi

      sekian terima kasih

  186. Fatihah

    assalamualaikum ..
    Semalam saya pergi check dekat kedai cermin mata .
    Dia cakap saya ada rabun silau . mata sebelah kiri saya 75 dan mata sebelah kanan saya 125 .
    Saya nih seorang student dan kelas saya nih terdedah kepada cahaya dan membuat saya sakit mata . Perlu ke saya memakai spec ??

    • salam fatihah.
      terima kasih kerana bertanya..
      dgn kenyataan fatihah, ye fatihah memerlukan kacamata utk membantu cahaya yg masuk kemata lebih seragam dan mengurangkan silau..

      sekian terima kasih

  187. titi

    saya tak sure mata saya ni rabun or what. cz bila check, orang tu kata ok. tak payahlah pakai spect. bila dalam kelas, saya selalu tak nampak. kalau ada note, saya kena salin dgn member yang duk sebelah. saya paling tak suka bila cikgu tulis kt whiteboard guna pen marker warna merah. silau. tulisan jadi dua. so, saya rabun ke tak ni?

    • hi titi.
      terima kasih bertanya. hmm. complicated jugak tu.. bile check tp katenya tak rabun.. power ok je?? secondly, u perlu check jugak u punye convergence..eye muscle ability to focus at 1 point.. then.. u punye accommodation or the ability of your lens to change the focusing at distance and near. and please find optometrist yg check yg i noted td. or else u can come and make an appointment at my clinic kristal optometrist kulim 044917370.

      terima kasih

  188. titi

    ada side effect tak kalau biarkan je?

  189. wan

    Assalamu’alaikum..baru2 ni saya ada melakukan pemeriksaan mata..ini hasilnye.

    R: sph; -2.50 cyl; -0.50 Ax;40

    L: sph; -2.00

    jadi, bolehkah cik terangkan masalah saya? perlukah saya memakai cermin mata? penglihatan saya agak jelas, cuma ada masa tertentu saya akan pening2, dan selalu juga rakan saya menegur saya suka termenung..tapi sebenarnya saya cuba fokus untuk melihat sesuatu objek..

    adakah masalah ini serius?

    • salam encik..
      teeima kasih kerana bertanya. drpd pengamatan saya encik haruslah peeiksa mata encik dgn pakar optometrist yg melakukan pemeriksaan yg teliti.. ini adalah kerana dgn power sebegitu, sepatutnya mata encik sudah mengalami rabun dan bukan agak jelas, ttp mmg kabur..

      sekian terima kasih

  190. nur

    salam..saya nak tanya..saya punya power 75 dan silau 100 untuk belah kiri dan kanan..sebelum ni saya dah pernah pakai transition tapi saya tetap rasa macam silau bila bawah cahaya lampu dalam bangunan sekalipun dan tetap nampak berbayang..soalan saya..power saya tu memerlukan saya untuk pakai cermin mata setiap masa tak?..dan saya dicadangkan untuk pakai spec yg tinted terus dalam 30% macam tu..adakah itu baik?..dan bagaimana kalau saya nak drive malam?..dan biasanya..berapa bajet untuk buat spec yg bertinted ni?.. terima kasih.. =)

  191. sujer81_ibu@yahoo.com

    Salam..
    saya sering mengalami sakit kepala..hampir setiap hari saya mengalami sakit di mata..dan rasa mcm tegang sangat di kawasan sekeliling mata…saya pergi check mata..rabun jauh saya untuk mata kiri dan kanan ialah 50…dan rabun silau untuk mata kiri dan kanan..25..adakah saya memerlukan kaca mata..tq

    • salam.
      ya encik, encik memerlukan kacamata dan dlm masa yg sama encik juga perlu memeriksa kekuatan otot mata dan kanta mata encik.

      sekian terima kasih

  192. Assalamualaikum…saya nak tanya sesuatu berkaitan mata saya…saya pernah g check mata sudah banyak kali dah..saya dapat tahu yang mata saya silau…setiap kali saya drive kereta, saya badan saya kena ke depan supaya saya boleh lihat kenderaan dihadapan, bila time panas terik saya akan nampak sume kenderaan seakan mengembang…begitu juga ketika time hujan, bila kenderaan dihadapan menyuluh lampu mereka aja, saya tidak dapat melihat kenderaan dihadapan saya, ia kelihatan seperti cahaya yang berpecah…bila di tempat keje pula, saya harus kecilkan mata sedikit dan kedepankan badan supaya saya boleh bekerja menggunakan komputer.Adakah silau mata saya ni sudah menjadi teruk ataupun ianya kerana simptom lain? adakah saya memerlukan cermin mata?

    • salam puan. terima kasih kerana bertanya. daripada kenyataan yang puan nyatakan di sini, YA puan memerlukan kacamata. dan sebaiknya puan perlu memakainya secara berterusan. inin adalah kerana selain daripada simptom2 silau yang bertambah teruk merujuk kepada peningkatan power rabun silau, ia juga adalah tanda2 kelemahan saraf mata untuk mencerna maklumat penglihatan yang diterima. macam kita juga lah, bila dah lama tak study, tiba2 kena study, otak akan rasa stress dan jem. begitu juga dgn mata kerana ia adalah kesinambungan maklumat penglihatan yang harus dihantar ke otak utk diproses.. semakin susah otak utk interpretasikan maklumat, semakin susah penglihatan kita..
      sekali lagi saya nasihatkan puan agar memakai kacamata sebaiknya jenis fotokromik yang akan mengurangkan masalah silau dgn cahaya matahari dan pakailah secara berterusan dan nikmatilah nikmat penglihatan yang ALLAH hadiahkan kepada kita.

      sekian terima kasih

  193. Eja

    Salam, nk tanya pendapat cik.
    saya ada rabun silau tapi saya akan rasa silau bila waktu panas dan lampu kenderaan pada waktu malam saja. tak pening tp kalo mengadap laptop atau cahaya mendung, mata akan berair dan hidung akan berair seperti selesema.
    kaca mata dah buat. silau 0.75 n rabun jauh 0.25 je. macam yg cik komen, kalo rase x selesa pakai, tp kalo time mata berair n hidung berair sy pakai pun lg byk air nye macam mane tu??

    • salam eja.
      terima kasih kerana bertanya.
      pada pendaapt saya, eja perlu melakukan pemeriksaan lanjutan utk melihat kualiti daya fokus mata eja mcm mana. kerana dikhuatiri, semasa mata merair dan hidung berair, mata dah penat dah. pakai cermin maa pon tak ok jgk. kena rehat dan ambil ubat.

  194. yaya

    Salam,

    Saya mempunyai masalah mata yang berair pada mata sebelah kanan…apabila memandu sy terpaksas memegang tisu untuk mengelap mata saya…saya pernah buat pemeriksaan mata dan mmg sy ada masalah silau…sy pernah terbaca penggunaan eye drop boleh membantu,boleh kah sy menggunakannya untuk masalah sy….terima kasih 🙂

    • slam yaya. sekiranya adalah masalah silau yang disebabkan oleh kacamta, maka yaya memerlukan kacamata utk membantu mengurangkan silau. ianya tidak dapat dibantu dengan ubat titik mata. sekiranya memang silau mai drpd masalah mata itu sendiri yang menyebabkan silau, maka seharusnya memerlukan ubat titik mata, tupon ubat yang dititik sapatutnya bersesuaian dgn masalah mata yaya.

      terima kasih

      • yaya

        Salam terima ksih atas penerangan yg diberikan…mohon pencerahan mengenai perbezaan silau dari mata dan silau yang memerlukan kaca mata….terima kasih sekali lg 🙂

  195. sayyid

    salam..kat mana kita boleh pemeriksaan mcm kekuatan otot mata, dan lain2 yang lebih terperinci?adakah bayaran untuk pemeriksaan tersebut mahal?

  196. Intan

    Assalamualaikum. Saya Intan…. Saya baru je buat cermin mata baru.. Tapi bila saya pakai kepala saya belah kanan rasa sakit.. 6/7 bulan lepas saya ada buat cermin mata jugak tp sebab hilang tu yang saya buat baru ni…so power saya belah kan kurang..sebelah kiri silau bertambah skit… jadi saya mcm tak sure sakit kepala sebelah kanan ni sbnrnya dr cermin mata saya ataupun sbb sblm saya ambil cermin mata saya..saya berjalan dibawah cahaya matahari yg terik..weather skang kan panas…so maybe sbb penerimaam caaya yang terlalu banyak… and… cermin mata saya yang dahulu..semasa saya pakai tiada masala…tak pening2 pun…mcm cermin mata baru ni.. minta pendapat… 🙂 terima kasih..

    • waalaikum salam intan. terima kasih kerana bertanya.
      daripada kenyataan yang intan nyatakan disini, adalah lebih baik intan melakukan pemeriksaan mata semula dan intan juga perlu tahu power lama sebelum intan pakai yang baru nie. ini untuk menilai sebarang perubahan yang boleh membuatkan mata berasa tak selesa.

      sekian terima kasih

  197. atika hassan

    salam . haritu saya ada check kerabunan dan didapati mata kanan saya rabun-25 , silau-25 dan mata kiri hanya silau-25 . kadang2 bila berada bawah terik matahari , saya jadi pening sikit dan mata seolah olah berputar . dan kadang2 pandangan jadi kabur . perlukah saya memakai spek ?

    • salam atika.
      terima kasih kerana bertanya.
      ye atika, atika memerlukan kacamata terutamanya transition utk mengurangkan maslah yang atika haddapi sekarang ni. even powernya rendah, insyallah ia akan memberi kesan yang positif kepada atika.

  198. naddy

    salam.. saya mengalami sakit kepala berpanjangan dan urat belakang mata terasa tegang jika terdedah pada cahaya yg kuat mcm pada waktu cuaca terik dan mengadap computer..pada bulan lepas saya ada cek silau keduda-dua mata hanya 0.25 dan pada bulan ini saya cek sekali lagi dan silau R=0.75 dan L=0.50..perlukah saya memakai spek? adakah power silau ini akan bertambah? saya pergi ke klinik dan doktor memberi ubat saraf..adakah ubat ini boleh membantu menghillangkan terus rasa urat tegang di belakang mata? ada x cara lain untuk menurunkan power silau ini selain memakai spek? tq 🙂

    • salam naddy. terima kasih kerana bertanya.
      cara yang paling mudah mengurangkan rabun silau adalah dgn tidak melihat sebarang benda yang mengeluarkan cahaya. seperti komputer, tv, henfon. hehehe
      biasanya power tak naik dgn mendadak naddy.
      jalani pemeriksaan mata penuh dgn optometrist bertauliah dan sekiranya ade power walaupon sikit pakailaa. ini kerana penglihatan yang rabun akan menyebabkan getaran imej di dalam otak yang akan menyebabkan mata berasa tegang, stress, pening, sakit.
      ubat saraf hanya membantu seketika sahaja. ini kerana masalah utama masih tidak diselesaikan lagi.
      sekian terima kasih

  199. Salina

    Salam, abah saya ada glaukomal di sebelah kanan 38bacaan dan tak nmpk sekarang telah meyangkit ke mata kiri tahap perlihatan dalam 25percent.abah saya masih lagi bole memandu.bagaimana cermin mata uv bole mbantu mgurangkn tekanan mata abah saya?

    • salam salina
      terima kasih kerana bertanya.
      cermin mata uv tidak membantu untuk mengurangkan masalah glaukoma. tetapi ia menjaga urat mata yang dah lemah tu daripada mudah dirosakkan oleh UV.
      glaukoma memerlukan ubat anti-glaukoma secara berterusan seumur hidup. jgn miss.

      sekian terima kasih

  200. Amrie

    Salam.sy nk tnya.adakah kesan mata silau dan rabun boleh menyebabkn rasa nk pitam.lg satu apabila ingin pandang ke bawah sy akan merasa hendak pitam..t/k.

    • salam.
      ianya lebih berkaitan dgn kelemahan otot dan kanta mata untuk memfokus. sila dapatkan pemeriksaan seperti berikut
      1. kekuatan kanta mata untuk memfokus (amplitud of accommodation)
      2. daya otot mata utk fokus dekat (near point of convergence)
      3. rabun jauh dan dekat (refraction)

      cuba pakai kacamata dan perhatikan kesannya

      sekian, terima kasih

      terima kasih

  201. boleh bagikan saya gambar kanta silinder bagi membetulkan masalah penglihatan kabur ini untuk tugasan sekolah saya. Tq

  202. salam kristaloptometrist

    saya mmg ade rabun silau dan tak pernah guna cermin mata,
    waktu siang saya memang alergik cahaya matahari, mata senang pedih & berair,
    klu duduk dlm tmpat ber aircond pun sama.
    drive malam jarang ada mslh, klu memandu jauh pun rasa masih ok.

    cuma ms drive mlm td, rasa mata saya sgt kabur sebelah kanan. sy terus cek mata. hasil yg ditunjukkan

    SPH +0.50 CYL-0.50 AX 153
    SPH +1.00 CYL-4.00 AX 6
    PD =58MM

    pakar mata tu kata mata saya silau tinggi sebelah kiri. tpi kenapa saya rasa belah kanan yg sngt silau? sedangkan beza silau kanan dan kiri jauh berbeza.

    adakah bahaya untuk saya jika terus pilih untuk tidak memakai cermin mata?

    berapakah anggaran hrga biasa cermin mata (tk termasuk bingkai) untuk kes saya ni?

    benarkah jika rabun silau meningkat ke -5.00 tu sangat bahaya n boleh mengakibatkan buta?

