penglihatan rabun silau

salam sejahtera kepada semua,

daripada kajian search engine yang telah saya buat, saya mendapati masih ramai yang masih keliru tentang rabun silau. masih konfius,

begitu juga yang berlaku dalam klinik.. setelah pemeriksaan rapi yang dilakukan, sebagai contoh, pesakit mempunyai rabun silau pon masih jugak bertanya perlu ke saya pakai kacamata sekiranya cuma ada rabun silau sahaja..

untuk pengetahuan umum, rabun silau adalah aslah satu jenis rabun yang mana sekurang-kurangnya terdapat 2 titik fokus di dalam mata, 1 mungkin jatuh di atas retina, satu lagi tidak fokus di atas retina.

astigmatism

tidak dinafikan individu yang mengalami masalah rabun silau masih boleh nampak, tetapi tidak jelas yang boleh mendatangkan masalah-masalah seperti berikut :-

1. pening kepala

2. sakit kepala

3. mata berair

4. pandangan berlapis

5. alahan dengan cahaya

6. penglihatan upside down

7. kabur pandangan jauh dan dekat

8. mata letih

terdapat banyak simptom2 sesorang itu mengalami masalah rabun silau dan sebaiknya harus diperbetulkan dengan kacamata. ia adalah cara yang terbaik untuk membetulkan ralat rabun silau.

diharapkan dengan pos kali ini, pembaca akan lebih memahami apa itu rabun silau. sebarang komen atau pertanyaan boleh diajukan.

selamat membaca

Categories: Penyakit | Tags: , , , , , , , , , | 356 Comments

Post navigation

356 thoughts on “penglihatan rabun silau

  1. ika

    silau kedua2 mata saya -375 adakah mslah silau akan bertambah?sy memakai spec stiap msa.adakh trdpt crmn mta yg dpt mgurangkn silau?sy tdk mgalami mslah skt kpla atau pning jika tdk memakai spec,cuma pnglihatan nmpak kabur.

    • salam ika. silau sendiri ada 2 maksud. samada rabun silau ataupun nampak bersilau. sekiranya ika tiada masalah dari segi alergy, kebiasaannya rabun silau akan maintain. jgn gosok mata terlalu kuat sebab ia akan menyebabkan rabun silau meningkat.
      cermin mata yang dapat mengurangkan silau (pandangan tak bersilau) kanta yang mempunyai optical quality yang baik seperti kanta yang design aspheric, atau double sided aspheric. dgn kualiti lapisan anti silau yang optimum..
      untuk mengurangkan rabun silau ika boleh mencuba kanta sentuh jenis keras. ia dapat mengurangkan power rabun silau ika. tetapi ia perlu dipakai secara konsisten.
      sekian terima kasih

  2. Nurul

    As-Salam..saya baru mengalami rabun silau sebelah mata kiri.. 70 something..tp dulu saya pernah ada gangguan mata masa migraine then..saya trus xpakai spek..
    saya xselesa nak pakai spek..
    boleh cadangkan kanta lengkap keras yang macam mana perlu saya guna?

    • waalaikum salam.
      terima kasih bertanya nurul.
      daripada kenyataan nurul tadi, mungkin nurul boleh memilih bingkai yang lebih ringan.
      kedua, untuk kanta sentuh nurul perlukan toric lens because of that rabun silau. u can try softlens toric.
      but make sure mata nurul sihat sebelum memakainya. jalani pemeriksaan rapi dulu ye.

      terima kasih

  3. arol

    adakah rabun ilau akan maintain jika tidak memakai kanta

  4. sya

    salam
    saya rasa mata saya rabun silau. jauh n dekat saya tak nampak.plak tu saya pakai spec pon still tak nmpk n mata saya nampak lebih besar dengan spec tu…mungkin awk boleh bgtaw saya ada tak ubat untuk mslh saya atau cara untuk kurangkan silau?/

  5. yuna

    salam, saya mempunyai masalah mata dimana mata saya tidak tahan dgn cahaya dan cepat berair. Tapi, saya boleh lagi melihat dgn jelas dr jarak jauh mahupun dekat. Adakah itu yg dipanggil rabun silau? Perlukah saya memakai spek?

    • salam.
      terima kasih kerana bertanya. daripada kenyataan yang yuna nyatakan disini, terdapat beberapa faktor yang kemungkinan terjadinya begitu.
      1. perlu melakukan pemeriksaan kornea. mungkin mata agak kering.
      2. mungkin selaput mata, perlu check kanta mata.
      3. kesihatan kelopak mata mungkin berkelumumur
      4. allergy.

      yuna perlu lakukan pemeriksaan mata penuh ye, samada di optometrist praktis, atau ophthalmologist
      sekian terima kasih

  6. bayzura

    salam..

    untuk pengetahuan, sebelum ini sy tidak mempunyai masalah rabun. namun, selepas mengalami masalah sakit mata (jangkitan dr ahli keluarga – mata merah, bengkak dan berair) sy terus mendapat masalah rabun. sy ke kedai cermin mata utk periksa tahap rabun tp org kedai ckp mungkin effect dr sakit mata.

    untuk pengetahuan juga, secara zahir sakit mata saya sudah pulih tp masalah rabun masih ada.

    mcm mana?perlu la saya buat cermin mata. kerana sekarang saya masih tidak boleh memandu kereta dengan keadaan rabun.

    • salam bayzura,
      daripada kenyataan yang bayzura alami, kemungkinan jangkitan itu telah pulih sepenuhnya, tetapi masih terdapat parut yang dalam yang memberi kesan kepada tahap penglihatan. sila jalani pemeiksaan penuh dan berjumpa dgn doktor mata utk memastikan jangkitan kuman yang dialami telah benar2 pulih dan hanya memerlukan kacamata untuk mendapatkan penglihatan yang lebih baik.

      sekian terima kasih

  7. boran

    salam..saya pun mempunyai masalah rabun silau ni setelah mengalmi sakit mata sepeti saudari di atas..n saya dah buat spec atas nasihat pekedai yg cek mata sayala..but then saya rase pakai atau tidak tak beri efect kepada saya..saya punya rabun pun sekadar lebih kurang 75 saje..masih perlu kekalkan pemakaian spec atau tidak? sebab saya rasa macam tiada perbezaan kejelasan pandangan saya. masalah utk tak nampak tu hanya berlaku pd masa2 trtentu shj..ape perlu saya lakukan?

    • salam boran.
      rabun yang sedikit memang kurang perbezaannya dari segi penglihatan. adakah masalah sepeti sakit kepala, pening silau masih sama kadar jadinya jika dibandingkan dgn tanpa memakai kacamata? sekiranya masalah sama dihadapi, ujian saraf perlu dilakukan untuk mengenalpasti sebarang ketaknormalan didalam kepala.
      sekiranya simptom2 yang saya nyatakan tadi beransur hilang, maknanya ia lebih kepada masalah rabun yang sedikit itu yang penyebabnya.
      terima kasih

      • boran

        hmm ape contoh ketaknormalan dlm kepala tu? kalaulah ianya lebih kepada masalah rabun yg sedikit tu, perlu ke saya teruskan pemakaian spec? atau kalau tak pakai pun tape?
        thanks for the info =).

      • contoh ketaknormalan seperti barah otak, ketumbuhan yang berlaku dalam kepala, saraf optik yg terluka dan sebagainya.. 🙂

      • boran

        oo..jadi perlu teruskan tak pemakaian spec yg sedia ada?

      • ye boran. sebaiknya teruskan.. 🙂

  8. haslina

    salam, saya nk bertanya ank saya berumur 5 tahun dan mengalami masalah rabun silau. mata kanan 125 dan mata kiri 275. adakah perlu untuk kanak2 seusia dia memakai kacamata?

    • slam haslina.
      terima kasih kerana bertanya, saya tahu haslina berada dalam dilema, “budak2 pakai spek” tak awal sangat ke??”
      untuk pengetahuan haslina, kanak-kanak yang berumur dibawah 6 tahun yang mempunyai masalah penglihatan akan menjejaskan proses perkembangan saraf matanya. dan ini yang mengakibatkan banyak mata budak menjadi malas, dan akhirnya menjadi juling. sekiranya juling berlaku ia adalah tahap akhir perkembangan saraf mata. dan terapi penglihtan perlu dilakukan semula agar penglihatan kembali normal, dan dalam masa yang sama ia akan mengurangkan deviasi juling itu( angle of deviation).
      saya nasihatkan haslina membenarkan anak haslina memakainya sentiasa dan dalam masa yang sama pantau perkembangan penglihatannya, pastikan haslina tahu tahap penglihatan terbaik dgn kacamata, 6/6 adalah penglihatan terbaik. sekiranya gagal, terapi penglihatan harus dilakukan, bagi memastikan perkembangan penglihatan dansaraf berada dalam keadaan baik..
      terima kasih

  9. R : -7.25 L: -7.15 (RABUN) / R: -1.75 L: -1.70 (SILAU)

    Salam. saya ingin tanya 2 soalan.. sejak saya bekerjaya silau saya makin meningkat. 1) adakah sebab saya silau rabun saya turut meningkat sekali? .. 2) perlukah saya memakai spec yang jenis kanta double-sided aspheric atau pkai contac lens softlens jenis toric? kalau boleh saya ingin turun Rabun dan silau..

  10. nana

    salam. saya pernah pergi ke kedai cermin mata di HUKM. lepas testing, dia kata saya rabun silau.
    rasanya betul kerana pernah saya hon sebuah kereta hanya kerana lampu dia terlalu tinggi, sedangkan kawan saya ckp lampu kereta sebenarnya rendah. Malah, apabila sy memandu pada waktu mlm saya tidak dpt melihat dgn jelas kereta di belakang melalui side mirror kerana cahaya lampu terlalu silau. .
    Persoalannya, Adakah sy mmg rabun silau? Dan Berapakah kos utk membuat cermin mata?

    • salam nana,
      terima kasih kerana bertanya
      daripada kenyataan yang nana maklumkan disini, YA nana mempunyai rabun silau dan memerlukan cermin mata. ianya terjadi apabila cahaya yang masuk kemata tidak dapat difokuskan dengan tepat lalu menyebabkan silau.. ataupun yang sebenarnya nana mempunyai rabun jauh walaupun mungkin nana rasa nampak, tetapi ianya agak kabur dan mungkin juga nana perlu mengecilkan mata sedikit, bagi membolehkan nana melihatnya dgn jelas. selain itu rabun silau juga boleh terjadi disebabkan daya memfokus dekat yang kurang baik atau lemah, keadaan kornea mata yang mempunyai parut yang agak dalam dan kekal, juga kanta mata yang sudah mempunyai selaput. dapatkan pemeriksaan lengkap mata sebelum memakai kacamata.
      utk power rabun silau dan mengurangkan silau, kanta yang minimum utk mengurangkannya, nana boleh memilih kanta yang mempunyai lapisan anti-silau (multicoated) yang semurah rm95 cuma kualiti permukaannya yang mudah calar atau pon boleh memilih kanta anti-silau beserta lapisan tahan calar yg bernilai rm1++

      terima kasih

  11. locozz

    Saya ingin bertanyakan pendapat mengenai toric lenses. Brand apa yg paling tuan rekomen? Dari segi keselesaan, kurang iritasi dan boleh pakai lama. Saya rasa soflens toric kurang sesuai sbb kadar kemasukkan oksigen kurang. Saya memakai Ciba Vision Air Optix For Astig (Silicone hydrogel) ianya selesa tetapi lepas 6-8 jam pemakaian saya rasa kanta tu kering. Adakah sbb kandungan air rendah?(33%). Saya tgk kebanyakan silicone hydrogel lenses mempunyai kandungan air rendah iaitu bawah 50%. Tetapi, saya ada terbaca yg kandungan air rendah sesuai utk mata yg kering, betulkah? Saya ingin mencuba Biofinity toric ataupun Acuvue Oasys tetapi saya tak tau macam mana nak dptkan trial lenses. Optometry yg saya pergi mmg recommendkan saya pakai Air Optix tapi saya ingin cuba lenses lain sama. Adakah tuan boleh tolong dptkan kit trial lenses ni?

    • hi lacozz,
      daripada kenyataan yang lacozz nyatakan disini, ia adalah fenomena normal bagi mereka yang dah biasa memakai kanta sentuh.. iaitu mata kering.
      beberapa perkara perlu diambil kira.
      1. memilih kanta sentuh yang lebih rendah kandungan air (lacozz dah buat) silikon hidrogel semuanya mempunyai kandungan air yang rendah
      2. kurangkan tempoh pemakaian
      3. pakai rewetting drops dgn lebih kerap, supaya kornea tidak melekat dgn kanta sentuh.
      4. jalani terapi mata kering, ada ubat di farmasi utk mengurangkan mata kering, bukan ubat untuk menambah air mata. ia tidak membantu.

      kalau lacozz tukar kanta sentuh jenis silikon, tetapi masih juga kering, maknanya bukan salah pada kanta sentuh itu, lebih kepada kesihatan mata kita lacozz.

      sekian terima kasih

  12. locozz

    Satu lagi, ini sekdar utk pengetahuan, macam mana nak dptkan bacaan base curve cornea mata kita? Ada mesin yg boleh ukur? Satu lagi apakah maksud Axis utk power cylinder tu? Klu cornea kita tak sekata, adakah tak sekata pada sesuatu sudut sahaja? Sekadar ingin tahu.

  13. syazana

    saya m’punyai rabun silau. tp sy ada frame lama, sayang nak beli baru. bolehkah sy guna frame yg lama, hanya tukar lens shj? bagaimana sy boleh tahu sama ada lens tersebut utk rabun silau atau tidak?

    • salam. terima kasih bertanya.
      sekiranya frame lama masih baik, boleh guna lg tp kalau alignmentnya dah lari perlu tukar yg baru bg mengelakkan pening dn sakit kepala.
      utk mengetahui samada ianya adalah rabun silau sebenarnya rabun silau adalah rabun dan sekinya kita memakainya penglihatan kita akan menjadi jelas maka rabun silau twlah dibetulkan. sekiranya rabun silau masih lagi ada, rabun tidak dibetulkan dgn baik.

      terima kasih

      • suhada

        Salam,cik bru²ini sya ada chek mata..so sya rabun silau
        SPH CYL AX
        (R)=+0.25,-1.00,38
        (L)=+0.25,-0.59,150
        PD=62

      • Dalam cik suhada
        Terima kasih kerana bertanya
        Merujuk kpd power yg suhada bgtau berkemungkinan suhada ada masalah silau.
        Sila buat pemeriksaan yg terperinci dgn pakar optometrist
        Terima kasih

  14. moon

    salam kristaloptometrist,

    rabun silau di mata kiri 250 dan mata kanan 150, mata saya baru saja pulih dari conjunctivitis, tapi masih bengkak di sekitar mata, sejak itu pandangan mata saya semakin kabur..
    adakah ianya serius? perlukah saya memakai cermin mata?

    • salam moon. terima kasih kerana bertanya.
      daripada apa yang moon nyatakan disini, konjunctivitis itu mungkin menyebabkan kornea mata moon berparut yang menyebabkan pandangan jadi kabur dan terjadinya rabun. dapatkan rawatan konjuctivitis yang sebaiknya dan sehingga pulih. kemungkinan juga kadar rabun moon akan berubah lebih baik selepas konjunctivitis pulih ataupun masih terdapat rabun yang masih lagi tak pulih, justeru pemakaian kacamata lebih baik.

      terima kasih

  15. zul hafiz abdullah

    salam..nak tanya..sya bru saja cek mata..saje suke2 sbb kwan2 sya cek mata…tpy bile tgok result, mata sya ade masalah rabun silau knan 125 kiri 150..perlu ke sya pkai spec?..sbb ade yg suh sya pkai dan ade juga yg ckp x perlu sbb org kedai uh nak cri duit je suh sya buat spec..sarankan sya ape yg terbaik untuk sya lakukan..terima kasih..

    • salam zul hafiz, terima kasih kerana bertanya. sekiranya zulhafiz tiada masalah dgn penglihatan, tak perlu pakai kacamata, ini kerana pemeriksaan yang hanya menggunakan komputer adalah amat meragukan.
      saya sarankan agar zulhafiz jalani pemeriksaan yang terperinci dgn optometrist bertauliah seandainya zulhafiz mengalami masalah penglihatan.

      sekian terima kasih

  16. nur aslah

    assalamualaikum..saya sering mengalami kesakitan pada bahagian mata (rasa berdenyut yang teramat).kebiasaannya saya akan sakit bila saya buat aktiviti luar rumah, menghadap komputer, tetapi bukan setiap kali saya lakukan aktiviti ini akan sakit,cuma ada masa2 tertentu sahaja.refer ke bahagian pakar mata, doktor suspek gluacoma tapi hasil 2 kali ujian negatif.sakit di bahagian mata masih lagi terasa cuma x berkala. bila pergi kedai cermin mata, cek silau just 50 je.adakah sakit yg saya alami ini disebabkan silau dan perlukah saya memakai cermin mata?

    • waalaikum salam nur aslah.
      terima kasih kerana bertanya..
      ianya mungkin lebih dekat dengan komputer vision syndrome. dalam bahasa lain astenopia, ataupun eyefatigue (mata letih). ya,power 50 mungkin dirasakan sangat sedikit tetapi ianya sangat signifikan dalam stabiliti penglihatan. nur aslah juga perlu menjalani pemeriksaan konvergen dan kekuatan kanta mata untuk memfokus dekat. mungkin ingat rabun jauh je yg problem, tetapi sebenarnya rabun dekat pon dah ada sama

      sekian terima kasih

  17. Nor

    salam…..anak saya selalu mengadu sakit kepala di selah kanan…setelah di periksa mata dia mengalami rabun silau 75 di kedua mata…perlukah dia memakai cermin mata….

    Terima kasih untuk jawapan anda..

