Selaput Luar/Pterygium

Pterygium adalah sejenis pertumbuhan tisu di lapisan luar (conjunctiva) mata putih. Pterygium merupakan selaput luar, untuk selaput dalam dipangil katarak.

Simptom-simptom Pterygium:

  1. Kerengsaan / rasa tidak selesa pada mata dan berair.
  2. Kering dan berpasir.
  3. Menyebabkan radang. (kemerahan pada mata)
  4. Apabila selaput membesar dan merebak  akan sebabkan astigmatisma.
  5. Apabila pterygium meliputi bahagian  tengah  kornea , penglihatan akan kabur kerana terganggu.

untuk masalah ini, hanya ada satu sahaja jalan penyelesaiannya; PEMBEDAHAN

Categories: Uncategorized | 111 Comments

Post navigation

111 thoughts on “Selaput Luar/Pterygium

  1. MOHD. HATTA BIN HJ.IDRIS

    Bolehkah pembedahan dibuat untuk menghapuskan lapisan ketumbuhan tesebut secara total untuk mengelakkan ketumbuhan tersebut berulang?

    • boleh. melalui pembedahan teknik implan. ketumbuhan tersebut dibuang dan di tampal dgn tisu mata yang tidak rosak..
      terima kasih

      • Puteri

        Assaalammualaikum
        sy nk bertanya, mata ada selaput selain operation teknik apa boleh digunakan untuk pulih kan mata yang ada selaput

      • Waalaikum salam.
        Teknik yg hak utk buang selaput adalah operation puteri☺

  2. may

    HAI.. NAK TANYA.. KOS UNTUK PEMBEDAHAN NI BERAPA YE?..

  3. li

    ada risiko jika buat pembedahan? ada cara lain utk merawat selaput luar selain pembedahan

    • risiko sangat mild utk operation. sekiranya selaput dah tebal, cara yang tebaik adalah operation.
      tetapi sekiranya masih nipis, en. boleh pakai kanta yg ada uv protection

      terima kasih

  4. ejal

    mata saya dah rasa cam berpasir akibat Pterygium..dah sampai tahap dibedah x? berapa kos nak operate kedua belah mata kalo private?

    • salam ejal. terima kasih kerana bertanya.
      pterygium operation kebiasaannya tak lebih daripada rm1000. ianya bergantung kepada teknik pembedahan yang dilakukan. efeknya kemungkinan power rabun silau akan berkurangan, cuma mata akan merah akibat daripada pembedahan tersebut utk beberapa ketika.

      sekian terima kasih

  5. ejal

    ape effect sampingan pas operate?

  6. ejal

    ow..sya dah tanya kos untuk pembedahan di satu ospital private di sibu,sarawak la..die kata dalam RM2000..berapa lama tempoh masa untuk sembuh lepas operation?

    • ok, kemungkinan teknik yang dilakukan adalah lebih baik agar selaput kedua tidak tumbuh lagi.. kesan sampingan lepas operate akan ambil masa lebih kurang 2 minggu untuk bekas2 darah tu hilang

  7. rizal

    Hi,
    Saya nak tanya mengenai kesan selepas pembedahan.
    1.Benarkah selepas pembedahan mata putih itu akan terus kemerahan secara kekal?
    2.Adakah akan rasa sakit selepas pembedahan?
    3.Berapa lamakah anggaran masa untuk pulih sepenuhnya?

    sekian.

    • hi rizal.
      terima kasih kerana bertanya
      1. merah kekal – ianya bergantung kepada teknik yang digunakan doktor mata.
      2. rasa sakit selepas pembedahan – efek pembedahan akan terasa sehingga dua minggu dan rasa sakit akan berkurangan kepada tidak selesa dan akhirnya ok
      3. kebiasaanya ia akan mengambil masa selama 2 minggu

      terima kasih

      • rizal

        Salam,
        1. Adakah teknik penampalan skelera tu melibatkan jahitan?
        2. Adakah ubat utk kesakitan selepas pembedahan tu?
        3. Adakah pembedahan tu akan membuang semua selaput yg ada?… sbb sya dpt informasi mengatakan doctor akan buang sikit je iaitu selaput yg memasuki mata hitam dan sedikit je dibahagian mata putih?.
        4. Biasanya MC berapa lama jika buat pembedahan?
        sekian.. terima kasih

  8. ayid

    berapa kos kalau nak check di Melaka,Muar,atau batu pahat???berapa lama ia nak sembuh??apa kesan side effect lepas pembedahan???kalau ia tumbuh semula adakah perlu membayar semula kos rawatan???

    ada tak teknik pemakanan atau teknik lain yang dapat menyembuhkan atau mengurangkan pertumbuhan selaput kat mata ni?