    • salam raizuera,

      rabun silau yang tinggi pada mata kanan menyebabkan penglihatan menjadi kabur. manakala mata kanan pula rabun jauh dan silau yang sedikit menyebabkan silau. ini sebenarnya otak hanya menerima penglihatan daripada mata kanan yang rabun nya rendah. tetapi disebabkan rabun tu ada maka mata kanan harus bekerja keras utk memfokus justeru menyebabkan letih dan silau atau seriau berlaku.

      pada keadaan begini sekiranya raizuera tetap mengamalkan tanpa kacamata dikhuatiri mata kiri tu akan menjadi juling. peningkatan rabun silau yang ketara boleh menyebabkan keratokonus dan akhirnya bleh menjadi buta.

      nasihat saya jgn percaya dgn pemeriksaan komputer semata2, malah jalanilah pemeriksaan penuh dgn optometrist yang bertauliah. dan pakailah kacamata.

      sekian terima kasih

  203. adam

    setelah saya check mata,saya mendapati bahawa silau saya 0.70,saya kerap mngalami pening kepala dan muntah,apakah perlu saya memakai spec

    • ye adam
      adam memerlukan kacamata dan pakailah sentiasa

      sekian terima kasih

      • anuar31

        salam. mata saya kian rabun bila pakai cermin mata, objek kembang.kanan 500,kiri 350.pakai tahun 2011

      • objek kembang? adakah semasa memakai kacamata atau tanpa kacamata? sekiranya dengan kacamata masih kembang, ia merujuk kepada kegagalan saraf mata untuk menghantar maklumat ke otak utk diproses atau lebih dikenali sebagai mata malas. dinasihatkan pakailah cermin mata sentiasa

  204. zira

    saya ada masalah rabun jauh dan rabun silau ni dan menyukarkan saya untuk menganggar jarak semasa memandu terutama ketika keadaan gelap atau malam hari. saya juga akan sakit kepala bila melihat atau berada dalam keadaan yang terlampau terang (banyak sangat lampu dan sport light). adakah ini bermaksud masalah rabun saya bertambah serius?

    • salam zira, terima kasih kerana bertanya.
      hal ini merujuk kepada rabun yang zira alami telah menyebabkan ganguan kepada sistem visual binokular justeru menyebabkan anggaran jarak menjadi sukar. sebaiknya, zira perlu periksa rabun zira dgn optometrist yang bertauliah dan pakailah cermin mata kerana ia in shaa allah dapat mengurangkan masalah yang zira alami..

      sekian terim kasih

  205. abdul hafis

    salam, boleh tolong jelaskan pada saya apa masuk simbul: SPH, CYL, I.P.D, AX
    penerangan anda sangat diperlukan…terimakasih

    • salam.
      SPH adalah rabun jauh
      CYL adalah lebihan rabun jauh yang perlu dibetulkan yang kita panggil rabun silau
      IPD adalah jarak anak mata
      AX adalah kedudukan lebihan rabun jauh (rabun silau) antara 1 darjah ke 180 darjah

      sebaiknya tak perlu percaya sangat ujian komputer ni dan memerlukan pemeriksaan yang lebih terperinci secara manual dgn optometrist yang bertauliah

      sekian terima kasih

  206. abdul hafis

    salam, boleh jelaskan pada saya apa yang dimaksudkan dengan simbol; SPH, CYL, AX, dan I.P.D
    penerangan anda sangat diperlukan…..terimakasih…

    • salam abdul hafis
      sph tu rabun jauh
      cyl tu lebihan rabun jauh yang perlu dibetulkan dgn kanta silinder, atau dikenali dgn rabun silau
      AX tu kedudukan rabun silau yang perlu diperbetulkan drpd 1darjah ke 180 darjah
      IPD tu pulak jarak anak mata

      sekian terima kasih

  207. abdul hafis

    SPH saya di sebelah kanan adalah 1.00 dan SPH sebelah lagi 0.75……
    adakah SPH itu bermaksuk power rabun mata……?

    adakah SPH 1.00 bermaksuk power mata adalah seratus dan sebelah lagi 75 sahaja…?

    • ye hafis,
      itu yang dimaksudkan oleh cetakkan komputer. hafis tak boleh untuk percaya 100% hasil pemeriksaan komputer semata2, perlu jalani pemeriksaan secara manual dgn optometrist bertauliah

  208. zuraidah

    salam…
    saya mempunyai ank kembar 3 berumo 6 thn, yang sorg semalam check tahap Rabun silau kanan 325 n 295 jd sy pon terus buat la cermin mata utk dia, yang dua org lg ada jgk tp sikit la, mcm mn nak control supaya powernya x meningkat,,, saya buat pemeriksaan pon sebab gurunya ada cakap anak saya ade aje huruf tertinggal kalau salin di papan hitam,,, adakah bahaya bagi anak saya dengan power yg bergitu tinggi…

    • salam kak zuraidah.
      teima kasih kerana bertanya.
      akak telah melakukan tindakan yang bijak dan cara terbaik untuk mengelakkan mata anak akak menjadi malas (lazy eye) yang boleh mengakibatkan berlakunya juling.

      pastikan anak akak memakainya sentiasa dan saya yakin anak akak suka untuk memakainya kerana dunia yang dia lihat dgn kacamata jelas berbanding tanpa kacamata.

      sekian terima kasih

  209. abdul hafis

    jika sekiranye tidak menjalani pemeriksaan secara manual dgn optometrist bertauliah….Adakah memberi kesan pada mata? ,….lagi pun sekarang saya tak dapat sesuaikan diri dengan memakai cermin mata…….bila membaca dengan memakai cermin mata walaupun rabun jauh rasa macam mata nak terkeluar ,,,jadinye saya dah tak pakai ….rasanye x bahaya kot kalau x pakai sebab power mata pun rendah…Apa pendapat Doktor?

    • salam hafis.
      power yang betul dan tepat adalah penting untuk memastikan sistem penglihatan berada pada tahap optimum. optometrist berkelulusan dapat menentukan power yang sesuai bersesuaian dgn masalah mata yang dialami. mendapatkan power yang betul sangt penting untuk masa akan datang.

  210. hyra

    sy seorng stdent kt slah sbuah SBP di t’ganu..skrang sy berada di tingkatan 5..1st time sy kena last year..mase 2 sy nk stdy..n then tetiba pnglihatan sy jd kabur.,cnthnya,pernah sekali sy nk study..page yg penuh dgn tulisan sy juz nmpak juz separuh je..yg slbihnye kosong n putih..

    • hi hyra. selamat menduduki spm.
      masalah membaca dn huruf tetibe hilang adalah gangguan yang biasa dihadapi oleh mereka yang mengalami masalah utk memfokus dekat. dapatkan rehat yang cukup dan jalani pemeriksaan penglihatan dekat drpd optometrist yang bertauliah

  211. noor

    Salam…

    sya nk minta doc tolong terangkan detail tentang keputusan pemeriksaan mata sya ni..

    r = sph 0.00 cyl -0.50 ax 21
    l = sph -1.00 cyl -0.25 ax 151

    adakah patut saya pakai spec??

  212. suria

    assalam.sy nak tnya,sy ad prgi check mata..sy ad rabun jauh 50 dan silau belah kiri..mata kanan ok..patut ke sy pakai cermin mata sbb setiap hari sy bekerja mengadap komputer..kalau sy tidak memakai cermin mata,apa kesan pada mata saya dan berbahaya tak kalau sy tak pakai cermin mata?

    2)sy x yakin nak memandu pd waktu mlm sbb sy rasa mcm tak nmpak je bnda2 di depan sy..adakah disebabkan silau jugak?

    3)kenapa mata sy cepat merah kalau saya berada dlm bilik yg beraircond?sy tgk org x lain x merah pun..
    terima kasih..

    • waalaikum salam suria.
      hmm, ianya lebih dikenali sebagai masalah sindrom komputer. suria perlu memakai kacamata bila perlu seperti semasa menghadap komputer, dan memandu malam.

      mata merah dlm bilik aircond ada 2 sebab.
      1, pandangan kabur yang menyebabkan suria serpaksa memfokus lebih lalu menyebabkan kadar kerlipan mata seminit berkurang dan menyebabkan mata menjadi merah.
      2. mata kering dan kualiti air mata tidak baik.

  213. syeha

    nak tanya..sya dah pakai cermin mata sjk darjh 4.skarng umr 20.power mmng tggi and ada silau both eyes power 800 and silau 125.kalo saya pakai lens tp yg bkn jens silau boleh ke?

    • hi syeha.
      syeha boleh menggunakan kanta lekap jenis separa keras. ia bukan shj memberikan pandangan yang lebih baik tetapi ia juga dapat menghalang kadar kenaikan rabun jauh dan juga mengurangkan power rabun silau.

  214. nizar

    Rabun silau mata kanan saya 109 dan mata kiri 80…adakah sy perlu pakai spec?
    apa kesan jika saya biarkan?

  215. shahfq

    hai kristal sy shafiq sy ade masalah silau melebihi 500..manakala sy rabun kiri dan kanan 150++
    adakah rawatan laser dapat membantu atasi masalah ini?
    ini kerana sy pergi ke kedai optik mereka mengatakan masalah ni x dapat diatasi masalah ni..
    just nk tanya untuk kepastian..

  216. Nurfarhana shahira binti rosly

    Assalamualaikum. Saya disahkan menghadapi RE hyperopia astigmatism with keratokonus, LE astigmatism dan glaucoma suspect bilateral. Boleh saya tahu keterangan mengenai diagnosis ini? Pemeriksaan awal saya di sebuah klinik mata swasta, saya telah disahkan astigmatism dan tidak dapat menjalani apa-apa rawatan. Doktor menyarankan saya untuk membuat cermin mata yang diimport dari Korea. Selepas itu, saya mencuba menjalani rawatan di hospital kerajaan. Doktor di sana mengesahkan keputusan seperti baris ayat awal tadi. Kini, apabila saya memakai cermin mata, saya sakit kepala dan apabila memakai kanta, saya mengalami sakit di bahagian mata seperti merah dan berair. Adakah ada cermin mata bagi menggantikan kanta kerana saya tidak selesa memakai kanta berikutan saya merupakan pelajar sarjana yang menjalankan kajian lapangan. Soalan saya lagi, adakah ada rawatan yang boleh dijalankan terhadap saya? Di mana tempat yang sesuai untuk saya menjalani rawatan? dan adakah penyakit saya ini boleh sembuh dengan rawatan seperti pembedahan? mohon penjelasan. Terima kasih 🙂

    • keratokonus= masalah pada kornea.
      glaucoma= tekanan mata tinggi
      keratokonus sebaiknya dirawat menggunakan kanta sentuh jenis keras.
      glaukoma perlu dirawat menggunakan ubat titik anti-glaucoma
      ketakselesaan memakai kanta sentuh mungkin kerana masih dalam proses adaptation.
      secondly u boleh try teknik bandage contact lens just untuk benarkan proses adaptasi dgn kanta sentuh.
      untuk kanta pada cermin mata pula ianya bergantung kepada power yang macam mana dan kanta cermin mata ada limit powrnya. biasanya pandangan tidak sebaik kanta sentuh dan ianya tidak merawat keratokonus.

  217. saya ada 1 soalan..saya sekarang tengah buat pemeriksaan berkala di hospital..namun,pihak doktor masih belum dapat menyimpulkan apakah masalah yang dialami oleh saya..daripada penerangan di atas,saya amat yakin ,saya mempunyai rabun silau yang tinggi dan ianya agak mengaggu saya dalam kerja harian..saya ada memakai spek dan mengikut power yang dah diberi oleh pakar,namun kadar penglihatan saya masih sama seolah-olah tidak memakai spek..adakah saya boleh terus ke optometrist untuk menyelesaiknnya ataupun meneruskan pemeriksaan saya?jngka masa yang perlu sy tggu trllu lmbt dan ianya smkin mnjejaskan saya..sya amat3 memerlukan jwbn dr pihak cik/en….tq

  218. eina

    Hai…nk minta pendapat..sebelum ini waktu sy bljar dr form 1 hingga bljar ke IPT sy mmg seorg yg pakai cermin mtra sepenuh masa..tetapi bila dh msk ke alam pekerjaan sy dh tak memakai cermin mata lagi..soalan saya adakah bila kita tidak memakai cermin mata lagi memberi kesan sampingan yang mana sya kerap sakit kepala / migrain..dan saya juga sememangnya rabun silau disebabkan history nya saya pernah memakai cermin mata?..sekian, terima kasih.

  219. rina

    salam. anak mata tu yg kat dalam mata yg kecik tu ker..kenapa sebelah mata kat dlm yg kecik tu sebelah kecik sebelah besar ket dari yg kiri ..tq…

    • normal kedua2 anak mata mempunyai saiz yg sama. sekuranya berbeza berkemungkinan besar mengalami masalah saraf. perlu melakukan pemeruksaan yg lebih terperinci

  220. aliyah

    assalamualaikum dulu silau saya 25.Kalau silau saya 25 adakah saya perlu memakai cermin mata?

  221. salam..hai bley ke nk mtk pndapat ni??sy baru test mata smlm..bacaan R (S )
    dan L () pastu PD 63..boleh terangkan x status bcaan ni..perlu ke x sy pkai spek er..??apa posiblty kalau sy xpkai spek..adakah power akan naik..?takot plak..

  222. miss zafirah

    Assalamualaikum… saya nak tanya.. jikalau kita biarkan spek kita terdedah pada cahay matahari, adakah kanta spek kita akan rosak? sekiranya ini berlaku, adakah ia memberi kesan kepada mata?

  223. salam KO…tiada apa2 pertanyaan, cuma ucap tahniah kerana masih tidak jemu2 menjawab pertanyaan2 dari mereka memerlukan nasihat berkaitan penjagaan mata..teruskan usaha anda, moga khidmat masyarat yang anda berikan akan dibalas sesuatu oleh-Nya..