    • salam nor.. terima kasih kerana bertanya.. daripada kenyataan kak nor, anak kak nor memerlukan kacamata. ia lebih dikenali sebagai optical migrain yang sakit kepala hadir disebabkan rabun yang dihadapi. insyaallah selepas memakainya, sakit kepala anak kak akan hilang

      sekian terima kasih

  18. ain_niqpa

    salam..saya mngalamai sakit kepala yang berlarutan, dan ia menybbkan rutin hrian saya sbgai stdent terjejas, sya dah pom mmbuat pmrksaan mata..kptsan nya rbun jauh 100 sblh kiri, dan rbun dekat dan silau sblh kanan, 75 dan 50(silau)..adakah saya diharuskan untuk mmkai spec?? atau sakit kepla itu hnya sbkkn fctor2 lain shja confusee…tengss, =D

  19. ekin

    assalamualaikum? sy mempunyai masalah rabun silau, pada mata kanan silau sy adalah 425, pd mta kri pula 300, bg sy ia terlalu tinggi kerana umur sy baru 20. sy tahu ini sudah kritikal, adakah cara untuk menyembuhkan atau mengurangkan rabun silau sy?

    • salam ekin. selamat hari raya..
      terima kasih kerana bertanya..
      rabun silqu biasanya maintain dan jarang naik kecuali bagi mereka yg ada penyakit mata keratokonus yg menyebabkan rabun silau akan semakin naik.
      utk mengurangkannya ekin boleh memakai kanta sentuh jenis separa keras untuk membentuk semula kornea hadapan mata ekin lalu akan menyebabkan rabun silau ekin akan semakin berkurang.
      kedua ekin boleh melakukan operation LASIK utk mengurangkan terus rabun silau ekin..
      ketiga jangan menggosok mata ekin kerana ini boleh mengakibatkan rabun silau ekin dikhuatiri bertambah lagi..

      sekian terima kasih

      • ekin

        selamat hari raya jugak…
        blh sy tahu brapa kos utk kanta sentuh jenis separa keras dan kos utk operation?

      • kanta sentuh separa keras antara rm6++ ke 9++ untk sepasangdan untk operation drpd 2+++ ke 4+++ utk sebelah mata.. 🙂

  20. Nancy

    Hye..nk tnye…u rase mata i ni rabun silau x??bab bila sya trkena sinaran mthari,mta sy akn brair dan sakit kpala..bila i pkai kontex lens,n tngok ke arah cahaya mtahri, mata saya mcm kena habuk taw..asyik brair..n kpala asyik pening..bila itu trjadi,sya tak mampu nk buat apa2 krja sbab mata sakit,kpala pening..dh tu,pnulisan novel sy trpaksa sya hntikan sbb stiap kali sy nk mnulis,dunia mcm brputar..

    • hy nancy,
      terima kasih kerana bertanya,.. daripada kenyataan yang nancy nyatakan disini, kemungkinan besar nancy mengalami maslah rabun silau ataupun masalah rabun ddekat. sila jalani pemeriksaan yang terperinci supaya masalah sebenar yang dihadapi nancy dapat dikenal pasti.

      sekian terima kasih

  21. haniza

    hai.. sy nak tumpang tny… cmne kalau sy ade rabun R 175, L 150.. silau kanan takde tp kiri 150..setakat ni sy tak de mengalami masalah2 mcm pening2 kepala atau susah nk tgk objek yg berada pd jarak yg jauh.. tp ble sy drive waktu mlm… sy mmg akan rasa bengang sbb sy slalu rase semua kereta yg lalu pasang lampu tinggi.. paling sy rasa kurg selesa sy tak dpt tgk cermin belakang sbb silau sgt… lagi satu sy tak bercermin mata n bru jek cek mata tau yg sy ade rabun..

    • salam haniza terima ksih kerana bertanya.
      kebiasaannya sekiranya rabun sudah tinggi, jarang yang akan sakit kepala, sebaliknya kabur penglihatan yang pasti, dan silau..
      saya nasihatkan agar haniza melakukan pemeriksaan yang terpeinci dgn optometri yang bertauliah, dan menempah kacamata dan memakainya sentiasa..

  22. TK

    Salam… Saya ingin bertanya, beberapa bulan lepas saya pernah cek mata. Waktu tu, rabun kiri 75, kanan 50, dan dua-dua silau 150. Tapi waktu tu saya tak buat spek lagi, sebab kawan-kawan kata tak pakai spek pun tak apa. Tapi sekarang ni, bila cek balik resultnya jadi macam ni pula… rabun kiri 25, kanan tiada rabun dan dua-dua belah mata silau jadi 175. Selalunya saya boleh nampak dengan jelas. Pandangan jadi kabur hanya pada waktu tertentu sahaja, contohnya bila waktu malam, selepas lama menghadap laptop, dan ketika duduk jauh dari slide waktu kuliah.

    Adakah ini dikatakan rabun silau? Bagaimanakah caranya untuk mengurangkan masalah ini? Sekiranya saya perlu memakai cermin mata, jenis apakah yang disarankan dan berapakah kosnya?

    Terima kasih…

    • salam TK.
      terima kasih kerana bertanya.
      rabun silau atau astigmatism terjadi apabila cahaya yang mesuk ke dalam mata terfokus pada 2 titik. satu pada retina dan satu agi jauh daripada retina. oleh hal yang demikian, kadang2 penglihatan kita ok, dan pada masa2 tertentu, penglihatan kita kabur.
      ya, tk mengalami maslah rabun silau dan mmerlukan kacamata utk mengurangkan maslah ini. kebiasaannya ia kekal dan adalakanya ia akan menjadi lebih tinggi.

      sekian terima kasih

  23. Siti

    Salam..
    Tumpang tanya..Saya sudah pkai spec selama 17tahun dan teringin menggunakan contact lense..
    Saya pergi ke kedai spec dan check dan mereka ckap silau saya terlalu tinggi (dua-dua belah 500). Mereka suggest guna permanent lense RM6++ Adakah berbaloi sy pkai cl ni?Boleh kurangkan silau ke?and boleh terang lg detail tak apa itu permanent lense..

    Terima Kasih..

    • salam siti..
      ye siti lens jenis rgp atau separa keras boleh mengurangkan rabun silau kerana kanta ini akan reshape balik kornea siti menjadikannya lebih flat dan sekaligus mengurangkan rabun silau siti..

  24. Salam… Saya ada masalah rabun jauh dan RABUN SILAU.. Saya pakai cermin mata sejak dari sekolah rendah.. Dan kini saya ingin buat kanta lekat (kontek lens) .. Tetapi orang kedai itu beritahu bahawa saya mengalami rabun silau yang tinggi (power 300) .. sedangkan rabun jauh saya di sebelah kiri adalah 150 kanan 250 ..

    Soalan saya ADAKAH CARA UNTUK MENGURANGKAN RABUN SILAU SAYA INI…. ??

    Sekian terima kasih…

    • salam hermano..
      utk pengetahuan hermano, ada kontek lens utk rabun silau skali.. kita panggil toric lens..
      dan utk mengurangkan rabun silau, biasanya hermano, kami cadangkan kanta sentuh separa keras (RGP) ia dapat mengurangkan rabun silau hermano dan hermano perlu memakainya utk bebrapa ketika, utk kanta sentuh rgp itu memberikan kesan kapada kelengkungan kornea mata hermano..

      sekian terima kasih

  25. ayu hidayu

    salam…. ari 2 sy baru perasan yg mata sy agak kabur ble membuat keje menggunakan komputer . then sy pergi check n ternyata sy ada rabun silau sbyk 100 kiri n kanan . . adakakah itu tinggi ?? n
    memerlukan sy untuk memakai cermin mata ???

    • salam ayu,,
      terima kasih kerana bertanya..
      daripada kenyataan yang ayu nyatakan disini, ya ayu memerlukan kacamata utk membetulkan pandangan ayu apabila melihat komputer.. ianya tidak tinggi tetapi ia akan mengganggu penglihatan ayu yang mengakibatkan mudah terjadi sakit kepala, pening2, silau dgn matahari atau cahaya diwaktu malam.. sesetengah kes, boleh menyebabkan muntah2 juga..
      sekian terima kasih

  26. Aisyah

    Salam . bbrp bln yg lps , sy ad check mte sy .resultny , rabun sblh kiri , 50 n knn 25 . mnkLa , rabun silau kdue2ny , 50 . Sjk kblkgn ni , sy kerap skit kple kalau sy tgk lampu , chy matahri , lmpu krta . pt0t k sy check skali lg ? adakah p0wer mte sy btmbh ? harap ley tlg sy .

  27. ayda

    salam..sy slalu jgk mengalami sakit kening di antra bahagian kening dgn mata…bila sy tgk PC mata sy mcm berkedip2..dan rse pening…adakah itu petanda rabun silau???harap dpt beri maklumat….tq

    • salam ayda..
      terima kasih kerana bertanya..
      ia, ia adalah tanda2 astigmatism.. dan mungkin juga ayda ada mengalami masalah mata letih.. sebaiknya anti-fatigue lens dapat membantu ayda.. pakai kacamata anti-fatigue semasa berhadapan dgn pc dan membaca atau memfokus dekqt. selamat insyaallah

  28. faizah

    salam..sy nak tanya..mata sy bru2 ni sering nampak garisan cahaya bergaris…kemudian nampk objek seperti ada dua….tp kejap2 jer..kdg2 ok..sy memg x boleh drive bila waktu mlm sbb rasa silau…sy pernah wat cermin mata tp rasa pening..pastu terus x pakai..adakah sbb x pakai cermin mata menyebabkan sy mengalami simpton di atas..

    • salam faizah. terima kasih kerana bertanya..
      drpd kenyataqn yg faizah nyatakan disini. kemungkinan faizah mengalami masalah
      1. binocular balancing,
      2. rabun silau
      3. otot mata lemah.
      faizah memerlukan pemeriksaan penglihatan yg terperinci sebelum memakai kacamata.
      sekian terima kasih

  29. hidayah

    salam…dear admin,

    sy nk tanye bpe harga utk lens power + silau…n lagi satu, ade x, lens colour yg ade power + silau ?

    • salam kembali.
      terima kasih.kerana bertanya
      hmm itu kite panggil toric lens. harga nya ikut kpd brand. biasanya dlm lingkungan rm1++.
      utk colorlens, pon ada yg toric. tp agak kurang femes

      • hidayah

        brand ape ye…1++ utk 1month or 3month?btw,power sy xsame utk kiri n kanan..harga still same ker?

      • bauch n lomb..
        1 kotak ada 6 keping.. utk 3 bulan.. kalau power tak sama mata kanan dan mata kiri, perlu beli 2 kotak.. dan ada 12 keping semuanya bermakna utk pakai 6 bulan

  30. ita

    salam..6tahun lpas sy ada buat pemeriksaan mata n sy mgalami silau 200 kiri 50 knan..stahun yg lalu sy bt checkup smula 350 kiri 100 knan akhir2 ni sy kerap sakit kpala n kdgkala muntah.sy dh buat spec tp jarang pakai.adakah ini yg mybabkn power mningkat n kerap sakit kpla?

  31. effa

    salam…sy ada rabun silau, (R) S: -1.75 (L) S: -1.50 dan (R) C: -0.50 (L) C: -1.25 PD=58 sy dah buat spec,tpi sy hanya pakai time memerlukan jer cam menonton tv, time guna laptop,..@ ape2 jer yg myebabkan sy x selesa terutama pd cahaya ia buat mata sy pedih dan berair..yg jd masalah nye nape bila sy pakai spec pun mata sy still nmpak blurr kat semua bnda sy lihat lbih2 lg tulisan..so,sy terpaksa kcil kan mta untuk melihat objek dgn jelas…situasi ni m’buatkan sy kurang selesa..agak2 nye nape ek. jd mcm tu??

  32. wahiey

    salam..aritu sye bru jeh cek mata..sy ade rabun silau 50 utk mata sblah kiri..
    jadik perlu tak sye buat spec mata??
    sbb lately bile tgok laptop or tgok projector mate sye akan berair mcam menangis pulak..aduih pastu sume keja pown tak jadik..skit kepale kat bahagian belakang n tpi kanan pown ade sekali..

    • salam wahieyy
      terima kasih kerana bertanya
      ye wahiey memerlukan kacamata utk mengurangkan simptom2 yg wahiey hadapi skarang ni..
      in syaa allah akan bertambah baik

  33. amir kapal

    Salam.. Sya ingin brtanya, sya dh lampa tau sya ada masalah rabun silau. Kira2 setahun lepas silau sya belah kanan 2.50 kiri 1.50. Tp sya x penah mgunakan kaca mata. 2 bln lepas sya mbuat pemeriksaan dikdai cermin mata silau sya mningkat kanan 3.75 kiri 2.00. Minggu trus mynimgkat kanan 4.00. Kiri 2.00 .s

    • amir kapal

      Tp sya x penah mngidap pening kepala. Cuma penglihatan kabur pd jarak jauh. Mata cpt letih ketika memandu siang hari. Adakah cara lain utk rawatan rabun silau melakui cara moden atau traditional selain memakai kaca mata. Dan berapa kos rawatan? Terima kasih.

      • salam.amir. masalah yg amir hadapi ini agak complicated..
        1 sy syorkan sebelum buat ape2 rawatan amir perlu pakai kacamata kerana mata amir menunjukkan ianya tak stabil sebab power tupon x stabil.. die takkan naik sampai mcm tu skali amir..
        carila optometri yg bertauliah ye bukan yg main pakai mesin check tu je

  34. ashikin

    Salam saya ingin tanye..
    1.last year sye perikse sye ade rbun silau yg mane knn 75 kiri 50..skrg sye perikse rbun silau knn 100 rbun jauh kiri 75 sye ade mengalami masalah pening.perlu ke syepakai cermin mate?
    2.pada tahap rabun apakah yang menyuruh kite untuk pakaicermin mate?
    Diharap pihak anda boleh memnantu sye

    • salam shikin terima kasih kerana bertanya.
      hmm nampaknya shikin memerlukan kacamata dan perlu memakainya secara berterusan.. hal ini kerana masalah rabun silau yang shikin alami menyebabkan shikin selalu pening…

      tahap rabun yang memerlukan kita memakai kacamata adalah apabila tahap rabun itumenyebabkan masalah2 seperti berikut :-
      sakit kepala, pening, pedih mata, mata berair, pandangan kadang2 kabur,

      walaupun powernya cuma 25 shj..

  35. seha

    salam

    mata kiri sya terasa pedih lbih2 lg kalu terkena chaya,say selalu tidur lewat dan selalu buat kerja depan lptop.mata terasa mcm ade pasir dan sering berair,saya blum check up lg.adakah ini merupakn masalh silau??

    • salam seha,
      terima kasih kerana bertanya..
      ia merujuk kepada mata kering,,
      sila berjumpa dgn pakar mata utk mendapatkan rawatan..
      kalau tak ia akan melarat menjadi keratitis, kornea rosak

      sekian terima kasih

      • Ida

        as salam. saya juga alami masalah yg sama mata sebelah kiri- MATA BERAIR, PEDIH & TERASA BERPASIR cuma keadaan tu berlaku pada waktu malam terutamanya. saya pernah cek dgn optometrist, dia cuma kata kornea saya ada kesan calar (kesan dari habuk kot). pernah 2x rawatan dan sembuh tetapi berulang kembali baru2 ni. apa maksud ‘akan melarat menjadi keratitis? adakah kesan yg sama juga akan berlaku pd saya kerana punca mata gitu sebab kesan calar. saya juga mengalami silau – lebih ketara pada waktu pagi bila melihat cahaya matahari. harap dapat membantu beri penjelasan, terima kasih.

      • salam ida. terima kasih kerana bertanya.
        ida mengalami masalah mata kering. ataupun air mata ida tidak dihasilkan dgn lengkap dan sempurna mengakibatkan habuk2 tidak dapat kluar dr mata, ida tonyoh mata ida dan menyebabkan calar. keratitis adalah sejenis masalah kornea yg lebih extrim drpd calar. ianya cuma memerlukan artificial tears sentiasa untuk melembapkan permukaan kornea ida.

        sekian terima kasih

  36. kery

    assalam…petang tadi saya pegi check mata..keputusannya saya ade rabun silau 75 sebelah kiri..tp sebelah kanan tidak ade apa2 masalah…adekah saya perlu pkai spec??

    • salam kery. salam tahun baru.
      kery memerlukan kacamata sekiranya kery menghadapi simptom2 spt mata berair, sakit kepala, pening, pandangan tiba2 kabur samada jauh dan dekat ataupun kena mengecilkan mata.

      sekian terima kasih

  37. Lily

    assalamualaikum,,,,
    anak sya brusia 12 thun dan mngalami rabun jauh dan dekat silau mata kiri 175 dan kanan 50,,, walaupun saya dah bawa dia jumpa pakar mata kerana sintom yg di alaminya seperti pening, sakit kepala, mata berair , bnyak mengeluarkan tahi mata,,, dan susah utk bngun pagi masih juga belum sembuh,,,dia dah guna spec ,, tapi masih belum sembuh juga,,, apa yang patut saya buat???

    terima kasih..

  38. amanda

    salam.

    Baru-baru ini saya telah memeriksan mata memandangkan saya kerap sakit kepala…keputusan yang saya dapat ialah
    R SPH
    – 2.00

    L SPH
    – 1.25

    PD= 62

    Apakah maksudnya? Menurut pekerja Optical itu, mata saya memang bermasalah rabun silau…Apakah penyelesaiannya & adakah sakit kepala saya ini berkaitan ? Adakah sakit kepala saya ini akan hilang selepas memakai cermin mata?

    Sekian, harap dapat membantu.