    • terima kasih kerana bertanya ayid.
      untuk pemeeriksaan sahaja di MUAR, MELAKA DAN BATU PAHAT, maaf saya tidak pasti. untuk pembedahan di klinik atau hospital swasta, dalam lingkungan 1+++ ke 2+++ bergantung kepada teknik dan rawatan yang dilakukan. sekiranya ia tumbuh lagi YA kos rawatan tetap dikenakan.

      dan untuk menjaganya, ayid cume memerlukan kanta perlindungan UV dan perlu memakainya sentiasa terutamanya apabila terdedah dengan pancaran sang mentari.

      terima kasih

  9. ejal

    bagaimana dengan teknik yang digunakan? laser?

  10. ayid

    salam,boleh tak bagi saya contact number,atau facebook,atau email pakar terbaik yang awak kenal??
    saya nak pergi check tapi ngeri bila tengok ramai pakcik saya yang buat bedah mata terus buta..ye terus buta bukal rabun tapi gelap….ngeri sangat…

  11. aliza

    Bulan Jun lepas saya buat pembedahan di hospital kerajaan. Tapi hingga sekarang kesan merah belum hilang..dan selaput tu masih ada. Adakah doktor tidak buang semuanya? Appoinment saya pulak Februari tahun depan. Rasa tak memuaskan je hasil pembedahan tu…

    • salam aliza..
      selaput luar mmg akan memmeri kesan merah seperti yang aliza nyatakan disini, tetapi utk beberapa ketika selepas pembedahan dilakukan, ia juga bergantung juga kepada teknik pembedahan itu dilakukan sendiri.. sekiranya ianya hanya membuang selaput saja, maka selaput itu akan tumbuh kembali, dan mata akan sentiasa merah, tetapi sekiranya pembedahan dilakukan menggunakan kaedah penampalan sklera, mata selaput itu susah nak tumbuh balik, dan mata akan nampak lebih sihat(kesan merah akan berkurang)

      sekian terima kasih

    • rizal

      Salam Aliza,
      Mintak Aliza share sikit pengalaman melalui pembedahan tersebut yer…

      sekian terima kasih

  12. ejal

    saya dah wat pembedahan gak kat private..die tampal blek tempat yang die buang selaput..masa pembedahan xda rasa ape pon..die ejektion bius p kite sedar la..p lepas bius ilang pas pembedahn ada rasa sakit la untuk sehari 2..pastu hari ketiga bleh buka dengan baik dah..cuma merah lom ilang sepenuhnya..jahitan dah dibukak balik..

    • rizal

      Salam ejal,
      Alhamdulillah awak dh selamat menjalani pembedahan. Nak tanya bilenya dia bukak jahitan tu?… kene bius gak ke?… tak dpt nk bygkan kan ada jahitan dlm mata kita… mesti tak selesa kan? bulu mata masuk lam mata pun pedih inikan benang jahitan… huhu seriyau dgr.

    • zer146

      Slm..bole sy dptkan detail tmpt awk buat pembedahan tu dan Doktor nama ape? Kos pula brp? Dan teknik operation?

      • Kebanyakan doktor mata boleh melakukan pembedahan pembuangan selaput. Dan teknik yg dilakukan bersesuaian dgn masalah selaput tersebut.
        Sila dptkan rawatan dan pemeriksaan yg terperinci

  13. ejal

    ow..jahitan die bukak sebulan selepas operate..tp saye die bukak 2 minggu dah.coz dah ok..jahitan tu xla menggangu sgt..besa la,rasa cam ada something dalam mata je..die bius la.injek dalam mata..p merah pas bedah tu ada lagi la..lambat sikit nak ilang merah.

  14. laila

    ejal..awak buat di hospitak mana?

  15. laila

    boleh x cadangkan nak buat dkat mana..kerajaan ok ker? or swasta more prefer?

  16. along

    salam..
    saya nak tanya…betul ke kalu da buang pterygium ni memang akan tumbuh balik..