  224. Akrab RAmli

    Bagaimana cara pengobatan yg baik untuk mata yg rabun kena silau ? Saya klau melihat tulisan yg pkai Lampu/cahaya dari jauh silau . Mohon penjelasannya terimah kaseh

    • cara yg terbaik adalah dgn memakai kacamata beserta lapisan antisilau. perlu tahu juga silau itu dtg dari mana. samada rabun, mata letih, kornea bengkak atau pun selaput mata.
      jalani pemeriksaan terperinci dgn pakar optometrist yg bertauliah dan mempunyai keengkapan yg mencukupi utk melakukan pemeriksaan.
      terima kasih

  225. salam mariyatul. itu adalah tanda2 silau. samada dari kerja dekat lebih masa yg menyebabkan kanta menjadi kejang ataupun mmg mariyatul ada rabun silau. dptkan pemeriksaan yang terperinci sebelum membuat cermin mata. terima kasih

  226. salam farah. terima kasih kerana bertanya.
    rabun silau yg normal adalah kebiasaannya jarang naik. kalu naik pon x byk dan berkala. cume rabun silau yg semakin naik tu yg perlu risau. acuvue torik lens sesuai utk rabun silau yg tinggi ttp ianya x menghalang atau merencatkan peningkatan rabun silau krn toric lens jenis lembut itu akan mengikuti bentuk kornea kita. sebaliknya rgp lens dapat membentuk semula kornea kita dan dapat mengurangkan power rabun silau yg kita alami.
    manakala silau waktu tengah hari mmg boleh berlaku bg mereka yg memakai kanta sentuh. ianya mungkin drpd pemakaian kantasentuh yg lebih masa menyebabkan kornea sedikit bengkak yg menyebabkan silau itu terjadi. shades mmg diperlukan utk masa itu utk mengurangkan silau akibat drpd kesan bengkak itu. transition pula utk semasa farah x pakai kanta sentuh.
    sy nasihatkan farah jalani pemeriksaan dgn optometrist bertauliah yg mempunyai kelengkapan yg cukup utk menolqi keaihatan mata farah.
    sekian terima kasih

  227. assalamualaikum, sy rarah. baru2 ni sy cek mata. tp x berapa jelas dgn bacaan tu. boleh jelaskan?
    R=sph 0.25 cyl 0
    L=sph -1.00 cyl -0.25 AX 177
    pd = 60mm.
    pekerja bagitau kiri ialah 100. adakah itu rabun jauh atau rabun silau?
    perlu ke pakai cermin mata?

    • waalaikum salam rarah. terima kasih kerana bertanya.
      100 tu merujuk kpd rabun jauh. cuma rarah peelu dptkan pemeriksaan yg terperinci sbb mata kanan dgn mata kiri terdapat perbezaan yg agak ketara.
      sekian terima kasih

      • ok, maaf nak tanya lg, perbezaan yg ketara tu ada x disebabkn sblum pmeriksaan mata kita tgk lampu yg terang? ade effect dekat kptsn ke tidak? biasanya kalau terlalu jauh beza rabun kiri dan kanan ada komplikasi apa apa ke?

      • sebab tu la sy minta rarah utk buat pemeriksaan semula utk kepastian. sbb power yg beza antara kanan dan kiri yg ketara boleh menyebabkan juling samada pendam atau nyata. dan power yg lebih tinggi cenderung utk naik dgn lebih tinggi lg. 🙂

      • maaf, sy x state -ve pd sph belah kanan .sepatutnya . -0.25

  228. meza

    assalamuaikum. sy check mata hari tu kanan sph +0.25 cyl 0.00 ax – , kiri sph -2.00 cyl -0.50 ax 131, pd = 43, npd = 41..org tu ckp mmg ketara perbezaan walau masih boleh nmpk tanpa pakai..dan skrg sy dah pakai kacamata tp kadang2, mostly hnya waktu study..adakah sy patut sentiasa pakai kacamata? ada tak kemungkinan utk power meningkat kalau jarang pakai kcamata? hmm apa maksud pd & npd? terima kasih.

    • Waaalaikum salam
      Terima kasih kerana bertanya. Firstly pd n npd tu jarak anak mata. Pd jrk ank mata utk jauh n npd tu jarak anak mata utk dekat.
      Kedua perbezaan power yg ketara antara kiri dan kanan boleh menyebabkan otak menerima imej dr 1 mata shj. Dan sekiranya ianya berlanjutan tanpa tindakan awal seperti memakai kacamata berterusan boleh menyebabkan power yg tinggi yu naik lg dan boleh menyebabkan lazy eye dan mata juling..
      Sekian terima kasih

  229. fatehah

    Salam. firstly,terima kasih for the dedication in aswering 🙂
    Saya student software eng,mengadap laptop berjam-jam sehari. since 2011,i started wearing glasses.
    last month sy buat spek baru, rabun sy 0.75 kiri and 1.00 kanan. tp peliknye, die cakap sy xada rabun silau sedangkan sy kalau dduk dlam kelas barisan ke-2,satu patah perkataan pun sy xboleh baca dr projector kat depan. and bila tgok tv,saya nampak lebih jelas pabila lampu malap drp lampu terang. skrg sy kat office yg terang benderang,muka officemate 2meja dari saya,sy xnampak jelas. jadi soalan sy,apekah masalah sy yg sbenarnye? sekarang sy hanya wear glasses in meeting etc,should i wear it more often?
    terima kasih didahulukan 🙂

    • salam fatehah. terima kasih kerana bertanya. mesti fatehah sedang konfius kan. easyay to understand ur eye condition adalah rabun jauh menyebabkan cahaya yg masuk kedalam mata tak dpt difokus pd retina iaitu urat dlm mata. ia akan terfokus di hadapan retina lalu menyebabkan cahaya itu menjadi kembang. semua cahaya yg masuk kedalam.mata membawa bersamanya maklumat penglihatan terhadap apa yg dilihat. apabila cahaya menjadi kembang maklumat penglihatan juga turut kembang dan fatehah nampak imej tu blur. bukan rabun silau shj yg menyebabkan silau bahkan rabun jauh juga menyebabkan silau(cahaya menjadi kembang). cuma kalau berserta dgn rabun silau sekali cahaya akan menjadi 2 kali kembang. sebab tu la kalu kawan2 duduk jauh sikit fatehah akan nampak mereka blur disebabkan rabun jauh itu. bila tgk tv pula dlm keadaan terang anak mata akan mengecil dan dlm keadaan malap anak mata akan kembang. itu yg menyebabkan bila fatehah tgk tv dlm keadaan gelap atau malam tv nampak ok sket ttp ia akan menyebabkan rabun jauh fatehah akan semakin bertambah. saya nasihatkan fatehah memakainya sentiasa ye.
      sekian terima kasih

  230. merul

    kalau power silau 20 disyorkan pakai spec ke ta

    • Silau 20 adalah normal melainkan cik selalu mengalami masalah sakit kepala, kabur penglihatan, mata berair. Tp disyurkan Pakai Untuk mengelakkan ianya berlanjutan..

  231. miss ada

    salam,

    nak tanya, saya rabun jauh -3,50 dan cyl -175. sekarang bercadang beli contact lens. tapi saya tak tau axis saya berapa. berapa axis yang standard untuk astigmatism? thanks!

  232. Ana

    salam.. hai, sy farhana.. baru2 nie sy ada membuat pemeriksaan mata , n sy dapt thu sy ade masalh rbn silau.. kiri & kanan 50_50.. so sy pn cpt2 ambil tindakan awl dgn memakai crmin mata yg harge berpatutan.. average rm 1++ only.. first time sy pkai sy rase pning.. mase tu sy pkai wktu siang.. ble wtu mlm mghdp lptp sy tak ade plk rase png & loya.ade pn kurang… so sy nk bertnye.. adekah sy ptt pkai spec pada wktu tertentu shj?

    • salam farhana. terima kasih krn bertanya. adakah sebelum ni farhana mengalami masalah sakit kepala, pening atau loya? sekiranya ya farhana perlu memakainya sentiasa. tetapi sekiranya tidak farhana cuma perlu pakai bila perlu shj. pening semasa memakai kacamata adalah normal sementara mata nak biasa dgn kacamata. tetapi sekiranya berlanjutan ianya memerlukan.pemeriksaan semula dikhuatiri powwrnya terlebih
      sekian terima.kasih

    • Salam…hai farhana,tindakan farhana membuat cermin mata adalah tepat sebagai langkah penjagaan..jadi sebaiknya farhana pakai cermin mata selalu bagi mengelakkan keletihan mata terutamanya bila berhadapan dengan komputer..

  233. Ghim See Liane

    Hi..nma sy liane..hari ni sy ada check mata..dua2 belah mata sy degree 1.00 tp silau mata kanan adalah 1.25..adakah itu memerlukan sy untuk memakai spek?

    • hy liane. terima kasih kerana bertanya. ye liane u perlukan kacamata cuma jalani pemeriksaan dgn optometrist yg bertauliah. tx

      • Ghim See Liane

        Thanks…maybe silau yg sedikit tinggi pada mata kanan menyebabkan sy ada masalah sikit untuk memandu pada waktu malam…malah sekarang kalau saya besarkan mata saya memang terasa berbeza antara mata kanan dan kiri…anyway thanks again..

      • betul tu liane. malah bukan rabun silau shj yg menyebabkan silau tetapi rabun juga boleh menyebabkan silau. begitu juga dgn keaihatan mata yg kurang baik juga menyebabkan silau. sama sama:-)

  234. amor

    salam
    sya sering mengalami sakit kepala dan pening bila menghadap hp dlm jarak dekat hampir berjam2..lepas tngok hp tngok sekiling mata jadi blur dan tngok tulisan pun berdouble…
    lagi satu masa drive keta mlm2 tngok lmpu keta arah bertentangan x nmpk pula jln
    adakah sya mengalmi masalah mata atau perlu mengunakn kaca mata???

  235. aihar

    salam.
    saya pergi check mata sebulan lepas.
    hasilnya :

    right = SPH : (-0.75) CYL : (-1.25) AX : (168 )
    left = SPH : (-0.75) CYL : (-1.00 ) AX : ( 3 )
    PD = 35 mm

    boleh jelaskan adakah saya memerlukan kaca mata ?

    • salam aihar.
      terima kasih kerana bertanya.
      aihar mengalami masalah rabun jauh yg sedikit dan rabun silau yg sederhana pada masa yg sama. dlm keadaan begini penglihatan aihar akan kabur utk pandangan jauh dan juga bermasalah apabila berhadapan dgn cahaya. jalani pemeriksaan lengkap dan pakai lacama sentiasa

  236. liann

    hi..
    saya selalu mengalami sakit kepala dan ada yang mengatakan saya patut check mata sebab sakit kepala selalu dikaitkan dengan masalah mata. tetapi saya rasa sakit kepala saya tiada kaitan dengan mata sebab penglihatan saya sangat jelas & seminggu yang lalu saya pergi check mata & keputusannya:
    R : SPH (+0.50) CYL (-0.25) AX (70)
    L : SPH (+0.75) CYL (-0.50) AX (130)
    PD: 64mm

    orang yang jaga kedai spec tu recommend saya untuk buat spec. tapi saya kurang percaya dengan dia sebab pada masa tu mereka buat promotion utk buat spec. maybe dia hanya mau untung. adakah perlu saya pakai spek dengan power begini?

    • terima kasih krn bertanya liann.
      disini ada beberapa isu berkaitan dgn penglihatan liann.
      1. liann mengalami masalah yg kita panggil latern hyperopia with mild astigmatism. iaitu rabun jauh yg pendam dan boleh menjejaskan penglihatan dekat.
      2. dlm kes ini utk melihat jauh mata liann perlu memfokus utk mendapatkan imej yg jelas ttp secara normalnya utk melihat jauh mata kita akan berada dlm keadaan rilex.
      3. utk melihat dekat mata liann perlu lebih memfokus utk pandangan dekat.
      4. keadaan ini menyebabkan mata liann berada dlm keadaan tidak rilex dan pressure.
      5. keadaan ini akan menyebabkan masalah2 penglihatan dan mata yg liann hadapi sekarang.
      6. saya cadangkan agar liann jalani pemeriksaan dgn optometrist yg bertauliah utk kepastian rabun yg liann hadapi dan pakai cermin mata apabila perlu seperti memandu dan membaca dan semasa liann perlukan fokus yg lebih baik spt menonton tv dan komputer.
      terima kasih

  237. azian azie

    hai,sejak awal tahun ni saya mengalami sakit kepala dan pening2 sehingga menganggu penglihatan saya…kadang2 mata saya selalu mengeluarkan air dan silau bila melihat objek dekat ataupun jauh.adakah ni memerlukan spek mata.

    • Salam azian. Terima kasih kerana bertanya. Pertama azian memerlukakn pemeriksaan lengkap terlebih dahulu utk mengetahui masalah penglihatan dan mata yg azian alami. Biasanya kes seperti ini melibatkan masalah rabun silau aataupun rabun dekat pendam atau kedua-duanya sekali.
      Sekian terima kasih

    • hi azian. terima kasih kerana bertanya. azian perlu menjalani pemeriksaan mata dan penglihatan dahulu sebelum memakai kacamata. dapatkan punca masalah keadaan tersebut. sekiranya terdapat rabun, azian perlu pakai sentiasa untk pastikan masalah itu bwrpunca drpd mata dan penglihatan.
      sekian terima kasih

  238. kyrea

    Salam..
    Sy ada membuat pemeriksaan mata melalui mesin sahaja spt biasa dan keputusannya
    Sph: -1.00 cyl: -0.25 ax:155 (R)
    Sph: -0.25 cyl: -0.50 ax:81 (L)

    sy xpernah membuat spek sblm ni.. n masalah timbul sewaktu nak memandu malam tu, sy rs lampu kreta smua mcm hilite n rs pening.. dlm kelas, lampu lcd tu mgganggu penglihatan n mata selalu rs tegang n kdg2 sy rs pening kpla apabila membuat kerja guna laptop.