    • salam amanda.
      terima kasih kerana bertanya..
      sy nasihatkan agar amanda tidak percaya seratus peratus kpd mesin check mata shj kerana ia kemungkinan besar tidak tepat. jalani pemeriksaan yg teliti dgn pakar optometri dan dptkan nasihat yg sebaiknya..
      kalau komplen cume sakit kepala dan tiada komplen utk penglihatan kabur, kemungkinan power rabun jauh takla tinggi mcm yg tertera tu..

      sekian teruma kasih

  39. fianna

    heloo..saya nak bertanya..baru-baru ini saya ada jumpa dengan doktor berkaitan dengan sakit kepala dan ianya di sahkan saya mengalami simptom migraine..masalahnya migraine itu datang bila saya terdedah dengan cahaya yang terang lebih tetap silau..ianya juga membuatkan mata saya pedih dan sakit..hinggakan sukar untuk membuka mata kadang-kadang…keadaan ini semakin kerap saya alami saban hari..terfikir juga nak pakai cermin mata berdasarkan nasihat kawan-kawan..tapi saya sendiri tak yakin..jadi boleh minta pandangan sikit berhubung masalah yang saya hadapi..
    terima kasih.. 🙂

    • hello fiana.
      terima kasih kerana bertanya.
      sebahagian besar masalah migrain disebabkan oleh ralat ataubrabun penglihatan yg tidak dibetulkan. adalah sebaiknya fiana boleh memakai kacamata jenis transition utk mengurangkan silau terutamanya dgn matahari. dan perlu memakainya sentiasa. sekiranya masih juga sakit kepala dikhuatiri kemungkinan ada masalah di dalam kepala.

      sekian terima kasih

  40. Aisyah

    Dear ,
    beberapa bulan lalu , sy pergi check , rabun jauh , mata kiri 50 , kanan lak , 25 , tp silau , 50 dua – dua mata nie . perkerja kat situ cakap , takyah buat spec lg , sebab sikit rabun jauh , tp pekerja yg soram ag , kwn dy jugak ckp , baek buat spec sebab rabun silau . disini , saya nak kepastian sama ada , sy nie rabun jauh or rabun silau ? kadang2 mata sy berair jugak ble bce lame2 dan ngadap laptop lme2 .
    untuk pengetahuan , ibu saya ad rabun jauh 200 due belah mata . harap dear ley tolong sy nie . pliss …..

  41. faezah

    assalam,
    sebelum ini saya pernah buat spec dekat kedai spec dalam tesco.lepas die dapatkan power yg sesuai untuk saya,dia suruh saya test pandang ke dalam tesco tu.sememangnya power silau sy tinggi juga tp x igt berapa…bila pandang dalam tesco,sy masih xdpt penglihatan sharp pada tulisan yg tergantung.blur tp masih boleh dibaca sbb tulisan besar.bila cakap pada org kedai tu,dia ckp mata sy bermasalah sbb dia xbole lagi tambah power sy,kalau tak jadi over power pula.

    apakah kemungkinan masalah bila mata yg xdpt fokus dgn tepat walaupun dah ada aid dr spec?

    sekarang pula,penglihatan sy paling buruk pada waktu2 senja.tak boleh driving waktu ini kerana penglihatan paling kabur walau memakai spec.penglihatan waktu malam ok, walau x sebaik waktu siang.adakah itu tandanya power silau saya meningkat?

    terima kasih.

  42. azzlina

    Salam.
    Saya mempunyai hampir kesemua simptom yg dinyatakan diatas.. saya juga memakai spec sejak 3 thn lalu..tp masalah sy tidak ‘dirawat’ sepenuhnya dgn pemakaian spec kerana setiap kali ke kedai spec utk pemeriksaan, pihak optometris sering menyatakan yg saya tidak rabun/rabun sikit saja.. adakah saya perlu dptkn rawatan pakar kerana saya seringkali sakit kepala bila terdedah dgn matahari terutama waktu tengahari dan tidak mampu memandu pada waktu mlm.. masalah ini juga sering mmbuatkan saya sakit kepala sehingga mndatangkan rasa loya. saya juga pernah pitam selepas diserang rasa sakit dlm mata yg mmgganggu penglihatan saya.. adakah ia berkaitan?

    terima kasih atas penjelasan.

    • salam azzlina..

      terima kasih kerana bertanya.. masalah yg dihadapi azzlina lebih merujuk kpd masalah silau. walaupun powernya sedikit, azzlina boleh mencuba memakainya utk kita nak identify kemungkinan masalah lain yg dihadapi azzlina.

      sekian terima kasih

  43. Noor fazillah bt mohamad sobri

    Salam… saya ingin bertanya.. kerjaya saya mmg menggunakan komputer setiap masa. Mslh saya sejak kblkgn ini, saya sering rasa tegang pd bhgn leher, pening kepala dan bhgn mata rasa letih. Jika lihat sreen trlalu lama mata jd kabur. Saya tlh buat ujian mata cuma ada silau pd mata kiri iaitu 50 shj. Apakh penyelesaian bg mslh saya. Pohon bantuan tuan. Tq.

    • salam noor fazillah.
      terima kasih kerana bertanya.. masalah yg fazillah alami dikenali sebagai computer vision syndrome.. yg mana kebanyakan mereka yg menggunakan dan bekerja dgn komputer alaminya.. adalah yg terbaik fazillah perlu menjalani pemeriksaan mata penuh iaitu menilai tahap rabun jauh fazillah dan juga menilai tahap kekuatan kanta mata fazillah utk memfokus. ini kerana selain daripada masalah rabun jauh itu, kemungkinan kanta mata fazillah juga lemah utk memfokus dekat berikutan selalu sakit leher dan mata cepat penat. yg terbaik fazillah memerlukan kanta jenis anti-fatigue dan fazillah perlu memakainya sentiasa..

      sekian terima kasih

  44. isyana

    Asslalamualikum..sy nk tny..3mggu lpas mta sy xthn silau..mmg xleh tgk chaya lgsg..mta akn jd berair pas 2 pedih..sy p cek kt kdai dia kta ok ja..xdk mslah..mggu ke 3 sy xthn sbb mta ttp x ok gk..sy p cek skali lg kt kdai len plak..dia kta sy rbun..blah knan y trok sph+2.00 cyl+2.75 ax+175..blah kri sph+0.75 cyl+0.25 ax+69..bla wat spek pwer knan 75 kri 50.. Mslahny skrg wlpn dh pkai spek mta sy ttp pdih n brair bla tgk chya..tmbh2 bla bwk mto..sy kna p wat len utk mta silau ka?

    • salam isyana.. terima kasih kerana bertanya..
      rumit jugak kes isyana ni ye.. mule2 x rabun then 3 minggu lepas tu rabun tp bg power x cukup.. then masalah silau x hilang. isyana perlu berjumpa dgn optometrist yg boleh mata isyana sepeerti berikut:-
      1. anterior mata
      2. posterior mata
      3. accomodation kanta mata
      4. convergence otot mata..
      5. check balik power

      ataupon u boleh dtg sini di kristal optometrist dan buat appointment boleh call 044917370

      • isyana Junaidi

        Tp slpas smggu sy wat spek bru sy prsan dkt mta htam sy ad bnd pteh..sy rsa m slput..sy p cek kt dktr..isnin ni dia soh jmpa pkar

      • owh. ok. so possibilities keratitis.. dapatkan rawaran segera. semoga allah cepat menyembuhkannya

      • isyana Junaidi

        Tima ksih 🙂

  45. FATIN 'AMIRAH BT AHMAD AZHAR

    salam saya mempunyai mslh silau yg tggi iaitu 375. saya bru sja mmbuat spec kerana power saya sudah meningkat dari 175 ke 375 . mungkin disebabkan saya suka menggosok mata terlalu kerap mmbuatkn kadar silau saya semakin meningkat. tapi ingin saya bertanya adakah cara2 lain yang boleh mengurangkan kadar silau saya ini. dan adakah silau ini boleh membutakan. saya amat risau sekarang.

    • salam fatin. terima kasih kerana bertanya
      ye fatin gosok mata adalah masalah utama yg menyebabkan rabun silau naik.. kaedah untuk mengurangkan rabun silau adalah fatin memerlukan kanta sentuh jenis separa keras utk membentuk semula kornea fatin. justeeu akan mungurangkan rabun silau fatin. dan fatin perlu memakainya dan tadak lagi menggosok mata fatin.

      terima kasih

      • FATIN 'AMIRAH BT AHMAD AZHAR

        kalo mcm tuh, bgaimana saya bole mndptkn kanta sentuh itu?

  46. krys

    hello…Saya nak tahu apa kah masalah dengan mata saya..berikut adalah result setelah menjalani pemeriksaan mata…

    R-050-025×20
    L-075-050×155

  47. nani

    Salam.

    Saya mudah sakit kepala, kalau expose cahaya terlalu terang mata sakit, dan disebabkan menggunakan komputer, kebelakangan ini mata saya cepat penat dan kepala sakit.

    Baru-baru ni, saya buat pemeriksaan di kedai optik. Power ok, untuk silau, kiri -1.00 dan kanan -1.25.
    Mereka cadangkan saya pakai spec. Tapi betul ke dengan hanya membuat pemeriksaan itu, saya memang ada rabun silau?

    Macammana saya nak buat pemeriksaan yang reliable? Hanya di kedai optik atau di hospital. Kalau di hospital saya kena direct ke bahagian oftamologi atau pemeriksaan biasa?

    Seringkali saya sakit kepala berkait dengan mata. Kadang-kadang mata saya akan sakit dulu, kemudian disusuli sakit kepala. Kalau saya menangis, kepala akan sakit. Beberapa kali berlaku, saya nampak cahaya dalam mata. Saya ada masalah mata atau kepala? Terima kasih.

    • salam nani. terima kasih kerana bertanya.
      daripada maklumat yang nani nyatakan disini, rabun silau yang nani hadapi sekarang ini, kebiasaannya akan menyebabkan masalah2 yang nani hadapi sekarang ini. cume komponen pemeriksaan yang tidak lengkap sukar untuk menilai masalah nani dengan lebih baik. selain peperiksaan tahap rabun jauh dan silau, nani juga perlu memeriksa masalah lain seperti berikut,
      1. kekuatan kanta mata untuk memfokus dekat,
      2. kekuatan otot mata untuk fokus dekat,
      3. kesihatan kanta mata(bahagian luar mata) samada kornea dan kanta mata nani berada dalam keadaan baik ataupun sudah ada pembentukan selaput
      4. kesihatan dalaman mata iaitu retina

      untuk melakukan pemeriksaan seperti itu, nani boleh lakukan di kristal optometrist di kulim, ataupun di klinik UKM di jalan raja muda abdul aziz (belakang hospital besar kuala lumpur). di hospital pula kemungkinan ada perkhidmatan seperti itu, cuma nani perlu REQUEST untuk berjumpa dgn optometrist dan mintak optometrist untuk melakukan pemeriksaan sedemikian yang saya nyatakan tadi. then baru la kita dapat rumuskan masalah mata dan sakit mata kita tu mai dari mana..

      sekian terima kasih

  48. beb

    Aslmkm…
    Saya telah check mata saya…rabun jauh 25,rabun dekat 25 d kedua mata….dan rabun silau 50 d mata kanan shj…perlukah saya memakai cermin mata….saya mengalami kesukaran memandu pada waktu mlm dan ketika hujan pd waktu mlm sahaja…yg lain masih ok…saya melihat lampu kereta di hadapan memasang lampu tinggi padahal suami saya kata mereka memasang lampu rendah…..sila beri penjelasan…terima kasih…

    • waalaikum salam. terima kasih kerana bertanya.
      sekiranya encik hanya ada masaalah pada waktu driving malam sahaja, encik memerlukan kacamata untuk memandu dan perlu memakaim=nya ketika memandu.
      kanta encik perlu dilengkapi dgn lapisan anti-silau, untuk mengurangkan maslah silau encik.

      sekian, teima kasih

  49. anak saya berumur 7thn dan br2 ni pg cek kedai cermin mata ckp anak rabun silau,apakah penyebab anak saya kn rabun silau sedangkan anak saya msh mude

    • salam kak. terimakasih kerana bertanya.
      masalah rabun silau ini datangnya dr kelengkungan kornea yang tak seragam lalu menyebabkan cahaya yang masuk ke dalam mata tidak fokus cantik pada retina. sekiranya anak akak sering mengadu sakit kepala, pening, maka sebaiknya benarkan dia utk memakai kacamata.

      terima kasih

  50. Farhan

    Hello , saya nak tnye , saya mempunyai rabun tapi tidak lah seteruk mana , kirenya still boleh nampak lagi la klu nak drive malam ke kan , anyway saya nak tnye ni , saya ade buat cermin mata. Tau , so klu saya pakai cermin mata tersebut pada waktu waktu tertentu sahaja boleh ke ? Macam klau saya hanya pakai kadang kadang , ade effect x pape ? Macam power makin naik ker? Or macam mane

    • hello farhan,
      cara pemakaian terpuang kepada tuan samada utk memakainya secara berterusan ataupun secara jarang2 ikut task. cuma kalau tuan rabun, bila buang cermin mata efeknya hanyalah penglihatan kembali menjadi kabur. ianya tidak menjurus kepada power naik lagi atau maintain atau kurang. adalah sebaiknya pakai semasa mata perlukan fokusan yang baik seperti memandu, menonton wayang, menggunakan komputer dan sebagainya.

      terima kasih

  51. miza

    hi,

    baru2 ini saya mengalami masalah pening kepala & pandangan juga kadang2 menjadi gelap bila terlalu lama mengadap pc. saya ada berjumpa doktor & dia menyarankan saya untuk check mata. selepas buat check up mata, saya dikatakan rabun silau. kiri & kanan 75. soalan saya, perlukah saya memakai cermin mata? kalau saya tidak memakai cermin mata, adakah power saya akan bertambah?

    tq.

    • miza

      boleh terangkan rabun silau tu kategori bahaya atau x? tq.

    • salam miza.
      terima kasih keran bertanya.
      hmm, miza mengalami COMPUTER VISION SYNDROME. miza memerlukan kacamata dan sebaiknya miza perlu memeriksa juga daya fokus mata utk melihat dekat.

      sekian terima kasih

  52. lin

    anak saya berumur 8 thn. saya ada bwk dia buat pemeriksaan mata krn dia selalu ckp yg dia tak nmpk jelas tulisan cikgu di papan hitam. Slps membuat pemeriksaan mata, dia rabun silau dlm kanan 300 dan kiri 2++.. Jurujual di kedai cermin mata menasihatkn saya supaya refer dgn doktor sblm membuat cermin mata..Adakah rabun silau ini merbahaya dan boleh kh rabunnya dikurangkan?

    • salam lin. terima kasih kerana bertanya.
      power silau yang tinggi tidak merbahaya sekiranya ia maintain. cume perlu dipantau kenaikan rabun silau tu. lin perlu melakukan pemeriksaan secara berkala, mungkin 6 bulan skali dan mengelakkan anak lin dari menggosok mata yang menjadi punca utama kenaikan raun silau dan juga kerosakan kornea.
      bleh juga berjumpa dgn pakar mata untuk mengetahui power sebenar anak lin, kerana ada sesetengah kanak2 powernya tak stabil kerana mungkin janggal dgn pemeriksaan mata.

      sekian terima kasih

  53. zarra

    ada tak cara lain utk mengurangkan rabun silau selain penggunaan cermin mata?

    • salam zarra,
      cermin mata bukan untuk mengurangkan rabun silau. sebaliknya membetulkan rabun silau.
      untuk mengurangkannya yang terbaik adalah dgn melakukan LASIK surgery.

      sekian terima kasih

  54. wawa

    salam…sy x cek pon msalah rabun sy..sbb sy rse normal..walaupon ble nak tgok tv..kene kecikkan mate sbb mate jd senak dengan cahaye tv.. n sekarang rse takut jugak sbb da 2x nyaris xcident sebab silau n x nampak kereta depan or blakang.. malam lagi la… cahye lmpu kereta hdapan pon sy rse lmpu dye 2 lmpu besar n senak mate ble nampak cahye dr depan… sume kete sy rase mcm 2..mmg x brani nk drive malam… teruk sgt ke rabun silau sy..??

    • salam wawa. terima kasih kerana bertanya.
      hmm, kemungkinan rabun wawa x teruk, cume kesan rabun silau tu yang semakin teruk, ini kerana setiap masa mata wawa berada dalam keadaan yang stress. saya nasihatkan agar wawa boleh melakukan pemeriksaan mata dan pakai la cermin mata walaupun powernya sdikit. insyaallah ia akan banyak membantu wawa. hati2 wawa

  55. aiman

    saya aiman.
    berumur 13 tahun.
    saya kerap melihat matahari tetapi selepas melihat matahari
    bila dan saya pandang tempat lain permandangan saya menjadi kabur…

    • salam aiman.
      terima kasih kerana bertanya.
      melihat matahari secara terus akan menyebabkan bintik kuning di dalam mata akan terbakar dan boleh menyebabkan buta. kabur2 itu adalah salah satu simptom.
      sekian terima kasih

  56. marissa

    boleh saya tahu,bagaimana saya nk test kualiti cermin mata menggunakan polarization dan lens,bagaimana imej 2 akan kelihatan?

  57. ana shafie

    Haii…
    Saya nk dptkn kepastian..bila saya menggunakan komputer dalam jangka masa yg lama dan beberapa hari berturut saya akan merasa berdenyut-denyut dan sakit kepala dan kadang kala hanya sebelah sahja . Saya pernh ujian mata berkomputer dan mengalami sedikit rabun jauh dan rabun silau. Seperti yg lain,adakah perlu saya membuat cermin mata.

    • haii,
      ye ana. ana memerlukan kacamata kerana kes ini dikenali sebagai computer vision syndrome.
      walaupun nilai power yang rendah, tetapi ana memerlukannya

      sekian terima kasih

  58. Nur

    Salam! mata saya ada silau dan saya ada pakai spek untuk atasinya..tapi masalahnya, saya tak selesa pakai spek..saya teringin nak pakai contact lens…silau saya sebelah kanan 25 n kiri 75.. ada ke contact lens yg sesuai?