  17. ejal

    doktor kata die tampal balik tempat yang die buang..wat kat Rejang Specialist kat sibu..
    wat je kat private..senang cerita kan..pesakit adalah pendapatan bg dowang jd dowang akan wat terbaik.

  18. alya

    brp lama kah kesan merah selepas pembedahan mata hilang??sy sekarang dah 2 minggu slps pembedahan tp kesan merah masih ade lg..

  19. alya

    slm..saya nak tanya lg..saya dah sebulan selepas pembedahan ptergium..keadaan mata saya agak ok dah cuma masih ade sikit lg kesan merah..seperti yg tlh dimaklumkan untuk pulih sepenuhnya mengambil masa 2 bulan kan??spjg tempoh sebulan ni sy mmg konsisten menggunakan ubat titis mata spersadex comp yg telah disarankan doktor selepas pembedahan tetapi selepas sebulan ni sy tidak menggunakannya lagi wpun mata saya belum sembuh sepenuhnya kerana saya bimbang ubat tersebut akan memberi kesan kepada kandungan saya yg berusia 2 minggu ni..persoalannya..adakah mata saya boleh sembuh macam tu je tanpa menggunakan ubat tu lagi??saya betul2 musykil sekarang ni..

    • rizal

      Salam Alya.

      Maaf saya kurang arif sgt pasal ni… cuma nk bg cadangan je.. Alya kene pergi jumpa balik doctor yg operate mata Alya tu… penjelasan/pendapat dr doktor tu sendiri lebih penting terutama bila ia melibatkan keadaan mengandung ni rasanya byk pantang larangnye… kene hati2.

    • salam kak salam tahun baru..
      terima kasih kerana bertanya. spersedex lebih kepada antibiotik.. ia hanya dipakai utk tempoh yang singkat utk menghalang sebarang radangan yang mungkin berlaku selepas pembedahan dilakukan.. akak boleh stop memakainya cuma sekiranya mata tiba2 berasa tidak selesa.. dapatkan rawatan dgn segera..

      terima kasih

  20. hani mustaffa

    selain kaedah pembedahan, ader tak cara lain mungkin penggunaan ubat titis tertentu yg boleh mengurangkan ketidakselesaan dan kemerahan mata untuk sementara?

    • selaput terjadi akibat drpd kerosakan mata putih yang disebabkan oleh kehadiran cahaya ultraungu. ia akan lebih cepat menjadi merah apabila selaput yang dah terjadi itu, terkena dgn cahaya ultraungu..
      selain itu selaput ini juga akan menyebabkan mata menjadi kering dan mengakibatkan mata menjadi merah..
      yang terbaik adalah hani memerlukan kacamata yang menghalang cahaya ultraungu (UV) drpd terkena selaput dan juga air mata palsu(artificial tears) sekiranya perlu.

      sekian terima kasih

  21. saya baru je buat pembedahan mata semalam? nak tanya sikit.. berapa lama saya tak boleh berjogging, main badminton? sebab nurse kata mata tak boleh kena air dan peluh.

    • biasanya ia mengambil masa selama 2 bulan utk pulih sepenuhnya.. ia juga bergantung kepada jenis pembedahan yang dilakukan dan bahagian mana dilakukan.
      sekiranya pembedahan katarak, maka sebaiknya tidak boleh melakukan kerja berat, takut2 boleh tergelincir kanta yang telah diimplankan ke dalam mata.
      kalau pterygium pula takpe, dan eharusnya perlu memakai kacamata yang menghalang UV daripada masuk terus kedalam mata.

  22. along

    doktor..apa kaedah pembedahan pterygium yg terbaik yer…

  23. allys

    klu mata putih ada mcm 1 garisan yg tertonjol d mata putih apa penyebabnya ya??

  24. zurkarnain bin saayon

    saya membuat pembedahan ptergium bolehkah melakukan kerja2 berat

    • salam. selepas melakukan pembedahan pterygium takde masalah utk melakukan kerja berat. cuma perlu pastikan yang mata telah benar2 sembuh dr pembedahan.

      • faisal

        doktor,mata sy ad mcm kembang atau biji diantara mata puti dan hitam.. apa sebabnya? effect tak kedepan hari

      • Faisal perlu memastikannya dgn berjumpa dr mata ya utk pengesahan mata kembang tu
        S
        Terima kasih

  25. azman

    assalamualaikum admin,..,..saya nak tanya,.. dari 4 tahun yang lalu saya pikir saya ni kena penyakit katarak,rupanya hari ini saya baru tahu,.. kalau nak bedah kat hospital kerajaan berapa kosnya,.. sebab saya bukan warganegara malayasia./wssalam,..