    1.Perlukah sy memakai spek?
    2. Adakah ianya secara berterusan atau pd waktu tertentu sahaja..

    Thank u.

    • Wasalam.. Kyrea..
      Dengan simptom2 yg dinyatakan diatas kyrea perlu menjalani pemeriksaan mata. Dan perlu memakai cermin mata yg bersesuaian. Sebaik2nya jika kita ada mslah rabun (Silau), kita perlu memakainya bertrusan…

  239. Am

    Assalamualaikum, saya ingin bertanya,.. Baru2 ini saya ada buat pemeriksaan mata. dan hasilnya:
    Kanan
    SPH -0.25
    CYL -0.50
    Axis 157

    Kiri:
    SPH +0.50
    CYL -100
    Axis 153

    Saya prgi check sebb, sering rasa sakit kepala, bila drive malam selalu terganggu dengan lampu kenderaan lain dan lampu jalan, dan kadang-kadang nampak tulisan jadi double, perlu ke saya buat cermin mata?

    • Salam am. Ye am sebaiknya am perlu memakai kacamata. Jalani pemeriksaandgn optometrist yg bertauliah. Selamat menjalani ibadah puasa dan selamat hari raya

  240. liyana

    salam. saya nak tanye mata saya selalu berair dan pedih waktu bwk moto . nak kate habuk masuk mata saya tak mungkin sebab saya dah tutup dengan wizer . adakah ini tanda rabun silau ? mohon beri penjelasan .

    • salam liyana.
      terima kasih kerana bertanya.
      keadaan begitu menunjukkan mata liyana mengalami masalah mata kering dan juga rabunsilau.
      sila dapatkan pemeriksaan mata dan penglihatan drpd optometrist bertauliah dan dapatkan rawatan.
      selamat hari raya aidilfitri.

      • liyana

        jadi adakah sy kena buat cermin mata ? dan hanya pakai cermin mata itu hanya pada waktu tertentu sahaja ? ade tak cara lain utk merawat masalah sy nie ? optometrist yg encik maksudkan tu adakah kedai cermin mata biasa atau pakar mata ?

      • ye liyana sekurang kurangnya pada masa mata perlukan penglihatan yg baik dgn cermin mata, mata lebih rehat. optometrist adalah pakar penglihatan yg memahami konsep penglihatan mata dan kesihatan mata.

      • liyana

        oh begitu . hari tuu saya ade buat check mata dan ini keputusannya
        (r) SPH CYL AX (L) SPH AXL AX
        0.00 -0.50 45 +0.25 -0.50 5

        jadi apa saranan doktor ?

      • liyana

        oh begitu . hari tu sy ade buat cek up mata dan ini keputusannya

        (KANAN)
        SPH 0.00
        CYL -0.50
        AXIS 45

        (KIRI)
        SPH +0.25
        CYL -0.50
        jadi apa saranan doktor ? perlu ke pakai cermin mata ?

      • ye liyana. liyana perlu pakai kacamata itu sebaiknya sentiasa atau ssekurang-kurangnya pakai bila perlu.
        terima kasih

      • liyana

        oh begitu . terima kasih doktor . selamat hari raya .

      • selamat hari raya liyana. maaf zahir batin

      • dapatkan pemeriksaan lengkap dan komprehensif drp pakar optometrist sebelum menempah cermin mata

  241. intan

    Salam, sudah 3 tahun saya menggunakan cermin mata dengan power sebanyak 2.00. tapi untuk contact lens saya menggunakan power 1.75 sahaja. minggu lepas saya membuat pemeriksaan mata. didapati power menutun kepada 1.25 (R) dan 1.75 (L) manakala untuk contact lens saya disarankan untuk memakai 1.50 (R) dan 2.00 (L). tetapi, apabila saya mengenakan cermin mata dengan power baru ini, saya berasa pening berterusan. masalah ini berkurangan bila saya memakai contact lens. hari ini, lepas seminggu, saya buat pemeriksaan mata lagi. dan dikatakan power turun lagi kepada 1.00 (R) dan 1.50(L). mengapakah ini terjadi? adakah ini satu situasi yang bahaya apabila power turun mendadak?

    • salam.intan.
      power seharusnya stabil.
      sekiranya power x stabil ia akan menyebabkan pening dan sakit kepala selain penglihatan sekejap ok sekwjap rabun.
      ianya adalah berpunca drp keadaan kanta dan mata yg x rehat. sy cadangkan jumpa dgn pakar mata utk jalani pemeriksaan cycloplegic refraction utk menentukan power yg lebih tepat. ubat akan dititik ke dalam mata utk merehatkan sistem.fokus mata utk beberapa ketika supaya doktor dpt memastikan power sebenar mata.
      sekian terima kasih

  242. nurul

    Salam ..sy nurul..
    Saya sering sakit kepala . Tapi saya mampu melihat huruf huruf saiz kecil dan selepas itu sy akan rasa pening. Sy juga x boleh melihat cahaya yang terang seperti laptop dan henset. Jika sy trus melihat. Sy akan rase pening sampai ingin termuntah. Pandangan sy pada waktu mlm agak kabur. Bila saya check kat kedai spek. Rabun saya hanya lah 100 dan 75 untuk kiri dan kanan manakala silau hanyalah 25 . Ptt ke sy memakai spek?

    • saalm nurul.
      terima.kasih kerana bertanya.
      ye nurul. nurul memerlukan cerminmata yg boleh mwmbantu pwnglihatan nurul agar dpt melihat dgn baik. dlm masa yg sama nurul perlu memeriksa kekuatan otot mata dan kanta mata nurul samada sejajar dgn usia nurul atau pon x.
      terima kasih

  243. Hi,
    Saya tau mata saya silau dan sangat sensitif dgn cahaya esp driving malam and even my laptop n handphone pun kne zer0 brightness baru selesa.
    So semalam saya buat eye test guna alat yg canggih kat kedai tu. From 3 diffrent stores, the result was totally different. The 1st one is (L) 100 (R)75. That time I totally believe my eyes mmg silau. Then 2nd store (sebab nak double comfirm) tu surpisingly just 50 for both. The 3rd store pulak (L) 75 (R) 50..I found it was so very funny, so saya minta check manually (yang direct pkai lens) and the result is 50 for both. Now I’m confuse, either mata saya tak betul or machine tu tak betul? Anyhow, I still believe the first test (100(L) 75(R)) tu betul sebab kalau setakat 50 for both sides mmg takde la rasa sakit mata and pening sangat klu silau. And adakah persekitaran boleh mengganggu result tersebut? Plus, masa check manually tu pun lampu bukan terang so mmg x menjejas sangat penglihatan saya masa tu. Mohon pencerahan please.

    Maaf tulis panjang3 dan merojakkan bahasa.

    • hi tommy
      tx for asking. its ok rojak2 hehe
      machine canggih yg selalu digunakan hanyalah utk menilai masalah rabun secara anggaran dan x semestunya tepat. even u use the same machine, then take 3 reading, the power may be different!! hehe
      so get manually eye examination from trusted optometrist n u will get the trusted result dude.
      hv a good day:-)

  244. melina

    Hi.
    Saya ada buat pemeriksaan mata, petang tadi. Ini resultnya :-
    R > sph : -0.25 cyl : -0.50 ax : 138
    L > sph : 0 cyl : -0.50 ax : 57
    PD : 66

    Saya agak sukar melihat bila cahaya terlalu terang,
    Perlu ke pakai cermin mata? Dan benarkah astigamtism ni power dia akan naik setiap tahun?

    • hi melina
      terima kasih kerana bertanya.
      ini kemungkinan merujuk kpd masalah rabun silau. melina perlu check manually for confirmation. x semestinya power akan naik yearly. just have good quality live and dont stick on ur lappy n hp for all time.
      hv good life:-)

  245. rina

    salam sejahtera…
    saya ingin bertanya anak saya 6 tahun mengalami masalah mata malas… apabila pergi cek pada pakar mereka kata mata sebelah kanan sph (piano) cyl. (-1.00), axis (180) base 6/6 manakala sebelah kiri sph (piano) cyl(-2.75), axis (170) bese 6/6….. boleh tak terangkan aper maksud semua ni saya x faham

    • salam sejahtera kak. terima kasih kerana bertanya..
      secara klinikalnya mata mata malas merujuk kepada berapa bacaan yg diperolehi selepas pembetulan penuh rabun dilakukan. (maknanya setelah kite letak power yg terbaik). merujuk kpd data yg kak bagi tu ianya pada angka 6/6 tu. ada yg kami tulis 6/9, 6/12, 6/18 dan sebagainya. cuma yg saya musykilnya disini dimana mata malas itu? sebab best visual acuity(ketajaman penglihatan) anak akak adalah 6/6. kire penglihatan anak akak sangat baik dgn power yg diberikan. cuma kalau kurang dr 6/6 seperti 6/9, 6/12, 6/15 dan ke atas barulah kita diagnose ianya mata malas. cumanya anak akak mengalami rabun silau yg agak tinggi dan die perlu memakai kacamata sentiasa bg mengelak masalah penglihatan dn kecenderungan untuk menjadi mata malas pada mata yg power silau tinggi tu..
      sekian terima.kasih

  246. rina

    terima kasih kepada jawapan yang cukup memberikan pemahaman kepada akk… cuma akk nak tny adakah berdasarkan power yang diberikan oleh doktor kepada anak akk tu tinggi… adakah dia perlu sentiasa oakai cermin mata…. dan apakah punca-punca rabun silau boleh terjadi

    • power yg doktor berikan sepatutnya SESUAI dgn masalah rabun seseorang itu. tidak tinggi dan tidak rendah dari yg sepatutnya. ataupon optimum power (bila pakai pandangan jauh dan dekat jelas dan x mengakibatkan efek yg ketara spt pening, sakit kepala dan x seimbang yg berlarutan). ye anak akak perlu memakainya sentiasa bagi mengelakkan masalah lain sepeeti malas, juling dan lemah fokus utk dekat.
      terima kasih.

  247. lin

    askum,

    saya nak tanya ade tak brand mane2 untuk contact lenses berwarna bagi orang yang rabun silau tinggi… saya ‘first time’ nak pakai ni utk wedding saya tak lama lg.

    • waalaikum salam lin.
      terima kasih kerana bertanya.
      maaf lin setakat ni rabun silau tinggi hanya ada yg jernih shj. itupon sampai power 275. cl warna hanya ada utk rabun jauh. yg ada rabun silau tinggi boleh diconvert kpd rabun jauh. cuma x berapa clear bergantung kpd powrr silau tu

  248. orked

    Assalamualaikum. Saya ingin tny kalau saudari tahu berapa caj utk cek power mata di klinik? Kerajaan dan swasta. Selalunya saya cek di kedai spec tp kali ni rasa nak cek dkt klinik trs guna mcm2 alatan tu. Terima kasih ye

  249. laila

    Salam….sejak 4 bln lalu, sy selalu pening kepala..rasa cm nk pitam. Sy g klinik doc suspek sy ade vertigo. Br ni sy jumpe pakar ENT dan pakar kate telinga sy xde mslh..mslhnye skg, sy masih lg pening. Bila berada dlm keadaan yg cahayanya terang, sy rase cm cahaya tu makin terang dan klu dlm keadaan cahaya malap, sy rase cahaya tu makin malap/gelap..sy rase sy seolah2 memaksa mata sy unt melihat. Sy mmg rabun dan pkai spec. Klu nk tgk tulisan yg dekat, sy kne tanggalkn spec sbb sy rse cm juling klu sy pkai jgk..ape mslh sy sbnrnye..

    • salam laila. terima kasih kerana bertanya.. drpd pengalaman sy, ianya lebih merujuk kpd masalah
      1.gagal fokus dekat dgn kacamata yg hanya ada rabun jauh shj.
      2. gagguan balancing otot mata yg kemungkinan ada swdikit juling tp x berada dlm kawasan penglihatan tunggal 2 mata yg selesa.
      3. gagguan saraf mata yg disebabkan tekanan mata atau cecair dlm mata yg meningkat.
      sila rujuk kpd pakar optometri yg boleh memeriksa kesemua di atas atau laila boleh hasir ke kristal optometrist utk pemeriksaan lanjutan.
      laila boleh buat janjitemu dgn kami dgn menelefon 04-4917370 @ text ke 0175731573
      terima kasih

  250. Atiqah

    Salam Kristaloptometrist.. Saya ingin tahu keadaan mata saya, sebab setiap kali g check mata orang kedai mesti tanya sebelum ni saya memang bercermin mata ke? ni result selepas check
    R- 250/ -0.25 x 159
    L- 175/ -0.25 x 173
    Tapi saya memang sentiasa Nampak jelas dan tiada masalah..cuma sejak kebelakangan ini bawah mata saya mula kehitaman dan selalu sakit kepala dan mata rasa seperti membesar(tetapi tidak kerap dan semasa mengadap pc sahaja)..
    Apa pendapat Kristaloptometrist, adakah saya perlu bercermin mata?