  59. arinaron

    salam, saya mengalami rabun silau di kedua dua belah mata tetapi power lebih kuat disebelah kiri, adakah memakai cermin mata berpotensi untuk memulihkan rabun silau yang saya alami, memakai cermin mata secara sentiasa adakah rabun itu dapat dikurangkan atau maintain sahaja untuk kesan jangka masa panjang? lagi satu elokkah kita memandang skrin lcd komputer dalam masa yang lama dan kesannya ia menjadikan rabun silau? sedangkan seseorang pekerja contohnya dipejabat memerlukan tugasnya menggunakan komputer begitu lama. sekian terima kasih

    • salam arinaron.
      terima kasih kerana bertanya.
      dengan memakai kacamata ianya tidak ‘meng’elok’kan rabun tetapi membetulkan ralat penglihatan yang dialami seseorang itu dan membantu melihat seperti yang sepatutnya kita melihat. pemakaian cermin mata yang berpanjangan dapat membantu mata supaya lebih relax utk melihat jauh dan dekat.
      memandang skrin komputer utk jangka masa yang lama memang tidak berapa sihat, sebab itu la kalo kita tgk citer2 drpd oversea contoh CSI, mereka akan mengenakan kacamata semasa mereka berhadapan dgn komputer kerana skrin komputer akan mengeluarkan radiasi yang tidak sihat kepada mata yang obleh menyebabkan pembentukan katarak, kerosakan urat belakang mata. sebaiknya kanta yang ada UV protection dan anti silau diperlukan bg mereka yang berhadapan dengan pc pada kadar yang lama.

      sekian terima kasih

  60. Wajihah

    Assalam . Saya nak tnye . Sejak kebelakangan ini saya sering menghidap sakit kepala akibat terlalu lama menghadap laptop . Kadang2 pade waktu mlm mata saya silau dgn lampu kenderaan . Smpai satu tahap , mata saya smpai tak boleh kena flash kamera . If kena , kepala akan menjadi terlalu pening . Adakah saya kena rabn silau ni ? Sebb parents saya pun rabun jugak . Saya tak pernah pergi cek .

    • salam wajihah.
      ini merujuk kepada cahaya yang masuk ke dalam mata mengalami pembiasaan cahaya yang tidak sihat. wajihah perlu menjalani pemeriksaan mata dan mengetahui kesihatan mata wajihah dikhuatiri wajihah mengalami rabun samada rabun jauh atau dekat, mungkin juga bersekali dgn raun silau

      sekian terima kasih

  61. er

    hi…saya rabun jauh dan sekarang menggunakan spek..sy juga mengalami masalah silau yang boleh dikatakan agak tinggi..adakah saya sesuai memakai kanta lekap memandangkan masalah silau saya yg tinggi..biasanya apakah jenis kanta lekap yang sesuai untuk saya?

    • hi,
      kanta lekap yang sesuai utk org yang rabun silau tinggi adalah kanta lekap jenis separa keras, iaa mampu utk meratakan kelengkungan kornea mata dan mengurangkan rabun silau tersebut.

  62. fatma

    Assalam..nak tanya,mata saya akan mengecil dgn sendirinya kalau saya pergi keluar rumah,sblm ni tdk prnh pun cm nie,kalo menguap tu mata pasti pedih tkena air mata.doct sarankan sya periksa mata,krna tkt saya rabun silau,adakah sintom yg sya katakan itu rbun silau?

    • salam fatma.
      kemungkinan juga fatma. atau pun sekarang ni cuaca diluar mmg agak erik, jalanilah pemeriksaan mata penuh untuk memastikannya.

      sekian terima kasih

      • hafiz

        Salam nak tnya..sy rabun jauh sebelah 75 dan sebelah lg 100..yg seratus tu ade silau..so sy buat la cermin mata..tp once sy pkai cermin mata tu bila time xpkai mata sy xmmpu lihat objek jauh n pedih sbb sebelum ni just kabur je tp xla smpai pedih..cermin mata yg sy pkai tu mmg btl2 clear tp sy tekad xnk pkai dah cermin mata,lgpun ade org kata kalau dh amalkan pkai cermin mata power tu mkin lama makin meningkt,btl ke?..adakah mata sy berpeluang utk kembali kpd asal atau rabun tu brkurangn? sbb skang sy amalkan memakai cermin mata pinhole tp bukn yg ibnu sina tu,yg ibnu sina tu mhl..minta pndpt admin skit..sekian terima kasih

      • salam hafiz.
        rabun jauh yang hafiz hadapi adalah rendah. mata akan bertindakbalas secara automatik dgn power cermin yang dipakai. kebanyakan orang akan merasakan sebelum pakai kacamata mungkin boleh nampak sikit, ttp setelah pakai dan buang balik cermin mata pandangan menjadi semakin kabur walaupun pada tahap rabun yang sama. ianya adalah kerana mata menjadi rilex dan tahu sepatutnya ia tidak perlu ‘bekerja keras’ seperti dulu dgn adanya bantuan kacamata.
        setakat ini kacamata pinhole hanyalah untuk membetulkan bukaan anak mata dgn mengecilkan saiz kemasukan cahaya justeru membenarkan imej dpt difokus pd retina.

  63. zarra

    lagi nak tanya..sesuai tak kiranya jika dibuat pembedahan laser utk yang rabun silau ni?

  64. OMG

    Haritu sy check mata kat 2 tempat. Kedai petama sy pegi, katanya sy rabun jauh.. Kiri dan kanan 100 lebih, silau 25.
    Keesokan hari sy check mata di tempat lain kat shoping komplek.. Katanya rabun jauh kanan 200 lebih, kiri 100 lebih. Dia galakkan sy memakai cermin mata. Kemudian dia bawa saya satu bilik yg ada huruf2 kat depan..saya nampak dgn jelas kesemua huruf tu, lepastu dia suruh sy pakai cermin mata yg berlapis lapis dan tngok pada huruf sama ada ok atau tak. Cermin yg petama ok je sy nampak, lapisan cermin yg kedua dia masukkan pun nampak dgn jelas.. Bila dia buka balik lapisan cermin kedua tu mata saya mula kabur langsung tak nampak tulisan di depan..dan dia masukkan semula lapisan cermin kedua baru lah saya nampak dgn jelas.. Kemudian dia keluar masuk keluar masuk cermin kedua tu.. Pastu mata sy kembali nampak cermin yg petama tu tanpa masukkn lapisan cermin kedua.. Dia tanya mana lebih jelas, jadi saya keliru saya tak tau mana yang lebih jelas, sebab pada saya smua boleh dibaca dgn jelas tak ada kabur atau bayang2 pun. jadi saya pilih je lah cermin yg petama tanpa dimasukkan lapisan kedua tu.. Sbenarnya saya nak tanya, untuk apa ujian tu? Apa fungsi cermin2 yg dia masukkan tu? Saya keliru waktu tu… Lepas dia dah buat ujian, dia check mata saya sekali lagi.. Katanya rabun jauh kurang sikit, silau pula yg tinggi.. Pelik tadi lain, ini lain pula.. Kenapa keputusan berubah2.. Adakah kerana masa check tu mata saya tak betul2 fokus pada gambar belon dalam mesin tu? Saya tak tau, apa yg perlu mata saya lakukan bila orang tu tengah check power.. Mata kena tajam fokus betul2 pada belon tu ke, atau biji mata kena fokus tengok keseluruhan gambar. Biji mata boleh begerak2 ke masa tngok tu atau kena straight je? Saya rasa saya tak lah rabun, tngok objek jauh ok je..tngok pokok nampak je. Smua nampak segala alam maya ni dari jauh.. Cuma bila duduk jauh dari tv dalam 5 meter, tulisan kat tv nampak bayang2..kena gosok2 mata baru la boleh baca sypnopsis kat tv.. Pastu kalo nak tengok wajah orang dari jauh pun nampak takde kabur pun. Cuma kadang2 je tak brapa jelas sikit, kena gosok2 mata baru la jelas.. Kat dalam kelas saya duduk belakang sekali memang tak nampak dgn jelas apa yg cikgu tulis pada papan putih dengan cahaya lampu lagi buat saya tak nampak…gosok2 mata kelip2 berulang kali baru la nampak.. Itu je situasi masalah penglihatan yg saya alami. Setakat baca huruf2 utk ujian mata tu, ok je.. Saya dah buat dah cermin mata, belum siap lagi.. Benar ke saya rabun jauh? Perlu ke saya memakai cermin mata tu atau tak perlu kerana saya boleh melihat lg, tak teruk.. Tapi kenapa bila check kat mesin ada gambar belon tu yg petama rabun jauh 100lebih silau kurang, kedua check rabun jauh 200lebih silau kurang, ketiga check rabun jauh kurang sikit, silau kuat.. Konfius!!

  65. noorliza

    salam…
    sy liza dr serdang…
    baru baru ni sy mengalami sakit kepala yg terlalu kuat ..berdenyut di kedua dua belah kepala bermula pukul 9.00 mlm.. sehingga pukul 12.00 mlm.. mata sy jadi blurr… mkn pcm n berkurang pd pukul 3.30 pg.
    selepas itu penglihatan saya tidak se ‘clear’ yg biasa… ia terlihat seperti gambar di atas… mcm clear mcm x…. sy pergi cek kedai cermin mata n mereka kata sy ada rabun 25 sebelah kiri.. n bila cek lebih lanjut mereka kata saya ada silau…
    saya rasa was was…walau pun sy da buat spec.. tp sy x pakai kerana takut keadaan mata saya akan bertambah teruk…

    perlukah saya memakai cermin mata itu? dan untuk pengetahuan kristaloptometrist..sy mengalami semua tanda tanda yg dinyatakan di atas..

    • salam liza.
      ye liza liza perlu memakai kacamata untuk memastikan sakit kepala liza daripada rabun silau itu. sekiranya masih lagi sakit kepala walaupun setelah memakai kacamata, perlu jalani rawatan lanjutan neuron.

  66. Atika

    Salam.
    Saya ada soalan. Saya telah membuat pemeriksaan mata di kedau cermin mata dan mendapati saya mengalami masalah rabun silau. Persoalannya, adakah cermin mata polarized adelah salah satu cermin mata utk anti-silau ni?

    Terima kasih kerana menjawab 🙂

    • salam atika.
      polarized lens mempunyai teknologi untuk menghalang hingar cahaya daripada masuk terus kedalam mata. ianya salah satu untuk mengurangkan silau sekiranya mata atika tidak rabun,

  67. ainun

    salam……nak Tanya
    mata kiri saya selalu sakit ..then kepala nelah kirir pon akan berdenyut2 sakit..
    ni symptoms rabun silau jugak ke?
    xde pape yg serius pon kan?
    thanks.

    • salam.
      kemungkinan mata letih dan ada sedikit rabun .jalani pemeriksaan dgn pakar optometrist bertauliah dan yg mempunyai kelengkapan yg mencukupi utk menjalani pemeriksaan.
      terima kasih

  68. kukuh priyo

    mata saya terasa sakit jika terkena sinar matahari lampu dan tv.,apakah penyebabnya dan adakah solusinya

  69. assalamualaikum . saya baru lepas buat check mata . saya rabun jauh . tapi apabila pakai sakit kepala . ini pertama kali saya memakai spek mata . boleh terang tak kenapa?

    • salam.
      sekiranya pakai spek kepala.menjadi sakit kemungkinan besar powernya x sesuai, atau spek alignment x tepat. jalani semula pemeriksaan

  70. terima kasih atas perkongsian ini 🙂

  71. shaharudin

    As Salam.anak saya baru berusia 15 thn.dia mengalami rabun silau.power cermin matanya pada kedua dua belah 600.apa kaedah yg terbaik?

    • assalamualaikum en din. terima kasih kerana bertanya. rabun silau yg powernya 600 mmg tinggi. saya nasihatkan kalau boleh en benarkan anak encik memakai kanta sentuh jenis separa keras utk mengurangkan atau membentuk semula kornea dan insyaallah dapat menghalang peningkatan rabun silau anak encik.
      terima kasih

  72. Aiza

    saya mengalami sakit kepala yg sangat teruk dari mata sebelah kiri membawa ke kepala sebelah kiri.apabila sakit melanda saya tidak boleh buat apa2 kerja selain berbaring dan menutupmata. saya telah membuat pemeriksaan mata dan disahkan rabun silau. saya terus menempah cermin mata yang bersesuaian dengan masalah saya. setelah saya memakai cermin mata saya dapat rasakan mata saya terasa ringan dan sakit kepala terus hilang. tapi masalahnya bila saya pakai cermin matasaya rasa seperti diawang-awangan sedikit pening dan tidakselesa. jika saya tidak memakai cermin mata kepala saya terasaberdenyut. minta penjelasan dengan masalah saya ini.

    • salam aiza.
      terimabkasih kerana bertanya. alhamdulillah sakit kepala aiza hilang tp rasa seperti di awangan dan pening. hal ini berlaku ada 2 sebab utama.
      1. power mungkin sesuai dgn mata tp x dgn adaptasi mata dan persekitaran.
      2. mungkin power silau sedikit tinggi dan perlu direndahkan sedikit.
      sy nasihatkan agar aiza boleh memakainya sentiasa (jgn bukak kecuali tidur n mandi) utk seminggu dan sekiranya masih lg pening. berjumpala dgn optometrist aiza utk kurangkan sedikit power silau tu.
      terima kasih

  73. niss

    As salam . Saya ada pertanyaan . Saya buat check up mata kat kedai optik . org kedai cuma kata saya ada silau kiri kanan 75 75 . Pertanyaan sy di sini . Harus tak saya buat spek ? Sy memang slalu sakit kepala . Kadang2 saya tengok laptop, lama2 tanpa sedar saya sudah herada sangat dekat dengan skrin .

    • salam niss. terima kasih kerana bertanya. sekiranya mcm tu niss perlukan cermin mata utk support penglihatan niss. dptkan pemeriksaan drpd pakar optometrist.
      terima kasih

  74. Eisya

    Saya sekarang rabun jauh power spec 575 kiri n kanan…bila malam saya alah pada chaya kenderaan pula,siang ok.bila drive malam memang sampai tahap xnampak line jalan bila bertembung dgn kenderaan.
    .kenapa ye?

    • salam eisya.
      terima kasih kerana bertanya.
      keadaan yg eisya alami mungkin terdapat beberapa perkara yg mungkin eisya alami.
      1. kemungkinan kornea eisya x transparent atau bengkak atau parut yg menyebabkan silau malam.
      2. kemungkinan kanta mata eisya x jernih yg menyebabkan silau malam berlaku
      3. kemungkinan retina iaitu bahagian yg peka cahaya dlm mata mengalami kemerosotan.
      sila jalani ujian yg terperinci di praktis yg mempunyai peralatan yg lengkap utk mendiagnos masalah utama masalah silau eisya selain daripada rabun yg dialami.
      sekian terima kasih

    • Eisya…ada kemungkinan eisya mengalami masalah silau. Simpton ini merujuk kepada kesan silau pada penglihatan. Sila berjumpa optometrist yg bertauliah untuk pemeriksaan lanjut. Mungkin perlu sedikit pembetulan atas power yg diberikan.

      • asyraf

        salam,saya dah pergi cek mata,dia cakap saya kena pakai spec,sbb result yg keluar,SPH +0.50 utk mata kanan and SPH +0.75 utk mata kiri,silau -0.25 utk kedua dua mata,saya keliru perlu atau x saya bt spec?sbb ramai kawan saya ckp org yg cek mata tu nk cari untung semata2.pada masa yg sama saya selalu migraine kalau tgk apa2 cahaya,kalau tgk objek jauh still boleh,tp kene fokus lama sikit baru okay..ada saya perlukan spec?Btw,sign positif tu apa mknanya ye? Tq 🙂

      • salam asyraf. terima kasih kerana bertanya. drp result yg asyraf nyatakan disini ianya lebih menjurus kpd latern hyperopia (j
        rabun jauh yg melibatkan dekat jenis pendam). + sign merujuk kpd masalah rabun jauh ttp juga menyebabkan masalah dekat boleh berlaku. jalani pemeriksaan lengkap krn kalo gune mesin komputer shj mungkin ianya ada ralat. disamping itu asyraf juga perlu memeriksa kekuatan otot mata dan kanta mata utk memfokus. dapatkan rehat yg secukupnya kurangkan membaca dan melayari internet buat sementara waktu.

      • asyraf

        terima kasihh 😉 secara am saya mungkin tidak memerlukan cermin mata kan ?

      • Sama sama. Drpd simptomnya asyraf memerlukannya aapabila perlu. Seperti membaca, komputer dan driving. Jalani pemeriksaan dgn terperinci utk pengesahan

      • asyraf

        alrightt…pemeriksaan terperinci tu maksudnya pergi bt check up lg sekali ke cmne ek?maaf bertanya..:)

      • ye. periksa dgn pakar optometrist yg bertauliah:-)

  75. asyraf

    okayy..terima kasih kristal optometrist atas semua info..hihi 😀

  76. amor

    hai
    saya nk bertanya sa mengalami sakit kepala dan mata rasa pedih dan berair bila menghadap hp berjam2.lepas tngok hp bila pandang sekeliling nmpak blur tngok tulisan pun berdouble..klu drive mlm bila pandang lampu keta dri arah bettentangan mata sya rasa mcm kembang,sakit dan berair tak tahan silaunya..lebih2 lagi klu drive time hujan bole x nmpak jln adakah sya mengalami rabun silau dan perlukka sya memakai cermin mata..hp bole menyebabkn rabun tak??