  26. sqlam akma. terima kasih kerana bertanya. keadaan itu tak normal dan perlu berjumpa dgn doktor mata utk dptkan rawatan. elakkan makanan yg boleh menyebabkan gatal dan byk mkn sayuran dan buah. insya allah

  27. ieda

    KALU SELAPUT YG BARU NK JADI CUBA TISTISKAN AIR ZAM-ZAM CAMPUR MADU(PASTIKAN MADU ASLI) .AMALKAN SEBELUM TIDUR

  28. ismail hadadak

    Askum, saya baru buat pembedahan pterygium Kat timberland Mata sebelah kanan. Mata saya silau Dan imej yang dilihat menjadi berganda. Baru seminggu selepas pembedahan. Saga risau Mata sebelah kanan saya jadi kabur. Adakah akan pulih penglihatan saya nanti dr?

    • Waalaikum salam ismail. Terima kasih kerana bertanya..
      Alhamdulillah ismail telah melakukan pembedahan.. cumanya prosea pemulihan akan ambil masa beberapa ketika bergantung kpd tahap pterygium yg ismail alami.. ianya akibat daripada parut yg terjadi selepas pembedahan pada kornea mata. Sekiranya masih lagi silau dan nampak berganda sila jalani pemeriksaan semula
      Terima kasih

  29. Muhamad

    salam. berapa agaknya kos untuk buang selaput mata di hospital kerajaan. risau x cukup bajet pulak nak bawa mak saya pergi buat surgery

  30. Mira

    ADMIN..
    SAYA INGIN MAHU MATA SAYA PUTIH DAN BERSINAR2 DAN JUGA. NAMPAK SIHAT… BILA SELAPUT LUAR INI MUNCUL, SYA BERASA TIDAK SELESA DAN RASA KURANG YAKIN BILA NAK BERDEPAN DGN ORG DI SEKELILING. HAMPIR TERINGIN SY NAK BUTAKAN TERUS MATA SYA.. MATA SEBELAH KIRI SYADA SELAPUT LUAR TUMBUH…

    GATAL
    BERAIR
    MERAH
    RASA ADA PASIR

    SAYA ADA DGR DRI KWN CAKAP, KALAU SELAPUT MASIH KECIL, DOCTOR TAK MAU BEDAH… TGGU DAH BESAR BARU BOLEH BEDAH.
    PERSOALANNYA BAGAIMANA KITA NAK TAHU MASIH KECIL OR BESAR SELAPUT TU NAK TUMBUH?

    • Terima kasih mira kerana bertanya.
      Semua org mahukan mata yg bersinar dan putih bersih☺
      Mira boleh berjumpa dgn pakar mata utk membuat pembedahan kecil membuang selaput luar tu dan menampal bahagian tersebut dgn sklera yg lebih putih.. tak semestinya tunggu besar atau banyak dulu br nak operate.
      Selepas itu mira perlu menjaga semula mata mira drpd terdedah dgn sinaran UV utk mata yg lebih putih dan sihat😁

  31. aisya

    alhmdllh sy pernh kena selaput Mata ni,kecik je docter ckp tnggu besar tp sy xnklh tnggu smp besar rase xyakin ..kos pihak hospital suh prepare 800
    tup2 kena rm60 je

  32. sitti asyura

    Assalalamualaikum..saya nak bertanya ye..brapa kos pembedahan katarak di HKL.
    tapi pesakit ni bukan warganegara.

    • Waalaikum salam sitti.
      Maafkan sy sitti sy x berapa pasti. Kebiasaannya utk warganegara di hospital dalam 7++ ke 8++. Bukan warganegara mungkin lebih sket
      Terima kasih

  33. sitti asyura

    Saya nak bertanya ye..berapa kos pembedahan katarak d hospital gov tuk bukan warganegara ye.

  34. norhashimah

    Salam, sy telah menjalani pembedahan buang selaput blh kanan pd bln 3 2015 yg lalu. Tetapi sehingga hari ini (okt 2015) sy masih tidak mendapat fokus yg jelas. Adakah ia kesan daripada ubat yg digunakan selepas pembedahan? Masalhnya kedua2 mata sy kurang jelas dan silau.. adakah sy mengalami masalah rabun pula?