    • salam.atiqah.
      ianya mungkin drp masalah kejang kantamata yg menyebabkan bila pemeriksaan dilakukan atiqah punya rabun tinggi drp pemeriksaan tersebut. ianya hasil drp otot dan kanta mata terpaksa melakukan kerja lebih utk fokus dekat dan gagal utk kembali ke keadaan asal apabola melihat jauh..
      jalani pemeriksaan dgn pakar optometri utk mendapatkan keputusan yg lebih baik dan terperinci.
      terima kasih

  251. Zack

    Salam, nk tyer.. Ssye buat operation katarak.. 1st pkai multifocal lens, then after 1 mnth x blh adapt, chg to monofocal lens.. After 1 mnth penglihatan still x ok.. Paling risau bla nk bca tulisan jd 2…. Adakh ksan tu kkal atau akn improve lg nnti.. Please jwb

    • salam zack. terima kasih kerana bertanya.
      mula2 adakah zack melakukan pembedahan katarak hanya utk sebelah mata shj? swkiranya ya, zack memerlukan kacamata utk mengurangkan masalah tersebut. keadaan ini biasanya trjadi bg merwka yg hanya melakukan pembedahan katarak utk sebelah mata shj.
      sekiranya zack melakukannya utk kedua2 belah mata ianya lebih kepada residual power yg x dpt dibetulkan oleh kanta baru yg dipasang pada mata zack.
      terima kasih

  252. zura

    Hai…smlm sy ada test mata..keputusan nyenye…right s 2.00 c 0.25…left s 100 c 1.25…..perlu ke sy memakai spek mata..dan kalau x pkai ia makin teruk ke???

    • salam zura terima kasih bertanya.
      ye zura dgn keadaan seperti power yg zura nyatakan zura perlu memakai kacamata utk penglihatan yg lebih baik dan membolehkan aktiviti saraf berjalan dgn baik. jika dibiarkan terlalu lama mata akan beradaptasi dgn penglihatan kabur dan akan menjejaskan aktiviti saraf mata pada masa akan datang seperti fotofobia atau silau, penglihatan tetap kabur walaupun setelah memakai kacamata.
      jadi pakai la ye.. cari yg cantek2 tau.:-)

      • azmil

        Assalammualaikum..sy nk bertnye ttg keadaan mate sy ni..mate sy mempunyai mslah ble terkena cahaye matahari sdgkan sy tidak melihatnye dan sy x bley fokus..lg 1 bile sy drive pd waktu mlm sy hnye bergantung kpd garisan putih keran cahaye lampu dari hadapan membuatkan mate sy tidak nmpk walaupun sy tidak memandang ke arah lampu tu..dan ia membuatkan mate sy tibe2 jd serperti mengantuk..bile sy melihat hadapan sy terpakse memberhentikan kenderaan ke tepi..bile membace sy terpakse kena mengecilkan mate sy..sila beri penjelasan sebab sy prtame kali kena mcm ni..terima kasih

      • salam azmil. terima kasih kerana bertanya. dlm keadaan mcm ni kemungkinan disebebkan oleh mata terlalu letih akibat kejang otot mata apabila melihat dekat terutama pc. yg kedua mungkin ada masalah seperti bengkak didalam mata. yg menyebabkan penglihatan terganggu secara tiba2. yg ketiga ianya mungkin ada objek asing yg masuk kedalam mata menyebabkan keadaan tersebut terjadi. sila jalani pemeriksaan lanjutan dgn kadar segera.
        terima kasih

  253. amirul

    silau mata kiri dan kanan saya mencecah 250 dan 275 patutkah saya memakai spec tiap waktu atau sebaliknya

  254. ruhani

    Saya dari cek mata tadi, tapi masa tu penglihatan Sya berkunang sebab baru terkena cahaya terang, jadi keputusan nya silau kanan 100 lebih dan silau kiri 70, adakah ini tepat? memandangkan Sya baru dari tempat terang…

  255. ruhani

    Oo..terima kasih.

  256. Saya seringkali mengalami sakit kepala & sakit bahagian sekitar mata. Tambah2 apabila mata terlampau terdedah dalam bilik yang terlampau bercahaya (terang). Mata akan merasa seperti kering, berair dan mula berasa sakit di bahagian otot2 sekitar mata, seterusnya berlarutan menjadi sakit kepala. Lepastu sy mengambil keputusan utk buat pemeriksaan mata di kedai optik. Optometrist tu cakap sy ada masalah silau. Keputusannya ialah
    R – sph : +0.50 cyl : -0.25 ax : 170
    L – sph : +0,50 cyl : -0.25 ax : 180
    PD : 62

    Adakah sy perlu menggunakan kacamata?

    • Ye dya.. dya peelukan kacamata utk merehatkan kanta mata dya utk fokis jauh dan dekat. Untuk power jenis plus (+), mata masih boleh melihat tetapi kena fokus bermakna mata x rehat.. jadi swbaiknya dya boleh memakainya.. utk permulaan pakai sentiasa. Selepas 1 bulan atau setelah mata sihat dan tidak letih pakai bila perlu terutama apabila mata pélu memfokus swmasa memandu, menonton tv, komputer dan fon.
      Terima kasih

  257. Saya seringkali mengalami sakit kepala & sakit bahagian sekitar mata. Tambah2 apabila mata terlampau terdedah dalam bilik yang terlampau bercahaya (terang). Mata akan merasa seperti kering, berair dan mula berasa sakit di bahagian otot2 sekitar mata, seterusnya berlarutan menjadi sakit kepala. Lepastu sy mengambil keputusan utk buat pemeriksaan mata di kedai optik. Optometrist tu cakap sy ada masalah silau. Keputusannya ialah
    R – sph : +0.50 cyl : -0.25 ax : 170
    L – sph : +0,50 cyl : -0.25 ax : 180
    PD : 62

    Adakah sy perlu menggunakan kacamata?

  258. hameezah

    salam (:

    saya nak tanyaa . saya berusia 21 tahun ni .
    saya memang menghidap migrain. memang sudah lamaaa . sudah bertahun dan semakin teruk punn . hee . saya sebenarnyaa tak tahan dengan migrain ni . sebab selalunya apabila diserang , mata akan berair sebelah kiri dan sakit sakittt . urat mcm menarik narik . dan sakit kepala yang teruk dan pitam serta muntah itu adalah perkara biasaaa bagi simptom migrain .

    cuma saya nak tahuu , adakah saya perlu memakai kaca mata ? sebab ramai yg cakap mungkin sakit kepala saya akan berkurang dgn memakai kaca mata . tapi , bilaa saya pergi buat eye test yg free tu , dia cakap tak perlu pakai sebab mmg power sikitt . mmg elok jee mataa . but before this , i memang pakai spek tapi untuk belajar sahaja . then after one year , mata semakin elokk . cuma migrain itu tidak berkurang .

    so , saya pergi satu kedai kaca mata ni , chinese , saya cerita mengenai migrain , tapi saya punya penglihatan okayy lagi , cuma sedikittt sangat kaburnyaa dan silauu . then , dia cakap , i wajib pakai kacamata as i ada migrain yg teruk . kalau tak , mata saya akan lagi teruk dan migrain saya lagi terukk . 😦

    so , how ?
    perlukah pakai kacamata untuk hilangkan migrain .
    tambah pulak , saya study in computer science which means , selalu berhadapan dengan komputerrr .

    thankyouuu . harap dapat membantu sayaa .
    dan power lens paling sikit start from what range ?

    • Salam.
      Terima kasih kerana bertanya.. mainly migrain ada 2 jenis.
      1 absolute migrain yang disebabkan gangguan kpd aktiviti otak pd masa2 tertentu.
      2 ianya adalah optical migrain yg hadir apabila mata dan otot2nya mengalami keletihan akibat drp aktiviti yg dilakukan.
      Sy cadangkan hameezah dpt menjalani pemeriksaan mata penuh. Perlu untuk memeriksa kekuatan otot mata dan kanta mata utk memfokus dekat.
      Kebiasaannya kalau optical migrain, powernya amat rendah dan x melebihi 100 ttp sangat significant apabila pengidap memakainya.

      Power paling rendah adalah +-25.

  259. inah muhamad

    Salam.

    Saya nak tanya..kebelakangan ni saya selalu sakit kepala n pening…n mata silau kalau kena cahaya matahari..mata saya ada masalah rabun ke? …kalau ngadap tepon lama2 pun akan rasa pening

    • Salam inah.. ianya berkemungkinan inah mengalami masalah dgn rabun dekat ataupun lemah fokus dekat

      • inah

        so saya perlu buat cermin mata ke??….semalam saya sakit bahagian belakang kepala…bila nak sujud atau rukuk, saya rasa sakit yang amat sangat..sampai kan mata saya sebelah kanan rabun..xclear nak tgok pape…

      • Ye inah.
        Sebelum tu adalah sebaiknya perlu check jugak urat belakang mata. Dikhuatiri bengkak dan menjadi lebih melarat.
        Bertidak segera adalah lebih baik
        Terima kasih
        Salam aidilfitri maaf zahir batin

    • inah

      sebelum ni saya penah check mata d kedai optometrist tapi power mata saya ok..sebab rabun bila sakit…

      • Sy faham inah. Inah perlu juga utk memeriksa keseluruhan kesihatan mata inah utk memastikan yg hanya masalah rabun shj yg terlibat. Bukan masalah kesihatan mata yg lain

      • inah

        emm takut n risau plak…so kalau sy nak buat pemeriksaan…saya boleh buat d kedai optometrist atau kena g klinik??..

      • Kedai optometrist ada yg periksa dan ada yg tak. Boleh tanya utk buat pemeriksaan retina dan tekanan dlm mata. Atau pon boleh berjumpa dgn doktor mata

      • inah

        ooooo…macam tu..boleh tak saya nak tau brape kos yer??

      • Itu bergantung kpd tmpt inah.. biasanya drp 1++ sehingga 4++

      • inah

        ouh mahal rupa2 nya..xpe..saya akan cuba dapatkan pemeriksaan segera..insyaALLAH saya akan update..

      • inah

        Saya dah g kedai optometris..bila check silau saya ok..mata kiri kata nya 50..kanan 50…sekarang saya kerap sakit kepala dan sakit di bahgaian mata kanan…saya belum try ke klini lagi..

      • Tx inah bg info disini.
        Maybe u punye sakit kepala dan dibahagian mata kanan lebih kepada masalah astenopia atau mata letih. Maknanya rabun yg sedikit itu memberikan masalah kpd mata u utk melihat. Dan memakai kacamata adalah salah satu drpd solusinya:)

      • inah

        sori..saya silap type…sebelah kiri 50..kanan 100….makna nya saya perlu pakai kacamata utk elakkan makin berlarutan yer??

      • Kalo mcm tu mmg perlu la inah.😊

  260. hameezah

    ohh macam tuu .
    terima kasihh (:

    so , saya perlu buat pemeriksaan mata penuh ni kat mana ehh ? dekat kedai kaca mata biasa tak bolehh eh ? berapa charge yang selalu dikenakan ?

  261. iqlima

    Asslamualaikum,
    Sy mengalami masalah sakit mata bila berhadapan dgn cahaya lampu dan matahari. Sy baru buat spec utk silau kiri 1.00 kanan 0.50.. masalahnya setiap kali nk pakai sy rase pening. adakah berpunca daripada sy selalu bukak pakai. means, sy xpakai sentiasa, hny bila cahaya terik saja sy pakai.

    • Waalaikum salam iqlima.
      Terima kasih kerana bertanya.
      Ianya berkemungkinan drp proses adaptasi mata terhadap power. Iqlima perlu benarkan memakai kacamata selama seminggu untuk menilai samada mata boleh beradaptasi dgn power itu ataupun tidak.
      Sekiranya masih lg pening, pemeriksàan semula perlu dilakukan utk menilai semula power yg diberikan.

      Terima kasih

  262. Esthar

    Salam. Saya ada rabun silau (50-50) dan bila check mata, dorang suruh pakai speck sebab rabun silau saya kekal. dan kalau saya tak pakai power akan naik. contoh, kalau saya pakai lepastu saya tak pakai dalam 4,3 hari lepastu saya pakai pulak. apa yang jadi? ada effect ke?

    • Salam . Terima Kasih Kerana bertanya .

    • Terima kasih kerana bertanya. Biasanya rabun silau tidak berubah. Ianya disebabkan kelengkungan kornea hadapan mata yg x tele antara dua paksi. Melainkan ianya hadir disebabkan pleh alergi, kehadiran bendasing dan sering menggosok mata.. esthar boleh memakainya bila peelu dan sekiranya x pakai power akan sama cumanya mata shj yg x selesa. Tetapi sekiranya mata selalu letih, silau yg xdpt dikawal mata berair dan kehadiran sakit kepala maka sebaiknya pakailah sentiasa ya.
      Terima kasih

  263. linda

    salam.sy ade masalah mate bila kena cahaya seolah olah cahaya itu memantul ke mata dan saya dapat lihat..bila saya melihat tv atau cahaya matahari seolah olah mata sy melihat kilauan kecil..apakah masalah saya saya dah jumpe 2 pakar mata dan mereka kata mata saya normal

    • Salam linda terima kasih kerana bertanya.
      Ianya mungkin disebabkan beberapa perkara.
      1. Mungkin kualiti air mata linda kurang baik samada likat atau tidak.
      2. Mungkin juga tedapat sedikit rabun yg dirasakan normal tp tidak.
      Linda boleh buat temujanji di kristal optometrist dgn menghubungi kami 044917370
      Terima kasih

  264. linda

    saya harap sgt doc dapat membntu masalah saya

  265. linda

    Salam saya di kl..Terima ksh kerana sudi menjawab hari nie saya dh prgi check up rabun jauh dkdua dua blah mata 125 silau 2 blah mata 25..doc ckp nie x menganggu mata..bila cek doc tgk ade garisan di mata hitam…doc ckp itu degeneration…dan ia x membahayakan selagi x menganggu pengeluaran air mata dan berlaku peningkatan mata…dan doc ckp nie x de ubat….saya tyer doc ttg image yg bole saya nampak seolah reimage..doc ckp mungkin dsebabkan oleh degeneration tu…bole x doc terangkan dgn lbh lanjut…

  266. linda

    Lagi satu doc skrg sy sdg mengandung…sdgkan before nie sy dh pg jmpe 2 optemetrist dan bila melihat mata saya tiada garisan yg dinyatakan di atas…adakah ia juga dsebabkan sy mengandung? Sy check up seblom mengandung pada 2 pakar opmetrist nie x de pula garisan tu…tentang air mata likat mcm mne mengetahui..sbab doc x ckp pulak..maaf jika soalan saya terlampau byk..dan mengelirukan

    • Salam linda..
      Degenerasi yg dinyatakan kemungkinan salah satu tanda aging ataupun tekanan mata yg x normal dan perolehan. Memandangkan linda sedang mengandung, ia juga dapat memberi impak kpd penglihatan yg mana kornea turut membengkak. Munhkin ianya hanyalah brsifat sementara dan juga boleh menjadi kekal..
      Linda boleh jalani pemeriksaan berkala sepanjang tempoh mengandung ini.
      Terima kasih

  267. Elena

    Tumpang tanya, saya baru balik dr check mata saya. Saya memang rabun jauh tapi ada silau yg sangat tinggi sejak saya pakai spec dr usia 9 tahun lagi dan umur saya sekarang 18 tahun. Pemeriksaan yg baru ni menunjukkan silau mata kanan saya 400 dan mata kiri saya 550. Saya ingin meminta pendapat, apa yg saya boleh lakukan utk pulihkan mata saya kembali? Dan adakah saya berisiko untuk… buta? Terima kasih.