    • ye amor memerlukan kacamata dan kemungkinan besar adalah drpd menggunakan hp dgn masa yg terlalu lama. dptkan pemeriksaan drp optometrist yg bertauliah dan perlu kacamata. tx

  77. asyraf

    salam kristal optometrist,saya telahpun pakai spek skrg,baru 2 hari,masa mula2 mmg akan rasa mata ni mcm ‘bekerja lebih’ ke?migrain mmg xde dah,silau pun mcm dh boleh diatasi,kalau spek tu power dia x tepat apa ye tanda2 dia n berapa lama saya boleh sesuaikn mata dgn spek tu?

    • salam asyraf.
      mata bekerja lebih ye.. kemungkinan besar ianya adlah proses adaptasi dgn penglihatan baru. alhamdulillah sakit kepala dan silau dapat diatasi.
      sekiranya power lebih terutama utk jauh, mata akan merasa letih apabila banyak membaca. kedua penglihatan jauh tetiba kabur dan dpt ‘diadjust’semula utk menjadi clear. yg beeikutnya mata akan merasa berat dan letih dan mata kekadang akan berair.
      sekian terima kasih

      • asyraf

        sebaiknya spek tu perlu dipakai sentiasa ke pakai bila perlu je?banyak mitos yg xbetul saya dgr

      • sebaiknya adalah pakai sentiasa. ataupun sekurang2nya pakai la bila perlu.

  78. syaza

    Saya mengalami masalah Juling.. Ad x rawatan lain selain cermin mata n pembedahan.. Saya pakai cermin mata ttapi masih nampak julingnya. Kerana itu saya kurang keyakinan diri. Says msih brumur 14 tahun .

    • salam syaza. terima kasih kerana beetanya. secara umumnya masalah juling ini dpt diatasi melalui beberapa kaedah.
      1. melalui kacamata. ada sesetengah juling dpt diatasi setelah kita memakai kacamata.
      2. melalui pembedahan
      3. melalui terapi penglihatan. ia akan mengambil sedikit masa utk mengajar kedua dua mata utk melihat serentak.
      sekian terima kasih

      • syaza

        Terapi penglihatan?? Macam mana tu.. Saya sering mendengar menutup sebelah mata dapat menyelesaikan masalah juling ttapi apabila sudah berusia 10 tahun ke atas cara

        tusudah tidak berkesan lgi..

      • ye syaza. menutup mata adalah langkah pertama utk masalah mata malas. kemudian masih ada lg langkah berikutnya yg perlu dilakukan syaza. syaza boleh buat janji temu di kristal optometrist.
        sekian terima kasih

  79. syaza

    Untuk pengetahuan juling saya adalah mata malas.. Mata sbelah kanan saya ke dalam.. Harap kristal optometrist dapat mmbantu… Kekadang tu juling tu mmbuat kn saya sakit kpala… Power rabun jauh saya 375… Tolong sesangat.. Maaf bertanya kalau contacts lens ad ke untuk juling..?

  80. ila ganu

    Salam.. Saya nk tnya.. Saya Ada rabun silau sebanyak 100 ( Kiri Dan kanan) Dan menyebabkan sy sakit kepala sepanjang hari lebih2 lg waktu siang. Sy dah buat cermin Mata tetapi rasa pening n sakit kepala saya tidak juga hilang. Mula2 pakai spek mmg pandangan clear.. Esoknya Dan hari2 seterusnya sy x selesa pakai spek Dan menyebabkan saya makin pening Dan seakan migraine. Utk mkluman.. Spek sy xda power. Kdg2 sy perasan pandangan sy bila pakai spek mcm x clear mcm mula2 pakai. Tulisan tu nmpak pecah gak sikit. Patut ke sy check semula Dan rabun silau sy meningkat ke?

    • salam ila. terima kasih kerana bertanya. ye ila, ila perlu menjalani pemeriksaan semula dan juga periksa semula parameter kanta agar tepat dgn mata. keperluan mata utk memfokeus juga perlu diperiksa. dapatkan pemeriksaan dgn optometrist bertauliah dan selamat berbuka puasa

  81. Nurrulhuda

    As salam, saya nak tanya, saya pernah buat spec sbb ms check mata depa kata mata saya silau… So kalau x salah saya depa buat bg power 100, so far mmg saya rs ok. Tapi lately ni mata saya nampak blur kalau tgk jauh… Contohnya cam saya tgk presentation pd skrin dr jauh… Sy rs pandangan sy mcm x brapa nak sharp… Cam blur2 sj… Sy baru check smula mata tadi, depa kata saya ada rabun… Dua2 blah ada rabun… Kena buat spek smula… Power lam 100… Tu kira dah rabun ke…?

    • salam huda. terima kasih kerana bertanya.
      utk pengetahuan huda rabun silau juga dikira sebagai rabun. cumanya daripada dua titik cahaya hanya 1 shj yg difokus pada retina manakala 1 lg x difokus pada retina. kalau rabun dan silau dua dua x difokus pada retina. kalau rabun shj kesemua titik x difokus pada retina pada titik yg sama.
      jd power 100 tu mmg dah dikira rabun cumanya masih peringkat awal. sebaiknya pakailah selalu ye.
      terima kasih

  82. ct

    Assalammualaikum..hari ni feeling down sgt2. Nak beli contct lens sbb minggu dpn ada interview, bila pakai contct lens npk confident sikit. Tp td kedai tu check mata sy. Power utk kiri 800 dan kanan 700 tp yg paling teruk silau sy 1000 dr 25 dlm tempoh 5thn. So org kedai tu cadangkn sy tak payah pakai contct lens dan pergi berjumpa pakar mata. Ada ke cara lain selain jumpa pakar mata? Utk pengetahuan encik, sy berumur 29thn dan sorg grafik designer. Tak dpt nk elak dgn menggunakan komputer setiap hari. Sy langsung tiada masalah sakit kepala or sakit pada bahagian mata. Tolong sy 😦

    • waalaikumussalam warahmatullahi wabarakatuh.
      terima kasih ct kerana sudi datang ke blog ini.
      masalah utama yang ct highlight kan disini adalah power silau naik dr 25 kepada 1000 dalam masa 5 tahun. 1000 tu bukan typo kan..
      kebiasaannya power silau yang naik akan datang dgn beberapa simptom.
      1. pening
      2. sakit kepala
      3. mata letih
      4. silau
      5. mata berair
      6. mata bengkak
      7. mata gatal

      ini adalah antara simptom2 yang biasanya diadui oleh pesakit bagi mereka yang rabun silau naik.
      manakala utk kes ct ini TIADA SIMPTOM. bagi pendapat saya ct boleh mengambil langkah alternatif iaitu berjumpa dgn pakar optometrist utk menentusahkan samada benar atau tidak rabun silau ct naik sampai banyak tu.
      tidak dinafikan sekiranya hanya menggunakan komputer imbasan power rabun, power boleh berbeza daripada yang sebenarnya.
      sekiranya ct tinggal berhampiran dgn kulim ct boleh melakukan janjitemu dgn saya di talian 04-4917370/whatsapps@wechat 0175731573
      sekian terima kasih dan selamat hari raya maaf zahir batin

  83. Aisyah

    Saya punya, 20 je. apa kena pakai cermin mata ke ?

  84. Aisyah

    vision problem symtom.
    symtom apa ye ?

  85. ruhani

    Sya selalu sakit kepala, doktor cadang Check mata, jadi saya pegi kedai, dia Check guna mesin dan huruf2 tu, je.. Lepas tu d suruh try contoh cermin mata, mana yg terang tanpa memberitahu apa yg berlaku dan ckp silau je..pakai spek tu, sama je malah mata rasa tegang? Sy sebenarnya lihat dekat dan jauh terang. Cuma klu mlm x tahan ngan lampu,ngan cahaya terang mudah sakit kepala, kadang mata pedih tanpa sebab dan berair.. Adaka ini silau..? T.kasih

    • salam ruhani.
      terima kasih kerana bertanya.
      drp masalah yg ruhani nyatakan ini ianya berkemungkinan masalah silau. dan sepatutnya mata akan berasa lebih selesa dgn pemakaian kacamata. silau yg sedikit x menjejaskan penglihatan cuma ada sesetengahnya menjejaskan penglihatan. saya sarankan dapatkan pemeriksaan dgn pakar optometrist di praktis yg mempunyai optometrist.
      terima kasih

  86. ruhani

    Assalamualaikum, Boleka kita pegi Check mata semasa sakit kepala..? dan saya rasa ia mungkin akan menjejaskan keputusan ujian mata sya pada masa itu..? Tqvm

    • waalaikum salam.
      terima kasih kerana bertanya..
      ianya agak rumit utk menjelaskannya kerana bagi mereka yg mengalami masalah mata yg menyebabkan sakit kepala, sakit kepala itu akan.berlanjutan sehingga memakai kacamata. yg sebaiknya dlm.keadaan yg paling sihat. cumanya kalau sakit kepala itu berlanjutan mcm mana pulak nak check mata? dr kaedahnya optometrist dpt menilai dgn baik tahap penglihatan seseorang itu pada masa itu bagu mereka yg sakit kepala. cuma bagi merwka yg tekanan darah meningkat dgn mendadak dan juga mereka yg menghidap diabetes yg meningkat gula dgn mendadak keputusan pada masa itu akan di’hold’ dahulu sehingga 8 minggu paling max utk melihat perubahan power sekiranya ada.
      terima kasih

  87. ruhani

    Apakah maksud keputusan remarks RR 10331..? Sya x paham…, tqvm

  88. anizalena binti abd aziz

    ….anaks saya berumur 5 tahun doc mengesahkan anak saya rabun silau 100+ perlukah anak saya memakai cermin mata. Apakah kesan sekiranya anak saya tidak memakai cermin mata. Adakah akan memberbahayakan mata anak saya.

    • terima kasih kerana bertanya.
      ya. sebaiknya benarkan anak akak pakainya. ianya utk membantu proses perkembangan visual yg normal dan bagi mengelak masalah mata malas dan kebarangkalian rabun silau lebih meningkat

  89. Hashida

    Salam.. Sya nk tanya.. Tiap kali sya tgk lptop smada nk tgk movie atau pun nk buat assgmnt dlm 5 mnit mcm tu mesty dh sakit kpla.. Ini rabun silau jgk ke?? Klu bawak keta mlm2, walaupun chya keta dri arh dpn tu rendh still sakit mata dan terpksa kecilkn mata utk drive.. Perlu ke sya pkai spect??

    • salam hashida. terima kasih kerana bertanya.
      hashida oerlu jalani pemeriksaan mata dan penglihatan terlebih dahulu utk pastikan masalah penglihatan hashida.
      kemungkinan hashida mengalami sedikit masalah rabun samada silau rabun jauh rendah ataupun rabun dekat rendah.
      jalani pemeriksaan dan sekiranya perlu utk memakai kacamata, maka pakailah utk mengurangkan masalah penglihatan hashida

  90. shel

    salam,saya mahu bertanya ni..baru2 ni saya mengalami sakit mata,pening kepala,mata berair dan mata saya pandai juling sendiri.adakah saya mengalami astigmatisme?..tq

    • salam shel. terima kasih kerana bertanya. mata juling sendiri lebih merujuk kpd mata letih akibat daripada rabun yang dihadapi. jalani pemeriksaan lengkap dan pakai cermin mata utk mengurangkan masalah tersebut. dapatkan rehat yg cukup

  91. salam…sy nak bertanye,,bacaan utk mata sy
    (R) SPH CYL AX
    +0.25 -0.25 58
    (L) +0.50 -0.50 100
    saya sering sakit n pening kepala yang amat…kl dtg sakit ni, mmg berlarutan. masa checkup, dia sarankan saya pkai cermin mata sbb power sy +.dia ckp mmg power sy xtinggi tp disebabkan +.so apa maksud + tu yer?adakah sy perlu memakai cermin mata? tq

    • saalm norul. teeima kasih bertanya. ye norul memandangkan norul selalu sakit kepala dan berlarutan. di nasihatkan norul perlu pakai kacamata. + sign merujuk kepada masalah rabun jauh yg melibatkan gangguan terhadap penglihatan dekat juga. ini kerana utk + sign ini mata peelu lebih memfokus pada jarak.jauh dan 2 kali fokus utk dekat. maka mata x rehat. dgn memakai kacamata mata akan lebih rehat dan lebih mudah melihat jauh dan memfokus dekat
      terima kasih

    • Ana

      salam…sy nak bertanye,,bacaan utk mata sy
      R +PL -1.00 x151
      L +0.25 -0.50 x127
      saya sering sakit n pening kepala bila drve waktu siang or mlm… Boleh tahu apa maksud?adakah sy perlu memakai cermin mata? tq

      • Salam ana. Terima kasih kerana bertanya.
        Ana mengalamibmasalah rabun silau. Ia menyebabkan pandangan sedikit kabur dan cahaya akan nampak pecah dan mata ana perlu memfokus lebih pd keadaan ini.
        Sy nasihatkan ana jalani pemeriksaan secara terperinci sebelum memakai kacamata.
        Sekian terima kasih

      • Ana

        salam…sy nak bertanye,,bacaan utk mata sy
        R +PL -1.00 x151
        L +0.25 -0.50 x127
        saya sering sakit n pening kepala bila drve waktu siang or mlm… Boleh tahu apa maksud?adakah sy perlu memakai cermin mata? tq

  92. ahmad

    Salam..sy nk tanya perlukah sy memakai cermin mata berdasarkn result berikut;
    right-sph(-0.50), cyl (-0.25),axis (160),
    left-sph(-0.25), cyl (-0.25), axis (177),
    pandangan tiada masalah, dekat atau jauh masih clear, tp bler drive mlm silau sgt rse..

    • salam ahmad.
      terima kasih kerana bertanya.
      ye ahmad, ahmad memerlukan kacamata untuk driving sahaja. ini kerana rabun yang sedikit menyebabkan cahaya yang tak boleh difokus dgn baik pada retina maka menyebabkan silau terjadi.

      sekian terima kasih

  93. zack

    Assalam, Saya ingin meminta penjelasan dan pandangan. saya umr 37 thn ..Saya ada rabun mata kiri 700 n silau 200, mata kanan 600 n silau 100 jer… Pada tahun lepas saya buat pre op lasik kat Klinik mata UIA kauantan. Tapi result menunjukkan mata kiri saya ada mile katarak. So, impian saya nak buat lasik gagal. Pada bulan sep baru2 nie saya ada jumpe doctor di salah sebuah klinik pakar mata di terengganu untuk cek katarak tu. Doktor cek katarak saya masih lagi sedikit dan tdk merisaukan, tapi Dr propose kalau tak nak pkai spek boleh buat exchange lens then you takyah pakai spek lagi. Dr propose letak implant lens multifocal then bila you tua pun takyah pakai spek lagi. Saya macam impress, so tayer sikit risikonya apa.. So far dia buat setakat nie ok, semua patient puas hati. Buat operation pakai kaedah pheco yang cepat sembuh luka. Saya bincang ngan isteri, so isteri kata kalu result Nye bagus why not buat jer. so saya nekad buat utk capai impian takyah pakai spek tu.. So plan buat mata kiri dulu yg ada katarak tu…Tapi bila dah sebulan lepas operate, mata .. jadi makin kabur, tulisan lansung tak boleh baca dekat atau pun jauh. so Dr kata saya tak sesuai ngan lens multifocal tu. Dr propose tukar yang monofacal pulak, sya nak tak nak terpaksa ikut ckp Dr utk tukar lens tu, tp kene pkai spek jugak nnti.. Saya kata takper pkai spek pun asl boleh membaca n kerja mcm biasa. so buatlah.. lps sebulan lebih mata terang sikit tp still tak boleh nak membaca.. semua tulisan jadi double vision… sekarang saya masih merana … try jumpe Dr kat Kuantan balk tyr apa yg boleh buat utk nbetul kan mata saya blk.. dia bg tau ada 3 cara jer… satu customise lens, buat impaln balik or buat lasik… sekarang say dah jd fobia n takut utk buat operation lagi… tp saya nk mata saya pulih kembali… Tp Dr kat kauntan tu bg tau lasik yg the best choice… tp result blm tentu…. sekarang saya buntu… tolong bg imput kat saya skt..

    • salam en zack. terima kasih kerana bertanya.
      mcm ni en zack, en dah buat ke pemeriksaan penglihatan aetwlah melakukan pembedahan implan kanta tu? kebiasaannya drpd pemeriksaan sy sebagai optometri, jarang yg sy jumpa mata ‘perfect’ maknanya tiada rabun utk jauh atau dekat. selalunya rabun tu tetap ada cuma mungkin sedikit atau malangnya tinggi. saya cadangkan en zack buatlah pemeriksaan penglihatan dgn optometri utk menilai tahap rabun yg en alami sekarang. mungkin itu boleh menjelaskan kenapa penglihatan en masih kabur. ataupun sekiranya x keberatan en boleh hadir ke klinik saya utk mendapatkan rawatan. en boleh call ke klinik saya utk janjitemu di talian 044917370 in shaa allah.

  94. zack

    Thank for reply, tp sya kt trg ssh skt nk dtg KL tu… sya dah cek leps buat pembedahan tu… hampr setiap minggu saya ke klinik tu.. sbb makin risau ngan mata nie..Kenapa Dr yang buat kat saya tu dia kata blh dpt perfect eye. Sya rasa saya dh ditipu olh Dr tu.. Tp xper tak dpt perfect eye pun… masalah saya yang paling teruk sekarang saya tax boleh membaca langsung dengan mata kiri saya nie… Jarak dekat pun tak Nampak, sya pegi cek kt klinik tu.. dia kata astig tinggi n optimetris kat situ pun try letak power silau saya dalam 225 & rabun dalam 100 jer. but still nmpk double vision n tax boleh baca..itu yang saya tak faham.. saya slalu cuba buat pinchole ngan tangan utk kurangkan cahaya masuk untuk membaca tu… mmg nmpk terang dan x silau skt… apakah maksudnya itu?
    kalu tak perfect boleh di betulkan dengan spek takper, sya sanggup pkai spek smula… Sbb tu sya pegi cari second opinion kat Kuantan yang dekat ngan Trg.