    • Salam.
      Terima kasih kak kerana bertanya.
      Maknanya sudah 7 bulan penglihatan masih x jelas ye.
      Mcm ni kak, pembuangan selaput tu tujuannya utk buang selaput dan kemungkinan besar pembuangan selaput tu mempunyai kesan dan parut yg mengganggu penglihatan dan silau.
      Sy nasihatkan akak agar boleh berjumpa dgn pakar optometrist utk menilai tahap gangguan penglihatan kak.

      Terima kasih

  35. zue

    Nak tanya, selain operate ada x ubat lain yg boleh diamalkan contohnya, ubat kapsul@ ubat titis untuk kurangkan selaput itu?

    • Terima kasih kerana bertanya.
      Selaput ni disebabkan oleh peetumbuhan abnormal tisu mata akibat drpd dedahan uv yg melampau.
      Dan pertumbuhan ini adalah kekal.
      Utk membuangnya mmg pembedahan perlu dilakukan. Tiada ubat yg boleh menghilangkannya buat masa sekarang.
      Sekian terima kasih

  36. Bethilbie

    Salam. .
    Sya baru je lepas operate buang selaput mata kanan pada 18.12.2015 tp ada kesan selput masi timbul adakah ia akan hilang.

    • Wasalam… Selaput yang timbul itu tidak menjejaskan penglihatan… kebiasaannya Doc mata hanya akan membuang selaput yang berada pada kornea sahaja…

    • Salam.
      Terima kasih kerana bertanya
      Lapisan yg masih timbul itu adalah lapisan lebihan selaput yg tinggal dan ianya tidak mengganggu penglihatan.
      Sekiranya bethilbie merasa tidak selesa dgn kehadiran selaput yg masih timbul itu, beth boleh berjumpa dgn doktor yg merawat itu.
      Sekian terima kasih

  37. fairuz

    salam
    brape kos skang ni tuk buang selaput tuh
    sy pnye da makin membesar la.. adoi risaunye

    • Salam.
      Buang selaput tu bergantung kpd teknik yg digunakan dan byk mana selaput tu.
      Fairuz boleh berjumpa terus dgn dr mata utk rundingan
      Biasanya dlm 1k-5k

  38. Julie

    salam… sy baru membuat pembedahan selaput mata… hari ke 3 mata yang di bedah kelihatan merah yang gelap adakah itu normal??
    risau pula tgk merah gelap ni…

    • Salam.
      Terima kasih kerana bertanya
      Alhamdulillah julie telah berjaya melakukannya.
      Ianya adalah proses penyembuhan yg normal.
      Sekiranya julie berasa sakit pd tmpt tersebut sila rujuk dgn pakar mata dgn segera.
      Tetima kasih

  39. Nik NorFaezah
  40. Nik NorFaezah

    Assalamualaikum
    Saya nak tanya….
    Saya rabun dekat 150,dan silau saya 25 jea
    Perlu ke saya pakai cermin mata….
    Mata kiri,kanan berbeza power

    • waalaikum salam puan.
      terima kasih kerana bertanya
      puan memerlukan kacamata utk membantu puan membaca jarak dekat dgn baik,
      biasanya utk bantuan jarak dekat ini, puan boleh menggunakan reading glass, yg mana reading glass ini hanya boleh digukanan semasa membaca sahaja ataupun multifokal lens yang mana puan boleh melihat jauh dan dekat tanpa perlu membuka kacamata.
      terima kasih

  41. Rahsia

    Mata saya ada selaput di kedua dua belah mata.harga untuk buang selaput mata di klinik swasta berapa agaknya?area kuala trg..

    • Terima kasih kerana bertanya.
      Utk swasta kebiasaannya anggaran dlm 3k ke atas utk sebwlah mata. Bergantung kpd selaput itu sendiri.
      Sekian terima kasih

  42. zaiton

    kedua dua mata saya ada selaput ni….sekarang mata belah kiri dah seminggu merah,sakit & kabur…
    ke sehari semakin kabur penglitan saya….saya ada ke hospital kerajaan doktor ada bagi eye drops & ubat sapu dalam mata….doktor memang cadangkan saya buat pembedahan….

    saya ingat ingin menjalani pembedahan selepas raya….cuma saya nak tahu adakah kekaburan ini akan bertambah keruk sekiranya saya lambatkan masa untuk buat pembedahan….

    Terima kasih.