    • Terima kasih kerana bertanya elena.
      Power silau yg elena nyatakan disini mmg agak tinggi. Pon begitu pd keadaan normal, power silau itu boleh kekal. Sebaiknya elena elakkan diri elena drpd menggosok, menonyoh, mengusik bahagian mata dgn kuat. Ini dpt meningkatkan lg power silau elena.
      Utk mengurangkan power silau itu elena boleh memakai kanta sentuh separa keras kerana ia dpt membentuk semula kornea elena dan power silau akan bekurang.
      Elakkan drpd melakukan kerja dekat terlalu lama dan sediakan masa 5 minit unk berehat dan melihat jauh pd setiap 45 minit melakukan kerja dekat spt komputer henfon membaca dan sebagainya. Ia dpt me maintain kan rabun jauh elena.
      Makanlah makanan yg berkhasiat spt sayuran dan buah dan jalani kehidupan dengan lebih bermakna. ☺
      Trima kasih

  268. Helen

    Adakah rabun silau boleh menyebabkan buta apabila power semakin menaik?

    • Ppwer silau yg meningkat patut dirisaukan. Ianya kerana majoriti drpd kes disebabkan oleh penipisan kornea yg berlaku akibat drp gosok mata yg terlalu kerap. Ia juga boleh berlaku kpd mata yg alergi. Elakkan sebarang perkara yg boleh menyebabkan mata gatal

  269. aqilah hadirah

    Assalamualaikum.. sy ingin bertanya jika rabun silau sy 400 adakah ia akan mendatangkan kesan burukkepada sy? Apakah inisatif yg perlu susy ambil untuk mengatasi masalah ini? Sekian.

    • Waalaikum salam aqilah.
      Terima kasih kerana bertanya.. power silau terbahagi kpd 2 bahagian yg nyata.
      1. Power silau hadir disebabkan oleh kelengkungan kornea antara 2 paksi x sama. Lagi besar ketaksamaan itu maka lagi tinggi rabun silau seseorang itu. Dan kebiasaannya power silau jenis ini stabil. Power x naik ataupun perubahan yg berlaku sedikit
      2. Penyakit. Ini boleh menyebabkan power silau sentiasa naik dr semasa ke semasa.. kebiasaannya disebabkan oleh alergi dan mata gatal.
      Jadi utk aqilah, inisiatif yg perlu diambil adalah jangan gosok mata dgn kerap. Dan sebaik mungkin jgn gosok langsung. Kerana ia akan memudaratkan permukaan kornea aqilah.
      Kedua, aqilah perlu memeriksa mata aqilah sekurang2nya sekali setahun utk melihat perkembangan power silau aqilah.
      Ketiga aqilah boleh memakai kanta separa keras yg boleh merencatkan peningkatan rabun silau dan dapat membentuk semula kelengkungan kornea aqilah.
      Ke empat elakkan memakan ataupun terdedah dgn perkara yg boleh membuatkan mata gatal.

      Sekian terima kasih

  270. sol

    hai,,, sy seorang pelajar.. sy nk tnye,, adakah sy perlu pkai cermin mata kalau tahap mata sy 6/9 ? kalau kena pakai,, agk2nya brape power cermin mata tu?

    • Hai sol. Terima kasih kerana bertanya..
      Penglihatan yg baik adalah 6/6. Penglihatan 6/9 boleh menyebabkan penglihatan sedikit kabur dan menyebabkan masalah lain timbul seperti sakit kepala,pening mata berair silau.
      Sol perlu melakukan pemeriksaan lanjut utk menila power rabun sol. Dan kebiasaannya x tinggi pon. ☺

  271. Kaylin

    hallo
    saya nak tanye?
    sejak 2, 3 bulan ni saya ada masalah letih mata, sy x boleh tgok chaya, mata saya susah nk bukak bila duduk di hdapan pc ataupun dibawah chaya lampu/matahari.. saya ada bjumpa dgn dr, dr ada berikan untuk infection, bila saya dah brhenti guna ubat titis 2, mata sy mudah letih skang,, makin teruk sekarang, saya rasa pndangan saya makin gelap, kdang2 saya nampak objek jadi 2. sbelum ni saya x ada mslah rabun. Adkah ini tnda2 awal sy akan rabun?

    • Hy kaylin. Terima kasih kerana bertanya. Ia mmg merujuk kpd mata yang mempunyai rabun yg sedikit. Jadi menyebabkan cahaya x difokus baik pd retina.
      Sebaiknya kaylin boleh periksa mata dan pakai crmin mata bila perlu. Elok lg kanta yg ada pelindung uv utk elakkan kesan radiasi pada mata
      Terima kasih

    • Hello kaylin. Terima kasih kerana bertanya..
      Ya ianya adalah tanda2 awal mata mengalami masalah rabun, ataupun mata letih.
      Sebaiknya kaylin boleh jalani pemeriksaan penglihatan dan pakai cermin mata bila perlu. Dan juga sebaiknya kaylin boleh memakai kanta yg mempunyai pelindung uv atau uv protection.
      Terima kasih

  272. fafau

    hello..sory sy nk tnya..brape kos untuk satu pembedahan mata..sebelah sahaja..

  273. fafau

    untuk membetulkan struktur mata..mata tidak ada masalah rabun dan masalah lain cuma struktur mata tidak seimbang..saya ingin bertanya berapa kos pembedahan dan bagaimana jika ingin membuat pembedahan..sekiranya tidak keberatan saya ingin meminta panduan dari kristaloptometrist dan berapa lama masa yang diambil untuk pemprosesan ini..

    • Owh.. ianya lebih kepada pembedahan kosmetik fafau. Pembedahan struktur mata agak rumit dan perlu spesifikasi yg lebih tinggi. Sy cadangkan fafau boleh berjumpa dgn doktor mata atau pakar kosmetik yg melakukan kosmetik surgery.
      Sekian terima kasih

    • Da Vinci Clinic d mid valley mubgkin boleh membantu

  274. Nur Aikah Said

    Assalamualaikum saya nak tanya jika power mata saya kanan 75 dan kiri 25 da saya ada silau, saya pakai contact lens yg powernya 100 adakah membahayakan mata ??

    • Waalaikum salam aikah. Térima kasihbkerana bertanya. Pemakaian power yg lebih boleh menyebabkan mata pélu fokus semula dan utk dekat perlu lebih fokus lg. Sy nasihatkan aikah pakai powér yg sesuai dgn mata aikah
      Sekian térima kasih

  275. Badrol

    Assalamualaikum.. Saya berusia 18 tahun dan power mata saya sudah mencecah 800 kiri dan kanan..
    1) Adakah power mata saya boleh meningkat hingga 1000 lebih?
    2) Apakah power terlampau tinggi boleh menyebabkan kebutaan?
    3) Bilakah waktu sesuai saya buat Lasik?
    4) Apakah teknik yg berkesan untuk power mata tidak naik mendadak?
    5) Apakah metode yg sesuai bagi saya menurunkan power mata?

    • Waalaikum salam badrol.
      Terima kasih kerana bertanya. Wow.. banyak soalan tu badrol. Hehe in shaa allah sy jawab 1 per 1.
      Jawapan 1.
      Ya kemungkinan power nk naik lg tu ada sebab badrol baru umor 18 tahun. Peningkatan rabun jauh ni terjadi akibat drpd terlalu banyak fokus dekat. Jadi kurangkan masa utk kerja dekat dlm masa yg lama. Plg lama pon 45 minit. Dan kemudian pandanglah jauh sejauhnya utk 5 minit. Selepas itu sambung semula keeja dekat. Paling baik jarak membaca 40 ke 50cm. Cahaya perlu cukup.
      Jawapan 2.
      Ya kerana power tinggi boleh menyebabkan mata memanjang dan mengakibatkan rekahan retina dan boleh terkoyak.
      Jawapan 3.
      Waktu yg sesuai adalah selepas 18 tahun dan power maintain selama 1 tahun
      Jawapan 4.
      A. Kurangkan fokus dekat
      B. Hadkan jarak pembacaan kpd 40-50cm
      C. Pencahayaan yg cukup
      D. Ambil masa 1 ke 2 jam di luar rumah pada waktu pagi atau petang hari2.
      Jawapan 5
      Rabun jauh térjadi hasil drp ralat cahaya fokus ke dalam mata. Ia fokus agak ke depan dan x sampai retina akibat drpd bola mata yg panjang. Setakat sekarang tiada metode yg khusus utk penurunan power.

      Sy harap jawapan sy membantu. Sekian terima kasih

  276. sam

    As salam, saya nak tanya jika power mata saya :

    R – sph : -1.00 cyl : -0.00 ax : 180
    L – sph : -0.75 cyl : -2.00 ax : 150
    PD : 62

    Adakah sy perlu menggunakan kacamata?

  277. dayang

    assalammualaikum,

    boleh tak kalau sy nk minta pendapat dari saudara? begini, since the past few month saya keep on kena sakit kepala, plus, bila sy try untuk baca slides presentation while seating about 3 meters up to 5 meters away from the screen saya terpaksa force myself harder to read all those words written on board. besides, bila malam, while driving or bertentangan dengan kereta saya rasa silau sampai could not hold lampu kenderaan tu. so, i have decided untuk pergi check mata and the result from kedai tu,

    both my eyes, ada rabun jauh -50, and silau for -75.

    as advised by the person who in charge to help me masa dekat kedai hari tu (sorry, pretty not sure what are the proper way to address her-maybe optometrist) untuk buat cermin mata. as this is my first time on wearing glasses so, she do advised me untuk buat cermin mata with power for:

    both eyes: rabun jauh-0, and silau for -50, with some kind of UV protection glasses (couldn’t remember the exact name)

    ya. alhamdulillah. i may not have probs on reading any text on slides but, after wearing it for two weeks, my eyes get easily dry and bila petang from 5-7 pm, matahari terik warna orange tue buat saya sakit mata even though im seating in front of my pc in my room. sehingga saya tak dapat nak buat kerja sebab kan i do feel so much stress on my eyes and effect sampai sakit kepala.

    so. what am i exactly trying to ask is. should i change my glasses? or is it normal for the first-timer who are wearing glasses like me? thank you.

    • Waalaikum salam. Terima kasih kerana bertanya..
      Btw sy suka cara penulisan komen dayang.😊
      Begini dayang, as mentioned above, dayang ada masalah rabun jauh -50 dan silau -75, tetapi diberikan power silau -50 shj tanpa power rabun jauh. Most probably vision dayang is undercorrected yg bermakna mata dayang still nèed to focus at some level.
      Selain itu dayang perlu memeriksa juga kekuatan otot mata dan kanta dayang utk memfokus dekat.
      Saya nasihatkan agar dayang dapat memeriksa semula mata dayang utk pandangan jauh dan juga daya mata utk fokus dekat.

      Sekian terima kasih

      • dayang

        assalammualaikum,

        again it is me dayang. in regarding to your advice untuk pergi check otot mata. hmmm. actually, nak pergi check otot mata tu, to whom should i go? either doctor at the clinic or just simply go to kedai cermin mata yang saya buat cermin mata tu and then ckp sy nak check otot mata sy?
        (macam pelik, sbb tu sy bertanya)

        plus,

        few days ago, i went back to kedai cermin mata tu as advice by you. then, akak kedai tu cakap it should be no problem with my glasses. pendapat sister tu sama macam saudara about under-corrected tu. she advice me untuk terus kan pakai my glasses. then, dia ada tanya cara pemakaian sy. either sy pakai selalu atau pakai pada masa tertentu. then i said to her, at first, im wearing it for 24 hours except masa tidur and mandi semua. tapi after two weeks pakai tu, and my eyes get dry easily plus got sudden headache, sy kurang kan pemakaian glasses masa dalam rumah. only used it bila hadap komputer. but then, she asked me to keep on wearing it. and it is normal for the first-timer like me. plus more, dia cakap i should wait and hold on dulu. tapi if rasa sakit kepala tu ada lagi, she will change my glasses la kata nya.

        so,

        my second question. how long should i wait before i go back to kedai tu?

        and i am so sorry. for all the trouble that i cause you, just to answer my questions. deeply sorry.

      • Waalaikum salam dayang..
        Terima kasih kerana bertanya.
        Pemeriksaan otot mata dilakukan oleh optometrist yg mengamalkan pemeriksaan optometris sepenuhnya. Ianya menggunakan alatan tertentu utk menilai kekuatan otot mata dan daya fokus kanta mata. Mungkin dayang boleh melakukannya di kristal optometrist, klinik optometri UKM ataupun praktis2 yg menyediakan peekhidmatan tersebut.
        Hal ini kerana sekiranya power yg diberikan adalah baik, seharusnya mata akan lebih selesa dan jarang memberikan kesan sampingan yg dayang alami tika ini. Tambahan pula dayang perlu menanggalkannya setelah berminggu dayang memakainya.
        Seandainya dayang mahu melakukan pemeriksaan di kristal optometrist, dayang boleh menghubungi kami di 04-4917370
        P/s u may ask anything dayang 😄

        Sekian terima kasih

  278. chena

    salam. saya baru sahaja check mata lately ni. result dia macam ni
    right: -0.25 (sph) -1.25 (cyl)
    left: +0.75 (sph) -4.75 (cyl)
    orang tu suggest untuk pakai spect tapi mata saya still nmpak lagi even kadang kadang pening kepala and mata pedih. boleh tak explain pasal result saya ni and ape beza +ve and -ve tu? adakah saya perlu pakai spect mata sepanjang masa atau tak.harap sangat dapat membantu.

    • AsSalam chena.
      Terima kerana bertanya. .
      Nampak lg lebih merujuk kpd mata kanan yg masih boleh melihat dan juga hanya 1 paksi shj yg terganggu. Sebagai contoh kalo huruf t, 1 batang clear dan 1 batang blur. + rabun dekat dan – rabun jauh.
      Sebaiknya chena boleh menjalani pemeriksaan yg terperinci bg menentukan keperluan mata yg tepat dan sebaiknya dapat memakainya sentiasa ataupun swkurang2nya sekadar perlu terutama yg memeelukan pemfokusan yg lebih.
      Terima kasih

  279. Alif Rahmat

    Salam. saya nk bertanya sikit. sekarang nie saya dah rabun, sebab kerja memang hadap komputer. so saya nk tahu spec mata ap yg perlu saya pakai untuk menghadap komputer. memang sekarang tak tahan lah mata sampai pening kepala. boleh tak suggest utk sy, and kalo tahu harga anggaran berapa pon tolog bagitahu. i need help tq

  280. Sue

    Hi.. saya nk tnya..saya slalu pening kpala n mata berair.. bila kena cahaya n tngok terlampau lama.. bila cek dkt klinik saya mengalami rabun jauh 6/12 n 6/9 silau..adakah saya perlu buat spek n berapa power spek dgn msalah mata saya.

    • Hi sue. Terima kasih kerana bertanya sue .
      Ye sue sue perlu melakukan pemeriksaan power yg terperinci dan perlukan kacamata utk membetulkan masalah rabun yg sue alami

  281. ainnnnnn

    salam. saya nak tahu kenapa power speck saya selalu naik dan power rabun saya sekarang 800 for each eyes..malah,saya punya silau pon agak tinggi..lagi malang speck saya tebal even saya da nipiskan.
    apa yang bole saya buat utk kurangkan power speck ni..
    saya di syorkan pakai lens..lens apa yang sesuai utk saya
    Macam mana saya nak kurangkan power speck ni ?
    Wajar tak untuk buat lasik?
    TQ..

    • Salam ainnn.
      Terima kasih kerana bertanya.
      Power 800 mmg tinggi ditambah lg dgn power silau, ia akan menyebabkan kanta menjadi lebih tebal.
      Utk kanta sentuh sentuh, sebaiknya ainn boleh memakai kanta sentuh jenis separa keras. Ia dapat merencatkan kenaikan rabun dan juga dpt mengurangkan power silau.
      Utk LASIK perlukan khidmat nasihat drp doktor mata yg melakukan pembedahan tersebut. Mungkin juga alternatif terbaik utk ainn☺

  282. alyaafifah

    Salam….saya nk Tanya anak saya Ada cerita yang dia Nampak Kat lamp tu madam silau …dia selalu mengadu pining Kepala tapi tak de la penglihatan herot berot ,adakah itu Rabun silau

  283. alyaafifah

    dan juga adakah dia mengalami masalah rabun ?😞 klau ye ,saya nk pegi check

  284. naz

    vd=12

    right= sph/-1.00 , cyl/ -0.50 , ax/10
    left= sph/ -0.75 , cyl /0.00, ax

    pd= 62, npd= 59(45)

    wajibkah saya memakai spectacless??

    tq

    • Salam naz.
      Salam aidilfitri maaf zahir batin.
      Sebaiknya naz boleh melakukan pemeriksaan penuh dan terperinci drp optometrist bertauliah akan status penglihatan naz. Pemeeriksaan berkomputer shj biasanya x tepat
      Terima kasih

  285. su

    salam.mcmna pulak jika sy silau kri 150 kanan 50 tp tidak sakit kpla cuma pnglihatan mkin trjejas?perlu x sy buat spek?

    • Salam su.
      Salam aidilfitri maaf zahir batin
      Terima kasih kerana bertanya.
      Alhamdulillah syukur su xde sakit kepala☺.
      Pun begitu su masih memerlukan kacamata untuk membetulkan penglihatan yg terjejas itu. Pakai bila perlu supaya rabun su terkawal:)

  286. mimi

    Assalamualaikum, kristal optometrist, di mna ye???

  287. Assalamualaikum..
    Just sharing..
    Anak saya berumur 8 tahun, mengadu pening, sakit kepala dan mata berair sudah 5 hari selepas dibaling objek keras dibahagian atas mata kiri ( blok kayu ) semasa bermain dengan adik sepupu. Yang saya pelik, pening dia akan timbul waktu pagi ( around 9-10 am ) bila dia rehat sekejap atau tidur pening akan hilang.
    Pagi tadi, saya bawa anak jumpa doktor ( bukan doktor mata ). Hasilnya, doktor tu ckp nothing serius, tapi kalau masih berlanjutan bawa balik ( statement yang biasa tapi amat meresahkan saya as a mom ). No need x-ray, scan or Blood test.. ( He know the best ). Before balik saya bawa anak check mata di hospital yg sama juga ( luckily masih buka ). Dia just check guna mesin ( x tau nama apa ) then dia bagitau anak saya rabun jauh dan silau.. Yang saya nampak bacaan dia R 177, L175.. silau x tau berapa.
    Hopefully anak saya x mengalami apa2 yang serius.

    • Waalaikum salam. Tx for sharing puan.
      Sebaiknya puan boleh buat pemeriksaan penglihatan yg baca carta tu. Tgk samada boleh baca sampai yg kecik skali ataupun tak. Itu adalah indicator rabun puan.😊

  288. Alia

    Asslamualaikum,

    Perlukah saya pakai cermin mata? saya ada cek dan silau di keduadua belah mata 75, manakala rabun jauh sebelah kiri 75 dan kanan 100. mintak pendapat cik.

    Terima kasih

    • Waalaikum salam alia. Terima kasih kerana bertanya.
      Alia perlu memakai kacamata sekiranya penglihatan alia sudah kabur utk jauh, mengalami sakit kepala, pening, mata berair.
      Sekiranya xde maka x perlu memakai kacamata ye.
      Sekian terima kasih

  289. Assalamualaikum kpd admin..

    Nak tanya, saya baru sahaja melakukan Test Mata Berkomputer.
    saya buat pemeriksaaan pada 03/okt/2015 dan Keputusan berkomputer tu ialah saya rabun silau -0.25 dan ada rabun jauh sedikit dgn bacaan -0.25.

    Sebelum ini pernah juga check mata, pd wkt tu dah mmg ada rabun silau just saya tidak hirau kan, ttapi itu 5 Tahun lepas.

    Skrg saya drive mlm mmg agak pening di sebabkan cahaya lampu kereta dari hadapan.
    perlu ke saya mengunakan Spek mata?

    Org kedai tu mencadangkan saya hanya mengunakan lens biasa yg yg mempunyai ciri2 :

    1) UV Protection
    2) Scratch Resistant
    3) Anti-Reflective
    4) 1.56 Mid-Index
    dan harga lens ini adalah RM45

    Bila saya ckp saya student lagi dan masa duduk di hadapan komputer kira2 melebihi 8-10 jam sehari dia mengalakkan saya untuk mengunakan lens ini

    1) UV Protection
    2) Scratch Protection
    3) Anti-Reflective
    4) Ultra Slim Design
    5) Easy to clean
    6) Impact Resistant
    7) Thin Lens Material
    8) Blue Cut out
    9)1.61 Hi-Index Aspheric (Blue Cut)
    dan harga lens ini adalah RM150

    saya nak tanya berbaloi kah saya membeli lens tersebut dgn harga yg di berikan?

    Index untuk kaca mata tu tidak sama kah dgn Power kaca mata?
    saya xpernah guna spectacle sblm ini jadi saya tidak tahu..

    Boleh ke Spect mata xda power?

    Ada tak cara utk menghilangkan rabun silau ini?

    saya mmg memerlukan nasihat dari admin sbb admin lebih tahu dari saya.

    • Waalaikum salam zul.
      Terima kasih kerana bertanya.
      Alhamdulillah sedikit sebanyak zul dah mengetahui ttg kanta.
      Ya zul, kalo zul dah mengalami pening kepala dan silau zul memerlukan kacamata utk membantu mengurangkan stress mata zul.
      Cumanya berjumpalah dgn pakar optometri utk menilai tahap penglihatan zul agar spek mata yg zul pakai tidak memberi impak yg negatif kpd zul dan zul dpt memahami dgn baik masalah penglihatan yg zul alami.
      Rabun silau adalah salah satu indikasi masalah penglihatan yg melibatakan samada rabun tu sendiri, lemah fokus mata dan juga gangguan pada retina iaitu urat belakang mata
      Sekian terima kasih

  290. alya afifah

    Assalamualaikum..harapp mendapat respons dgn secepat mngkin …ssebelumni saya ada membuat spek tetapi ,2 bulan yg lps,spek saya patah ..haritu ada cek kat kedai,250 power silau n 75 rabun jjaauh ..tapi ,kali ini chek kat focus point,diorang hanya gtau power rabun jauh je walaupun lampu dlam mall tu ade byg byg (kabur sekeliling lampu n biile lampu yg bentuk petak jdi double ,)so ingin bertanyaklau nk cari spek silau bergantung kpd mesin ke?

  291. alya afifah

    maksud saya mesin yang ada power silau,jadi saya tak beli pun spek 2

    • Terima kasih kerana bertanya.
      Sebenarnya alya pemeriksaan rabun penglihatan ni perlu lah dilakukan dgn teliti oleh pakar optometri yg bertauliah. Bukan semata2 merujuk terus dgn mesin cek mata yg semestinya mempunyai ralat terhadap ukuran tahap rabun seseorang tu.
      Jd utk alya nak buat spek mata, berjumpalah dgn pakar optometri yg memeriksa penglihatan alya dgn teliti dan baik dan tidak bergantung dgn mesin cek rabun semata-mata
      Sekian terima kasih

  292. alya afifah

    tq for everything optometrist

  293. syakirah

    Assalam. SAYa nk tanya tntg rabun silau. First check saya dpt result cm ni
    (R) -1.25 -0.50 178
    (L) -1.50 -0.75 176
    Second check pula
    (R) +0.50 -1.00 173
    (L) +0.75 -1.00 6
    So skrg ni saya confuse. Yg mana satu betul. And apa maksud ‘+’ tu sbb slalunya akan dpt ‘-‘ ?

    • Waalaikum salam syakirah.
      Terima kasih kerana bertanya.
      Hehe ianya lebih kepada ralat sesuatu mesin cek mata tu. Ada yg bacaan sgt tinggi walaupun x rabun. Dan ada yg x reliable pon.
      Sebaiknya syakirah melakukan pemeriksaan yg terperinci dgn pakar optometrist utk menilai tahap penglihatan mata syakirah. Itu yg sebaiknya

      Terima kasih

  294. Jia Han

    Macam mana untuk tidak perlu memakai cermin mata lagi

  295. saya nak tanya sy mengalami silau mata taun lepas power silau 150.sy ada buat spek tapi jarang sy pakai.sekarang spek tu kelabu sy pergi cek power silau naik 450.kalau sy buat spek power naik lagi tak?

    • Terima kasih kerana bertanya syikal
      Power jump dr 150 ke 450 mcm x sepatutnya kenaikan power normal.
      Sila berjumpa dgn pakar mata utk pemeriksaan lanjutan sebelum membuat kacamata

  296. Raeesa

    Salam, saya nak tanya boleh tak kalau saya buat speck untuk silau sahaja sebab saya selesa pakai contact lense (ada power untuk rabun jauh). Nak pakai sepck tu time dalam lecture je tengok slides.

    Terima kasih 🙂

    • Salam.
      Terima kasih kerana bertanya.
      In shaa allah boleh raesa. Cumanya sebaiknya utk contact lens raesa boleh pakai jenis silikon hydrogel yg memberikan oksigen yg lebih banyak kpd mata

  297. Assalam,saya harap soalan saya dijawab..saya ada buat pemeriksaan mata sbb saya selalu kabur bila belabor..doktor kata saya mengalami rabun jauh ..power saya ialah
    Sebelah kanan 0.75
    Sebelah kiri 1.0..
    Persoalan saya adakah saya perlu memakai cermin mata kerana ibu saya tidak membenarkan saya memakai cermin mata kerana beliau berkata power saya hanyalah sedikit..tetapi saya mengalami kabur apabila belajar..tolong terangkan..

    • Waalaikum salam farhanah
      Terima kasih kerana bertanya.
      Ye farhanah, farhanah memerlukan kacamata dan ia dpt membantu farhanah dlm menumpukan perhatian semasa belajar.
      Ckp la kt mama please mama. Sy boleh tumpukan perhatian dgn baik dlm kelas dgn penglihatan yg baik.

  298. salamu alaik.cik saya nak bertanya sama ada,adakah wajar saya memakai kacamata bagi merawat masalah silau yang berada di tahap permulaan?semoga pihak cik dapat memberi kerjasama.

    • Waalaikum salam.
      En perlu periksa terlebih dahulu punca silau tu daripada apa. Sekiranya rabun ya en memerlukannya utk mengurangkan masalah itu
      Terima kasih

  299. Diana

    Saya nak tanya . Semalam saya pergi cek mata dan dia cakap kedua mata saya ade silau sebanyak 75 . Patut tak saya pakai cermin mata ? Tapi kekadang kalau saya main hp ke laptop ke mata mesti pedih haaa itu normal ke ?

  300. Erni

    Assalamualaikum. Saya ada rabun teruk sampai mencecah 800 kedua dua mata. Ada tak contact lens yg dijual sampai rabun tahap tu?

    • Waalaikumussalam.
      Terima kasih erni kerana bertanya.
      Ya erni masih terdapat kanta sentuh yg sesuai dgn mata erni.
      Utk makluman erni power kanta sentuh yg kita boleh buat adalah sehingga 2000:)

  301. Mayahhhhh

    Assalamualaikum. Saya mempunyai masalah rabun silau. Perbezaan rabun silau saya untuk kedua dua belah mata sgt berbeza. Belah kiri saya 200 bg belah kanan pula 100. Saya mempunyai masalah juling air. Bila saya jarang pakai spek ia akan menyebabkan mata saya juling dah tidak dapat focus untk benda yang jauh. Bila nak present mesti takda confident sebab juling. Saya malu. Saya dapati masalah juling saya bermula bila saya ada masalah rabun silau. Adakah masalah juling saya dapat diatasi? Sebab bila pakai spek pun saya masih juling. Juling ini telah menganggu saya sebab semua benda yg saya tgk semua nmpk dua. Ada jalan penyelesaian tak? Saya malu ada masalah juling.

    • Waalaikum salam mayahhh.
      Terima kasih kerana bertanya.
      Rabun yg berbeza antara mata kanan dan mata kiri akan menyebabkan gangguan kepada penglihatan binokular dan boleh menyebabkan juling berlaku..
      1 saya nasihatkan agar mayahhh dapat memakai kacamata sentiasa agar masalah gangguan juling dpt dikurangkan.
      2. Mayahhh memerlukan terapi penglihatan untuk menguatkan daya mata mayahhh utk memfokus justeru dpt mengurangkan lagi masalah juling mayahhh.
      3. Berjumpalah dgn pakar optometrist yg dpt menilai mata mayahhh dgn baik dan dpt mempreskripsikan kanta cermin mata yg sesuai utk mayahhh dan teknik terapi yg bersesuaian dgn mayahhh.
      Sekian terima kasih

  302. Fadli

    Nak tanya kalau kta rabun jauh then kta pakai crmin mata,mase pakai tu tgk bnfa jauh xda papa tp bila tgok bnda dekat kita akn rasa pening…kenapa yer..power 320

    • Terima kasih kerana bertanya.
      Ianya mungkin fadli telah pon ada masalah fokus dekat.
      Perlu utk periksa fokus dekat dan penilaian semula power rabun jauh
      Sekian terima kasih

  303. anna

    nak tanya power rabun jauh pling tnggi brapa ye??

  304. nadiah

    Assalamualaikum,

    Silau mata kanan saya sampai 350, tapi mata kiri masih ok.
    Ada tak rawatan untuk kurangkan mata sila7?

    • Waalaikum sapam.
      Terima kasih nadiah kerana bertanya
      Power silau berlaku akibat drpd kornea yg x sekata antara 2 paksi yg menyebabkan cahaya difokus pd 2 titik yg berbeza.
      Utk mengurangkannya biasanya boleh dilakukan dgn menggunakan kanta sentuh jenis keras yg dapat membetulkan kelengkungan kornea agar menjadi lebih rata. Kaedah ini dpt mengurangkan power silau sedikit demi sedikit dan x membenarkan power silau menjadi lebih tinggi.
      Sekian terima kasih

      • nadiah

        kat mana nak dapatkan ” kanta sentuh jenis keras” ? boleh suggest any brands?
        Boleh cari kat kedai cermin mata ke, atau kena dapatkan daripada doc/clinics?

      • Terdapat beberapa brand kanta sentuh keras ni antaranya menicon dan boston.
        Biasanya boleh didapati di kedai cermin mata yg ada optometrist.
        Kalau nadia dok dekat kulim boleh mai singgah kristal optometrist😁

  305. Intan Nur shaherra

    Assalamualaikum , silau saya belah kanan dan kiri ni power dy 200 .. so agaknye perlu ke saya buat spec ? macam mana ye nak kurangkan power silau saya ni ?

    • Waalaikum salam
      Terima kasih intan kerana bertanya.
      Ya intan, intan memerlukan kacamata utk membetulkan power silau intan.
      Untuk mengurangkannya pula intan boleh mencuba kaedah kanta sentuh jenis keras yg dpt membentuk semula kornea mata intan
      Sekian terima kasih

  306. Amin haziq

    Bagaimanakah saya ingin mengetahui fungsi huruf dan nombor di dlm kertas hasil ujian ,saya dikatakan rabun silau

  307. nur alieyah amira

    Salam , mcm mna kalau sakit kepala mcm mau pitam dah tu lepas lihat cahaya , tu dah dinamakan rabun silau eh?

    • Salam terima kasih kerana bertanya
      Kemungkinannya yà alieyah.
      Mungkin alieyah ada rabun silau dan juga mata lemah fokus.
      Sila dptkan pemeriksaan terperinci dgn pakar optometrist
      Terima kasih

  308. Hanis Hazwani

    assalamualaikum saya hanis. silau saya sangat tinggi dalam 500 something saya memang pakai spec. what should i do utk kurangkan? is it C/L toric membantu?

    • Waalaikum salam hanis.
      Terima kasih kerana bertanya.
      Utk silau tinggi hanis lebih sesuai dgn kanta sentuh jenis keras yang membantu utk membentuk semula kornea justeru dpt mengurangkan rabun silau hanis
      Terima kasih

  309. Salam. Sy nk tnya. Haritu pergi check dia ckp power silau kiri kanan -0.75. Perlu ke sy buat spek mata? Teruk ke silau saya ni? And power silau ni cepat naik tak mcm power rabun? Sy ada masalah nak tengok slide lecturer time dlm lecture. Terima kasih 🙂

    • Salam. Terima kasih cik doktor kerana bertanya
      Power silau 75 x tinggi tp ianya menyebabkan gangguan kepada penglihatan.
      Sebaiknya cik doktor boleh pakai terutamanya semasa dlm lecture hall.
      Power silau jarang nak naik melainkan mata cik doktor selalu gatal dan saja2 suka gosok mata.
      Jgn gosok mata ya.. amalan tu x baik
      Sekian terima kasih

      • Jat Maa

        blockquote, div.yahoo_quoted { margin-left: 0 !important; border-left:1px #715FFA solid !important; padding-left:1ex !important; background-color:white !important; } Saya penah tnya soalan tiga taun lpas..skrang sae sem 4 amek optometrist haha..asyik dpat email je bila ade reply 😂

        Sent from Yahoo Mail for iPhone

      • Hehe.. laa ya kaaa… takpa utk revision adik bila patient tanya.. selamat maju jaya. Wishing u all the best

  310. wawa

    salam, saya selalu sakit kepala kalau terdedah kepada cahaya luar, kira dah tahap migrain. rabun saya 50 & silau 75, tapi saya tak pkai spek, perlu ke saya buat spek untuk kurangkan sakit kepala tu?

    • Salam wawa. Terima kasih kerana bertanya.
      Ye wawa, wawa memerlukan kacamata utk support kekurangan penglihatan wawa yg disebabkan oleh rabun silau tersebut.
      Terima kasih

  311. wawa

    salam, saya mudah sakit kepala migrain yang agak kuat kalau terdedah kepada cahaya, pada masa yang sama saya ada silau 75 & rabun jauh 50, tapi saya tak pakai spek, perlu ke saya pakai spek untuk kurangkan sakit kepala saya?,

  312. Ana miyake

    Salam..sy mmpunyai rabun silau yg agk tinggi..250 ke ats kiri kanan..sy memakai spek sejak darjah 3 hingga umur skrg 27 tahun..sy mula memakai soft lens toric utk rabun silau sjak taun lepas..soalan sy, ada effect tak jika sy berterusan memakai lens tersebut dlm jgka masa yg lme?sbb kadang2 dh rasa bosan pakai spec..mohon sdikit penjelesan..

  313. Clarice

    Hai..time form 3 sy selalu rasa sakit kepala.so cek kat hospital doctor kata kena pakai spek..mslh mata yg sebabkn sy sakit kepala..tapi tak pernah pakai spek. So sekarang sy dah 30yr..p cek mata baru2 rabun jauh dan silau 100.kecuali belah kiri rabun jauh sy 140. So sy nak tau serius tak rabun sy ni? Dan adakah akn efekyg teruk jika sy memang tak nak pakai spek?? Tq..

    • Hy clarice.
      Terima kasih kerana bertanya.
      Biasanya xde yg merbahaya. Cumanya sakit kepala yg clarice alami sentiasa akan menyerang clarice kerana mata penat nak fokus. Kalo pakai spek mata, mata lebih rilex dan senang nk melihat jauh dan dekat dgn mudah..
      Kesian kat mata clarice tu.
      Terima kasih

  314. dila

    salam…. hari tu saya ada pegi check power mata
    R:200
    L:100
    PD: 60
    perlu ka saya buat spek

    • Sqlam dila.
      Terima kasih kerana bertanya.
      Sebaiknya dila boleh menjalani memeriksaan secara terperinci dgn pakar optometrist utk kepastian tahap kerabunan dila.
      Pemeriksaan komputer kebiasaannya mempunyai ralat.
      Sekian terima kasih

  315. Wawa

    Salam, boleh ke kalau saya buat spek silau(75) shj untuk tngok slide time lect mengjr, wlaupon sy ad rbun jauh 50? Mybe sy akn hnya letak 25 shj power rabun jauh tu, ada effect lain ke?

  316. Najihah

    Salam. Seorang murid sy sering mengadu sakit kepala dan kerap muntah di dlm kelas. Setelah bjumpa doktor, murid sy kembali dengan memakai spekmata. Namun begitu, murid sy masih lagi mengadu pening kepala dan muntah. Kenapakah pening kepala dan muntah tersebut masih berlarutan walaupun sudah memakai spek? Adakah murid sy perlu mengambil ubat? Apakah cara lain jika ada bagi mengurangkan kesakitannya?

    • SALAM cikgu. terima kasih kerana bertanya.
      sekiranya walau dgn kacamata murid cikgu masih lagi muntah dan sekit kepala, ia berkemungkinan mengalami masalah gangguan dalam kepala yang memerlukan khidmat doktor pakar utk mendiagnosis masalah pening kepala dan juga muntah.
      sekian terima kasih

  317. izraina marissa

    as salam..saya ada membuat pemeriksaan mata lebih kurg setahun yg lepas.dan mata kiri saya silau-75,rabun-25..manakala mata kanan saya silau-50 dan rabun 50.saya perasan kebelakangan ini kalau terlihat cahaya cthnye semasa belajr dn memandu pada waktu malam..saya akan berasa pening.adakah saya memerlukan spek mata ?

    • Waalaikum salam.
      Terima kasih kerana bertanya.
      Ya izraina, u dah perlukan kacamata utk membantu penglihatan menjadi lebih baik dan mengurangkan silau dgn kacamata. Sekian terima kasih dan selamat berpuasa

      • izraina marissa

        lagi satu.power 75 untuk silau adakah dikira masih lagi rendah dan berapakah power min untuk buat spek.selamat berpuasa juga 🙂

      • Ye izraina. Power silau itu masih rendah. Dan kesannya agak besar jgk. Kalau power silau tinggi, penglihatan akan menjadi semakin kabur.
        Min power silau utk spek mata adalah 25

  318. saiyidahsaid

    assalamualaikum.. nak tanya, saya tahun ni SPM so kat kelas nampak tapi pening dan sakit kepala bila pandang papan putih. dekat dekat kabur lagi kuat. haritu cek mata power kiri n silau 50 kanan dan silau 25 . so perlu ke pakai spek or ade cara lain ? thanks

    • Waalaikummussalam saiyidah,
      Berdasarkan gejala yang anda alami, ianya berkemungkinan disebabkan oleh masalah akomodasi mata. Ini disebabkan oleh kanta mata yang lemah atau cepat letih untuk melihat pada jarak dekat. Kebiasaannya, terapi penglihatan akan diberi oleh pakar optometrist dan terdapat juga kanta rawatan yang dapat membantu. Bagaimanapun, anda perlu berjumpa optometrist atau pakar mata berdekatan untuk pemeriksaan mata lanjutan.

  319. natasha

    Salam hai, saya ada soalan nak tanya…saya pakai spek since darjah 6 tapi jarang2..bila msok sekolah menengan sy fully pakai spec..now saya dh bekerja..baru2 ni saya ada buat spec baru dan power saya naik 700 kanan dan 720 kiri serta power silau saya 400…hal ini amat merisaukan saya sedangkan saya sudah pakai spec untuk kawal rabun silau dr naik..saya juga pakai contact lens namun tidak seterang spec kerana silau tiada..any suggestion? amat menghargai jika tuan dapat membantu masalah saya..

    • Waalaimummussalam Natasha,
      Sila dapatkan khidmat nasihat dan pemeriksaan mata secara terperinci daripada optometrist atau pakar mata berdekatan anda.
      Untuk pengetahuan, terdapat kanta lekap untuk rabun silau dalam pasaran sedia ada untuk masalah rabun silau anda.

Leave a reply to kristaloptometrist Cancel reply

Create a free website or blog at WordPress.com.