    Sekarang sya terpaksa cari & usaha nak pulihkan kembali mata nie… Dh hmpir 3 bln saya Sengsara nya hanya Tuhan jer yang tahu.. Hampir setiap malam menangis fikirkan masalah mata nie.. takut tak boleh kerja lagi.., anak dh nk masuk 5 org n masih keck2 lagi.. Sekarng nie saya mengidap sakit kpala n mata terasa sakit, senak. Tak tahu kenapa, mgkin sbb mata sbh kelabu sbb silau sgt n power pun tak balance lg.. Now saya depend on mata kanan with contact lens jeruntuk buat kerja…

    Nexweek saya ada oppmnt lg ngan Dr kat kuantan utk buat assessment lasik utk repair mata kiri saya nie..Tp Sekarang sya dh jd fobia gila utk buat apa2 operation kat mata nie… risau klu jd lg teruk.. Apa yang boleh saya buat?

    • yg penting skarang ni tuan, tuan perlu tau dulu keadaan sebenar mata tuan selepas pembedahan. apa yang menyebabkan penglihatan jdi double. itu yg paling mustahak.. drp situ baru kite boleh plan ape yg perlu dilakukan.. lasik hanya membetulkan kornea bukan kanta implan.. sy lebih merasakan ianya melibatkan kanta implan. samada ianya miss alignment, senget, atau bengkak. ataupun masalah kpd tekanan mata yg overshoot atau mengalami masalah dalaman pada retina iaitu urat belakang mata.. semua itu perlu diambil kita terlebih dahulu sebelum tindakan seterusnya diambil..

      • zack

        macamana saya nak tau samaada ia berkait dengan kanta implant yang di pasang senget atau alignment kanta implant yang tak betul. Sbb apa yang Dr kat kauntan cek dia kata imej di belakang mata ok.. So, apa yang harus tanyer Dr yang saya jumpe nanti untuk mempastikan apa yang sebenarnya berlaku pada mata saya ini.

      • Seharusnya tuan, selepas pembedahan katarak, penglihatan menjadi baik.. dan sebelum pembedahan, penglihatan tuan masih baik dgn cermin mata kan? Jd disini yg berubah adalah kanta mata tuan. Itu yg harus diberikan perhatian selain urat belakang mata yg kita panggil sebagai retina..

  95. noor

    Assalamualaikum,sy nak tanya 3 tahun lepas saya ada buat spec, power saya 350 (power) 75(silau) sblh kanan dan 350 (power) 50(silau) sebelah kiri.saya banyak membuat kerja menggunakan laptop. Kebelakangan ini kepala saya selalu sakit dan pening. Bila saya pergi check mata menggunakan mesin komputer, power saya naik menjadi 375(power) 350(silau) sebelah kanan dan 425(power) 225(silau)sebelah kiri. Bila saya tanya kenapa silau saya naik banyak sangat org kdai 2 cakap sebab spec yang saya pakai 2 bengkok.sy ingin bertanya kristal optometris,adakah normal jika silau saya naik begitu banyak? Adakah disebabkan penyakit?

    • waalaikum salam noor. terima kasih kerana bertanya..
      rabun silau yg naik begitu banyak adalah tidak normal. dan ia bukannya disebabkan oleh spek yg bengkok atau soek bengkok x menyebabkan power silau naik begitu banyak. rabun samada rabun jauh atau silau haruslah diperiksa dengan teliti sebelum keputusan akhir diberikan. sebaiknya jalani pemeriksaan dgn pakar optometrist utk dapatkan keputusan yg sahih.
      antara punca rabun silau naik adalah seperti terlalu banyak gosok mata, kanta mata ‘krem’ apabila teelalu banuak fokus dekat, ada bendasing yg melekat pada kornea, pembentukan selaput kanta dan mata kering..
      terima kasih

  96. zu

    Saya ingin bertanye..sy sudah check mata dan sy ade masalah rabun n silau 50 pd mata sblah kiri shj.sy sdah mmbuat spek mata.tp bilaa sy pkai kadang2 rasa ok…kdang2 rasaa tak selesa..sblm ni sy sring jg skit kepala..perlu ke sy pkai spek mata setiap hari..

    • Salam zu.. buat masa ini sy cadangkan zu pakai sentiasa utk pastikan keberkesanan power yg dipreskripsikan selama sebulan. Sekiranya masih lagi x selesa, pemeriksaan semula harus dilakukan.
      Terima kasih

  97. noor

    Terima kasih ya dr. Kemungkinan saya kanta mata sy ‘krem’ sebab saya selalu focus dekat. Sy dah tukar spec baru, power spec baru kanan power (300) silau (250) manakala kiri power(400) silau (150). Tapi bila saya pakai spec baru saya, kepala sy jadi pening. Seperti ada pressure di mata sebelah kanan. Apabila sy melihat, pandangan sy tidak selesa di sebelah kanan mata. Adakah sy perlu kurangkan lagi power silau mata sy ya dr?

  98. azizah

    Assalammualaikum, saya Ada check rabun silau sya 75. Tapi bila kedai kedua saya pergi dia cakap sya tak de rabun apa2. Tapi bila tengok phone Mata sya cpat sakit. Bila waktu malam keluar tengok cahaya lampu kereta sya rasa silau Dan tak nampak apa2 kereta selepas tu. APA yang perlu sya lakukan sekarang ?

    • Waalaikum salam azizah.
      Azizah perlukan pemeriksaan yg lengkap utk memastikan masalah penglihatan yg dihadapi. Sy syorkan agar azizah dpt berjumpa dgn pakar optometrist ataupun boleh melakukan janjitemu dgn kami di kristal optometrist di talian 044917370

  99. taufiq

    Assalamualaikum.saya mengalami rabun silau sejak 9thn yg lepas.keadaan mata saya tak balance kiri dan kanan.spek yg saya pakai skarang dah hampir 3thn.dlm tempoh itu saya dah tak pergi check mata.sejak akhir2 ni saya rasa pandangan sy kdg2 sdikit kabur n silau sperti bila membaca atau mgunakan phone.kdg2 berair dan sakit kepala.apa sbenarnya berlaku.saya perlu check mata ke?nanti power bertambah tak?adakah spek yg saya pakai ni dah tak sesuai utk saya?

    • Waalaikum salam. Terima kasih kerana bertanya.
      Ye taufiq, taufiq perlu melakukan pemeriksaan semula. Kemungkinan power mata telah berubah, mengalami masalah rabun dekat ataupun kanta cermin mata dah kurang jernih atau calar:)

      • taufiq

        Power mata berubah?maksud nya ada harapan tak ia berkurang.hihi.. saya pun tak ingat dah brapa power rabun jauh saya ni.silau pun saya tak ingat brapa.boleh ke kalau tambah power tanpa menukar spek sekali?biasa nya anggaran kos berapa ye?betul ke kita kena buat pemeriksaan mata tiap2 tahun? Maaf,bnyak tanya pulak saya ni.

      • Boleh naik dan boleh kurang bergatung kpd kes. Boleh tukar kanta tanpa perlu menukar spek mata sekiranya spek mata masih baik. Kos nya pula bergantung kpd jenis kanta dan power taufiq

  100. zack

    macamana saya nak tau samaada ia berkait dengan kanta implant yang di pasang senget atau alignment kanta implant yang tak betul. Sbb apa yang Dr kat kauntan cek dia kata imej di belakang mata ok.. So, apa yang harus tanyer Dr yang saya jumpe nanti untuk mempastikan apa yang sebenarnya berlaku pada mata saya ini.

  101. zack

    Sekarang mata saya dah tak balance.. mata kanan still power dalam 700 silau 100, tapi mata kiri dah tinggal power 125 n silau 250. Sekarang saya mengalami sakit kepala n mata terasa senak dua2 mata. Penglihatan untuk mata kiri still lagi kabur n double vision dan ari tu cek hanya dapat 6/15 jer.. sekarang utk teruskan kerja.. saya terpaksa pakai contak lens utk mata kanan power 600 plus pkai spek utk mata kanak power 50 silau 100 n mata kiri silau jer 250. mata kiri utk tgk jauh hanya dapat 6/15 jer dekat still blur n double vision. apa yang saya patut buat n tyer.. sekarang penglihatan saya banyak depend on mata kanan yang masih blum buat operation.. saya dah takut utk buat operation utk mata kanan tp macamana saya nak mengatasi masalah power tak balance nie, sakit kepala n mata senak…

  102. lieza

    Sy pengidap penyakit migrain.bila saya sakit kepala,mata sy jadi sakit..tambah2 bila kena cahaya..bila sy pergi cek mata..sy ada rabun silau 25 n rabun jauh 25..adakah sy perlu pakai cermin mata utk mengelakkan dr sakit kepala..

    • Salam.
      Terima kasih kerana bertanya.. mainly migrain ada 2 jenis.
      1 absolute migrain yang disebabkan gangguan kpd aktiviti otak pd masa2 tertentu.
      2 ianya adalah optical migrain yg hadir apabila mata dan otot2nya mengalami keletihan akibat drp aktiviti yg dilakukan.
      Sy cadangkan lieza dpt menjalani pemeriksaan mata penuh. Perlu untuk memeriksa kekuatan otot mata dan kanta mata utk memfokus dekat.
      Kebiasaannya kalau optical migrain, powernya amat rendah dan x melebihi 100 ttp sangat significant apabila pengidap memakainya.

  103. ahmad

    Assalam.br ni isteri pegi cek mata ank saya kat kristal kulim.result yg dikeluarkan oleh doktor setelelah diuji 2 ratus lbih.bila dah siap buat spek ketani tu cakap power 1k..mn satu yg btul?saya begitu rungsing dan sangat2 risau…nk tya dr yg check tu dia dh keluar..

    • ahmad

      Sampai sekarang saya x boleh tidur nyenyak memikirkan kenyataan tersebut..result last yg telah diuji betul ke atau kata2 kerani tu yg betul..pastikan sbrg kenyataan tepat..

    • Salam en. Ahmad. Terima kaaih kerana bertanya.. boleh sy dapatkan nama anak en utk sy periksa data pelanggan

  104. ahmad

    Muafah aishiy bt ahmad bukhari..biasanya result mn yg btul…sy sgt risau …sampai menangis dibuatnya..tolong sy dr…

  105. suhaila

    Assalam.. Anak saya 8 tahun..baru baru ni gi check mata ada silau 409 lebih..apa yg perlu saya buat bagi mengurangkan kadar silau anak saya selain bercermin mata.

    • Salam suhaila. Silau terjadi adalah drp kelengkungan kornea yg x simetrikal antara paksi x dan paksi y.
      Benarkan anak memakainya untuk merangsang semula penglihatan yg normal.
      Power silau boleh dikurangkan dgn memakai kanta sentuh jenis keras dan juga pembedahan.

      Terima kasih

  106. nur

    assalamualaikum. sejak 3 hri lepas..penglihatan kabur bila melihat jauh . mata mudah letih. adakalanya pening. saya melakukan pemeriksaan di klinik pakar mata hospital. visual field normal. refrection..mata kiri normal. mata kanan rabun silau 180 .. rabun jauh 50 . dokor pakar mata nasihatkan saya utk memakai kaca mata . tapi optometrist yang buat refrection saya ..nasihatkan tak perlu pakai .
    saya jadi keliru. perlu atau tidak memakai kaca mata

  107. Iza

    Assalamualaikum.

    Kira-kira 14 bulan yang lalu, saya menggunakan kanta lekap jenis bulanan kerana power rabun dan rabun silau yang agak tinggi yang menyebabkan cermin mata semakin menekan batang hidung. Selepas 8 bulan penggunaan, saya dapati kanta lekap sebelah kanan sering beralih dari kedudukan asal sehingga menyebabkan mata saya terasa pedih dan merah. Perkara ini terjadi apabila kanta yang saya gunakan baru memasuki tempoh 2 minggu penggunaan. Mata saya merah berair dan tahi mata kekuningan muncul. Saya ada bertemu optometris di tempat saya menempah kanta lekap berkenaan. Mereka menyatakan bahawa saya mengalami masalah kepekatan air mata yang agak tinggi. Mereka mencadangkan supaya saya menggunakan kanta lekap harian bagi mengatasi masalah ini. Mohon pencerahan.

    Sekian, terima kasih.

    • Salam iza. Terima kasih kerana bertanya

    • Terima kasih kerana bertanya.
      Ada beberapa perkara yg pélu diperincikan disini iza.
      1. Kanta lekap beralih kedudukan.. ianya mungkin disebabkan parameter kornea tidak sesuai dgn kanta lekap.
      2. Mata pedih dan merah selepas 2 minggu merujuk kpd mata kering dan memberi kesan kpd permukaan kornea yg mungkin melecet. Juga parameter
      kanta sudah berubah dan tidak bersih.
      Jadi perkara yg perlu dilakukan adalah menilai semula parameter mata adakah sesuai kanta sentuh, menilai kesihatan bahagian kanta mata dan mengukur kualiti air mata…
      Terima kasih

  108. mira

    salam.sya nk tahu bila sya tgok org tulis kt whiteboard guna marker esp.wrna merah sya nmpk kbur je.itu dikira sbgai rabun jugak ke ??

    • Walaikum salam mira.. Berdasarkan penjelasan sememangnya kekaburan itu merujuk kepada masalah penglihatan yang dikatakan sebagai rabun. Bagi pandangan kami, Mira perlu untuk mendapatkan pemeriksaan yang komprihensif untuk memastikan tahap sebenar penglihatan… Terima kasih…

  109. Nur Aikah Said

    Assalamualaikum saya nak tanya pendapat jikalau power mata saya 75 dan saya pakai contact lens yg powernya 100 adakah membahayakan mata?

  110. syahir

    Saya nak tanya berkenaan fungsi lutein pada mata..??? Dan bolehkah pengambilan lutein yang cukup dapat merawat dan menyembuhkan rabun silau…???

  111. Syaa

    Assalamualaikum. Saya nak tanya, saya memang pemakai cermin mata kerana saya rabun jauh. Pada hujung tahun lepas saya telah menukar cermin mata kerana saya mempunyai silau, tapi sejak kebelakangan ni saya rasa silau saya semakin meningkat dan saya rasakan peningkatan tersebut secara mendadak. Saya langsung tidak boleh memandu pada waktu malam. Apakah saranan dan juga adakah wajar saya memakai kanta lekap astigmastism?

  112. Loveianah Jostin

    salam..
    sy baru check mata sy.. dn result ny (R) sph -1.00 , Cyl -0.50, Ax 17 . (L) sph -0.75 , Cyl -0.50 , Ax 180.. apa maksud ny ni.. terima kasih 🙂

  113. hazri

    Salam, saya mempunyai rabun silau 50 kedua dua belah mata. And slalu sakit kepala pada waktu tgh hari dan silau lampu pada waktu malam. Even tgh tgk tv pon tgk subtitle words dia jadi double. Perlu ka saya pkai glasses.

    • Salam hazri. Ye hazri hazri memerlukan kacamata utk perkara tersebut

      • asyraf firdaus

        Salam,biasanya kelebihan lens yg jd gelap masa panas tu apa je?ada kawan saya bgtahu,biasanya lens jenis tu datang dengan pakej anti silau..betul ke

      • Salam asyraf.
        Ye asyraf ia akan beserta dgn lapisan anti silau

      • asyraf firdaus

        maksudnya mcm mne ek,kdg2 pakai yg lens biasa mcm sama je..ke mmg takkan perasan perbezaan dia?

      • Maksud asyraf mcm mana ye? Utk transition, kita x rasa gelap apabila ia bertukar seperti sunglass. Tp penglihatan di waktu siang rasa selesa tanpa perlu mengecilkan mata. Dan apabila malam kanta akan menjadi jernih

  114. hamidah

    salam.
    saya ingin bertanya,
    adakah mengunakan lens yang kurang power dari rabun sebenar memberikan kesan buruk kepada mata?
    cthnya, rabun 425 tetapi memakai lens yg powernya 400..

    jadi bagaimana?
    tq.

    • Salam hamidah. Terima kasih kerana bertanya.
      Untuk kanta sentuh, power yg lebih drpd 400 akan ada sedikit pengurangan. Ini kerana kanta sentuh lebih rapat drp cermin mata. Oleh itu kalau hamidah punye power 425 dan memakai power 400 untuk kanta sentuh tiada masalah.

      Sekian terima kasih

  115. Ekin

    Salam doctor, anak lelaki saya berusia nk masuk 3 tahun.. sejak akhir2 nie anak saya menunjukkan tanda-tanda
    1.) mata berair
    2.) x nak kuar dari kereta pd wktu tghari atau terumata ada cahaya silau…
    3. ) bgn tidur waktu pagi akan tunduk or tutup mata sekira nya lampu bukak…
    4.) kat rumah pun x suke bile ada chaya silau matahari masuk

    adakah saya mmg suka tgk hanset / ipad…

    harap doctor boleh kasi pandangan dan tindakan yg boleh sy ambil.

    • Salam ekin
      Terma kasih kerana bertanya.
      Kemungkinan anak ekin mengalami masalah GPC atau alahan pd kelopak dalam mata. Ataupun rabun silau.
      Dapatkan pemeriksaan dgn pakar mata terlebih dahulu adalah lebih baik.
      Sekian terima kasih

  116. nur nisa

    assalamualaikum, saya nak tanya ye..haritu saya ada pegi check kat kedai spect..lepastu dia kata saya rabun jauh kiri 25 kanan 50..then rabun silau saya 10+..saya agak confuse sikit..sbb saya boleh nmpk jauh dgn jelas, tapi dekat especially tulisan mmng tak boleh nmpk..saya dh buat spect and dh start pakai,tapi takde effect langsung kt mata ni..saya still x nmpk dekat..then saya pegi balik kedai spect tu, saya ckp saya rabun dekat tapi dia mmng tak percaya..
    apa yg saya patut buat ye?
    saya minx tolong sangt..mata saya dh terlalu sakit bila tngok bnda dekat especially time nk study sbb saya student lagi..

    • Waalaikum salam nisa. Terima kasih kerana bertanya.
      Kebiasaannya rabun dekat hanya utk golongan 40 thn ke atas shj. (Jgn amek hati ye😁).
      Tetapi ada beberapa peratus golongan muda juga mengalami masalah fokus dekat.
      Nisa x nampak dekat kerana spek tu xde power dekat.
      Sy nasihatkan agar nisa berjumpa dgn optometrist yg bertauliah dan boleh memeriksa daya fokus dekat nisa. Pemeriksaan ini perlu dilakukan utk menentukan power rabun dekat nisa.

      Sekian terima kasih

  117. Daha

    assalammualaikum,saye ade pgi kedai cermin mata…pastu dia kte saye ade rabun kedua-duanya 50 dan silau 25…tapi bila terpandang matahari saye rse silau sngt..waktu mlm pn sme msa pandang lampu kenderaan…sye jadi skit kepala.pekerja tu kate mata saye sensitive dkat cahaya..klau mcm tu perlu ke sye memakai cermin mata…

  118. adzha

    assalammualaikum,saye ade pgi kedai cermin mata…pastu dia kte saye ade rabun kedua-duanya 50 dan silau 25…tapi bila terpandang matahari saye rse silau sngt..waktu mlm pn sme msa pandang lampu kenderaan…sye jadi skit kepala.pekerja tu kate mata saye sensitive dkat cahaya..klau mcm tu perlu ke sye memakai cermin mata…

  119. zulaikha

    Salam….. adakah jika saya melihat lampu lebih Besar juga pening apabila melihat computer dan juga Mata berair apabila turkena cahaya saya mempunyäi Rabun silau😡

    • Salam zulaikha. Ianya kemungkinan zulaikha mengalami sedikit masalah penglihatan. Kemungkinan rabun silau ataupun sedikit rabun dekat atau keduanya.
      Saya nasihatkan zulaikha dpt menjalani pemeriksaan mata yg terperinci sebelum membuat kacamata
      Selamat berpuasa☺

  120. shadid

    Sy ada check mata, apa maksud optometris tu tulis R- 0.75-75×20

  121. asyraf

    assalam.saya punya piwer 150,tp bila cabut spek atau pakai spek saya rasa sama je..mcmseolah tak rabun.tp bila nak fokus tenung sesuatu objek dr jauh atau dekat ,mata aaya alan jd kabur tiba tiba lepas tp elok semula.tp selalu jd cmni..kenapa ye..tq.. 🙂

    • Assalam asyraf. Trima kasih kerana bertanya. Dgn power 150 tu sepatutnya penglihatan akan kabur dan kekal kabur utk melihat jauh.. tp asyraf punye masalah x begitu.. ianya adalah lebih kepada masalah kekejangan otot mata utk melihat dekat dan jauh dan masa mata utk fokus adalah lama.. sepatutnya by split second je penglihatan menjadi jelas apabila melihat jauh dan dekat.
      Dan power asyraf bukan 150
      Sila jalani semula pemeriksaan penglihatan dgn pakar optometri yg boleh memeriksa tahap fungsi otot mata utk konvergen dan kanta mata utk memfokus
      Tx

  122. jajaayub

    Salam sy nak bertanya.. Baru2 nie sy lakukan pemeriksaan mata dan sy dapati power mata sy bertambah dan silau pun meningkat., Bahagian kanan 9++ n kiri 7++. silau sy 3++.. Apabila sy lakukn pemeriksaan mata untuk buat cermin mata, sy tidak dapat melihat huruf2 di hadapan dengan jelas sehinggakn pekerja kedai terbabit meminta sy untuk jumpa doktor pakar. Adakah mata sy mmpunyai apa2 masalah..?

  123. mida

    Salam sy baru buat cermin mata baru..org cek mata gtau power x tambah cuma silau jadi 80.tapi bila pakai cermin mata baru sy rasa penglihatan x sejelas cermin mata lama..mula2 saya rs cam power lebih.dh p komplen n kedai tu pun dah amik balik cermin mata tu selama 3hari..lepas tu sy dh amik balik n pakai cermin mata baru tu..dh lepas 3hari sy rs pandangan masih tetp x jelas..adakah cermin mata ni xsesuai dengan power yg sepatutnya@mata sy yg bermasalah?mohon penjelasan.terima kasih

    • Salam mida
      Salam aidilfitri maaf zahir batin.
      Penglihatan yg x jelas adalah drp power yg x tepat. Dapatkan pemeriksaan dgn optometrist bertauliah.
      Terima kasih

  124. Nurul Amni

    salam .
    say nak tanya perlu ke saya memakai cermin mata ?. saya baru buat pemeriksaan di kedai. Mata seblah kiri saya silau power 150 dan sebalah kanan saya rabun power 150. kadang2 bila waktu malam saya di dalam kereta saya tidak dapat melihat cahaya dari arah hadapan sehingga saya terpaksa memakai kaca mata hitam . mohon penjelasan ?

    • Salam amni.
      Salam au
      AIdilfitri maaf zahir batin
      Ye amni. Amni memerlukan kacamata. Keadaan silau yg berlaku akibat drpd gangguan penerimaan cahaya yg x fokus pada mata lalu menyebabkan saraf stress dan cuba mengelak drpd cahaya tersebut dan terjadilah silau.
      Sy nasihatkan amni boleh memakainya sekurang2nya bila perlu
      Sekian terima kasih

  125. Khalilullah

    assalamualaikum..saya nak tanya,,saya ada seorang kenalan yang mengalamai rabun silau (100),,dktor sarankan dia pakai spek sebab kerap pening2..dia dah mula palai spek 5 hari lepas,,sebelum pakai spek tu,,still boleh lagi drive malam even pening sikit,,then kelmarin bila try drive tanpa spek dah tak boleh langsung..mata dia macam makin teruk..baru 5 hari pakai spek dah jadi macam tu..kenapa ye?and kalau nak betulkan rabun silau memang kena pakai toric lens tu ye?harap dapat dijawab,,terima kasih =)

    • Waalaikum salam khalilullah.
      Terima kasih kerana bertanya.
      Ramai yg mengalami ‘masalah’ seperti ini iaitu penglihatan menjadi lebih kabur apabila membuka kacamata berbanding sebelum memakai kacamata.
      Hal ini terjadi kerana sebelum memakai kacamata, mata akan berusaha untuk nampak lebih baik…
      Manakala sesudah memakai kacamata, mata berada dlm keadaan rehat dan terus boleh nampak jelas tanpa perlu memfokus seperti dahulu. Jadi mata dah tau dgn kacamata x perlu fokus lg dah boleh nampak..
      Jd selepas beberapa ketika mata dah set mcm tu. Jd apabila x pakai kacamata mata tetap xmau fokus sebab dah disetkan dgn kacamata akan nampak lebih baik. Maka mata pon x fokus seperti sebelum memakai kacamata dan akhirnya penglihatan menjadi lebih kabur drpd sebelum memakai kacamata..
      Harap khalilullah boleh faham cerita pendek saya.. hehe😆

  126. alya

    assalamualaikum…Aritu saya dh but checkup dkt pakar mata ..dia kata saya rabun jauh belah kiri 144 dan belah kanan 50 tpi dia tak ckp pun sya rabun silau …tpi setiap kali malam lampost tu nampak macam bercabang cabang la …bila saya bukak spek pun ada jgk kalau ada matahari ..silau sgt sgt ..adakah sya rabun silau..By the way saya nak tahu jugak macammana sesetengaah orang tu bole rabun (sya keturunan)

  127. NurulEman

    salam nak tanya, rabun saya x seimbang.power belah kiri 300 silau 0 rabun and belah kanan, 50 rabun 50 silau. hari tu saya ade pegi cek mata saya, power belah kiri silau makin naik.encik yg tukang cek tu cakap ia agak bahaya n saya sepatutnya perlu pakai spek jenis transition. sbb skrang ni saya just pakai spek fotogrey yg oleh tampung silau pada limit 200 sahaja. n dia ada cakap kalau dua2 mata saya dah ade silau lebih 250 saya boleh dikateorikan separuh buta.jadi saya nak tanya, betul ke ape yg encik kedai tu cakap? n mmg betul ke mata sy bahaya skrg? tq

    • Salam. Terima kasih kerana bertanya nuruleman. Rabun silau terjadi drp kelengkungan kornea (bhgn hdpn mata) yg x sama antara 2 paksi. Dan status penglihatan sebenar diambil swlwpas pembetulan penuh rabun dilakukan. Sekiranya rabun tinggi tapi penglihatan selepas pembetulan dgn kacamata nmpk baik iaitu 6/6 atau 20/20 maka mata dikategori sebagai baik cuma rabun yg tinggi. Melainkan kalau dgn kacamata pon penglihatan x mencapai 6/6 atau 20/20 maka walaupun power rendah penglihatan adalah x baik dan mata x sihat.

  128. najwa

    asssalamulaikum..,saya nak tanye baru baru nie saya ada buat checkup kat kedai cermin mata. mula mulanya saya hanya ingin check je..tapi bila check org tu ckap saya rabun..,mata belah kiri saya 175 dan kanan 50 nak tanye perlu ke saya buat cermin mata sabab saya rasa kedua dua mata saya masih jelas lagi untuk melihat

  129. suri

    salam..saya cek mata rabun sy kiri 50 kanan 75..silau 75 utk 2 belah mta tp sy mmg de mslh nk drive kreta malam n jadi teruk klu hujan..sight kdg2 npk jelas n kdg2 lmbt nk focus..perlu but speck ke?

    • salam suri. terima aksih kerana bertanya.
      ye suri suri memerlukan kacamata dan pakailah bila perlu ataupon sentiasa pon ok jgk.. ini kerana ia dapat merehatkan mata suri drpd perlu memfokus dgn lebih berat lg.sekian terima kasih

  130. Nurul

    Salam. Nak tanya. Saya selalu pening kepala especially bila lepas tengok benda terang macam phone tv and etc. And mata saya selalu berdenyut. Adakah itu tanda2 saya perlukan cermin mata? Tapi penglihatan saya tak kabur. Just macam sakit nak tgk benda terang atau warna putih. Thank you

    • salam nurul.
      terima kasih kerana bertanya.
      kemungkinan nurul mengalami masalah yang dikenali sebagai astenopia dlm erti kata lain, mata letih dan computer vision syndrome.
      ianya terjadi apabila mata tidak dapat mengekalkan daya fokus terhadap cahaya dan jarak penglihatan dekat.
      sila dapatkan pemeriksaan drpd pakar optometrist untuk menganalisa kesihatan penglihatan dan juga kesihatan mata nurul.
      sekian terima kasih

  131. Anis Idayu

    Hi. Mostly kedai cermin mata ada sediakan perkhidmatan check mata free.Saya saja nak check brapa dan dah 3 kali saya check, saya dapat 400 belah kiri dan 300 belah kanan. Tapi saya bolehnampak dgn jelas sama ada jauh atau dekat. So, its kinda weird? Adakah saya perlu ke klinik mata atau biarkan?

    • Hi anis
      Terima kasih kerana bertanya.
      Mesin cek mata ada byk jenis dan mostly akan ada ralat. Jd x hairanlah kalo anis masih boleh nampak jelas tp reading komputer sampai 300. Mata anis pon x rilex masa tu dan anis cube menjelaskan imej di dalam mesin tu😆

  132. asyraf firdaus

    assalam.saya sebelum ni pakai spek power 150,last saya pakai masa first puasa lepas tu tak pakai sbb yg last tu rasa migrain.and baru ni saya rasa vision saya macam kabur,so pergi cek mata power pun dh berubah jd 100,baru 2 hari pakai tp rasa mcm tekan mta,tp clear la vision tu,cuma masalahnnya bila bukak spek rasa mcm bola mata ni sakit kat bhagian atas dkt dgn kening..adakah power salah atau normal?penyelesaiannya teruskan pakai atau mcm mana?

  133. adam amani

    Assalam..2 bulan lepas saya prasan anak saya baru berumur 3 tahun setengah akan sengetkan kepala apabila menonton tv atau pandangan depan dan kerap juga menggososk mata..semalam sy bawa ke pakar opthomologist tun hussein onn dan dr telah mengesahkan anak saya mengalami rabun silau yang tinggi iaitu kiri dan kanan 250..dan berkait dengan allergic.. anak saya memang ada enzema semasa lahir dan sekarang athsma berpunca dari ellergic tersebut..dan doktor telah cadangkan agar anak saya memakai cermin mata untuk mengatasi rabun silau..saya rasa terlalu awal anak saya mengalami rabun silau dan untuk memakai cermin mata..adakah anak saya memang perlu memakai cermin mata?dan boleh ke tahap rabun silau itu meningkat?

    • Waalaikum salam adam amani. Terima kasih kerana bertanya.
      Alhamdulillah, apa yg adam lakukan ini sgt baik dan bagus dgn membawa anak berjumpa dgn pakar mata.
      Ye adam pada umuq 3 thn setengah penglihatan masih lagi fragile dan tak sempurna lg. Sebarang masalah penglihatan boleh membawa kpd masalah lazy eye dan juling.
      Pemakaian kacamata perlu dilakukan segera bagi mengelakkan perkembangan saraf mata terganggu yg disebabkan oleh rabun penglihatan awal.
      Dan dgn memakaikan kacamata pada peringkat awal dapat mengelakkan masalah lazy eye dr terjadi dan peningkatan rabun yg disebabkan stress penglihatan dpt dikawal.
      Sekian terima kasih

  134. Assalamualaikum kpd admin..

    Nak tanya, saya baru sahaja melakukan Test Mata Berkomputer.
    saya buat pemeriksaaan pada 03/okt/2015 dan Keputusan berkomputer tu ialah saya rabun silau -0.25 dan ada rabun jauh sedikit dgn bacaan -0.25.

    Sebelum ini pernah juga check mata, pd wkt tu dah mmg ada rabun silau just saya tidak hirau kan, ttapi itu 5 Tahun lepas.

    Skrg saya drive mlm mmg agak pening di sebabkan cahaya lampu kereta dari hadapan.
    perlu ke saya mengunakan Spek mata?

    Org kedai tu mencadangkan saya hanya mengunakan lens biasa yg yg mempunyai ciri2 :

    1) UV Protection
    2) Scratch Resistant
    3) Anti-Reflective
    4) 1.56 Mid-Index
    dan harga lens ini adalah RM45

    Bila saya ckp saya student lagi dan masa duduk di hadapan komputer kira2 melebihi 8-10 jam sehari dia mengalakkan saya untuk mengunakan lens ini

    1) UV Protection
    2) Scratch Protection
    3) Anti-Reflective
    4) Ultra Slim Design
    5) Easy to clean
    6) Impact Resistant
    7) Thin Lens Material
    8) Blue Cut out
    9)1.61 Hi-Index Aspheric (Blue Cut)
    dan harga lens ini adalah RM150

    saya nak tanya berbaloi kah saya membeli lens tersebut dgn harga yg di berikan?

    Index untuk kaca mata tu tidak sama kah dgn Power kaca mata?
    saya xpernah guna spectacle sblm ini jadi saya tidak tahu..

    Boleh ke Spect mata xda power?

    Ada tak cara utk menghilangkan rabun silau ini?

    saya mmg memerlukan nasihat dari admin sbb admin lebih tahu dari saya.

  135. nazieha

    assalam,saya berumur 13 tahun,saya nk tanya saya bru bru ni mengalami silau,rabun silau dan silau sama ke?silau saya sgt teruk..perlu ke tak saya pkai spect??walaupun takde rabun..cuma silau je.

  136. hafsah

    assalammualaikum.. sya hafsah.. sya dapti baru2 ni sya mempunyai rabun silau seblah kanan 50 dan rabun jauh 50. manakala seblah kiri silau 75 dan rabun jauh 25. perlukah sya membuat cermin mata untuk rabun silau? mohon penerangan.

    • Waalaikum salam
      Terima kasih kerana bertanya hafsah.
      Sekiranya hafsah mempunyai simptom2 penglihatan kabur, sakit kepala dan pening, mata berair… jd mmg perlu pakai.
      Kalo x, maka x perlu pon hafsah
      Sekian terima kasih

  137. Saufee JB

    Assalamualaikum,
    Saya memakai cermin mata untuk rabun jauh. Umur 39 tahun. Power lebih kurang dalam 500 ratus lebih (x ingat).
    Sejak 3 hari kebelakangan ini, saya dapati mata saya silau atau rasanya lebih kepada berasa sensitif terhadap cahaya : lampu, pc monitor.
    Bagi mengurankan masalah tersebut, saya perlu memakai kaca mata hitam (clip on) di cermin mata sedia ada sekarang.
    Apakah punca masalah ini? untuk makluman saya ada pesakit denggi, baru sahaja kena denggi bulan lepas, dan buat masa ini mengambil multivitamin (Surbex Zinc). Adakah pengambilan multivitamin ini memberi kesan kepada sensitiviti mata?

    Mohon nasihat dan pandangan tuan.

    Terima kasih

    • Salam saufi.
      Terima kasih kerana bertanya.
      Ianya biasa berlaku kpd pesakit yg sakit😊 ini kerana sistem tubuh berada dibawah normal. Jd gangguan yg drpd radiasi monitor dan pc mata x dapat mengawalnya dan menyebabkan mata berair dan silau. Selain itu sekitar umur 39 thn, kekuatan otot mata semakin lemah utk fokus dekat.
      Untuk buat masa sekarang rehat lah dulu ye.. elakkan sebarang aktiviti dekat
      Dan kurangkan aktiviti yg berskrin
      Semoga cepat sembuh dan byk minum 100plus
      Sekian terima kasih

  138. Sha

    Salam..sy mengalami rabun silau dan telah memakai cermin mata selama 2 tahun. Mata saya senak dan sy menjadi pening jika melihat terus kepada cahaya.Pada mulanya power silau sy adalah 50 kiri dan 100 kanan..baru2 ini sy nak tukar cermin spek kerana retak dan membuat pemeriksaan semula rabun silau dan mendapati power rabun silau mata kiri sy 25 dan kanan 50..adakah sy perlu memakai cermin mata atau sebaliknya?

    • Salam. Terima kasih sha kerana bertanya.
      Keputusan yg sha berikan ni merujuk kpd power silau sha telah turun.
      Pon begitu sha masih memerlukan kacamata dgn power baru utk mengurangkan masalah silau yg sha alami.
      Sekian terima kasih

  139. Diyana

    Salam. Nak tanya.mata saya seringkali mengalami eye fatique. Trrutamanya bila tgk tv ,gadget , buat kerja skola dan membaca lebih 10 minit. vision sy nmpk double( berlapis) tapi masih boleh nmpk.Apakah masalah mata sy sebenarnya?

    • Salam diyana.
      Terima kasih kerana bertanya.
      Ia lebih merujuk kpd 2 keadaan utama.
      1. Masalah lemah otot utk fokus dekat dan stabilkan penglihatan 2 mata
      2. Rabun silau yg menyebabkan pandangan menjadi kabur dan berlapis
      Diyana perlu berjumpa dgn pakar optometrist utk menilai kualiti dan tahap penglihatan diyana
      Terima kasih

  140. nia

    salam,sya ada mslah rabun jauh dan sedikit silau .. dlm 200 mcm tu kiri n kanan . tp sy xpkai spek mata .. wlaupun sy xpkai spek mata,kepala sy x pening n mata xberair .. naik kete motor sy still nampak .. adakah lbih baik sy pakai spek atau tidak ?? wktu mlm pun sy msih bleh nmpak .. ada effect apa2 ke klau sy xpkai spek mata ?? trima kasih ..

    • Salam nia. Terima kasih kerana bertanya.
      Dalam keadaan ini adakah nia mmg mengalami maaalah rabun ataupon cume pemeriksaan sahaja yg menunjukkan rabun sebanyak 200? Kerana kebiasaannya rabun 200 tu utk jauh mmg x nampak dan penglihatan menjadi kabur. Kalo masih nampak dan penglihatan x kabur, mungkin ade ralat semasa pemeriksaan.
      Sekian terima kasih

  141. assalamualaikum. saya ingin bertanya. mata saya sensitif terhadap cahaya. bila cahaya terlampau terang, kepala saya akan terasa sakit. pandangan saya juga tiba tiba kabur apabila terlampau lama melihat komputer dan membaca benda yang jauh jaraknya. bawah mata saya juga lebam kerana mungkin terlalu lama terkena cahaya komputer. apakah masalah yg saya alami? perlukah saya memakai cermin mata bagi mengatasi masalah ini?

    • Waalaikum salam.
      Terima kasih farhana kerana bertanya
      Mungkin farhana mengalami masalah mata letih dan computer vision syndrome yg mengakibatkan masalah digital eyestrain akibat drpd terlalu byk berhadapan dgn skrin.
      Dapatkan pemeriksaan drpd optometrist dan sebaiknya pakai lah kacamata pelindung UV dan pelindung cahaya skrin
      Sekian terima kasih

  142. assalamualaikum,admin
    saya nak tnya skit,mata knan -1.25 mata kiri -2.50,adakah saya perlu pakai spec….
    ada tak cara dan harapan untk sembuh kan mata dari segi mkn dan pngambilan vitamin selain dari pembedahan…tq
    saya rabun silau….

    • Waalaikum salam.
      Terima kasih kerana bertanya.
      Rabun adalah ralat yg berlaku pd mata yg menyebabkan imej terbentuk di hadapan retina. Ia berlaku kerana bola mata yg lebih panjang dr normal.
      Ralat adalah ketaktepatan pengukuran mata dan menyebabkan penglihatan menjadi kabur.
      Ralat bukan penyakit yg boleh diubati dgn pemakanan dan vitamin. Ianya perlu dibetulkan samada dgn kacamata, kanta sentuh ataupun pembedahan
      Sekian terima kasih

  143. Ezzati Fathirah

    salam…kebelakangan ni penglihatan saya mkin kabur tak kira sama ada jauh atau dekat,bila sy g cek dr ckp sy ada rabun silau,kanan 70 something dan kiri 150,sy nk tny adakah perlu sy memakai cermin mata?

    • Salam ezati. Terima kasih kerana bertanya
      Ye ezati. Ezati memerlukan kacamata dan perlu memakainya sentiasa kerana rabun silau menjejaskan penglihatan jauh dan juga dekat
      Sekian terima kasih

  144. zila
    assalamualaikum..
    saya nak tanya , saya nie kerap sakit kepala.bila cek di klinik.. doktor sarankan saya cek mata..saya pergi cek.. dr ckp sy ada rabun silau,kiri 100, kanan 150 ,sy nk tny adakah perlu sy memakai cermin mata?

    • Waalaikum salam zila.
      Terima kasih kerana bertanya.
      Ye zila zila memerlukan kacamata utk membetulkan ralat penglihatan yg zila hadapi yg boleh menyebabkan masalah sakit kepala berlaku.
      Sebaiknya pakailah berterusan
      Sekian terima kasih

  145. salam…saya nk tanya baru2 nie saya da cek mata saya..sbb saya bekerja yg mengadap pc sentiasa..dr cakap saya rabun silau.. kiri 100 kanan 150.. adakah itu tahap yg tinggi yg memerlukan saya pakai cermin mata..

  146. namonlalola

    Salam, blh tlg saya interpretasi bacaan result check mata ni? Saya rasa ada rabuk silau jg, tp xtau mksd bacaan ni.

    Right:
    S. C. A
    +0.05 -0.50. 178
    +0.25. +0.50. 001
    +0.25. +0.00. 001 V

    Left:
    S. C. A
    +0.50. -0.50. 170
    +0.50. -0.50. 170
    +0.00. -0.50 171
    +0.25. -0.50. 171 V

    PD= 61

  147. atiqh

    Salam .. saya baru pergi cek mata . And saya ada rbun silau mata kanan 75 dan kiri 25.
    Saya ada jugak rabun jauh . Tp tak tinggi .
    Masalah yg saye hadapi ialah . Mata selalu berair bila pandang laptop .
    Saye jarang memandu pada waktu malam kerana tak tahan pada silau lampu kereta lain .

    ADakah saye perlu memakai cermen mata ?

  148. yati

    Salam..saya baru saja buat pemeriksaan mata, dan hasil pemeriksaan saya ada silau 100 kiri kanan dan rabun mata kana 50. Adakah perlu saya mengunakan spek mata? Mata saya juga sering berair, kalau terkena cahau teramg sakit kepala..

  149. leenshamsudin

    Assalamualaikum..

    Pandangan saya akan jadi kabur dan kembang untuk masa2 tertentu terutamanya menjelang petang. Saya juga tidak dapat memandu pada sebelah malam kerana mata saya sensitif pada cahaya. Selain itu saya juga mengalami sakit kepala.

    hasil dari pemeriksaan mata yang saya lakukan adalah seperti dibawah..apa yang perlu saya lakukan..

    SPH CYL AX
    -0.50 -0.75 105

    SPH CYL AX
    -0.25 -0.75 71

    tq…

    • Waalaikum salam leen.
      Terima kasih kerana bertanya
      Ianya lebih masalah rabun jauh dan rabun silau yg perlu diperbetulkan menggunakan kacamata.
      In shaa allah masalah penglihatan yg leen hadapi akan berkurangan dan begitu juga dgn sakit kepala leen.
      Leen memerlukan kacamata dan perlu memakainya sebaiknya berterusan. Dapatkan khidmat pemeriksaan optometrist yg teliti dan terperinci.
      Sekian terima kasih

  150. Adierra

    Salam. Saya baru tahu yg saya rabun silau kanan & kiri 25. Perlu kah saya pkai spek?

    • Salam
      Terima kasih adira kerana bertanya
      Power silau 25 bergantung kpd simptom yg diberikan. Kalau tiada sakit kepala, atau rasa silau, atau sakit mata, atau penglihatan kabur x perlu pakai.
      Kalau ada antara aimptom tersebut sebaiknya pakai.
      Terima kasih

  151. Ayum

    Salam
    Saya baru membuat ujian mata Dan saya tak paham apa maksudnya.
    Berikut keputusan dari ujian mata saya.
    R : sph(-0.60),cyl(-0.50),ax(174)
    L:sph(-0.25),cyl(-0.50),ax(17)
    Apa yang perlu saya lakukan.

    Terima kasih

  152. WNI

    Assalamualaikum,saya nak tanya saya pergi check mata dan bt dah spek mata dia kata mata kiri say rabun silau 100,mata kanan rabun silau saya 150 dgn rabun jauh 50…..dari apa yang saya baca saya rasa saya patut pakai kaca mata selalu…pada pendapat encik patut ke saya pakai spek mata selalu? Terima kasih….

    • Waalaikum salam WNI.
      Terima kasih kerana bertanya.
      Ya sebaiknya pakailah selalu ye. Ianya dapat menstabilkan kualiti penglihatan dan mengurangkan simptom2 mata letih
      Terima kasih

  153. naz

    hai.sy baru shj menjalani pemeriksaan mata dan hasilnye sy mengalami rabun jauh sbnyk 100 manakal silau 50 di sebelah kanan dan 25 kiri.adakah ia tinggi.utk makluman tuan apabila memandu tibe2 sy rs berdebar dn nk muntah dn pening slps itu dan brperasaan seolah kereta ingin menuju ke kanan mcm nk trbalik ke kanan.adakah rabun atau silau itu mempengaruhi sebenarnye

    • Hai naz. Terima kasih kerana bertanya.
      Rabun jauh 100 dan silau 50 dan 25 x tinggi.
      Tp perasaan berdebar dan nk muntah itu x normal.
      Mungkin kesan drp pemeriksaan tersebut.
      Sila dapatlan rawatan dan pemeriksaan pakar optometrist utk menilai power mata dan tahap kerabunan naz
      Terima kasih

  154. reyo

    assalam Kristal,saya mmpunyai masalah migraine yang kronik,adakah dengan memakai spek migraine boleh hilang dan jika boleh hilang tidak perlu memakai spek mata dah..dan lagi satu soalan adakah dengan memakai spek Rabun jauh atau dekat boleh bertambah power…untuk makluman sy mempunyai Rabun silau dan Rabun jauh tetapi jarang memakai spek mata.saya kkhuatir akan menambahkan power kanta spek mata saya.saya harap dapat memberi jawapan,terima kasih 🙂

    • Waalaikum salam reyo.
      Terima kasih kerana bertanya.
      Pertamanya migrain ada 2 punca besar.
      1. Absolute migrain yg disebabkan gangguan pd gelombang otak. Perkara ini perlu mendapatkan perhatian khusus drp pakar otak.
      2. Optical migrain yg disebabkan oleh masalah penglihatan yg dialami (rabun jauh atau dekat atau kedua2nya sekali) yg menyebabkan gangguan penghantaran signal mata ke otak dan mata letih bekerja utk memdokus apa yg dilihat.
      Reyo boleh buat experimen sendiri. Seminggu tanpa kacamata dan seminggu dgn kacamata. Boleh buat jadual berapa kerap migrain menyerang dgn kacamata dan tanpa kacamata.
      Sekiranya dgn kacamata migrain kurang, bermakna ianya optical migrain. Sekiranya migrain sama ja samada pakai ataupun tak ianya adalah absolute migrain dan perlu dptkan rawatan pakar.
      Perlu difahami rabun bukan penyakit mata tetapi ianya hanyalah ralat atau error cahaya yg masuk ke mata x dpt difokus dgn baik pada retina iaitu saraf dan sel peka cahaya. Mmg rabun xkan hilang. Ianya fakta😆
      Pemakaian kacamata x menyebabkan rabun makin teruk sebaliknya gaya hidup kita yg membuatkan rabun makin teruk. Sekiranya kita sentiasa dgn fon dan komputer dan buku, power kemungkinan besar boleh naik.
      Pakai spek makin rabun? Itu auta;)
      Terima kasih

  155. izraina marissa

    as salam..saya ada membuat pemeriksaan mata lebih kurg setahun yg lepas.dan mata kiri saya silau-75,rabun-25..manakala mata kanan saya silau-50 dan rabun 50.saya perasan kebelakangan ini kalau terlihat cahaya cthnye semasa belajr dn memandu pada waktu malam..saya akan berasa pening.adakah saya memerlukan spek mata ?

  156. Mohamad

    Assalamualaikum…

    Saya Mohamad mengalami rabun dan juga silau yang teruk, ramai pakar mata telah saya jumpa dan hasilnya mereka menyarankan supaya saya menukar cermin mata sahaja.Untuk pengentahuan, saya tidak kisah mata saya sebelah kiri rabun asalkan rasa kebas dan senak hilang. Senak dan kebas ini sudah berlarutan sejak tahun 1996 sehingga sekarang. Sekarang ini penyakit ini sudah sebati dengan diri saya dan saya redha dan anggap sebagai kelemahan yang ada pada diri saya. Tapi kalau boleh hilang rasa kebas dan senak tersebut alangkah baiknya diri saya. Perasaan saya selalu tertekan, tidak boleh menumpukan pada kerja seharian dan selalu luahkan perasaan dan marah2 pada sesiapa sahaja yang boleh dimarahi…jadi bolehlah sekiranya pihak tuan membantu saya meringankan beban saya kerana saya teringin sangat memberi tumpuan pada kerja kerana sudah lama saya mengabaikan tugas saya. sekian

  157. sha

    Assalamualaikum….saya baru beberapa hari mempunyai masalah mata dan saya pergi ke kedai cermin mata…mereka kata saya silau dan memerlukan cermin mata….mata saya alahan kepada cahaya lampu,laptop dan hp yg lagi teruk….tetapi mata saya nampak jelas cuma bila tgk chya mata akan berair dan sakit…apa perlu saya buat…adakah saya perlu memakai spec…

  158. Afifah

    Aslmk..rabun silau saya hanya 75 manakala rabun jauh saya janyalah 90 teta0i saya krp mlhat tulisan yg berlapis apbila saya menonton tv dan kerap pening kpl ..perlukh saya memakai crmin mata

  159. Tengku

    Adakah saya perlu memakai cermin mata pada tahap 29-29

    • Walaikummussalam,
      Maafkan saya Tengku, sila perjelaskan soalan anda untuk kami memahami lebih lanjut masalah yang anda alami.

      Untuk pengetahuan Tengku, tahap penglihatan yang normal ialah 20/20

  160. fara azua by abd aziz

    assalamualaikum…boleh x mcm mane bcaan yg mnunjukkan rabun n silau?ni bacaan test mata sy buat…serius x mslah rabun silau sy?perlu ke sy guna kacamata?minta pendapat dan cdangan ye.
    R S C A
    -0.50 -0.25 21
    -1.00 0.00 180
    -0.75 0.00 180
    -> -0.75 0.00 180

    L S C A
    -0.75 -0.75 160
    -0.75 -0.50 152
    -1.25 -0.50 152
    -1.00 -0.50 155

    PD: 60mm
    VD: 12mm

    • Waalaikum salam.
      Byknye bacaan yg awak bg tu. Hehe
      Bacaan yg awak bg ni fluctuate fara.. mungkin xde 1 pon yg betol.
      Nasihat sy awak boleh buat peneriksaan yg terperinci dan tak mengharapkan bacaan komputer semata2.
      Terima kasih

  161. Anisah

    Slm… Sya punya satu soalan… Adakah membaca dalam keadaan berbaring menyebabkan rabun meningkat?

  162. Miza Sahira

    Salam,saya nk tnya. Saya ad check mata d kdai spek and dyeorg ckp saya ad silau 100. Sblum ni saya dh prnh check tp saya xpkai spek sbb rase mcm xperlu. Wlaupun saya ad sakit kpla kat bhagian blkang kpala kiri and smtimes both, saya ignore je. But lately its getting worse. Mata saya mkim snsitif dgan chaya. Bila trlalu lama tgok lappy or fon mata saya berair and sakit kpala makin mnjadi jadi. Ad jgak yg sakit kpla tu yg smpai xslesa nk buat krja or tidur.sometimes saya rasa mual/nk mntah sbb sakit kpla. Jadi prsoalannya saya ni kna pkai spek ke? And adkah sakit kpla tu mmg dsbabkan silau or ad mslah lain?

    • Salam miza
      Ya miza ia lebih merujuj miza memerlukan kacamata utk membantu mata miza melihat dgn lebih baik dan dapat menunpu cahaya dgn lebih baik
      Terima kasih

  163. Miza Sahira

    Salam, saya ad mslah silau. Bila check kat kdai spek dyeorg ckap silau saya 100. Before this saya dh prnah check tp saya xpkai spek sbb rase mcm xperlu. Wlupun ad sakit kpla kat bhagian blkg kiri or both, saya ignore je. But lately its getting worse. Sakit kpala makin mnjdi. Smtimes, mnganggu krja amd susah nk tdur. Sakit kpla tu ad yg sampai buat saya mual/nk muntah. Bila tgok lapy or fon lama mata jadi berair and skit kpala.Jadi soalan saya, ptut ke saya pkai spek? Then, adkah sakit kpla saya tu mmg brpunca dri silau or ad sbb lain?

    • Waalaikummussalam Cik/Puan Miza Sahira,
      Kebiasaannya rabun silau sememangnya akan memberi gejala sakit kepala. Sila dapatkan pemeriksaan mata lanjutan daripada optometrist berdekatan anda. Jika benar gejala yang anda alami berpunca daripada rabun silau, insyaAllah pemakaian cermin mata dapat membantu mengurangkan gejala tersebut.

Leave a reply to locozz Cancel reply

Blog at WordPress.com.