    • Salam puan zaiton. Terima kasih puan zaiton kerana bertanya.
      Ya puan. Kelewatan membuat pembedahan selaput berkemungkinan dapat mengurangkan hasil akhir pembedahan.
      Sekian terima kasih

  43. Anis idayu

    Hye , ank sy 3 tahun 2 hari lpas sy dh perasan dlm mata putih dia ada 1 bji mcm jerawat tu.. mata merah bahagian hjung mata… bhya tak ???

  44. Elizabeth

    Saya baru je buang ptetergium pada 15/6 di Bintulu Medical Centre untuk mata sebelah kiri. Cost RM1,200. Lepas pembedahan ada sakit sikit tapi doctor ada bagi ubat tahan sakit. Esok 21/6 jahitan akan dibuka. Mata memang merah dan rasa gatal-gatal serta kurang selesa. Mungkin sebab jahitan tu masih ada pada mata. MC setakat ni doctor bagi 8 hari sampai 22/6 tapi tak sure esok lepas buka jahitan sama ada MC akan disambung.

    Ayah dan mak saya pula buat pembedahan di hospital kerajaan untuk buang selaput (tapi sy tak pasti katarak atau ptetergium). Mak saya dah 2 kali buat di hospital kerajaan (dua-dua belah mata) & next surgery dia pada bln July nanti (after setahun untuk mata yang sebelah buat balik). Mungkin disebabkan ayah saya government staff, pembedahan tidak dikenakan bayaran termasuk la utk kos rawatan mak saya (mak saya seorang suri rumah sekarang). Cuma waiting list di hospital kerajaan agak lama (6 bulan – 1 year) untuk membuat surgery berbanding dengan private hospital which is immediate.

    • terima kasih dgn maklum balas elizabeth.
      kedua2 masalah selaput katarak dan pterygium boleh dilakukan di hospital kerajaan atau pun swasta.
      cumanya kerajaan perlu masa menunggu yang agak lama dan swasta lebih cepat.🙂

  45. soalan saya,

    bapa saya mengalami masalah pada kedua-dua belah mata mempunyai ketarak dan pengelihatan bapa kabur. kos bagi rawatan di klinik swasta dianggarkan dalam RM 3,300.00 untuk sebelah mata sekiranya buat pembedahan tidak kira selaput tebal atau nipis. rakan saya ada beritahu sekiranya selaput mata tidak tebal buat rawatan di klinik mata kos bayaran hanya RM 720.00 sahaja. disini saya terdapat kekeliruan tentang kos bayaran tersebut boleh jelaskan mengenai selaput mata tebal dan nipis berapa bayaran sebenarnya yang akan di kenakan kepada pesakit…

    • Kos rawatan selaput di klinik swasta dan kerajaan mmg berbeza.
      Klinik swasta selaput yg nipis pon boleh buat manakala di klinik kerajaan jarang merwka buat selaput yg nipis kerana masih boleh melihat dgn jelas dgn kacamata.
      Selaput tebal atau nipis memerlukan prosedur pembedahan yg sama. Sebab itulah kosnya pon sama

  46. julia

    salam..boleh tahu ttg proses pbedahan sebab saya juga mgalami masalah yg sama
    #proses pmbedahan berapa lama?
    #berapa lama masa untuk sembuh?
    #bila jahitan akan dibuka?
    #masa proses pmbedahan adakah kita sedar?
    #selepas pmbedahan sakit dia yg mcm mana mampu ke kita mnahan sakit ?

    terima kasih bkongsi info

    • Waalaikummussalam..
      1.Untuk pengetahuan Cik/Puan Julia, proses pembedahan hanya mengambil masa lebih kurang 15-20 minit sahaja untuk satu mata.
      2. Masa untuk sembuh bergantung kepada teknik pembedahan. Kebiasaannya, teknik pembedahan terkini menggunaan glue berbanding jahitan yang memerlukan masa yang lebih singkat untuk sembuh.
      3. Pesakit berada dalam keadaan sedar kerana hanya local anaesthetic sahaja yang digunakan semasa proses pembedahan sedang dijalankan.
      4. Alhamdulillah, buat masa sekarang pesakit yang menjalani pembedahan pterygium tidak mengalami sebarang masalah.

      Untuk sebarang pertanyaan lanjut, sila rujuk kepada Pakar Mata Ophtalmologist.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Create a free website or blog at WordPress.com.

%d bloggers like this: